CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209512|Reply: 1643

(Merged) Meng'kasi'kan Kucing [Neutering,spaying]

    [Copy link]
alerina This user has been deleted
Post time 26-6-2006 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by boocik04 at 4-5-2012 07:45

Kucing Selepas Di 'Kasi'

kucing kite lepas p potong kan..dia gemuksssss...kan?kucing korg mcm mana?
buat kat klinik kerajaan murah je.rm 50

[ Last edited by  ati1402 at 5-8-2008 04:39 PM ]


ni saya stick kat sini tentang mengembirikan kucing sebab banyak yang tanya soalan yang sama...

Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama

Nama : . SALINA WATI.
E-Mel :  shasafiera@yahoo.com.my.
Kategori :  ISU SEMASA
--------------------------------------------------------------------------------
SUB KATEGORI
Umum
--------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Hantar Soalan :  22/10/2009 02:25 PM
Soalan :  Assalammualaikum...
Saya ada sedikit kemuskilan tentang kasi/mandul kucing. Adakah boleh (atas2 sbb tertentu) atau tidak boleh langsung? Jawapan yg saya lihat dlm website ni berlainan dgn jawapan yg saya terima daripada pegawai yg bertugas semasa saya menelefon tempohari. Boleh terangkan hukumnye? Terima Kasih.

Jawapan :  Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Mohon maaf kerana terlewat memberi respon terhadap persoalan yang anda kemukakan. Segala kesulitan amat dikesali.
Jika dirujuk kepada Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3 dan 4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.

Nota:
Maslahah ammah bermaksud menjaga keselamatan dan kebajikan manusia.
Wallahu 'alam..
Status :  Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan :  PANEL SJAI (MZR) 111209
Tarikh Selesai :  11/12/2009 04:22 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

ini stick untuk thread neuter kucing sebab banyak kali sangat forummer bertanyakan tentang hal ini dan perlukan confirmation dari pandangan agama.

ini diambil dari website BAHEIS (bhg. hal ehwal islam)...

ini pula dipetik dari http://pakcupet.blogspot.com/201 ... ing-atau-tidak.html

Stigma kembiri di Malaysia:-
Kebanyakan penggemar binatang peliharaan tahu tentang kembiri atau neuter ini. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Alasan bagi kedua-dua pihak ini ada banyak dan pakcu try la senaraikan seperti berikut :-

Alasan Menyokong :-
1. Terlampau banyak kucing
2. Kucing jantan memancut merata-rata
3. Kucing betina dan jantan mengiau terlampau kuat dan bising
4. Supaya kucing lebih sihat,manja dan besar
5. Menghilangkan stress kucing bila datang gian
6. Menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar jalanan (stray cats)

Alasan Menentang:-1. Nak ada baka kucing
2. Kesihan pada kucing
3. Takut berdosa kalau di kembirikan/kasikan


1. Pakcu tak mampulah nak bela kucing banyak-banyak (samada dari segi material dan fizikal). Cuba lihat celoteh Pakcu pasal Kucing Jalanan... takutkan.
2. Pengalaman pakcu, semua kucing yang telah dikembirikan menjadi lebih sihat, manja, jinak, bulu makin cantik dan bersih, kurang stress dan tak banyak perangai. Senang di jaga...
3. Kucing yang dikembiri tak suka keluar rumah dan jarang bergaduh.
4. Secara tak langsung pakcu ingin menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar/jalanan.

Ok, Pakcu lihat kebanyakan dari kita (majority malays), liat sangat nak kembirikan kucing mereka. Pakcu boleh faham, kalau kucing tu kucing kacukan (kucing bulu panjang) dan inginkan baka, tapi yang pakcu terkilan kalau kucing tu kucing biasa (bulu pendek). Tak kurang juga yang memberikan alasan agama yang mengatakan berdosa. Di sini, pakcu pastekan fatwa dari JAKIM tentang isu ini :

Takut Berdosa
Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".


So, kalau ada keraguan tentang hukum berdosa ke tidak, JAKIM telah mengeluarkan fatwa tersebut jadi macam pakcu, ikutlah Fatwa tersebut. Kepada yang lain, terpulang kepada keinginan masing-masing tapi Pakcu nak nasihatkan, jangan lagi menjadikan isu agama sebagai alasan untuk tidak mengembirikan kucing anda.

