CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moist

Euro 2008 Austria Switzerland [FINAL: Germany vs Spain]

[Copy link]
Post time 22-5-2008 03:57 PM | Show all posts

Reply #57 carrie_connie's post

selain ronaldo...portugal masih ada ramai pemain berbakat & bakal menyerlah d euro...antanya : Bosingwa, Quaresma, Nani, Carvalho, Pepe, Deco, Postiga, Farreira dll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 04:03 PM | Show all posts

Reply #60 nizam_muse's post

best gak tgk final champions league mlm td..puas ati bile man u mng...thn ni dpt 2 cup & chelsea kempunan 2 cup yg diidamkan...he. dlm final pg tadi..ramai yg akan beraksi di pentas euro 2008,tp pemain2 england tgk je la...england team favourite aku gak..tp portugal ada kira ok la...ronaldo,nani,carvalho,cech,van der sar,evra,ballack,farreira antara yg akan ke euro 2008
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 04:06 PM | Show all posts

MAN U GLORY

MAN U GLORY


..............

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 04:10 PM | Show all posts

MAN U MENANG LAGI OOOIIII

MAN U GLORY GLORY


BEST GILER DIORANG.........


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 08:49 AM | Show all posts

Scolari - Portugal

Scolari sasar mara ke perlawanan akhirLISBON - Luiz Felipe Scolari meletakkan sasaran untuk membawa Portugal mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut pada Kejuaraan Euro 2008.
Jurulatih yang dikenali sebagai 'Big Phil' itu mengemudi skuad Portugal mara ke peringkat akhir pada edisi 2004 sebelum 0-1 kepada Greece di Lisbon.
"Kami akan pergi ke Euro 2008 dengan mensasarkan layak ke perlawanan akhir meskipun sedar laluan begitu sukar," kata Scolari.
Mengulas mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan itu, Scolari berkata, "Saya masih mempunyai kontrak sehingga Julai 2008. Sekarang saya mahu memberi tumpuan Kejuaraan Eropah."
Walaupun diselubungi kontroversi ekoran membuat pemilihan pemain, Scolari memiliki rekod yang belum pernah dilakukan jurulatih Portugal dengan mara ke pusingan akhir ke Kejuaraan Eropah dua kali berturut-turut selain menempah tempat ke separuh akhir pada Piala Dunia 2006. -
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 08:53 AM | Show all posts

TURKI

Turki menaruh harapanSusunan MN NORZASRUDIN
norzasrudin@kosmo.com.my




TURKI menyasarkan untuk mara ke separuh akhir pada kempen Euro 2008.

BANTUAN pemain-pemain yang beraksi di luar negara menjadi taruhan utama Turki untuk mencipta kejayaan pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro 2008) bulan depan.
Turki meletakkan harapan yang besar kepada Nihat Kahveci dan Tuncay Sanli untuk mengemudi jentera serangan pada perlawanan Kumpulan A menentang tuan rumah bersama, Switzerland, Portugal dan Republik Czech.
Kali ini, Turki meletakkan sasaran untuk mara ke separuh akhir seperti mana yang dilakukan pada kempen Piala Dunia 2002 yang ketika itu dianjurkan bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.
Selain itu, mereka juga berhasrat untuk mengatasi pencapaian terbaik melangkah ke suku akhir pada Euro 2000.
"Mereka telah bermain dalam liga terbaik di Eropah dan mereka bermain dengan baik," kata jurulatih, Fatih Terim.
"Saya harap mereka akan terus menjaringkan gol untuk kami pada kempen Euro 2008."
Nihat yang bermula di posisi sayap kanan sebelum menjadi penyerang yang digeruni sejak berhijrah ke Sepanyol pada tahun 2002, antara penjaring terbaik Villarreal musim ini.
Penyerang berusia 29 tahun itu membantu Villarreal menamatkan saingan Liga Sepanyol di tempat kedua di belakang Real Madrid.

FATIH TERIM


Manakala Tuncay bukanlah seorang penyerang prolifik dalam saingan Liga Perdana England selepas gagal menjaringkan gol dalam 12 perlawanan berturut-turut.
Tetapi dia berjaya menjaringkan lapan gol pada penampilan tahun pertama di Middlesbrough.
Selain mengharapkan sentuhan dua penyerang sensasi itu, Turki juga tidak memandang rendah kemampuan Mevlut Erdinc yang ketika ini beraksi bersama kelab Perancis, Sochaux.
Ini kerana Mevlut telah menjaringkan 11 gol dalam kempen Liga Perancis dan membuat penampilan pertama ketika seri 2-2 menentang Belarus Mac lalu.




