CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 15-12-2008 08:25 AM | Show all posts
GUAN ENG NAK GUNA KANCIL?


BERIKUT IALAH KERETA RASMI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG PALING PELAK DI DUNIA :

SESUAI UNTUK GUAN ENG MEMACU DALAM KEADAAN KESESAKAN JALAN RAYA DI PULAU PINANG

SESUAI UNTUK NIZAR, MEMANDU DI SEKITAR DN PASIR PANJANG DAN MASUK ESTET SERTA MELAWAT LADANG BABI DI KG KOH

SESUAI UNTUK KHALID.BUKAN KENARI TAPI GADIS YANG DOK BAGI PUNGKUQ TU.KHALID DENGAN NUAR BUKAN MAIN SUKA BAB-BAB INI.

Kereta rasmi: Pulau Pinang juga tidak mahu guna Proton


GEORGE TOWN: "Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana)." Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Bagaimanapun pihaknya akan menukar kereta sedia ada apabila tiba masa untuk berbuat demikian. Ketua Menteri berkata, pihaknya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat. "Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk ( blogger cadangkan kereta yang paling ekonomik bawa exco dan Guan Eng ialah Kancil , Kenari atau MyVy.Lagipun kereta rasmi bukan nak bawa ramai sangat.Nak bawa seorang Exco sahaja.Selesa lagi dan cepat.Kelajuan pun bukan boleh melampau sangat.Kancil pun boleh bawa 120km sejam.Jimat minyak lagi.So, jimat wang rakyat.Zuhud macam khalifah Umar Abdul Aziz.Soalnya sekarang mana pi RM 600 000 yang dijimatkan apabila kerajaan negeri tidak mahu membeli kereta baru exco selepas sahaja mengambil alih negeri.Kata nak jimat wang rakyat.Kalu nak jimat, naik bas.Lagi ok!!!).


Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau. Di IPOH, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya. Beliau berkata, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata, keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada. "Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. ( nak lepaskan cukai apa lagi.Kalu camtu, baik minta kerajaan negeri Perak kecualikan rakyat daripada kutipan cukai tanah dan pelbagai cukai kerajaan tempatan lagi.Lagi baik.Ngeh, bodoh, celaka , haramjadah nak bohong Melayu.Kerajaan Pusat kau suruh pengecualian cukai.Kau yang tadbir kerajaan negeri, tak pulak buat banyak pengecualian cukai pada rakyat?)


Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini. Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.( Jimatkan wang apa lagi Nizar.Ini namanya pembaziran dan budaya bermegah dan lari daripada landasan Islam.Bodoh punya Nizar jadi ANJING kafir DAP)




[ Last edited by  shamsadis at 15-12-2008 11:40 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 01:02 PM | Show all posts


Anwar Ibrahim jelmaan syaitan ? - Reformis

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini mensasarkan Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam "menyerang hendap" Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan.

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

"Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan," kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Dia, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

"Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa)," kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

Ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

"Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini."

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan "jalan yang akhir", tambahnya.

Kelihatan beremosi, dia mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri".

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".

Ramlan berkata dia pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

"Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:11 AM | Show all posts
Nizar : Toyota Camry & Hutang Bola


(Gambar: Nizar tersenyum puas bakal mendapat Toyota Camry baru). Pada 13 Disember 2008, Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan. Nizar menyalahkan kerajaan BN kerana gagal menurunkan cukai terhadap kereta Toyota Camry. Sudah ada kereta nasional, mahu beli lagi kereta luar. Hutang bolasepak kepada Steve Darby (bekas jurulatih Perak) belum lagi langsai, sudah beli kereta Toyota Camry baru untuk kegunaan sendiri. Inilah kerajaan DAP Perak, segalanya yang mereka buat bukan lagi untuk kebajikan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri sendiri semata-mata.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:16 AM | Show all posts



Khalid Samad : Interfaith Dialogue on Poverty


Klang MP Charles Santiago will organize an "Interfaith Dialogue on Poverty" later this week and would like to welcome everyone to this event. The objective of this dialogue is to exchange thoughts on poverty and friendship. Insya Allah, I will be one of the speaker representing Islam for the first panel. The details are as below:

Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago akan menganjurkan "Dialog Antara Agama Tentang Kemiskinan" pada hujung minggu ini dan mengalu-alukan kedatangan saudara semua ke majlis tersebut. Objektif dialog ini ialah untuk bertukar pendapat tentang kemiskinan dan persahabatan. Insya Allah, saya akan menjadi salah seorang speaker mewakili Islam untuk panel yang pertama. Butirannya adalah seperti berikut:

Date : 20 Dec 2008 (Sat)
Time: 3 - 6pm
Venue: MP Klang Community Centre
2A, Jalan Bayu Tinggi 8/KS6, Batu Unjur, 41200 Klang
Language: English or Bahasa Melayu

Keynote Speech: Dr. Hermen Shastri
Time; 3:00 - 3:15pm

Firt Panel: A theological view on poverty
Time: 3:15 - 4:30pm

Tea Break: 4:30 - 4:45pm

Second Panel: Sharing experience of tackling poverty
Time: 4:45 - 6:00pm

Bagi pihak penganjur, YB Charles Santiago
-Pejabat YB Khalid Samad-


sumber - khalidsamad.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:17 AM | Show all posts


Holocaust : Gus Dur Bela Yahudi, kecam Presiden Iran, Ahmadinejad

Dalam satu persidangan bertema "Holocaust" di Ritz-Carlton Hotel, Jimbaran, Bali, pada 12 Jun 2007, mantan Presiden Republik Indonesia, Abdurahman Wahid mengajak rakyat membela holocaust. Ada apa dengan holocaust ?