Inginkan Baka..
Ok, kepada mereka yang inginkan baka. Pakcu rasa tak salah. Cumanya kalau inginkan baka, setakat seekor dua sudah la. Tapi, semua tahu kan, kucing boleh melahirkan baka mencapai berbelas-belas ekor dalam masa setahun. Mampukah kita kalau cuma dari sepasang, tahun depan dah ada 12 ekor kucing? Kalau tak mampu apa akan jadi pada nasib kucing-kucing tersebut? Fikirkan lah... Ada juga yang memberi alasan, lepas lahir baka nanti, kucing tersebut akan dikasikan. Kat sini, Pakcu dulu telah memberikan pendapat yang pakcu rasa Pakcu silap. Dulu pada mereka ini pakcu mengiyakan alasan tersebut tetapi pakcu lupa untuk menasihatkan bahawa setelah mendapat baka, bukan saja ibu bapa kucing tersebut harus dikembirikan, tetapi bakanya juga harus dikembirikan. Kalau tak, maka balik pada wal asal balik asal lah. Jumlah kucing akan terus membiak sehingga tidak lagi mampu dijaga.Untuk itu, kepada yang memberi alasan begini, ingatlah bahawa bertindak awal adalah lebih baik dari bertindak dikemudian hari.

Kesian kucing..
Kepada yang memberi alasan kesian kat kucing, ini pandangan pakcu. Mana yang anda lebih kesian - pada kucing anda yang duduk dirumah, atau pada kucing anda yang terlampau banyak yang kelaparan dan berkeliaran di jalanan? Terimalah hakikat bahawa semampu mana pun kita nak bela kucing, tak akannya kita mampu nak berikan kasih sayang sama rata pada berbelas-belas atau berpuluh ekor kucing. Kadang-kadang kita ambil mudah tentang perkara ini. Bila dah terlampau banyak kucing, kita lepaskan mereka di luar dan lepas dari tanggungjawab hanya dengan memberikan mereka makan minum saja. Ini pada pakcu sudah jadi satu penganiayaan pada kucing.

Jadi pakcu rasa tak ada sebab yang baik untuk kita tidak mengembirikan kucing kita. Ingatlah, tiada masalah lewat untuk kembirikan kucing. Yang jadi masalah bila kita tidak kembirikan kucing atau terlampau lewat mengambil tindakan. pakcu tak nak lah berdebat pasal agama tentang isu ini dan janganlah pulak ada yang menyamakan isu kembiri kucing ini dengan isu kembiri manusia pulak. Cukuplah ada fatwa Jakim yang mengharuskan perkara ini dan disokong oleh bukti saintifik dan sosial. Tepuk dada tanya selera tapi fikirkanlah nasib kucing-kucing anda semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2006 09:29 AM | Show all posts
memang gemuk n selera dia kita kene control kalau tak ada gak yg kene obesiti nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 09:08 PM | Show all posts
Mrs pun ada tanya Vet tempohari pasal kegemukan selepas neuter.
Vet kata boleh diatasi kalau kita awasi pemakanan dia. That's mean
cat/kitten tu kena diet gak ler cam kita manusia ni..hehhee kalau tak gomok gak ler
Reply

Use magic Report

alerina This user has been deleted
 Author| Post time 27-6-2006 03:50 AM | Show all posts

Reply #3 MrsHouse's post

diet mcm mana??mcm bg food science diet tu semua??
mahal ooo
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 06:00 AM | Show all posts
aku suka je tucen aku gemok. asalkan dia sihat sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 05:43 PM | Show all posts
alahai... jangan le sebut pondan.. siyan dia hehe
walaupong depa lagu tu.. depa masih lagi lincah mincah
cam kucin aku tu ler.. makan begantang pong cam x cukup lagi :geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2006 07:39 PM | Show all posts
so far tucen2 bb yg da sunat..3. satu tu mmg overweight another 2 wokey jek..selim melim

sbbnye..yg besar tu da berumur..jadik malas skit nak bergerak, makan jek. but now da ade kenit yg suke menyakat dia..ok le sikit. ekceli salah bb jugak..dulu dia sekor jek..mmg aktif suke main kejo2..bb la plak x larat..lelama dia pun boring ajak main, tu yg naik badan. yg lagi dua tuh mmg aktif..dia memain berdua so mmg maintain je weight. diaorg x main dgn yg beso tu sbb x sependapat..hehehehe..