Begitupun Fatih berkata, kemampuan mereka menjaringkan gol tidak hanya diletakkan di bahu penyerang tetapi dia lebih suka apabila pemain-pemainnya bebas bergerak di tengah padang dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.
"Kamu akan lihat aksi sebuah pasukan yang menarik," kata Fatih.
"Kamu akan lihat sebuah pasukan yang tidak berjauhan antara sesama pemain dan kesemua 11 pemain akan beraksi dalam satu kumpulan."
Turut mencuri tumpuan adalah Mehmet Aurelio, pemain tengah kelahiran Brazil yang sudah lama berada dalam kesebelasan utama Turki sejak mendapat kerakyatan negara itu.
Meskipun Turki gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2004, mereka berjaya melangkah ke suku akhir Euro 2000 di Belanda dan Belgium.
Pada kejohanan itu, mereka berada di belakang Itali dalam saingan peringkat kumpulan tetapi tewas 0-2 kepada Portugal.

KAHVECI jadi taruhan terbaik Turki untuk mencipta jaringan.


Perlawanan menentang Switzerland, yang kedua daripada tiga perlawanan di peringkat kumpulan dalam kejohanan ini pasti mengimbau kembali memori buruk kedua-dua pasukan.
Turki dan Switzerland bertemu pada dua perlawanan penentuan untuk mengisi slot ke Piala Dunia 2006.
Begitupun kemenangan Switzerland meninggalkan sejarah hitam apabila berakhir dengan pergaduhan yang dipercayai dicetuskan oleh penolong jurulatih Turki.
Pergaduhan antara pemain di Turki memaksa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan arahan kepada Turki untuk bermain dalam enam perlawanan seterusnya di lokasi berkecuali dan tanpa penonton.
Begitupun FIFA mengambil keputusan untuk mengurangkan penggantungan itu kepada tiga perlawanan.
Fatih berkata, apa yang berlaku adalah tidak menggembirakan tetapi ia telah menjadi sejarah.
"Apa yang berlaku dalam bola sepak tetap dalam bola sepak," kata Fatih. - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2008 08:56 AM | Show all posts

PORTUGAL LAGI..HE.SORRY

PORTUGAL....antara pasukan pilihan


Portugal mahu tebus maruahSusunan MN NORZASRUDIN
norzasrudin@kosmo.com.my



PORTUGAL berazam untuk mengulangi pencapaian terbaik mereka pada Euro 2004.



SUDAH tiba masanya untuk Portugal membuktikan kemampuan mereka sebagai salah sebuah pasukan bola sepak terbaik di dunia.
Selepas hampir dinobatkan sebagai juara pada dua kejohanan utama, Portugal berazam untuk menjadikan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro 2008) bulan depan sebagai medan menebus maruah.
Pada saingan Euro 2004 yang berlangsung di tempat sendiri, Portugal berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sebelum tewas 0-1 kepada Greece.
Manakala pada kempen Piala Dunia 2006, anak-anak buah Luiz Felipe Scolari ini berjaya meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir sebelum tewas 0-1 kepada Perancis.
Portugal juga tidak bernasib baik apabila kecundang 1-3 kepada Jerman pada penentuan tempat ketiga.
"Untuk satu tempoh yang panjang, Portugal gagal mempamerkan persembahan yang konsisten berbanding apa yang mereka lakukan pada empat atau lima tahun terakhir," kata jurulatih kelahiran Brazil itu.
"Kami mempunyai ramai pemain yang hebat. Kini kami perlu menewaskan lawan untuk melangkah ke babak akhir sekali lagi.
"Siapa tahu, ini adalah peluang terbaik kami."
Keyakinan Scolari ini turut dikongsi pemain sayap Manchester United, Nani.
"Rakyat Portugal mahukan gelaran dan saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk kami memenuhi permintaan mereka itu," kata Nani.
"Pasukan ini mampu melakukannya kerana kami memiliki ramai pemain yang berbakat. Kami akan berusaha melakukan yang terbaik pada Euro 2008."
Kebangkitan Portugal bermula sebaik sahaja Scolari dilantik menjadi jurulatih selepas membantu Brazil memenangi trofi Piala Dunia 2002 yang ketika itu dianjurkan bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.
Portugal sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain berbakat dan mampu mempamerkan corak permainan yang menghiburkan.
Malangnya mereka tidak pernah mencatat keputusan yang membanggakan apabila beraksi di pentas antarabangsa.

