CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: HangPC2

Pengkalan Data Macross '' Universe ''

[Copy link]
Post time 18-10-2012 04:20 PM | Show all posts
MACROSS VF-X2



Game ini mendapat sambutan yg menggalakkan di Jepun & merupakan sambungan kpd game Macross VF-X1. Khusus utk PS shj, game ini adalah kesinambungan era setelah tamatnya perang Varauta / Protodeviln dengan koloni Macross 7.

Bermula pada tahun 2050, beberapa koloni yg tidak puas hati dengan UN Spacy mula melancarkan pemberontakan. Pasukan khas VF-X Raven ditugaskan untuk memastikan pemberontakan ini tidak menular ke koloni2 angkasa lain yg seklaigus boleh menyebabkan perang saudara.

Namun begitu, hasil maklumat risikan, pihak pemberontak telah berjaya merampas sebuah kapal Macross 13 (sama seperti kapal Macross 7) & bercadang utk menggunakan ia utk tujuan perang saudara. Dptkah pasukan VF-X Raven  menghalang tindakan pihak pemberontak? Selain itu pihak pemberontak juga telah menculik kumpulan Milky Dolls yg cukup popular sbg perang saraf ke atas pemerintah koloni.

Armada UN SPACY & VF-X Raven dlm misi getir utk menyelamatkan Milky Dolls & menghalang niat pemberontak menggunakan kapal Macross 13 utk melancarkan perang saudara.

Inilah intro game VF-X2 dlm btk 2D & 3D CG  yg kemudiannya mempengaruhi penghasilan animasi 2D+3D CG Macross Zero & Macross Frontier:



Ini pula babak armada UN SPACY & skuadron VF-X Raven menghadapi kapal Macross 13 yg dikuasai pemberontak:



OST bagi VF-X2, 'Get Free':

Last edited by robotech on 18-10-2012 04:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 05:19 PM | Show all posts
Bagi mana2 peminat siri Macross, pastinya mereka takkan lupa akan lagu tema filem Macross: DYRL yang dinyanyikan oleh idoru Macross, Lynn Minmay. Lagu ini merupakan lagu paling 'berhantu' dalam sejarah pembikinan Macross. Keindahan melodi lagu ini serta lirik yang mencengkam kalbu, dinyanyikan sendiri oleh Mari Iijima, seorang penyanyi, penulis lirik & pengkarya lagu juga pelakon suara watak Lynn Minmay.

Kesempurnaan lagu ini mempopularkan status Lynn Minmay sebagai anime-idoru pertama dalam sejarah animasi Jepun!




Mari Iijima - penyanyi, penggubah lagu, penulis lirik serta pelakon asal Lynn Minmay

Ai Oboetemas Ka aka Do you remember love?



Lyrics:

Ima anata no koe ga kikoeru
"koko ni oide" to
samishisa ni makesouna watashi ni
ima anata no sugata ga mieru
aruite kuru
me wo tojite matte iru watashi ni

Kinou made namida de kumotteta
Kokoro wa ima...

Oboete imasu ka me to me ga atta toki wo
oboete imasu ka te to te ga fureatta toki
sore wa hajimete no ai no tabidachi deshita
I LOVE YOU SO

Ima anata no shisen kanjiru hanaretetemo
karada-juu ga atatakaku naru no
ima anata no ai shinjimasu
douzo watashi wo
tooku kara mimamotte kudasai

Kinou made namida de kumotteta
Sekai wa ima...

Oboete imasu ka me to me ga atta toki wo
oboete imasu ka te to te ga fureatta toki
sore wa hajimete no ai no tabidachi deshita
I LOVE YOU SO

Mou hitoribotchi ja nai
anata ga iru kara...

Oboete imasu ka me to me ga atta toki wo
oboete imasu ka te to te ga fureatta toki
sore wa hajimete no ai no tabidachi deshita
I LOVE YOU SO

Mou hitoribotchi ja nai
anata ga iru kara...

Mou hitoribotchi ja nai
anata ga iru kara...

Mou hitoribotchi ja nai
anata ga iru kara...

Last edited by robotech on 18-10-2012 06:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 05:28 PM | Show all posts
Maka tidak hairanlah, lagu ini diolah kembali & dinyanyikan kembali oleh idoru2 sekuel Macross lainnya.

