CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5297|Reply: 3

Gunung Everest!! update; destinasi maut!!

[Copy link]
Post time 23-5-2008 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Sherpa tawan puncak Everest kali ke-18

KATHMANDU 22 Mei - Seorang sherpa veteran mencipta rekod baru apabila berjaya menakluk puncak tertinggi di dunia buat kali yang ke-18 hari ini.

Ang Tshering dari Persatuan Mendaki Gunung Nepal menjelaskan, sherpa yang dikenali dengan nama Appa itu, berjaya menawan puncak Everest setinggi 8,850 meter bersama sekumpulan pendaki lain awal hari ini.

Appa, 47, memecahkan rekod peribadinya yang dilakukan pada musim bunga lalu dan rekod paling hampir dilakukan oleh seorang lagi Sherpa, Chhewang Nima, 42, yang setakat ini telah 15 kali sampai ke puncak Everest.

Seperti kebanyakan Sherpa lain, Appa dibesar dan menetap di kaki gunung tertinggi dunia tersebut.

Beliau telah mula bekerja membawa peralatan dan bekalan untuk pendaki sejak remaja.

Appa berjaya menawan puncak Everest buat julung kalinya pada tahun 1989 dan berjaya sampai ke puncak tersebut hampir setiap tahun selepas itu.

Sherpa biasanya menyara hidup dengan memelihara yak dan berdagang di banjaran Himalaya sehinggalah Nepal membuka sempadannya untuk industri pelancongan pada 1950.

Stamina, pengetahuan dan kemahiran tentang mendaki gunung menjadikan mereka pemandu dan pembantu yang baik kepada pendaki dari negara asing yang ingin menakluk puncak berkenaan sejak hampir enam dekad lalu.

- AP



wooooo aku nak naik gunung tahan pun termengah mengah .. ni 18 kali everest.. mau kojol aku sebelum sampai kathmandu  tee hee    

[ Last edited by  amazed at 24-4-2009 02:09 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2008 03:41 PM | Show all posts
Kurang oksigen punca ramai maut di puncak Everest

WASHINGTON 10 Dis - Kandungan oksigen yang rendah dalam udara yang menyebabkan bengkak pada otak merupakan punca mengapa ramai pendaki Gunung Everest terbunuh.

Pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Paul Firth dari Hospital Massachusetts melaporkan, 212 kes kematian dilaporkan dari 1921 hingga 2006 di gunung berkenaan.

Bagi pendaki gunung Himalaya setinggi 8,850 meter itu, mereka akan berdepan dengan bahaya seperti suhu yang terlalu sejuk, angin kencang, perubahan cuaca dan runtuhan salji.

Kandungan oksigen dalam udara pula hanya satu pertiga daripada jumlah oksigen itu yang diperoleh pada paras laut.

"Tiada seorangpun mangsa yang diserang oleh Yeti atau makhluk lain," kata Firth merujuk kepada mitos 'orang salji' yang dikatakan wujud di pergunungan Himalaya itu.

Menurut Firth, terdapat kes kematian yang belum dipastikan puncanya namun sebahagiannya berpunca oleh serebrum edema pada ketinggian tinggi.

Dalam situasi ini, kandungan oksigen pada paras yang rendah menyebabkan saluran darah selebral bocor pada sekeliling tisu otak dan menyebabkan pembengkakan.

Kebanyakan kematian berlaku pada ketinggian lebih 8,000 meter dalam "zon mati", di kalangan mereka yang sudah sampai di puncak dan mahu turun semula.

" Pendaki lelaki yang mati pada paras ketinggian 8,000 meter, sebahagian besar mereka mengalami gejala-gejala neurologi atau hilang keupayaan diri," jelas Firth.

Pengkaji meramalkan kematian yang dianggap berpunca daripada jatuh atau hilang sepanjang pendakian mungkin kerana altitud tinggi dalam serebrum edema.

Kajian turut menunjukkan 1.3 peratus pendaki yang memanjat gunung tersebut telah berkubur di Everest.





satu hari di hari raya... aku arap aku dapat ler sampai kat puncak everest sinun...... ekkkkk tapi gunung kinabalu pun tarak sampai lagi... camana nak pi everest nih... tak per  tak per...   takkan LARIK gunung dikejar!!  (ni baru betul nyer proverb ekkk... )    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 03:50 PM | Show all posts
Otak pendaki Everest membengkak

WASHINGTON – Kematian sejumlah pendaki Gunung Everest dipercayai akibat otak membengkak yang terjadi ketika paras oksigen terlalu rendah, kata kumpulan penyelidik semalam.