Holocaust yang selalu didakwa sebagai pembunuhan jutaan orang Yahudi Eropah dan Afrika Utara pada masa Perang Dunia II. Baru-baru lalu, Iran mengadakan persidangan kontroversi, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka, termasuk golongan yang membantah wujudnya peristiwa holocaust itu.

Salah satu pesertanya yang turut membantah adalah Profesor Robert Faurisson dari Prancis. Faurisson, membantah wujudnya kamar gas seperti yang didakwa sebelum ini. Kerana bantahan itu, dia dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Selain Faurisson, seorang lagi yang turut mempersoalkan kewujudan perstiwa holocaust adalah Fredrick Toeben, seorang tokoh "revisionis" Australia. Akibat bantahan itu, Toeben dijatuhkan hukuman penjara di Jerman selama beberapa tahun kerana dianggap menyemai kebencian kaum.

Seorang penulis Amerika bernama Kaminsky juga pernah menyatakan bahawa tidak ada bukti kongkrit wujudnya peristiwa Holocaust semasa perang dunia II.

Karminsky menuding jari kepada pemerintah Amerika yang telah bersekongkol dengan Israel dalam kes penculikan para cendekiawan yang menentang kebenaran peristiwa Holocaust itu. Bahkan menurut Karminsky, Holocaust hanya sebagai alat Yahudi untuk menekan negara-negara Barat agar dapat meminta ganti rugi.

Difahamkan, pada dekad 1960-an, dari Jerman saja, Zionis telah meminta ganti rugi sebanyak 11 million dollar. Padahal, sekarang ini, terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa dakwaan "6 juta Yahudi dibunuh oleh Nazi" adalah pembohongan semata-mata.

Bukan setakat itu, para ahli sejarah Amerika juga sering ditekan Israel agar menulis artikel soal pembunuhan orang-orang Yahudi oleh Nazi. Dan kepada siapapun yang menentang soal holocaust akan disumbat ke dalam penjara.




Di tengah-tengah keraguan tokoh-tokoh Yahudi, para peneliti Barat dan Eropah, tiba-tiba mantan Presiden Republik Indonesia, Abdurahman Wahid (Gus Dur) membela Holocaust. Bersama-sama pemimpin spiritual Hindu, Sri Sri Ravi Shankar, dan Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies, Rabbi Daniel Lande, Gus Dur terlibat sama dala persidangan "toleransi antara agama", anjuran the WAHID Institute, Libforall Foundation dan Museum of Tolerance di Bali.

攌ita harus membela Holocaust 擺/i] kata Gus Dur.





Di bawah ini adalah petikan wawancaranya yang dipetik dari Radio Nederland Wereldomroep [RNW] yang telah diedit oleh redaksi hidayatullah.com.

Radio Nederland Wereldomroep [RNW]: Sebenarnya apa inti persidangan ini?

Gus Dur [GD]: Ya, seminar hubungan antara agama. Setelah selesai seminar, pagi tadi , saya kata kepada salah seorang penganjur seminar, Colin Tail, orang Amerika, bahawa kita harus buat kenyataan membela Holocaust.

Hubungan saya dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad baik, tetapi itu tidak bererti bahawa kita selamanya harus sependapat. Pandangan tentang itu (holocaust) saya jauh berbeza dengan dia. Saya membela, dia menentang, berbeza dari dia. Itulah kenyataannya.

RNW: Maksudnya membela holocaust? Ini bagaimana Gus Dur?

GD: Lho iya, bahawa Holocaust itu ada. Kan Ahmadinejad mengatakan tidak ada.


RNW: Kalau dia mengatakan tidak ada alasannya adalah anti Israel?

GD: Iya, tetapi yang jelas, buktinya yang ada menyatakan Holocaust itu wujud. Saya pernah ke muzium holocaust di Tel Aviv, melihat ratusan ribu kasut. Itu menunjukkan bahawa dulu kasut itu kan dipakai orang.

RNW: Tetapi apa perlunya Gus Dur mengadakan seminar seperti ini ?

GD: Seminarnya tentang masalah lain iaitu hubungan antara agama. Holocaust itu kan tambahan saja.


RNW: Kalau begitu apa perlunya menambah kes holocaust Gus Dur?

GD: Ya, untuk membela kebenaran.


RNW: Tapi pihak lain mengatakan peristiwa itu provokasi?

GD: Ya biar aja. Semasa kita membuat kenyataan, adakah kita buat kenyataan melulu atau memikir soal orang lain.

RNW: Ini baru pertama kali kalau tidak salah, begitu ramai rabi Yahudi yang datang ke Indonesia?