kesimpulannye..kalu da sunat tu..make sure mereka bermain secukupnye. layan depa..keje naik tangge ke..main cak cak ke..pepe je la..asal hari2 ade aktiviti..musti ok

kalu bior dok je makan tido..memane tucen pun bulat jadiknye..bukan tuceng jek..tuan pun same jugak kalu makan tido aje hehehehe
Reply

Use magic Report

bunga81 This user has been deleted
Post time 29-6-2006 02:19 PM | Show all posts
[/img]


kucin ku setelah di pondan kann...
teramatlah pondan kehidupan die...terlalu emosional..jgn la kalau die tegur kite wat derk je, gerenti
satu hari die merajukkk...sensitip sungguhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2006 03:50 PM | Show all posts

Reply #8 bunga81's post

bunga....comeyyy nye kucing awak tuu....
Reply

Use magic Report

bunga81 This user has been deleted
Post time 29-6-2006 04:13 PM | Show all posts

Reply #9 ena80's post

ehee...umo die dekat 7thn..dulu masuk pertandingan kucin..tp disqualified,
sebab over weight
;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by bunga81 at 29-6-2006 02:19 PM



kucin ku setelah di pondan kann...
teramatlah pondan kehidupan die...terlalu emosional..jgn la kalau die tegur kite wat derk je, geren ...


Lorr... kalo kuceng aku cemana lak ek kalo da dipondankan? sbb belom dipondankan pon sensitip bleh thn :lol kalo majuk tuh siap pusing blakang, wat bodo je kalo kita panggil2 dia.. tak tahan aku tengok dia

smlm dia dpt anak utk 1st time, aku letak anak2 dia dan bini dia dlm sangkar dia, dia bleh majuk nyorok kat celah almari tv :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 09:00 PM | Show all posts
kucing ichi kalau nampak org pegang kucing lain..
die lari pegi tempat gelap..
mentang2 la badan hitam..nampak kaki jer pakai stokin..ai..
jelesnye die.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by bunga81 at 29-6-2006 04:13 PM
ehee...umo die dekat 7thn..dulu masuk pertandingan kucin..tp disqualified,
sebab over weight ;)


hehehe ..

tapi, kan ada different kategori utk kucing yg dah dineuterkan ... u kena masukkan dia dlm that kategori.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 12:05 PM | Show all posts
agak2 brp umur yg seswai utk dimandulkan nih...
kucing aku betina, umur 4 bulan... tanak kasi dia branak lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2006 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by Kambing_Gurun at 30-6-2006 12:05 PM
agak2 brp umur yg seswai utk dimandulkan nih...
kucing aku betina, umur 4 bulan... tanak kasi dia branak lah..

depends on doc KG. setengah x kisah wat awal..some suke tunggu skit. vet bb usually dlm 6mths - 8 mths le. sekarang mase KG bawak gi vaccinate tu tanye trus vet bile dia leh wat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 09:37 PM | Show all posts
tak paham aku ngan tucing sekoq aku nih..

dia tak di'pondan'kan tapi dia memang dah pondan pun

PsSst : aku pernah nampak tucing aku tue kerjakan tucing jantan aku yang lagi satu.. :malu: :geram:

Tapi sekarang .. dia dah tobat dah...

beranak-pinak dah pun :lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by Kambing_Gurun at 30-6-2006 12:05 PM
agak2 brp umur yg seswai utk dimandulkan nih...
kucing aku betina, umur 4 bulan... tanak kasi dia branak lah..


meow penah tanya vet. syarat die. at least umur die ade 2 bulan atau berat 2 kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 05:47 PM | Show all posts
buat kat klinik kerajaan murah je.rm 50


alerina..klinik kerajaan kat ne tu ek? nak pi la....

[ Last edited by  mizreen at 25-7-2006 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:07 AM | Show all posts
... . . ....

lawak aaa... jgn aaa cakap di pondan kan...
cakap aaa di ponen kan... :lol ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by Iaye at 1-7-2006 09:37 PM
tak paham aku ngan tucing sekoq aku nih..

dia tak di'pondan'kan tapi dia memang dah pondan pun

PsSst : aku pernah nampak tucing aku tue kerjakan tucing jantan aku yang lagi satu.. :malu: :ge ...


kucing pun ada homoseks ker..kekeke..dah gersang kot..kucing betina xde..kucing jantan yg sekor lagi tu jambu kot..bedal je la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.387671 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list