CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3678|Reply: 17

Dato' Ahmad Basri meninggal

[Copy link]
Post time 15-7-2008 04:29 PM | Show all posts |Read mode
ini aku ambik dari board CI...

http://forum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=364427&extra=page%3D1

Al-Fatihah untuk arwah...

harap2 jangan ada org FAM yg menarik nafas lega mendengar kabar berita nie.. sebab lepas ni dah tak ada lagi orang yang berani memberi lomen komen2 secara lantang kepada FAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 07:47 PM | Show all posts
Takziah, negara kehilangan seorang pemimpin suka yang kreatif dan tak mengampu
Beliau melakarkan sejarah membawa Kedah jadi juara Piala Malaysia setelah 47 tahun menanti
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 08:48 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga arwah.....
hilangnya sebutir permata bolasepak tanahair......
selepas ni FAM buleh duduk diam2......
takde sapa dah yang berani komen tentang kepincangan FAM...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:17 AM | Show all posts
alfatihah....aku dapat tau dari kawan aku yg keja kat SUK Negeri Kedah...arwah jatuh masa majlis kat istana sultan...dengar kata heart attack....dah ilang sorang penaung old boys sekolah aku...sekolah menengah sultan badlishah kulim..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 09:37 AM | Show all posts
alfatihah buat allahyarham DAB, semoga rohnya dicucuri rahmat.

sesungguhnya jasa beliau amat besar dalam pembangunan bolasepak kedah dan berjaya membentuk pasukan dari yg tiada apa sehingga menjadi sebuah pasukan yg disegani........

aminnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2008 09:39 AM | Show all posts

Belasungkawa: Ahmad Basri ikon bola sepak

Oleh Ahmad Khawari Isa

Pingat emas Sukan Sea 1989 peninggalan terakhir untuk Malaysia

BAIT pembuka lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' - lagu menunjangi setiap cabaran aksi skuad Kedah - cukup jadi gambaran wibawa dimiliki penulis liriknya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.

Berita kepulangan Allahyarham ke rahmatullah, petang semalam, hadir jelas sebagai kejutan. Kerana selama lebih dua dekad sebelumnya, kelibat dan wajah hitam manis miliknya diakui begitu sinonim dengan bola sepak negara.

Sayanginya - itulah rasa dikongsi ratusan ribu warga negeri Jelapang Padi yang berbangga apabila penantian sekian lama buat merangkul Piala Malaysia jadi kenyataan julung kalinya, 18 tahun lalu.

Ada juga yang pernah membenci, terutama mereka yang sesekali jadi mangsa kelantangan kecamannya. Tetapi seperkara pasti, Allahyarham adalah tokoh sukan yang kini wajar diingati dengan penuh rasa disegani.

Allahyarham bukan pemain bagus, tetapi peminat yang setia. "Saya suka bermain bola sepak, tetapi bukannya bagus. Tetapi saya cintakan sukan ini dan tidak pernah mahu menyisihkan diri daripadanya," katanya suatu ketika dahulu.

Penghormatan selaku 'Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah' memang paling layak miliknya. Menerusi visinya, Hijau Kuning bangkit untuk kini berdiri sama tinggi dalam kelompok barisan gergasi.

Satu bukti pengorbanan Allahyarham, yang tidak pernah dicanangkan, ialah kesediaan meletakkan kebajikan pemainnya selaku agenda utama - terbukti menerusi kesanggupan mengambil pinjaman peribadi pada hampir setiap hujung musim demi memastikan gaji pemain dibayar ketika sedar wang geran dan penajaan sering terlewat.

Malah sehingga kini, Allahyarham kekal dengan pengiktirafan selaku pengurus skuad negara terakhir mencipta bangga apabila memimpin pasukan memenangi pingat emas Sukan Sea - pencapaian diraih di Stadium Merdeka pada 1989.

Allahyarham juga menginspirasikan plan dasar pembangunan belia - ketika mempengerusikan Jawatankuasa Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - yang menyaksikan mula kewujudan akademi bola sepak di setiap negeri.

Perwatakan mesranya, selain sikap merendah diri, diakui jadi kunci kemampuan Allahyarham mudah bergaul di segenap lapisan masyarakat. Juga, gigih sentiasa bekerja keras dan tidak mudah mengalah - ramuan turut membutirkan kejayaan dalam pelbagai bidang dijelajahinya.

Daripada hanya Penolong Pegawai Daerah Langkawi pada awal 1960-an, Allahyarham mendaki laluan yang dicambahkannya dengan lorekan pencapaian gemilang untuk bersara selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada pertengahan 1990-an.

Selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, dan pengurus paling lama skuad negeri itu, Allahyarham juga pernah sepenggal berbakti selaku Naib Presiden FAM daripada 1996 hingga 1998.

Namun bukan bola sepak sahaja bertuah merasai jasanya. Allahyarham juga pernah membuktikan wibawa sepanjang tempoh memimpin persatuan olahraga, renang, skuasy dan bowling negeri itu.

Tidak ramai juga yang tahu betapa Allahyarham, dengan bakat melukis dimilikinya, pernah juga dipilih selaku Presiden Angkatan Pelukis Kedah. Jasanya juga ketara ketika memimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah.

Allahyarham juga punya hubungan rapat dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - peminat bola sepak nombor satu Kedah.

Lantas, di sebalik kesedihan, tidak salah menyifatkan pemergiannya pada ketika menghadiri majlis di Istana Anak Bukit, petang semalam, jelas tempat terbaik melambangkan keakraban hubungan itu.