Contoh, dalam siri anime Macross 7: The Fleet of the Strongest Women, heroin utama siri ini, Mylene Jinaas (yang dilakon Chie Kajiura - seorang penyanyi Jepun) yang merupakan anggota kumpulan band Fire Bomber menyanyikan kembali lagu ini.





Chie Kajiura - Penyanyi indie yang memegang watak Mylene dalam Macross 7

Mylene (Fire Bomber) - Ai Oboetemas Ka
Last edited by robotech on 18-10-2012 06:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 06:07 PM | Show all posts
Lagu ini juga cukup 'berhantu' sehinggakan ia dinyanyikan kembali oleh Macross idoru berikutnya, Renka Lee (dilakonkan oleh Megumi Nakajima, seorang penyanyi juga) dalam siri Macross Frontier. Ia diolah kembali dalam dua versi iaitu versi 'Deculture' yang digarap oleh Yoko Kanno - penggubah muzik terkenal Jepun serta versi 'Bless the Little Queen' yang digunakan dalam 2 episod terakhir Macross F.




Megumi Nakajima - Penyanyi, pelakon alih suara yang memegang watak Ranka Lee dalam Macross F

Ranka - Ai Oboetemas Ka (Deculture Edition)


Ranka - Ai Oboetemas Ka (Bless the Little Queen Edition)
Last edited by robotech on 18-10-2012 06:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 06:28 PM | Show all posts
Kekuatan lagu ini menarik minat seorang pelakon alih suara anime / videogame yang agak terkenal dari USA, iaitu Cristina Vee untuk mencuba bakat beliau menyanyikan semula lagu Ai Obotemas Ka dalam BI. Cris Vee telah mendapat peluang keemasan berkenaan bila dia dijemput menyertai sesi rakaman semula filem animasi Macross DYRL yang dibuat peminat2 Macross di USA (fan-dub) & memegang watak sebagai Lynn Minmay.

Hasilnya, amat mengkagumkan! Beliau telah menyanyikan Ai Obotemas Ka dalam BI bagi dua versi, iaitu versi asal Macross DYRL yang dinyanyikan oleh Mari Iijima & versi Macross Frontier (Deculture) yang dinyanyikan Megumi Nakajima.


Cristina Vee - Pelakon alih suara anime BI / videogame dari USA

Cris Vee -  Ai Obotemas Ka (Original) English Dub


Cris Vee -  Ai Obotemas Ka (Bless the Little Queen - Mac F) English Dub
Last edited by robotech on 18-10-2012 06:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:36 PM | Show all posts
Macross: Ai Oboetemas Ka - Do You Remember Love (English Dub)



Filem animasi Macross DYRL telah ditayangkan di seluruh Jepun pada 1984 adalah susulan kepada kejayaan siri anime SDF: Macross yang ditayangkan sepanjang tahun 1983. Filem animasi ini memecah panggung & mencapai status box-office di Jepun, sekaligus menaikkan nama sebahagian besar pelakon2 alih suaranya yang akhirnya mencipta nama dalam karier masing2, para pengkarya animasi seperti animator & pereka illustrasi dll. Macross juga berpengaruh kerana mempopularkan terma Otaku dalam masyarakat mainstream Jepun.

Kualiti filem animasi ini cukup bermutu berbanding zamannya. Ia menjadi lagenda, walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa filem anime yang lain. Boleh dikatakan, ia antara yang paling popular di peringkat antarabangsa akibat tempias siri Robotech serta penangan sekuel Macross lainnya.

Namun begitu, pada akhir 1980an, Toei Jepun telah bekerjasama dengan Stardubs dari Hong Kong telah menerbitkan filem Macross DYRL dalam versi BI. Filem ini dikenali sebagai 'Clash of the Bionoids' diedit sehingga menjejaskan jalan cerita serta kualiti alih bahasa sangat tidak berkualiti. Setelah itu, pihak Big West, studio animasi yang menerbitkan Macross DYRL serik untuk mengeksport keluar filem ini dalam versi BI ke pasaran antarabangsa, selain konflik pemilikan IP Macross dengan syarikat Harmony Gold yang memegang hak pengedaran Robotech (adaptasi SDF Macross, Southern Cross, Mospeda) di USA.

Pada pertengahan 1990an, beberapa syarikat produksi di Amerika telah mengedarkan siri OAV Macross II & Macross Plus alihsuara BI. Tetapi peminat terus tertunggu2 versi Macross DYRL alihsuara BI terpaksa menanti tanpa kepastian.