GD: Lha iya.. kenapa Indonesia mengadakan hubungan dengan Republik Rakyat Cina (Tiongkok; RRT) dan Soviet Union, yang mengamalkan atheismenya. Sedangkan dengan Israel tidak boleh, sedangkan Israel percaya Tuhan?

RNW: Bukan tidak boleh, tetapi Israel itu kan menjajah wilayah Palestin. Kita kan bersama dengan Palestin Gus Dur?

GD: Ah, anda percaya pada propaganda orang Palestin.


RNW: Kalau menduduki wilayah Palestin itu kan bukan propaganda, itu kan kenyataan Gus Dur?

GD: Israel itu di mana ada menjajahnya ? Saya tanya. Ramallah dan lainnya tetap mereka di situ. Daerah-daerah suci tetap di situ. Saya mahu tanya penjajahan yang mana. Anda saja yang percaya, sendirian itu. Cakap-cakap yang berbohong tak kan boleh dipercaya.


RNW: Eropah pun berdiri teguh dengan Palestin Gus Dur?

GD: Iya, kalau boleh bersatu. Kadang-kadang tidak boleh juga diperteguhkan. Saya tidak boleh menyokong orang Palestin, sebab saya berselisih pendapat dengan mereka.

[rnw/hidayatullah.com]


Ferry Nur : Kecam Kehadiran Delegasi Israel dalam Persidangan "Holocaust" di Jimbaran Bali

13 Julai 07 : Ferry Nur, Setiausaha Agung KISPA (Komite Indonesia untuk Solidariti Palestin) mengirimkan kenyataan melalui SMS kepada beberapa media dan tokoh umat tentang kedatangan tokoh dari Israel, Rabbi Daniel Landes, Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies di Jerusalem dalam persidangan agama di Jimbaran, Bali.

Persidangan agama dengan tema 擳oleransi antara agama: Sebuah rahmat kepada semua ciptaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2008 07:57 AM | Show all posts
Ahli Parlimen PAS Bersubahat Anjurkan Forum IFC  


Berikut adalah satu forum Inter Faith Dialouge On Poverty yang ingn dianjurkan oleh YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) pada 20 Disember 2008 di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang. Namun pusat operasi untuk penganjuran forum ini adalah di pejabat YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Malah YB Khalid Samad turut sama mempromosikan penganjuran forum ini dalam blognya.

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Kali ini, selepas 9 bulan menang, YB Khalid Samad bersubahat sama untuk menganjurkan forum IFC? Apakah Zulkili Nordin (Ahli Parlimen Kulim) akan bertindak kali ini? Jika beginilah sikap Khalid Samad, maka tidak salah tindakan Hassan Ali meminggirkannya dalam PAS.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:00 AM | Show all posts
PANTUN UNTUK MB AHMAD SAID



[size=130%]NAIK CAMRY PERGI ISTANA
NAIK HONDA PERGI TENGOK WAYANG
APA BARANG NAIK PERDANA
MERCEDES TUAN HAMBA BILA NAK TAYANG?


[size=180%]Kedah ikut tukar kereta baru

ALOR STAR 14 Dis. - Kedah akan mengikut langkah kerajaan negeri Perak menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dengan jenama lain sekiranya kewangan mengizinkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cadangan tersebut wajar dalam usaha menjimatkan perbelanjaan negeri kerana kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive agak tinggi dan membebankan. BACA LAGI SINI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 08:02 AM | Show all posts


Anwar Mahu Sabotaj Ekonomi Negara ?

Oleh Yahaya Ismail

Dalam keadaan negara menghadapi kegawatan ekonomi sejak Julai 1997 Anwar sepatutnya berikhtiar sedaya upaya mencari jalan untuk memulihkan ekonomi negara. Memang sukar untuk mengatasinya memandangkan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia serta Korea Selatan yang menerima bantuan IMF berbillion-billion dolar juga masih belum dapat bangun dari kegawatan ekonomi yang sangat parah. Tetapi Malaysia tidak meminjam dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi.


Kata Anwar fundamentals saham-saham di BSKL masih kuat dan kita menjadi mangsa para spekulator mata wang asing dan pengurus-pengurus dana barat yang mahu 攎engajar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:10 AM | Show all posts


Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?

Oleh AIDC

Laporan RAND Corporation (2007) menyorot dua nama Muslim Moderat yang tersohor iaitu Anwar Ibrahim dari Malaysia dan Abdurrahman Wahid aka Gus Dur (NU) dari Indonesia. Nama Gus Dur disebut beberapa kali, malah dalam bahagian lampiran laporan itu turut dimuatkan tulisan Gus Dur bertajuk "Right Islam vs Wrong Islam" yang sebelum ini pernah disiarkan dalam The Wall Street Journal pada 30 Disember 2005.

Begitulah hebatnya nama Gus Dur dalam laporan ini. Maka tidak hairan semua orientalis Amerika, termasuk John Esposito dan John Voll melabelkan Gus Dur sebagai "Bapa Demokrasi Indonesia".

