CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21199|Reply: 91

LEO TOYAD: SAYA SEKARANG MUHAMMAD LEO TOYAD

[Copy link]
Post time 17-7-2008 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Saya sekarang Muhammad Leo Toyad匸/font]saya rasa ada kedamaian dalam Islam匸/font]" itulah jawapan spontan bekas Menteri Pelancongan ketika ditanya bagaimana beliau tertarik memeluk agama Islam.
Perihal Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah memeluk Islam bukannya perkara yang hendak diperbesarkan tetapi ceritanya yang ingin bersama Islam sejak berada dalam kabinet itu tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun.

Beliau hanya memendam rasa dan keinginannya sejak sekian lama sehinggalah pada tarikh 17 Jun 2006 Dr. Muhammad Leo mengambil keputusan untuk di'Islam'kan oleh Iman Besar Negeri Sarawak.

Pada mulanya beliau yang masih lagi panggil oleh rakan-rakan sebagai Dr. Leo agak segan menceritakan hal itu kerana menganggap terlalu peribadi, namun akhirnya menjawab juga beberapa soalan.

Dr. Leo, sebelum ini beragama Roman Khatolik mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang sudah menjangkau umur lebih 18 tahun.

"Mereka tidak bersama saya匸/font]" jawab kepada Agendadaily semasa berbual dengannya di bangunan Parlimen ketika ditanya samada isteri dan anak-anaknya ikut sertai Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P212 Mukah mengakui tertarik dengan Islam kerana ramai dikalangan ahli keluarganya telah memeluk Islam.

Sebagai seorang baru dan tidak tahu tentang Islam, Dr. Leo kini sedang mendalami pengajian Al-Quran dan hukum hakam Islam melalui seorang ustaz.

"Saya juga seperti biasa menunaikan solat di masjid dan surau serta mengikuti pengajian di majlis ilmu yang adakan di masjid-masjid," katanya.

Disamping itu, Dr. Leo juga membaca buku-buku mengenai Islam, membaca sebutan ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan turut menggunakan tape dan CD.

Dr. Leo dilahirkan di Mukah, Sarawak pada 11 April 1950, mendapat pendidikan awal di SRB St. Patrick Mukah pada tahun 1957 kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah di SMB St. Patrick Mukah pada tahun 1963, SMK Three Rivers Mukah pada 1968 dan SMK Tanjong Lobang Miri pada 1969.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri pada tahun 1976.

Pada tahun 1977 Dr. Leo telah memulakan tugas sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan sekali lagi kembali ke UM kemudiannya berjaya menerima Ijazah Sarjana Kesihatan Awam pada tahun 1981.

Bergiat aktif dalam politik setelah menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah pada tahun1980.

Kini sebagai Ketua PBB Cawangan Kampung Tellian Tengah / Ulu, Mukah, Ketua Bahagian Limbang dan Naib Presiden PBB Pusat.

Beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sosiol. Beliau kini adalah Pengerusi Saberkas Sarawak sejak 1998, Penaung dan ahli seumur hidup Persatuan Melanau Miri sejak tahun 1989, Presiden Persekutuan Melanau Sarawak semenjak tahun 2004 dan Penasihat Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah sejak tahun 1998.

Pada tahun1982, Dr. Leo telah meninggalkan tugasnya di Jabatan Kesihatan Sarawak untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di kerusi Parlimen Mukah dan memenangi kerusi tersebut buat kali pertamanya.

Dr. Leo juga terus berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen kawasan Mukah untuk tahun-tahun pilihan raya 1986, 1990, 1995, 2004 dan 2008.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Negeri semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menterinya.- 11/7/2008
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 03:22 PM | Show all posts
Sudah kena paksa mungkin, sebab dapat makan kontract
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:23 PM | Show all posts
alhamdulillah syukur.....

dr leo mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:23 PM | Show all posts
....syabass en Mohammed...
Reply

Use magic Report

^
Post time 17-7-2008 03:23 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by mix_chinese at 17-7-2008 03:19 PM
Saya sekarang Muhammad Leo Toyad卻aya rasa ada kedamaian dalam Islam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:24 PM | Show all posts

Balas #2 zenslack\ catat

x faham.................?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2008 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 17-7-2008 03:22 PM
Sudah kena paksa mungkin, sebab dapat makan kontract


kesian..lom dapat hidayah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:25 PM | Show all posts
Alhamdulillah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #2 zenslack's post

gelap betul hati ko ni kan...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:31 PM | Show all posts

Reply #2 zenslack's post

__double post__

[ Last edited by  c_antique at 17-7-2008 03:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:32 PM | Show all posts
Alhamdulillah, semuga keluarga beliau juga akan mendapat Hidayah ALLAH S.W.T.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by c_antique at 17-7-2008 03:30 PM
gelap betul hati ko ni kan...:geram:

dia bab bab orang islam ni.....jeles skek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:34 PM | Show all posts
Originally posted by c_antique at 17-7-2008 02:30
gelap betul hati ko ni kan...:geram:


Use your brain, he's one crony from Sarawak, check how many projects he got under BN all these years, and walla masuk Islam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:34 PM | Show all posts
bini dia x Islam..cmne tuh..

kena ceraikan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:38 PM | Show all posts
alhamdulilah......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 17-7-2008 02:34
bini dia x Islam..cmne tuh..

kena ceraikan ke..


Another question, masa mati nanti skandal tak sebab rebut-rebut mayat, in Sarawak it's different
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 03:39 PM | Show all posts

Reply #13 zenslack's post

WHAT IS YOUR POINT ACTUALLY ? APASAL KO NI BUSUK HATI SNGT ? SAPA KO NAK MEMPERTIKAIKAN KEIKHLASAN ORG LAIN MASUK ISLAM ? DIA SORANG JE KER KRONI BN YG BNYK DPT PROJEK DARI KERAJAAN ? BODOH PUNYA ORANG !
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:40 PM | Show all posts
Dengar rumour bakal jadi TYT Sarawak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:40 PM | Show all posts
bagus lah...
tp ahli kuarga lain???hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 03:42 PM | Show all posts
Haiya you all, besok lusa Samy Vallu join Islami and get support by UMNO leaders pun you all suka suka , this is none ordinary joe or muthu, but some crony guy from Serawak who we know gets something, then suddenly join Islam and become you heroes? Think!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list