Kumpulan yang diketuai Paul Firth dari Hospital Awam Massachusetts melakukan kajian terhadap 212 laporan kematian sejak 1921 hingga 2006 di Gunung Everest.

Puncak tertinggi dunia 8,850 meter itu menawarkan pengalaman cuaca beku, angin kencang, perubahan cuaca mendadak, laluan merbahaya dan runtuhan salji.

Kandungan oksigen di puncak hanya sepertiga berbanding pada paras laut.

Menurut Firth, sejumlah kematian tidak dapati dipastikan puncanya tetapi ia dipercayai berkaitan dengan ketinggian sehingga otak membengkak.

Dalam keadaan oksigen rendah, pembuluh darah otak mengalirkan cecair ke sekeliling tisu otak sehingga mengakibatkan bengkak yang kemudiannya menjadikan individu berkenaan keliru serta hilang koordinasi badan.

Kebanyakan kematian berlaku di atas paras 8,000 meter iaitu kawasan yang digelar ‘zon maut.’– Reuters





bila kureng oxygen... jadik membengkak otak tu....  tapi kat mesia ni... tak yah daki everest.... ramai yang 'otak' bengkak... bukan sebab penyakit ker... kurang oxygen ker... tapi  jenis yg  bodoh sombong banyak weyyy    tu jenis otak 'bengkak' gak tu..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 02:10 AM | Show all posts
Destinasi maut gunung Everest


MASIH ramai menjadikan gunung Everest sebagai
destinasi pendakian terulung walaupun menyedari
bahaya yang menanti.



SEPANJANG Mac hingga Jun pada setiap tahun, para pendaki tegar akan menjadikan Gunung Everest sebagai lokasi 'percutian' mereka.

Gunung berketinggian 8,850 meter dari paras laut itu terletak di banjaran Himalaya dan menjadi pilihan terbaik pendaki untuk menghabiskan cuti dengan melengkapkan misi mendaki mereka.

Menjadi persoalan hari ini, kenapa masih ramai yang cuba menjadikan Gunung Everest sebagai destinasi pendakian terunggul walaupun menyedari kedatangan mereka ke sana seolah-olah mahu menghantar nyawa. Ini kerana setiap tahun, pasti ada pendaki menemui ajal dalam ekspedisi mendaki gunung tertinggi di dunia itu.

Pasukan penyelidik antarabangsa yang diketuai oleh Paul Firth dari Hospital Massachusetts, Amerika Syarikat, melaporkan bahawa sebanyak 212 kes kematian berlaku dari tahun 1921 hingga 2006 di gunung berkenaan.

Pendaki biasanya berhadapan dengan bahaya seperti suhu yang terlalu sejuk, angin kencang, perubahan cuaca yang terlalu mendadak dan runtuhan salji.

Ia adalah sebahagian daripada risiko dan bahaya yang menanti setiap pendaki yang memilih lokasi pendakian di kawasan beku itu sebagai tempat bercuti. Mereka boleh menemui ajal serta-merta apabila terdedah pada persekitaran suhu di bawah paras beku.

Begitu juga, paras oksigen yang begitu rendah iaitu sekitar 36 peratus di sekitar puncak Everest membuatkan sesiapa sahaja yang memilih untuk mendaki gunung itu seperti menempah maut untuk diri sendiri.

"Tiada seorangpun mangsa mati diserang Yeti atau makhluk lain," kata Firth merujuk kepada mitos 'orang salji' yang dikatakan wujud di pergunungan Himalaya itu.

Katanya, masih terdapat kes kematian yang belum dipastikan puncanya, namun sebahagiannya berpunca daripada Serebrum Edema.

Dalam situasi ini, kandungan oksigen pada paras yang rendah menyebabkan saluran darah selebral bocor di sekeliling tisu otak dan menyebabkan pembengkakan.

Kebanyakan kematian berlaku di ketinggian lebih 8,000 meter di Zon Maut dan kerap kali melibatkan mereka yang sudah sampai di puncak serta mahu turun semula.

Zon Maut yang terletak pada paras 7,500 meter atau 25,000 kaki ke atas itu menawarkan kubur kepada pendaki untuk bersemadi di celah-celah rekahan ais dan salji.

" Pendaki yang mati di ketinggian 8,000 meter adalah kerana mereka mengalami gejala-gejala neurologi atau hilang keupayaan diri," jelas Firth.

Kajian turut menunjukkan 1.3 peratus pendaki yang memanjat gunung tersebut telah berkubur di Everest.
Bagaimanapun, dalam kalangan pendaki tegar yang memilih gunung-gunung beraltitud tinggi, kejadian seperti itu tidaklah memeranjatkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055856 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list