CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surayaarshad

BATU KARANG!!

[Copy link]
 Author| Post time 25-6-2008 12:32 PM | Show all posts

Balas #18 casio88\ catat

oh ye ke.. tapi saya baru 28 dah kena...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by surayaarshad at 25-6-2008 12:32 PM
oh ye ke.. tapi saya baru 28 dah kena...


kawan saya tuh pun baru 25 tahun ... dah kena batu karang  ... tp keturunan dia mmg ada batu karang ... mungkin disebabkan faktor tuh kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 06:33 PM | Show all posts

Balas #22 nadia_amirra\ catat

family sue pun ada batu karang... my dad...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 08:34 AM | Show all posts
tahan kencing memang faktor sebabkan batu karang ni..Dalam urine kita ada macam2 jenis bahan buangan termasuk urea n salt... benda2 ni bila mendap dia akan bentuk pepejal yang akan melekat kat pundi kencing. lala2 dia akan jadi besar n kacau kita punya saluran kencing... ini menyebabkan kencing x lawas, sakit masa kencing atau kadang2 ada darah dalam urine...

kalu cara tradisional orang tua2 cakap makan barli n air kelapa...
kalu x p hospital... ada banyak cara.. skarang dah boleh buat guna laser untuk hancurkan batu 2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:38 AM | Show all posts
makan barli n air kelapa tu leh pcahkn batu karang ker???
aku pun kerap gak tahan kencing...tak larat r nak g jamban...jap2 nak kcng jap2 nak kncg...mana tahan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:05 PM | Show all posts
ofis mate kita ada batu karang dlm hempedu... pastu takut nak operate... gi wat rawatan alternatif.... gi berubat dengan orang yg pandai kat durian tunggal melka... org tu cuma gososk2 kat tempat tu n kuar batu tu 3 ketul.... sekarnag dia da tak sakit lagi...  tp blum scan doktor lagi... klu dia scan n doktor kata da xde, memang power la org tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2008 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by white_orkid at 1-7-2008 01:05 PM
ofis mate kita ada batu karang dlm hempedu... pastu takut nak operate... gi wat rawatan alternatif.... gi berubat dengan orang yg pandai kat durian tunggal melka... org tu cuma gososk2 kat tempat ...


haduilah .. pi scan lah bagitau kat kawan tuh !

akak dah experience dah penyakit nih. mmg kejap sakit, pastu bila hilang sakit, akan hilang terus macam dah baik betul. tp jgn sampai nnt pundi hempedu tuh dah tak boleh bertahan lagi - rosak dan pecah. pastu, tubuh badan akan jadi kuning, terus kena immediate op.

kalau doc kata nak operate, pergi jerlah, takyah nak suffer.

just my 2 cents
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2008 01:35 PM | Show all posts

Balas #27 ogyrosli\ catat

oh yer ke,... takutnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2008 10:27 AM | Show all posts

Balas #27 ogyrosli\ catat

THANKS A LOT..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 11:55 AM | Show all posts
erm aku nak btau nie pengalaman aku kena batu karang..umo aku mase tue muda belia lagi br 17 taun.Tuhan jelah yg tahu azap nak buang benda ni siap di lazernyer skali..xray toksah kata le berapa kali aku kena smp bdn aku lemah2 byh sel bdn mati..dah ler nak SPM plak tue..nie semua penyakit keturunan coz belah mak aku byk ygkena tmasuk la mak aku..but now after 5 years dah okay..alhamdulilah..doktor nasihatkan banyak minum air barli dan air putih..so pada anda semua mencegah ebih baik dari merawat..coz kalu dah kena tue leh muntah2 dan terguling2 kat lantai.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:26 PM | Show all posts
minum air barli byk2

lagi satu kalau korang tahu daun pecah beling, ambik daun dlm 7 helai, rebus, minum, InshaAllah, batu tu kuar melalui kencing.

my hb ada gak kena batu karang ni, minum air daun ni, Alhamdullillah ok.

Lagi satu petua orang tua, kalau nak petik daun utk buat ubat, bagi Salam dulu kat Nabi Elias


Kalau nak tahu lebih lanjut ni info pasal daun pecah beling, ni saya cut and paste dpd website

Pelbagai khasiat daun Pecah Beling



Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau
Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal
dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat
pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan
tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan
gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo,
kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini
lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.
Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah
digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis
serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan
air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan
rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling
mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan
pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom
kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan
pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah
diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi
benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik
dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan
Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling
mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%),
kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya
juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan
banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga
mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua
kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan
(total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan
dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan
untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro
(kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu,
ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan
pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.
Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini
mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau
keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu
untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan
risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air
pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan
keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada
daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk
merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di
atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras
kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol
di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak
dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya
sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak
daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan
paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan
(total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau
kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula
darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras
jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras
jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah
penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu,
ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit,
tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh
pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat
tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser
ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus
yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi
ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan
pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu
Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang
disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai
banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di
samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,
antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian
klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan
kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau
kencing manis.

lawati :http//www.maynetwork.net/racek

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

[ Last edited by  ayeep at 5-7-2008 03:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:31 PM | Show all posts
dable posting lah plak

[ Last edited by  ayeep at 5-7-2008 03:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 05:50 PM | Show all posts
puncanya..

