CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2914|Reply: 0

6 Mati dalam Ribut Taufan di Shenzhen -

[Copy link]
Post time 14-6-2008 02:50 AM | Show all posts |Read mode
13 Jun, 2008  

Enam Terbunuh Dalam Ribut Taufan Di Shenzhen

Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 13 Jun (Bernama) -- Enam orang mati dalam kejadian ribut taufan hari ini dan menjejaskan ratusan penerbangan serta mengganggu lalu lintas di bandaraya Shenzhen di selatan China.


Empat mati apabila rumah mereka runtuh di daerah Bao'an sementara pasangan suami isteri penjual buah terkena kejutan elektrik, kata agensi berita Xinhua.

Lebih 2,000 penggembara turut terjejas apabila 130 penerbangan ditangguh dan 13 lagi dibatalkan.

Sebanyak 18 lagi penerbangan dilencongkan ke Guangzhou, Guilin dan Shantou, menurut Xinhua.

Ribut Taufan melanda selatan dan timur China minggu ini, sehingga mendatangkan banjir yang menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dan jalan-jalan ditutup.


Kawasan tanaman yang luas juga dilaporkan musnah sementara kolam takungan air berkemungkinan melimpah atau pecah.

-- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

tak tau nakfikir camana lagi.. china ni tak habis2 ditimpa malapetaka
dan bencana... lepas  satu  satu...

tak habis lagi  nak tolong mangsa gempa bumi last month -
kena ribut taufan pula -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list