Semoga roh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, 69 tahun pada 25 April lalu, dicucuri rahmat oleh Yang Esa. Al Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 12:01 PM | Show all posts
ahmad basri ni pakcik member aku. so semalam member aku tu gi la rumah die baca tahlil. die jumpe la ngan orang yang last skali borak ngan ahmad basri...mamat tu cakap, ahmad basri bgtau die," ni pertama kali saya nak masuk istana baru ni..lepas ni xmasuk dah kot..." pastu die jalan cam bese. tapi tau2 je tetibe dah tersandar kat dinding n dah nazak..meninggal kat situ gak. innalillah...

lepas ni xtau la de x orang yang berani kritik FAM macam die ni...syok la presiden tu n koncho2 nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2008 01:03 PM | Show all posts
al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 08:30 AM | Show all posts

Perginya pengkritik, pencinta bola sepak sejati



KEMBALINYA Datuk Ahmad Basri Akil (gambar) ke Rahmatullah selepas diserang sakit jantung, kelmarin meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada persada bola sepak negara.

Walaupun lebih dikenali sebagai pengkritik yang lantang, namun sumbangan serta semangatnya yang begitu cintakan bola sepak memang tidak boleh dipertikaikan.

Satu-satunya tokoh yang berani mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi identiti sejati beliau ketika hayatnya.

Malah, dalam beberapa perkara, kritikannya yang keras tidak disenangi.

Namun, selepas ketiadaannya, ternyata segala kritikan itu terus menjadi ingatan yang tidak pernah padam.

Orang mula mengakui kebenaran dengan kritikan Ahmad Basri tentang program pembangunan bola sepak negara.

Kewujudan akademi bola sepak yang dipertahan dan diperjuangkan Allahyarham ada asasnya, jika tidak takkan mutu bola sepak skuad kebangsaan terus merudum dan memalukan.

"Saya melihatnya sebagai satu sumbangan atau idea ke arah pembangunan permainan ini dan tidak lebih daripada itu," katanya sebaik dihukum gantung selama empat tahun pada 2001.

Namun, atas semangat cintakan bola sepak, Allahyarham tidak berhenti daripada mengkritik dan sekali lagi dihukum gantung selama tiga tahun pada 2006.

Rentetan penggantungan itu menjadi satu kerugian kepada pembangunan sukan bola sepak negara yang tidak menggunakan sebaik-baiknya kebolehan Allahyarham dalam merencanakan program yang berkesan.

Namun, ketika tempoh itu, Ahmad Basri mampu menjulang Kedah menjadi sebuah negeri yang berjaya sebagai kuasa bola sepak tempatan.

Sepanjang memegang jawatan timbalan presiden, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selama 11 tahun mulai 1986, Kedah bangkit daripada sebuah pasukan belasahan menjadi pasukan yang digeruni dalam liga tempatan.

Allahyarham berjaya membawa Kedah ke perlawanan akhir sebanyak enam kali iaitu pada tahun 1987, 1988, 1989, 1990, 1992 dan 1993.

Ini termasuk muncul juara dua kali pada 1990 dan 1993. Tahun 1993 juga, Kedah merangkul Piala Liga.

Selain Piala Malaysia, Kedah juga berjaya merangkul dua kali Piala Sumbangsih (1991, 1994) dan yang terakhir Piala FA pada 1996.

Hakikatnya kita sudah kehilangan pengkritik paling berani dan pencinta bola sepak sejati yang benar-benar ikhlas untuk membantu menjulang imej bola sepak negara.

AL-FATIHAH


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=su_05.htm
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 08:34 AM | Show all posts
al Fatihah............
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 07:41 PM | Show all posts
taksiah.al-fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 04:16 AM | Show all posts
Datu' Ahmad Basri..

Malaysia kehilangan seorang Tokoh yang Lantang dalam memartabatkan Bolasepak Malaysia.

Yang dok ada la nie.. semua nyer... takda suara pak angguk.. dan yang teruk semuanya nak buat duit saja....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 02:01 PM | Show all posts
innallilh
al-fatiha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 09:21 AM | Show all posts
FAM memang mangkuk...!
FAM bergembira atas pemergian Dato Basri...
aku tak nampak sorang pun pengurusan FAM yang masuk paper kenang jasa Dato Basri...
kalau kat oversea dah tentu lawan bola lepas tu pakai armband hitam....
kat sini FAM wat dunno.....

FAM suck..!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:26 AM | Show all posts

sekadar memperingati dan mengenang jasa Allahyarham.....
geng2 FAM mesti tengah suka ria bertepuk tangan....
tengoklah, buat keputusan tiada pemain import lepas dato' meninggal
aku rasa kalau dato' ada, dah lama geng2 FAM kena bambu dengan dato'
FAM memang tak menjiwai bolasepak Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 09:14 AM | Show all posts
aku suggest la....
forum cari  ni cari sponsor dan wat satu anugerah yang diberi nama
"Anugerah/ Piala Dato' Basri" untuk pemain tempatan terbaik....
pemain2 ini hendak di undi di bod Bolatalk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 12:50 AM | Show all posts
Hilangnya Sebutir Permata yang selama ini menyinari arena dan kancah kegelapan serta kesuraman bola sepak Malaysia.
Idea-idea bernas arwah sentiasa menyuntik keindahan bola sepak negara seterusnya memacu sukan bola sepak Malaysia ke tahap tertinggi khususnya pasukan bola sepak Kedah.

Al-fatihah buat arwah, keluarga arwag dan diharap roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman~ amin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.129890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list