RONALDO mungkin dipilih menjadi kapten Portugal pada Euro 2008.


Di pentas Piala Dunia, pencapaian terbaik mereka ialah di tempat ketiga pada 1966 tetapi dalam dua penampilan pada kejohanan berprestij itu (1986 dan 2002), mereka gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.
Namun pencapaian pada pusingan akhir Euro 2004 adalah yang terbaik dalam lipatan sejarah mereka.
"Saya terpaksa membentuk semula pasukan ini selepas Piala Dunia 2002," kata Scolari.
"Saya telah bekerja keras dan meyakinkan mereka bahawa kami boleh pergi jauh jika ada semangat berpasukan yang tinggi.
"Oleh sebab itu kami berjaya mencapai sasaran."
Scolari berkata, anak-anak buahnya berjaya menyesuaikan diri dengan taktikal dan gaya permainan yang cuba diterapkan tetapi faktor utama kejayaan mereka adalah semangat juang yang tinggi.
"Kekuatan kami adalah semangat pemain dan mereka cukup berbangga apabila menyarung jersi pasukan kebangsaan," kata Scolari.
"Perancangan taktikal akan menjadi lebih mudah apabila digabungkan dengan sikap serta motivasi pemain."
Pada pusingan akhir di Austria dan Switzerland (7 hingga 29 Jun), Portugal yang ketika ini menduduki ranking kesembilan dunia akan bertemu tuan rumah Switzerland, Republik Czech dan Turki.




Portugal akan menghadapi perlawanan pertama menentang Turki pada 7 Jun di Geneva sebelum bertemu Republik Czech (11 Jun) di lokasi yang sama dan empat hari kemudian melawan Switzerland di Basel.
Penampilan kali ini juga dianggap bersejarah kerana Portugal akan beraksi tanpa Luis Figo dan penyerang berpengalaman Pauleta yang bersara di pentas antarabangsa.
Scolari turut mengetepikan Rui Costa dan Fernando Couto yang bersara selepas Euro 2004.
"Masa sudah berlalu dan pemain-pemain berpengalaman telah meninggalkan pasukan.
"Kami perlu menggantikan mereka dengan pemain baru yang lebih bertenaga, jadi kami perlu membuat perubahan dalam pasukan."
Scolari berkata, dia perlu mengenalpasti beberapa pemain muda yang berkebolehan untuk menjadi kapten bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh pemain senior.
Antara calon yang berwibawa adalah pemain tengah Inter Milan, Maniche, Cristiano Ronaldo, Nani (Manchester United), Deco (Barcelona), Ricardo Carvalho (Chelsea) dan Ricardo Quaresma (Porto). - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:19 AM | Show all posts
maniche kan kena drop from portugal.. haa ne la keja copy paste melulu.. ape la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 10:35 AM | Show all posts








HUP HOLLAND HUP :pompom::pompom::pompom:





[ Last edited by  dutchy at 23-5-2008 10:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 10:37 AM | Show all posts
mendap !!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 03:23 PM | Show all posts
sbb EURO nak dekat.. nak sokong GERMANY la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 04:16 PM | Show all posts

Reply #64 eden_torai14's post

suma benang korang masuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 02:20 PM | Show all posts

Reply #68 fizamn's post

MMG LA DAH KENA DROP...TGK LA KAT LIST PLAYER TU,,,..MANE ADA NAMA MANICHE PUN..GMBAR TU AMIK DR KOSMO ONLINE...MARE A DIORG...AKU SAJE JE MASUK GMBR TEAM PORTUGAL...KALO NAK YG BTUL2 LATEST NYA GMBR TGU A EURO START..TP BYK JE KAT WEBSITE EURO TU...SJ AKU NAK COPY DR KOSMO SBB SKALI DGN ARTIKEL...SORI A KALO SESAKKN MATA KORG..HE...PORTUGAL....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #72 kingaroon's post

MMG MINAT BENANG SPORT NI..TMNH2 LAK BOLA
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 12:20 PM | Show all posts

PEPE...PORTUGAL

Pepe idam trofi EropahSusunan RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my