Kebanyakan peminat2 Macross: DYRL di luar Jepun terpaksa bergantung kepada komuniti fan-sub yang menghasilkan sarikata BI untuk filem DYRL ini. Namun begitu, ia belum dapat memuaskan hati peminat2 siri Macross yang lain. Namun begitu, Harmony Gold dengan kerjasama ADV Film akhirnya menerbitkan siri SDF: Macross dalam versi alihsuara BI, sekaligus memuaskan hati kebanyakan peminat Macross di USA. Manakala Macross DYRL pula terus tiada kedengaran kabar berita.

Dark Heroes Production, komuniti Fan-Dub yang diketuai Hikuro (nama samaran) yang merupakan peminat tegar siri Macross mencari inisiatif sendiri berusaha mengumpulkan komuniti Macross di Macrossworld & telah menjemput artis alihsuara anime USA iaitu Cristina Vee dalam satu produksi fan-dub khusus untuk Macross DYRL. Berkhidmat secara sukarela & semangat setiakawan, mereka menghasilkan projek alihsuara Macross DYRL.

Cristina Vee telah diberi penghormatan memegang watak Lynn Minmay, dan dia terharu kerana diberi peluang oleh komuniti peminat Macross untuk menginterpretasi kembali lagu keramat Macross - Ai Obotemas Ka dalam BI.

Kepada peminat2 Macross di luar sana, termasuk peminat2 anime di Malaysia, inilah semangat sebenar komuniti perintis anime yang tersohor. Last edited by robotech on 18-10-2012 07:39 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2012 07:51 PM | Show all posts


Dark Heroes Production
Were you ever a fan of the anime back in the 1980's? Thundercats, Silverhawks, Transformers? Did you remember a little TV show called ROBOTECH? Did you know Robotech was infact 3 seperate Japanese Animated shows, Super Dimension Fortress Macross, Super Dimension Calvary Southern Cross, and Genesis Climber Mospedea? Macross was ranked as one of the best seasons of the Robotech franchise, infact most video games and videos do special treatment to the Macross saga.

Back in the early 80's, a theatrical variation of the original Macross storyline was released, and following that, Stardubs and Toei released "Clash of the Bionoids" for American and UK homevideo.  The dub was considered an utter failure with loose translation into script, and poor acting.

But now Dark Heroes has taken the initiative to bring you a proper English dub of the once cult classic movie to the online cinema.

Amature pilot, Hikaru Ichijo saves the life of an upcoming pop star named Lynn Minmay during a confrontation against an alien race known as the Zentraedi and both begin to fall in love.  However Hikaru later begins to find an attraction to his stern and objective commanding officer, Misa Hayase as they're kidnapped by the Zentraedi faction.

Little does anyone know about the mystery that which originates to humanities beginnings, and the means to end a war that has gone on for hundreds of thousands of years!

This is considered to be Shoji Kawamori's greatest masterpiece next too Escaflowne and Macross Plus.  Using some of the best style of animation that could be done for a full length feature that was brought out into theaters back in the early 1980's.
DYRL for short, has given rise to many popular Mecha driven animes that came after, and was a top competitor in the toy market against Mobile Suit Gundam.

To this day, DYRL and  Macross like toys are still being produced by companies such as Yamato, and Bandai in Japan, and an American toy company called Toynami under the Robotech banner.

DYRL has been a long lasting project by Dark Heroes and now complete and released.  Using digitally remastered and highdef footage and some of the topgrade original soundeffects that made Macross a unique and powerful series to be watched.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:53 PM | Show all posts
Macross Do You Remember Love English Dub - 1

Intro:


Part 1:


Part 2:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 07:55 PM | Show all posts
Macross Do You Remember Love English Dub - 2

Part 3:


Part 4:


Part 5:
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:59 PM | Show all posts
Macross Do You Remember Love English Dub - 3

Part 6:


Part 7:


Part 8:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2012 01:30 PM | Show all posts
robotech posted on 18-10-2012 03:37 PM
Hang PC, pendapat saya lah, semua berkaitan francais Macross in general, kita posting kat thread ni  ...

ya saya setuju.... itu sebab dinamakan '' Macross Universe ''
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2013 12:43 PM | Show all posts
F-14A+Kai Super Tomcat (UN Spacy)






MiG-29 Fulcrum (Anti UN)






Tenjin Hidetaka Valkyries Art Works Of Macross Valkyries




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057048 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list