CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2845|Reply: 48

Ustaz Ramlan Porigi berkempen Untuk AI?

[Copy link]
Post time 24-8-2008 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Salam?

sapa boleh sahkan?
aku jumpa kat satu laman Blog.

Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.

Beliau dijadualkan akan mengaku serta menerangkan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya minggu lalu.

Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya.

Selepas itu, beliau akan ke Padang Ibu Penanti.

Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam ceramahnya sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah diarahkan oleh untuk menjadi saksi pada majlis tersebut.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2008 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by PutraMarhaen at 24-8-2008 09:48 PM

Dalam ceramahnya sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.


doh tau salah, tapi buak gok. IMAM HAPER NIH? :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:01 PM | Show all posts

Reply #2 harakirie's post

imam hadhori.... kena ler ikut kata tuan...

budus punye imam...:@
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:05 PM | Show all posts
aduii.. macam2.. mana satu nk caya ni... baru je aku caye sbb tb3 ulang sumpah ni tiap2 mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:16 PM | Show all posts
poster saifool bersumpah perlu diturunkan segera ,buat malu umno saja
BN pasang poster ni untuk memancing undi
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:21 PM | Show all posts

Reply #4 okkut's post

ye ka tb 3 ulang tiap2 malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2008 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by pink_lavender at 24-8-2008 10:21 PM
ye ka tb 3 ulang tiap2 malam


ko x tgk tb3 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:27 PM | Show all posts
nie bukan salah saipul ..imam tu dah tau salah , tak tau2 nak tegur kee ..   

dulu ada org kata dia nie balaci umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2008 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by asklinux at 24-8-2008 10:27 PM
nie bukan salah saipul ..imam tu dah tau salah , tak tau2 nak tegur kee ..   

dulu ada org kata dia nie balaci umno


balaci umeno yg  baru tersedar dari tido tu.. aritu kena pukau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:38 PM | Show all posts
aku pun baru dapat info dari kawan aku yg imam ni buat pengakuan di Masjid Perda.
Ada org permatang pauh yg boleh confirm or at least citer skit apa yg da belaku?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by PutraMarhaen at 24-8-2008 09:48 PM
Salam?

sapa boleh sahkan?
aku jumpa kat satu laman Blog.

Mutakhir) PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama ...


prosedur sumpah salah?

apakah kita semua ambil Tuhan sebagai "fool"? Dia perlu ikut procedure untuk Tuhan faham sumpah dia? kita dah tak percaya apa yang Tuhan pakai adalah apa niat dalam hati?

pelik saya dengar orang orang islam cakap macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 11:12 PM | Show all posts
dia ni org sabah kan aku tak respect alim ulamak asal dr sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by pluto at 24-8-2008 11:12 PM
dia ni org sabah kan aku tak respect alim ulamak asal dr sana


betul ke dia org sabah?? tp dia belaja kat pondok kubang ulu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 11:14 PM | Show all posts
ceduk dari :
http://www.perisik-rakyat.com/

Aku dapat 1 call kejap tadi...gempar...

Malam ni RamlangPorigi akan berada atas pentas ceramah PKR.maklumat awal mengatakanbahawa Ramlang mengakui bahawa cara sumpah Say Fool tidak betul menurutIslam & dari apa yang aku dapat, Ramlang mengaku bahawa dia diarahuntuk hadir semasa Say Fool bersumpah.

Sebelum ni aku pernahsuruh somebody call Ustaz ni untuk tanya apa yang berlaku, & kalauikut penjelasan dia dalam perbualan talifon dengan geng aku tu,kenyataan dia masa perbualan tu dengan apa maklumat aku dapat hari nitak bercanggah...

Hasil perbualan geng aku Ustaz tu maklumkanbahawa dia diarah untuk hadir semasa majlis sumpah lakhnat Say Foolsebab masa tu cuma dia sorang je yang ada kat masjid tu & pada harikejadian berlaku, Ramlang bertugas sebagai jurunikah di Masjid tersebut.

Akucerita detail sikit bagi korang tau & lepas ni kita tengokkenyataan dia dalam telifon tu sama tak dengan apa yang bakal diadedahkan malam ni.

Pada 15hb, ogos untuk pengetahuan korangsebenarnya Say Fool bercadang untuk bersumpah di MasjidNegara/Negeri(aku tak ingat) tapi mendapat bantahan dari Imam & AJKmasjid tersebut menyebabkan majlis terpaksa dialihkan ke Masjid Wilayah.

Sampaike Masjid Wilayah, Imam & AJK Masjid Wilayah pun membantah jugakuntuk adakan majlis bersumpah di Masjid tu dengan disaksikan olehmereka...

Tapi oleh kerana masa dah teramat singkat, majlisditeruskan juga di Masjid tersebut tanpa kehadiran Imam Masjid.RamlangPorigi yang kebetulan bertugas sebagai jurunikah di Masjid Wilayah padahari tersebut telah mendapat arahan dari individu yang namanya terpaksadirahsiakan untuk hadir dimajlis tersebut.mengikut penjelasan Ramlangdalam perbualan talifon tersebut, dia hadir bukan sebagai saksi tetapiatas arahan pihak tertentu.

Berkenaan dengan jawatan Ramlangpula, Ramlang mengesahkan bahawa jawatannya adalah Pembantu Hal EhwalIslam dan tugasannya pula mengikut arahan pihak atasan.

Yanglain-lain, hangpa tunggu penjelasan dari dia sendiri...ni baru dapatcall, khabarnya Ramlang akan hadir bersama-sama TGNA di MasjidPerda.sama-sam kita tunggu selanjutnya...aku tak dapat pi sebab dahlewat...confirm traffic jam...nanti aku update lepas dapat callmember-member yang p sana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2008 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by truly at 24-8-2008 10:44 PM


prosedur sumpah salah?

apakah kita semua ambil Tuhan sebagai "fool"? Dia perlu ikut procedure untuk Tuhan faham sumpah dia? kita dah tak percaya apa yang Tuhan pakai adalah apa niat dalam  ...


betul kan?

sumpah kat rumah lagi bagus, antara dia dengan Tuhan je
kenapa nak susah-susah buat prosedur tu, prosedur ni kan?
sampai ke masjid besar nun kan?
buat ape kan?

[ Last edited by  cerek at 24-8-2008 11:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 12:45 AM | Show all posts
kesian aku dgn ramlang porigi ni..
apakah sbnrnya yg berlaku?

adakah dia btl2 innocent?
kalo dia btl2 innocent mmg x patut kita ramai2 salahkan dia..

satu lg kejap claim dia ni sbg imam kejap claim bukan.
mn satu yg betul nih?
huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2008 12:54 AM | Show all posts
kebesaran ALLAH.................
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 01:12 AM | Show all posts


abes huru-hara bijan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 03:57 AM | Show all posts
KANTOI.............
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 03:58 AM | Show all posts
HIDUP SESUMPAH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078486 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list