CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: samax

MADU

[Copy link]
Post time 23-11-2009 01:38 PM | Show all posts
Saya penah terjumpa dalam web kajian madu asli tualang oleh kumpulan UTM kalo tak silap.. katanya, susah nak tentukan keaslian madu dengan ujian fizikal.. sbb zaman skang ni, org boleh buat madu sintetik / campuran sebijik macam madu asli.. yang boleh menguji ketulenan komposisi nya ialah ujian makmal jek.

Kesimpulannya, beli jek dari sumber yang korang yakin keasliannya.. dah cuba baru tahu.. Kalo lepas mencuba korang disahkan kencing manis, sah le madu tu tiruan.. atau dicampur bahan lain

Saya amek madu asli iran (MASLI) keluaran PRM Cemerlang, 300ml RM45 jek.. baru beberapa bulan cuba.. tapi masa botol pertama lagi dah nampak khasiatnya.. Saye pengidap bronchitis, semi-insomiac, sinusitis, selalu alergi dan gegata pada kulit, kulit kering, selalu period pain dan sakit kepala dan saya dah immune terhadap beberapa ubatan moden (overdrugged) spt ponstan (pain killer) etc. Tapi lepas amalkan madu, alhamdulillah kesihatan dan kulit saya bertambah baik.. Sape yg nak cuba, saya leh tolong dapatkan sbb isteri bos tempat tunang saya bekerja ada jual produk nih.

Kalo sesape yang nak try rasa sesudu dua, meh la datang umah saya
Kalo sesudu dua tu, saya kasi try free jek .. Kalo sebotol tu, beli sendiri la ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 07:55 PM | Show all posts
sorang makcik penjual madu pernah bg tau camner nak kenal madu yg asli,katanya...colour madu yg sedang2 (kuning keemasan) tu madu original..klu yg colour gelap pula dah ada campuran..tpi x tau la betul ke @ tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:56 PM | Show all posts
tapi ada madu asli ni terdiri dari pelbagai warna.. dalam Quran pun dah tertulis :

"Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (ubat) bagi manusia" An Nahl : 69

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:39 AM | Show all posts
Dulu biasa dengar petua nak uji keaslian madu...celup bahagian belerang mancis tu dalam madu...dan cuba petik mancis tu...kalau mancis tu menyala...maknanya madu tu asli...kalau madu tu tak asli...mancis tak menyala...

Selepas dengar petua tu...i pernah cuba sekali...mancis tu menyala...Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by nicoty_yne at 24-11-2009 11:15

Kaedah Mengenalpasti Madu Asli Hutan dan Madu Palsu


Ujian yang dicadangkan,

1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.

2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.


3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibelitelah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktirafuntuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah penggunayang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapatdihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat pentingdiamalkan oleh pengguna.

4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jikadibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segaryang telah dibiarkan > 1 minggu).


5. Menggunakanapi: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnyakecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu aslibuihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan(walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

credit to :

Ujian Ketulenan Madu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:16 AM | Show all posts
Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik.

Ujian yang dipertikaikan secara saintifik,

    * Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

    * Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

    * Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.

    * Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

    * Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2009 11:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by nicoty_yne at 24-11-2009 11:21

Saya pernah terbaca ada yang menguji ketulenan dengan amek sedikit madu, buh dalam mangkuk, buh air paip sedikit kat madu tu.. dan kocak2 kan mangkuk tu.. madu tersebut akan membentuk jaringan dan corak seperti honey comb. Tapi ujian ni menunjukkan keputusan yang sama pada madu yang dibeli kat hypermarket..

any comment??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:23 PM | Show all posts
Kat sini ada penjual madu asli ke?
payah jugak nak cari supplier madu asli ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2009 10:34 AM | Show all posts
ada... cuba search kat business thread... saya pun ada iklankan madu Iran dengan habbatus sawda.. ada kawan2 lain yang iklankan madu khaula, kausar dan ada jugak yang iklankan madu local/tualang.. tgk yang mana berkenan..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.427589 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list