MADRID - Pemain pertahanan Portugal, Pepe berjaya menjulang trofi Liga Sepanyol pada musim pertamanya bersama kelab Real Madrid.
Kini, pemain kelahiran Brazil berusia 25 tahun itu berhasrat untuk melengkapkan musim cemerlangnya dengan membantu Portugal muncul juara pada kempen Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 di Austria dan Switzerland bulan depan.
"Kami memiliki barisan pemain yang hebat," kata Pepe menjelang kejohanan yang akan diadakan di Austria dan Switzerland bulan depan.
"Kecuali pengalaman, kami memiliki apa yang diperlukan untuk menjadi juara dan saya begitu yakin untuk menjulang piala Euro 2008."


PEPE (kanan) menjadi taruhan terbaik Portugal di posisi pertahanan.

Pepe menolak peluang untuk menyertai skuad kebangsaan Brazil dan memilih untuk mewakili Portugal yang sudah dianggap sebagai negaranya sendiri sejak menetap di sana ketika berusia 18 tahun.
"Portugal banyak memberi peluang kepada saya untuk menonjolkan bakat sebenar," kata bekas pemain Porto FC itu.
"Banyak yang saya peroleh di sini dan saya berazam untuk membalas budi Portugal dengan beraksi dalam skuad kebangsaan."
Pepe juga mengakui situasinya itu agak luar biasa memandangkan kebanyakan pemain Brazil tidak pernah melepaskan peluang untuk beraksi dengan juara dunia sebanyak lima kali itu.
Namun menurutnya, jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari yang membantu Portugal mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2006 dan mara ke final Euro 2004, telah banyak membantu kejayaannya ketika ini.
"Scolari telah banyak menyokong saya dan memberi saya kekuatan kerana memang jarang sekali seseorang pemain itu melepaskan peluang untuk mewakili negaranya dan beraksi untuk negara lain," kata Pepe.
Dalam pada itu, Pepe menjangkakan pemain sayap Manchester United berusia 23 tahun, Cristiano Ronaldo akan memainkan watak utama dalam skuad Portugal pada saingan kali ini.
Mereka akan memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang Turki pada 7 Jun ini.
"Cristiano Ronaldo telah membuktikan bahawa dia merupakan pemain paling hebat di peringkat dunia ketika ini," tambah Pepe.
"Dia merupakan pemain penting dalam pasukan Manchester United dan skuad kebangsaan.
"Memang bukan sesuatu yang luar biasa sekiranya dia menerima banyak tekanan tetapi saya percaya dia telah bersedia untuk menghadapinya.
"Dia telah menunjukkan kematangan ketika bersama United."




Selain Turki, Portugal juga akan menentang penganjur bersama Euro 2008, Switzerland serta Republik Czech dalam Kumpulan A.
"Kami harus memikirkan untuk melepasi pusingan peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk ke pusingan seterusnya," tambah Pepe.
"Dalam peringkat kumpulan, kami mempunyai pesaing yang hebat seperti Republik Czech.
"Saya rasa pasukan kami mempunyai segala-galanya kecuali kurang pengalaman.
"Namun, dengan kerja keras dan keazaman untuk menang, kami mampu mengatasi kelemahan ini."
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 12:33 PM | Show all posts

SEKITAR EURO 2008

Greece merosot, Belanda, Croatia bergaya


LONDON: Juara bertahan Eropah, Greece mengalami kemerosotan aksi pada babak kedua dan kalah perlawanan persiapan terakhir ketika Belanda, Croatia dan Switzerland meneruskan persiapan baik menjelang saingan sebenua dengan kemenangan, kelmarin.

Greece melepaskan tiga gol dalam tempoh 16 minit untuk kalah 2-3 kepada Hungary pada aksi persahabatan terakhir sebelum misi mempertahankan gelaran mereka.

Dirk Kuyt, Klaas Jan Huntelaar dan Ryan Babel pula menemui sentuhan jaringan untuk membantu Belanda menewaskan Ukraine 3-0; gol awal Niko Kovac menyaksikan Croatia menang 1-0 ke atas Moldova; dan Valon Behrami menyumbang gol dan mencipta satu lagi untuk membolehkan Switzerland menang ke atas Slovakia 2-0 buat menamatkan rentetan empat kekalahan.



Dalam aksi membabitkan pasukan tidak ke Euro 2008, Ireland bangkit hasil gol masa kecederaan untuk seri 1-1 dengan Serbia.

