CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2601|Reply: 12

Apa itu Istidraj?

[Copy link]
Post time 8-7-2008 01:52 PM | Show all posts |Read mode
nak berkongsi artikel ni dgn korang

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali  berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan  timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),  ketahuilah
bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan  perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di  bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah,  rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup  kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak  kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun  tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.  Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.  Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang
yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal  pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu  sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya  Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua  sayapnya" (Kitab Nasaibul 忙Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan  duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas  mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui  ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak  kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia  ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau  kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa  keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik  pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang  mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang  itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu  adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk  mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 01:53 PM | Show all posts
terima kasih atas peringatan yang cukup baik ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 02:28 PM | Show all posts
bagusnye artikel ni...baru aku tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 02:33 PM | Show all posts
ada budak matrik aku pernah kasi kuliah pasai benda ni..sampai la ni masih dok ingat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 03:50 PM | Show all posts
"boleh jd kamu m'benci sstu,padahal ia amat baik buatmu & bleh jd juga kamu menyukai sstu,padahal ia amat buruk bagimu;ALLAH Maha Mengetahui,sdgkn kamu tdk mengetahui!!".
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 10:27 PM | Show all posts
Assalammualaikum reenz.

Tq.  
Saya 'copy' buat tatapan keluarga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2008 05:34 PM | Show all posts

Reply #6 Marr's post

waalaikumussalam..

sama2..sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 06:46 PM | Show all posts
thanx a lot for the article.

moga kita termasuk dlm golongan yang senantiasa bersyukur dgn nikmat yang Allah kurniakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 02:52 AM | Show all posts

Reply #1 reenz's post

assalamualaikum.... reenz...
tq... artikel yg cukup bagus... mengajar aku erti besukur...

kalau ade lg yg best mcm nie post la ek???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 08:16 AM | Show all posts

Reply #1 reenz's post

Good article ... thank you very much ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:56 AM | Show all posts
semoga kita tak tergolong dalam golongan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 07:55 AM | Show all posts

Reply #1 reenz's post

info yg sungguh menarik reenz...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2020 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ed_Lyn at 22-4-2020 08:50 PM

Di kalangan artis2 melayu kita dikira istidraj juga ke..?
Byk artis x menutup aurat, tapi dapat job sana sini..  Dpt jadi duta produk itu ini.. Dengan bayaran yg mahal2 pula tu.. Dpt rezeki jodoh.. Dpt rezeki anak..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.070192 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list