Menarik juga disebut di sini, John Esposito dan John Voll juga merupakan guru Anwar, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat

Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Abdurrahman Wahid (Indonesia)


Itulah dua contoh Muslim Moderat yang diiktiraf oleh laporan RAND Corporation 2007, bahkan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kedua-dua tokoh ini pernah diklasifikasikan sebagai Muslim Moderat, John Esposito sejak tahun 1998, dalam bukunya, "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998). Klik di sini

Dua tokoh yang diiktiraf oleh RAND Corporation. Dua tokoh ini juga diiktiraf oleh orientalis. Seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Indonesia.

Dua negara yang berbeza dan sudah pasti strategi dan tindakan kedua-dua tokoh ini mempunyai stail yang berbeza, walaupun matlamatnya sama.

Gerak geri Gus Dur bersifat terbuka di Indonesia. Tetapi gerak geri Anwar lebih berhati-hati di Malaysia.

Gus Dur menyatakan terus terang hasratnya. Menentang kumpulan radikal Islam dengan kata-kata dan perbuatan. Beliau bersama seorang missionari dari Amerika, bernama C. Holland Taylor, menubuhkan LibForAll Foundation serta menaja kumpulan DEWA untuk menulis lirik-lirik lagu menentang kumpulan teroris. Klik di sini

Laman web LibForAll menyebut laporan RAND Corporation, "Building Moderate Muslim Networks" oleh Angel Rabasa telah mengesahkan strategi LibForAll Foundation, yang telah dilaksanakan di Indonesia sejak tahun 2003 mempunyai asas yang kukuh. Klik di sini

Tetapi di Malaysia berbeza. Anwar Ibrahim sering menyembunyikan strateginya terutamanya berkaitan agama, sama ada "Forum Peluk Islam" atau "Suruhanjaya Antara Agama". Ramai yang tidak dapat membaca strateginya.

Membaca pandangan salah satu penaja Anwar, KAF (Konrad Adeneur Foundation), teknik bersembunyi sudah lama dilakukan di Malaysia untuk menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu.

Misalnya kes penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama), Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun (2006), mengakui badannya telah menaja penubuhan suruhanjaya antara agama sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu agar tidak mewar-warkan penglibatan yayasan Jerman itu kerana menjaga sensitiviti NGO Islam yang turut dipujuk untuk terlibat sama.

Sekiranya penglibatan KAF diwar-warkan secara terbuka, kemungkinan besar hasrat memujuk mereka (NGO Islam) akan gagal, kerana akan dipersoalkan kenapakah yayasan Kristian dari Jerman yang berkaitan dengan dana Yahudi antarabangsa - AJC (American Jewish Committee) boleh menjadi penganjur ? Pengakuan Peter Schier, klik di sini

Itulah beza strategi antara kedua-dua negara, walaupun sama-sama menggunakan penaja asing dari luar negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:11 AM | Show all posts
Dailog Antara Agama


Anwar sendiri berusaha keras mengelakkan dirinya dikaitkan dengan IFC, walaupun usaha itu digerakkan sendiri oleh badan pemikirnya, IKD (Institut Kajian Dasar) dan Bar Council dengan sokongan padu penajanya, sebuah yayasan Kristian dari Jerman-KAF.

Namun akhirnya Anwar tidak mampu berselindung buat selama-lamanya. Beliau sendiri membuat pengakuan menjadi tenaga penting dalam menggerakkan IFC dalam interbiu dengan majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007. Kata Anwar untuk menyelesaikan masalah pertikaian agama di Malaysia, cara terbaik adalah "Terima IFC"..."Sudah tentu, sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas" Klik di sini

Barangkali Anwar berani membuat pengakuan sejujur itu kerana menyedari edaran majalah Aliran tidak meluas, apatah lagi menggunakan medium bahasa Inggeris, hanya tertumpu kepada masyarakat profesional yang kebanyakan pelanggannya bukan Melayu.

Tetapi dalam interbiu yang sama Anwar sendiri mengakui turut memujuk NGO Islam untuk mengadakan rundingan sepertimana yang pernah dilakukan oleh jawatankuasa pemandu IFC.

Kata Anwar, "Saya telah mengambil usaha untuk mengadakan dialog antara Muslim baru- baru ini. Selain dari Keadilan, PAS, JIM, ABIM, dan Muslim profesional juga terlibat...Kami juga menjemput penganjur Artikel 11 (Pakatan), IFC (Suruhanjaya Antara Agama) untuk menyertainya, dan Sisters-in-Islam; tetapi mereka enggan hadir disebabkan beberapa faktor tertentu"

Perkara yang sama juga turut ditulis Anwar di dalam blognya bertajuk "Mencari Titik Pertemuan untuk Memperbaharui Hubungan Antara Agama"; "Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan.." Klik di sini

Persoalannya kalau benar mahu mencari kebenaran untuk berdailog antara agama, perlukah dianjurkan oleh Friedrich Naumann Stiftung, sebuah lagi yayasan Kristian penaja Anwar dari Jerman ?

Inilah yang disinis oleh Dinsman (bekas reformis pemuja Anwar), "tak kan lah nak berbincang mengenai seni dan budaya Malaysia pun kena tunggu 'Stiftung' juga"

"Stiftung" yang disinis Dinsman merujuk kepada Konrad Adenauer Stiftung atau Friedrich Naumann Stiftung. Istilah "Stiftung" adalah dari bahasa Jerman, dalam bahasa Melayu bermaksud yayasan.