1. tahan kencing
2. malas minum air kosong
3. keturunan
4. mkn mende2 high protein
5. dll

sakitnya hanya tuhan saja yang tau....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 11:07 AM | Show all posts
aku kena skrg...perghhh


x suka than kencing, kuat minum air kosong........pun kena gak....sakit tul pinggang aku... tp test urine negatif. aritu keluar batu utk kali pertama... ni sakit pinggang x sudah....doktor bagi ubat thn sakit n procit jer.......mmg sakit wooo....

minum air kosong mmg nyk...gi tnds pun bnyak........air barli...hari2......ni.....


sabor2.....

tnya DR... keturunan p'yebab ker? dr kata tak lak...tp aku dh amalkn minum air bnyk  sejak dulu....tp kena gak...pergh....pinggng aku sakit..................gi keje naik mtor lak tu.........

sabar2..................
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 02:16 PM | Show all posts

Reply #1 surayaarshad's post

kalau betul ada batu karang...


petua dari seorang rakan....

ambil separuh buah tembikai yang sedang...korek kat tengah2 buat lubang...pastu masukkan gula batu...biarkan sampai cair dan pastu bolehla dimakan tembikai tu seperti biasa....jgn lupa selawat sebelum mkn...

try la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 10:48 PM | Show all posts
aku ni pun skit pinggang gle..
shh nak kencing..
esk nak g check..
pengalaman tgk akak aku kn batu karang wat aku jd lg takot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:23 PM | Show all posts
salam...

ada tak tanda2 sakit batu karang ni..sakit perut yg terlampau..sampai guling2? sebelah kiri atau kanan..ek?

kalau sakit batu hempedu tu..biasanya kena kt pompuan ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:01 PM | Show all posts
baru2 ni bapa sy kena batu karang, sebelum ini pun dier penah kena..sy nak tanya satu soalan..adakah dengan pengambilan tea pudina boleh menyebabkan pembetukan batu karang di dalam ginjal? (kekerapan setiap hari 3 cawan tea pudina) sebab sy pernah terbaca artikal yg mengatakan akibat terlebih ambil akan mengakibatkan batu karang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:18 PM | Show all posts
ni kisah yg aku nak crita psl hubby aku lak. hubby aku ni sakit kat area perut ke pinggang dia dah lama. tp on & off ar. air kencing keruh dan bhgn bawah dia bengkak sebelah. ada satu hari yg klimaks sakit dia sampai dia kena masuk emergency. scan punye scan, doctor suspect hernia. masa kena tahan tu dah di x-ray bagai, buah pinggang hubby aku ok jer. jd sampai ar kuar hospital, hubby aku dibekalkan dgn ubat2an saja. x sampai bape hari sakit tu dtg balik. then kiterang refer pada doctor pakar yg lain yg disuggest oleh org yg bekerja kat spital tu. bila dicheck, sah ada batu kat bhgn kiri & kanan buah pinggang dan atas pundi kencing. padan lah bengkak bhgn bawah tu. dan doctor ni sahkan bukan hernia. buat permulaan treatment, hubby aku dibekalkan dgn ubat utk pecahkan batu karang tu dgn ubat tahan sakit. x bape lama bila buat second checkup, dan scan utk kali kedua, batu karang yg kat atas pundi kencing dan salah satu buah pinggang dah pecah (hasil dr makan ubat yg dibekalkan td). tinggal satu je lagi yg degil x pecah2. then doc suh makan ubat lagi dan tunggu result seterusnye. bila dah x sakit lg, hubby aku assume yg dia dah baik sepenuhnya dan x buat checkup lg dgn doc tu sbb kesibukannya. tup2 skang hubby aku start sakit balik kat belah kanan perut dia. kencing dah start keruh balik dan berwarna ala2 sirap yg jernih tu (tp x kerap). jd aku sbg wife dia mulalah risau dan lps ni kiterang nak set appointment baru dgn doctor sblm ni. harap2 x serius la sakit hubby aku tu. ade sesapa yg pernah alami apa yg hubby aku alami skang nih?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079469 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list