Di Budapest, Hungary, Balazs Dzsudzsak, Roland Juhasz dan Krisztian Vadocz menyumbang jaringan untuk membolehkan Hungary mendahului 3-1 selepas 63 minit, menewaskan penjaga gol gantian, Konstantinos Chalkias yang menggantikan Antonios Nikopolidis kerana cedera pada minit ke-22.

Keputusan itu adalah kemenangan sulung buat pengurus Hungary, Erwin Koeman yang menggantikan Peter Varhidi, awal bulan ini.

Ia juga adalah kemenangan pertama Hungary dalam lapan aksi menentang Greece, rentetan yang bermula sejak 1987.

Di Rotterdam, Belanda, gol pertama di peringkat antarabangsa oleh Kuyt dalam tempoh setahun meletakkan tuan rumah mendahului apabila penyerang Liverpool itu menanduk masuk umpanan lintang Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-22.

Huntelaar menggandakan kelebihan menerusi rembatan dari dalam kawasan penalti pada minit ke-37 selepas umpanan Rafael van der Vaart. Van der Vaart menjadi pencipta sekali lagi pada minit ke-63 apabila melorongkan umpanan yang disudahkan Babel untuk gol ketiga. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 12:34 PM | Show all posts

SEKITAR EURO 2008

Greece merosot, Belanda, Croatia bergaya


LONDON: Juara bertahan Eropah, Greece mengalami kemerosotan aksi pada babak kedua dan kalah perlawanan persiapan terakhir ketika Belanda, Croatia dan Switzerland meneruskan persiapan baik menjelang saingan sebenua dengan kemenangan, kelmarin.

Greece melepaskan tiga gol dalam tempoh 16 minit untuk kalah 2-3 kepada Hungary pada aksi persahabatan terakhir sebelum misi mempertahankan gelaran mereka.

Dirk Kuyt, Klaas Jan Huntelaar dan Ryan Babel pula menemui sentuhan jaringan untuk membantu Belanda menewaskan Ukraine 3-0; gol awal Niko Kovac menyaksikan Croatia menang 1-0 ke atas Moldova; dan Valon Behrami menyumbang gol dan mencipta satu lagi untuk membolehkan Switzerland menang ke atas Slovakia 2-0 buat menamatkan rentetan empat kekalahan.



Dalam aksi membabitkan pasukan tidak ke Euro 2008, Ireland bangkit hasil gol masa kecederaan untuk seri 1-1 dengan Serbia.

Di Budapest, Hungary, Balazs Dzsudzsak, Roland Juhasz dan Krisztian Vadocz menyumbang jaringan untuk membolehkan Hungary mendahului 3-1 selepas 63 minit, menewaskan penjaga gol gantian, Konstantinos Chalkias yang menggantikan Antonios Nikopolidis kerana cedera pada minit ke-22.

Keputusan itu adalah kemenangan sulung buat pengurus Hungary, Erwin Koeman yang menggantikan Peter Varhidi, awal bulan ini.

Ia juga adalah kemenangan pertama Hungary dalam lapan aksi menentang Greece, rentetan yang bermula sejak 1987.

Di Rotterdam, Belanda, gol pertama di peringkat antarabangsa oleh Kuyt dalam tempoh setahun meletakkan tuan rumah mendahului apabila penyerang Liverpool itu menanduk masuk umpanan lintang Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-22.

Huntelaar menggandakan kelebihan menerusi rembatan dari dalam kawasan penalti pada minit ke-37 selepas umpanan Rafael van der Vaart. Van der Vaart menjadi pencipta sekali lagi pada minit ke-63 apabila melorongkan umpanan yang disudahkan Babel untuk gol ketiga. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:57 AM | Show all posts
All 16 competing nations at UEFA EURO 2008
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 11:46 AM | Show all posts

Larsson

Larsson masih berbisaSusunan YASMIN RAMAN
yasmin.raman@kosmo.com.my



LARSSON dijangka mengetuai jentera serangan Sweden pada Euro kali ini.