Kalau berbincang persoalan seni dan budaya, sudah disiniskan oleh seniman, bagaimana pula dengan perbincangan agama, adakah ulama tidak memandang sinis jika dianjurkan oleh Stiftung ?

Di Indonesia, Gus Dur melalui badan pemikirnya, The Wahid Institute, menganjurkan 擳oleransi Antara Agama" pada 12 Jun 2007, di di Ritz-Carlton Hotel, Jimbaran, Bali.

Gus Dur berwacana mengenai agama bersama-sama pemimpin spiritual Hindu, Sri Sri Ravi Shankar, dan Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies, Rabbi Daniel Lande.

Pada akhir persidangan, Gus Dur mengeluarkan kenyataan membela Yahudi dengan menjadi saksi wujudnya peristiwa holocaust.

"Saya pernah ke muzium holocaust di Tel Aviv, melihat ratusan ribu kasut. Itu menunjukkan bahawa dulu kasut itu kan dipakai orang..yang jelas, buktinya yang ada menyatakan Holocaust itu wujud..", kata Gus Dur

Dalam masa sama Gus Dur menyelar Presiden Iran, Ahmadinejad yang mendakwa holocaust hanya mitos semata-mata. Beliau juga menyelar rakyat Palestin yang sengaja menyebarkan propaganda ditindas oleh Israel. Klik di sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:11 AM | Show all posts
Badan pemikir anjur pluralisme

Badan pemikir Anwar, IKD secara jelas menyokong pluralisme. IKD dipimpin oleh Khalid Jaafar, bekas aktivis PKPIM dan bekas Setiausaha Akhbar semasa Anwar menjawat jawatan dalam kerajaan.

Penaja IKD pula adalah KAF, sebuah yayasan Kristian Jerman yang menjadi penaja utama badan pemikir Anwar, sejak 1984.

Kata Peter Schier, wakil KAF di Malaysia; "mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai 慿esedaran Islam
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:11 AM | Show all posts
Untuk apa Anwar sering jemput Gus Dur ke Malaysia ?

Memang tidak dapat dinafikan, hubungan Anwar dan Gus Dur amat akrab. Bahkan, Gus Dur sering berulang alik dari Indonesia ke Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada Anwar, sama ada melibatkan kes peribadi atau parti politik.

Pada 26 Mei 2007, Gus Dur, dijemput oleh Anwar menjadi tetamu kehormat Kongres Nasional Keadilan di Sekolah Tinggi Chung Hwa, Jalan Tun Ismail Seremban. klik di sini

Gus Dur turut diberi penghormatan yang paling istimewa dan diberi ruang untuk berucap, menyuntik semangat kepada ahli-ahli PKR.

Apabila Anwar dilaporkan terlibat dalam kes liwat sekali lagi, pada 8 Ogos 2008, Gus Dur dan Sandra Day OConnor (kawan Anwar, warganegara Amerika dalam Foundation For The Future) membela Anwar dalam The Financial Times. Klik di sini

Pada 12 Ogos 2008, Gus Dur sendiri datang ke Malaysia dan berkunjung ke rumah kediaman Anwar untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai kes liwat itu. Klik di sini

Kemudian pada 18 Ogos, Gus Dur mengeluarkan kenyataan mengatakan tindakan Saiful Bukhari bersumpah tidak mengikut cara Islam. Beliau berkata dalam sidang media di pejabat PKR, sebagai membela isu liwat Anwar. Klik di sini dan Klik di sini

Sebenarnya pandangan Gus Dur tidak menghairankan kerana di Indonesia, pandangan Gus Dur mengenai homoseksual lebih radikal. Tentang homoseksual, pandangan Gus Dur disuarakan oleh Ketua Muslimah Nahdatul Ulama, Dr. Siti Musdah Mulia yang memfatwakan bahawa homoseksual tidak diharamkan oleh Islam. Pandangan ini telah ditentang oleh majoriti umat Islam Indonesia. Klik di sini

Untuk kupasan umum, rujuk artikel yang ditulis sebelum ini bertajuk "Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat". Klik di sini

Nota : Diharap dapat membaca serta mengkaji sendiri laporan RAND Corporation versi asal dalam bahasa Inggeris. Laporan bertajuk, "Building Moderate Muslim Network", setebal 217 halaman, dibahagikan kepada 10 bab. Laporan asal klik di sini



AIDC
16 Disember

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:37 PM | Show all posts
Ahli PBT Pas bolot projek di Selangor?
Monday, 15 December 2008 17:52

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 15 Disember (MToday) - Kelab Penyokong Adun Pakatan Rakyat Selangor (BBC) mendapat beberapa laporan daripada orang ramai berkenaan terdapat Ahli Majlis PBT yang diwakili oleh pimpinan Pas Selangor, hanya sibuk melobi untuk mendapatkan projek perniagaan.

Perkara ini disahkan oleh bekas Ketua Penerangan Pas Selangor Saari Sungib ketika dihubungi oleh Malaysia Today pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, pihak BBC telah meminta senarai nama mereka yang terlibat sebelum sebarang siasatan dan tindakan diambil.

"Kita ada mendapat beberapa rungutan dan laporan daripada ahli akar umbi berkenaan adanya unsur menyelewengan kuasa dalm memperolehi tender PBT di Selangor," jelas Saari yang merupakan Adun Hulu Kelang.

Walau bagaimanapun, katanya, sebelum mendapat senarai nama mereka yang terlibat, beliau tidak mahu sebarang spekulasi dibuat.

"Jika perkara ini benar-benar wujud, saya begitu kecewa kerana seharusnya ahli PBT di kalangan ahli Pas yang sepatutnya menunjuk tauladan yang baik," ujarnya.

Pada pilihan raya umum lepas, Pas memenangi lapan kerusi Dun di Selangor dimana tiga daripada Adunnya dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sementara itu, mengulas berkenaan memecatkan beliau daripada jawatan Ketua Penerangan Pas negeri, katanya, itu merupakan proses biasa.

"Jawatan yang dilantik, kebiasaanya boleh ditamat selepas satu penggal berlalu," tambah Saari yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya lagi, beliau dipecat kerana tidak mempunyai kesefahaman dengan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan yang dilaksanakan oleh Hassan yang dilihat tidak merealisasi slogan 'Pas for All'.

"Seharusnya, Datuk Hassan perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilaksana oleh beliau supaya isu-isu berbangkit tidak timbul terutama dalam soal kaum dan agama," kata Sairi lagi.

Selain Saari, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut dipecat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor.

Jawatan itu masing-masing digantikan oleh Roslan Shahir Mohd Shahir sebagai Ketua Penerangan dan Dr Che Rosli Che Mat sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Roslan merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Haji Awang dan Che Rosli adalah Ahli Parlimen Hulu Langat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:04 AM | Show all posts
SNIPPETS - MELAYU MUDAH LUPA / THE NO BRIDGE DECISION

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at December 17, 2008 2:49 PM

Melayu Mudah Lupa

1. Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).

2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".

3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.



4. "One lesson to be learnt from the whole episode is that the issue was not entirely confined to the abolition of the Malay Rulers legal immunity in their personal capacity.

5. "It concerns the understanding and maturity of all quarters involved with regard to the real meaning of freedom and the rule of law".

6. Lain padang lain belalang.

The No Bridge Decision

1. The Star reports on the traffic congestion at the new Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine Complex in Johore Bahru. Most of the congestion was caused by traffic from Singapore entering Malaysia.

2. At the risk of boring visitors to my blog, may I point out that the idea of a bridge to replace the causeway, connected to the CIQ building by an elevated highway was in order to avoid the traffic congestion. Replacing the elevated highway with a road at ground level must cause a clash between traffic to end from Singapore and the Johore Bahru east / west traffic.

3. The problem can only get worse as more and more cars will take to the road in future.

4. But we must endure these jams because we must not annoy our neighbour.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:06 AM | Show all posts
PAS Tanya Penulis Blog Tentukan Calon


(Gambar: Singa sudah makan bulan. Apakah DAP akan membantu PAS atas dasar kerjasama Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu nanti?).

揔ita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon,擺/i] kata Hadi Awang di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman pada 17 Disember 2008 berhubung soalan siapakah bakal calon PAS di Kuala Terengganu. Bagaimana pula dengan pandangan kumpulan Erdogan dalam PAS, adakah akan diambil kira sama? Apakah orang PAS mahu berdiam diri lagi melihat kumpulan Erdogan bersubahat menganjurkan forum IFC di Selangor?


(Gambar: Petikan dari blog Haji Hadi menyatakan bahawa "Aliran Liberal - Pemusnahan Islam oleh kerajaan Malaysia". Bila Forum IFC mahu diadakan di Klang pada 20 Disember nanti, ada seorang ahli parlimen PAS memberikan sokongan. Apakah ini juga satu bentuk pemusnahan Islam oleh PAS?).



揫i]Kita dengar semua pandangan. Sebagai presiden, saya tidak mempunyai halangan jika Mohamad Sabu dicalonkan. Tapi, akhirnya keputusan dibuat oleh suara majoriti,擺/i] kata Hadi Awang lagi. Apakah benar calon PAS akan dipilih berdasarkan suara demokrasi dalam PAS? Tidakkah calon dari kumpulan Erdogan akan berkecil hati jika mereka tidak terpilih nanti? Tan Sri Muhammad Taib (Ketua Penerangan UMNO) menyatakan pembangkang bakal menonjolkan "isu hantu" di Kuala Terengganu nanti. Bukan sekadar "isu hantu" malah isu pengundi hantu juga bakal digunakan nanti. Jangan sampai berulang tragedi di Batu Buruk, Terengganu.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 08:09 AM | Show all posts
Harakah Menipu, Nik Aziz Giler Glamour

Setelah terang-terangan menipu apabila melabelkan anugerah Gusi sebagai Hadiah Nobel versi Asia, kini PAS menipu lagi apabila mengatakan bahawa Presiden EU mengunjungi Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Sila baca artikel ini daripada lidah PAS: Harakah:

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz Mohd Nor Yahya Thu Dec 11, 08 7:55:24 am MYT KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.


Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .


Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim. Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.


Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya. Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.


Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT. "Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong UMNO kalau UMNO itu betul gak,"ujar beliau. Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.


Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa. "Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi. Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini, namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.


Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau. "Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau. Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018279&Itemid=85

Seperti yang telah diketahui ramai:

1. Marc Barety bukanlah Presiden Kesatuan Eropah (EU).
2. Kesatuan Eropah tidakpun mempunyai Presiden.
3. Kesatuan Eropah diterajui oleh European Council.
4. European Council terdiri daripada ketua-ketua negara dan seorang President of the Commission.
5. President of the Commission bukanlah Marc Barety, tetapi Jose Manuel Barroso.
6. European Council diketuai oleh Presiden European Council yang dilantik secara bergilir-gilir setiap 6 bulan sekali.
7. Presiden European Council kini bukanlah Marc Barety, tetapi Nicolas Sarkozy.
8. Marc Barety ialah Duta Perancis ke Malaysia.
9. Di dalam laman web Kedutaan, highlight daripada kunjungan tersebut ialah lawatan ke sempadan Thailand, yang mana rombongan mendapat faedah hasil perbincangan dengan pegawai kastam:


Ce d閜lacement leur a 間alement offert l抩ccasion de se rendre

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:17 AM | Show all posts


Forum Peluk Islam disabotaj : Timbalan Presiden PKR wakili suara siapa ?

Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali memarahi ahli partinya sendiri, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kerana mengetuai protes yang mana menggagalkan forum kontroversi Majlis Peguam 'Penukaran Agama kepada Islam' pada hari Sabtu

"Kami kesal bahawa malangnya yang 'paling garang' di antara mereka adalah seseorang yang dikenali sebagai peguam dan ahli parlimen yang secara berlagak mendakwa dirinya mewakili semua Muslim," kata Syed Husin dalam merujuk kepada Zulkifli.

Bekas Ahli Akademik itu dengan jelas tidak mahu untuk membuat sebarang kompromi dengan Zulkifli - yang mana menyatakan dia mewakili kumpulan peguam Muslim Pembela - dan ianya akan menarik untuk melihat bagaimana PKR berhadapan dengan Ahli Parlimen Kedah dalam kesan peristiwa pada hari Sabtu.

"Kami mengambil serius tindakan kasar oleh satu kumpulan kecil penunjuk perasaan yang mana menjerit dengan biadab dan menggunakan bahasa yang tidak bertamadun terhadap sesetengah penganjur dan peserta seminar," kata Syed Husin.

Dia juga mengkritik kegagalan pasukan polis dalam mengawal situasi tetapi walaupun muncul untuk bekerjasama dengan sesetengah daripada penunjuk perasaan yang mana merancang untuk membuka jalan mereka ke dalam dewan untuk menghentikan forum.

Bagaimanapun, Syed Husin menyatakan bahawa PKR bersetuju dengan pandangan pemimpin de facto Anwar Ibrahim bahawa sesi dialog perlu dianjurkan secara tertutup "dalam pandangan reaksi yang sensitif dan persepsi dalam sebahagian populasi Melayu-Muslim."

揔ami menyokong penuh penganjuran dialog antara agama yang mana mempromosikan kefahaman daripada acara unilateral yang mana boleh mewujudkan perbalahan etnik dan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 08:18 AM | Show all posts
Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Kelakuan ganas dan jahat oleh sesetengah kumpulan penunjuk perasaan, yang mana termasuk UMNO dan beberapa Ahli Parlimen pakatan Rakyat, yang menghentikan forum dan menggunakan kata-kata penghinaan berbaur perkauman adalah sesuatu yang amat dikesali.

DAP mengkritik kelakuan yang hampir ganas tersebut dan mengalu-alukan tindakan disiplin yang diambil oleh parti-parti Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan, untuk mengelakkan imej Pakatan daripada dicemarkan dan diletakkan sama taraf dengan UMNO.

Perkara yang berkaitan agama tidak boleh dikurangkan atau dijelaskan oleh pengisytiharan prinsip atau niat sahaja semata-mata. Memandangkan penderitaan manusia terlibat, pemahaman dan belas kasihan adalah perlu.

Kita perlu memahami kesengsaraan dan penderitaan sebuah keluarga Melayu Muslim sekiranya anak mereka yang amat disayangi membesar sebagai Muslim, tiba-tiba keluar dari Islam menjadi bukan Muslim, seperti yang mereka katakan, "seperti memotong darah daging sendiri."

Begitu juga, kita perlu melihat kesengsaraan dan penderitaan sebuah keluarga bukan Melayu "memotong darah daging sendiri" apabila anak mereka menukar agama kepada Islam, menentang kemahuan mereka untuk berkahwin dengan seorang Muslim. Dan apabila dia ingin kembali pada agama lama mereka selepas perkahwinan gagal dan ingin berkahwin sekali lagi, ia dihalang daripada berbuat demikian.