LONDON - Jika ada perkara yang boleh digambarkan mengenai Henrik Larsson, ia lebih kepada karakternya yang gemar berhijrah.
Penyerang veteran ini pernah dianggap sebagai wira ketika mewakili kelab Scotland, Celtic suatu ketika dahulu.
Sepanjang tujuh musim bersama Celtic bermula tahun 1997 hingga 2004, Larsson telah merekodkan 173 gol.
Namun dia gagal mengambil kesempatan itu apabila membuat keputusan berhijrah ke Sepanyol dengan menyertai kelab Barcelona.
Bersama Barcelona, Larsson gagal menampilkan aksi seperti mana yang dilakukan di Celtic sehingga menyaksikan dia hanya menyarung jersi kelab Catalan itu selama dua musim.
Selepas itu, Larsson berhijrah kembali ke Helsingborg, kelab di mana dia mula-mula mencipta nama sebagai pemain profesional pada tahun 1988.
Ketika Larsson dilihat sudah sampai ke penghujung kariernya, dia dipinjamkan ke kelab terkemuka England, Manchester United musim lalu.
Bagaimanapun dia gagal menyerlah bersama United, sekali gus memberi petanda bahawa kariernya sudah berakhir.
Baru-baru ini kejutan berlaku apabila namanya turut disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sweden bagi menghadapi Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 bulan depan.
Sebelum itu, pertikaian sama ada Larsson akan beraksi bersama pasukan kebangsaannya sejak dia mengambil keputusan mengundurkan diri selepas kempen Piala Dunia 2002.
Begitupun, dia kembali membuat keputusan mengejut dengan menyertai skuad Sweden.
Ternyata berita itu disambut baik penyokong Sweden yang meletakkan kepercayaan penuh terhadap keupayaan penyerang berusia 37 tahun itu.
"Saya masih membuktikan sesuatu kepada penyokong Sweden. Walaupun saya semakin berusia tetapi saya masih mampu menandingi kepantasan pemain muda.
"Saya harap dengan kepercayaan yang diberikan jurulatih, saya mampu menghadiahkan sesuatu kepadanya, pasukan serta penyokong kami," kata Larsson.
Namun persoalan timbul, adakah pada kempen Euro kali ini Sweden akan menampilkan ramai pemain yang melebihi umur 30 tahun?


SENTUHAN Larsson (kanan) masih ditagih Sweden bagi menghadapi kempen Euro 2008.

Sekalipun Sweden berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan dalam setiap kejohanan utama yang disertai, namun perjalanan mereka hanya terhenti setakat itu sahaja.
Ramai yang menganggap Larsson masih mampu memberikan impak dalam skuad Sweden, namun kehebatannya mungkin tidak seperti di zaman kehebatannya.
Pengalaman yang dimiliki Larsson bersama skuad kebangsaan Sweden tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
"Kami tahu dia (Larsson) berkemampuan tinggi. Dia merupakan bintang dalam skuad kami. Dia amat komited terhadap apa yang dilakukannya," kata jurulatih Sweden, Lars Lagerback.




Apapun, kini sudah tiba masanya bintang baru Sweden, Zlatan Ibrahimovic menggantikan tempat penyerang yang paling di hormati di Sweden itu.
Dengan sentuhan yang diberikan Larsson sudah cukup untuk membimbing Ibrahimovic mempamerkan aksi hebat tanpa mempunyai sebarang masalah. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 11:48 AM | Show all posts
Pengalaman jadi taruhan Greece
ATHENS - Jurulatih Greece, Otto Rehhagel mempertaruh pemain berpengalaman bagi menghadapi Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 bulan depan.

Semalam Rehhagel menyenaraikan 23 pemain dengan penyerang kelab Bayer Leverkusen, Fanis Gekas akan mengetuai cabaran Greece pada kempen Euro 2008.

"Saya harap dengan adanya barisan berpengalaman, kami dapat mencipta satu lagi sejarah dalam kempen Euro kali ini.

"Saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada pemain tetapi mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk melakar kejutan," kata Rehhagel.

Selain Gekas, penyerang Celtic, Georgios Samaras, Dimitris Salpigidis dari Panathinaikos serta Nikos Lymberopoulos (AEK Athens) akan mengetuai jentera serangan Greece.

Bagaimanapun sepuluh pemain yang membantu Greece muncul juara Euro 2004 diketepikan termasuk pemain tengah Real Mallorca, Angelos Basinas yang mengetuai pasukannya pada kempen ketika itu.

Pada kempen kali ini, Greece akan menentang Sweden, Rusia dan Sepanyol dalam saingan Kumpulan D.

Greece dijadual menentang Armenia pada aksi persahabatan Ahad ini. - Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.229449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list