Perlu ada belas kasihan kepada penderitaan manusia seperti yang dialami oleh kedua-dua Muslim dan bukan Muslim. Sama seperti yang kita fahami kenapa Melayu Muslim sangat emosional apabila Melayu Muslim keluar dari Islam; kita juga perlu memahami perasaan yang sama daripada bukan Muslim apabila bukan Melayu bukan Muslim yang mana menukar agama kepada Islam dihalang daripada kembali kepada agama asal mereka.
Sekiranya kita dapat melihat melalui penderitaan Muslim dan bukan Muslim tersebut menerusi dialog dan belas kasihan selain daripada undang-undang mutlak, pengisytiharan agama yang formal oleh pihak yang berkuasa dan kepastian moral, dengan mengurangkan penderitaan kami akan menjadikan masyarakat Malaysia lebih bersatu padu dan harmoni.

Lim Kit Siang, Ipoh Barat MP and DAP adviser (Ahli Parlimen Ipoh Barat dan Penasihat DAP)

Malaysia telah gagal ujian utama dalam pembinaan negara untuk menunjukkan bahawa kita sedang membentuk satu masyarakat yang lebih bertamadun di mana isu masalah antara agama yang sensitif boleh dibincangkan dalam satu tingkah laku yang bertanggungjawab dan matang untuk mempromosikan penyatuan nasional dan keharmonian agama dalam negara.

Seperti yang dijelaskan oleh Majlis Peguam yang mana forum penukaran agama bukan untuk mempersoalkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan yang mana membincangkan bidang kuasa syariah terhadap Muslim tetapi untuk memaklumkan konflik undang-undang yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang terperangkap dengan pengasingan bidang kuasa undang-undang sivil dan syariah - pemahaman yang lebih, toleransi dan sensitiviti perlu ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat.

Pemahaman, toleransi dan sensitiviti seperti ini tidak dinafikan telah berada dalam 4 dekad pertama kewujudan Malaysia dan saya tidak sangsi bahawa sekiranya forum seperti itu telah dianjurkan 10 tahun yang lepas, mungkin tidak akan terdapat rasa tidak sensitif, tiada toleransi dan reaksi kekesalan yang nyata seperti hari ini.

Youth for Change

Pada masa apabila masyarakat Malaysia yang berlainan cuba untuk menampal banyak lubang yang terdapat pada helaian sosiol, tindakan tidak matang dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh penganjur protes adalah sesuatu yang sudah tentu dikesali.
Dalam pada masyarakat awam Malaysia (seperti yang dilihat pada pilihan raya 8 Mac) menyatakan keinginan dan keyakinan mereka untuk masa depan yang lebih demokratik dan pelbagai budaya untuk negara, kami merasakan "bantahan" yang diketuai oleh pemimpin politik tidak menggambarkan aspirasi rakyat Malaysia yang mana mengundi untuk Malaysia yang lebih baik.

Ianya secara khusus akan tidak menggalakkan gerakan demokratik Malaysia dalam konteks ini kerana ahli politik telah sekali lagi membuktikan diri mereka untuk mementingkan diri sendiri dalam usaha untuk mendapatkan sokongan popular, dan sekali lagi telah menggunakan cara untuk membahagikan masyarakat awam Malaysia secara rasional, bertamadun atau demokratik, bergerak ke arah pemahaman dan toleransi yang lebih baik.

Centre for Independent Journalism (CIJ) atau Pusat Kewartawanan Bebas

Sekali lagi, ketika kerjasama secara senyap antara negeri-negeri, satu kumpulan telah menunjukkan kelakuan yang ganas yang mana telah menolak pandangan mereka yang tertindas - dalam kes ini terhadap hak untuk kebebasan agama, khususnya Islam, daripada dinyatakan secara terbuka.

Ketika penunjuk perasaan diberikan hak untuk tidak bersetuju, pihak berkuasa perlu mengambil langkah yang proaktif dan menenteramkan untuk menghapuskan persepsi bahawa satu perbincangan terbuka terhadap undang-undang Islam adalah sama seperti menyerang agama tersebut.

Kami menyeru kerajaan untuk menggalakkan perbincangan terbuka dalam perkara yang berkaitan undang-undang Islam dalam satu negara yang demokratik dan pelbagai agama yang mana memerlukan keterbukaan untuk persefahaman yang sebenar dan menghormati kepercayaan satu sama lain.

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) atau Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina


Dalam satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Malaysia, kerajaan dan masyarakat awam perlu pada sepanjang masa menggalakkan dialog terbuka selain memberikan rasa ketakutan dan tiada toleransi.

Dialog terbuka dan perbincangan secara aman, berinformasi dan tingkah laku yang jujur akan membantu dalam mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam di kalangan rakyat.

JAG menyeru kepada semua parti untuk membenarkan dialog seperti ini dalam keadaan ini untuk terus membantu dalam menyelesaikan masalah khususnya kepada keluarga yang berkaitan yang mana telah dibebankan dengan perkara ini sejak sekian lama. JAG berharap kerajaan akan mengambil pendirian yang tegas untuk membenarkan rakyat memiliki ruang yang demokratik untuk dialog terbuka dan untuk bertindak ke atas peraturan gengster.

AIDC menterjemah artikel Malaysiakini. Artikel asal klik di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 02:34 PM | Show all posts
rajin tul sham edit semua ni ek... harap2 1 ari nnt sham pun leh jd org politik..tgk mcm minat jew.. tp biala jln yg betul k.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.111580 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list