CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 22-12-2008 11:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 11:45 AM | Show all posts
cuba paste kat tajuk2 lebih spesifik
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 11:59 AM | Show all posts

Balas #1202 DTECCONAN\ catat

kalo ada masa saya paste ar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:05 PM | Show all posts
Kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990 memang ada 'masalah serius' tersendiri. Masalah itu nampaknya sudah menjangkiti negeri jiran yang turut dikuasai parti Islam. KKN (korupsi, kolusi, nepotisme) barangkali dosa semua orang politik, Soeharto, Dr Mahathir dan PAS tidak terkecuali! Lama sebelum penulis politik Mohd Sayuti Omar mendedahkan unsur-unsur penyelewengan dalam bukunya Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul dua tahun lalu, debat tertutup antara kumpulan pro-Kelantan dengan penentang KKN dalam parti itu pernah mengakibatkan adegan bertumbuk.  Kumpulan penentang KKN, kebanyakannya pula berada di luar Kelantan, dibelasah di tempat pertemuan itu atau sebaik sahaja selepas debat hangat (konflik sebenarnya!) yang diadakan di sebuah kem di negeri Serambi Mekah. Sementara seorang ahli politik bertaraf ustaz yang disegani, anak seorang tokoh ulama di Kelantan, dikasari selepas membantah amalan KKN yang dikaitkan dengan kepimpinan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ahli parlimen itu jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia - dipercayai akibat sangat terkejut diperlakukan sekasar itu oleh orang PAS sendiri. Seperti pemimpin Umno dalam kerajaan menyembunyikan amalan buruk KKN atau masalah pertembungan dalam parti, aktivis-aktivis PAS juga bijak menyorok insiden memalukan ini yang terjadi kira-kira 10 tahun lalu, yakni pada tahun-tahun awal selepas parti Islam berjaya merampas semula Kelantan. (Nota: Barisan Nasional menguasai negeri itu selama 12 tahun sejak 1978) Apabila akhbar Utusan Malaysia tahun lalu mendedahkan kerajaan PAS Terengganu meluluskan projek 'ladang kelapa sawit' dan ternakan di kawasan seluas 9,635 ekar kepada beberapa orang kuat Harakah, penyakit yang pernah didakwa membiak di Kelantan dibimbangi merebak pula ke negeri jirannya. Kesan ekologi Saham terbesar, 90 peratus, syarikat North East Plantation yang memohon tanah itu dimiliki oleh Hishamuddin Yahya, pengarah urusan Harakah dan juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Sanggang, Pahang pada awal 2000. Sementara tabloid pro-Umno Risik pula mendakwa 40 peratus tanah yang diluluskan itu tidak sesuai untuk kelapa sawit kerana berkecerunan lebih 25 darjah dan tanah rezab hutan simpan kekal yang boleh "membawa kesan (kemusnahan) ekologi yang buruk." "Kerana kroni, pengarah Perhutanan Terengganu pula terpaksa (mengambil) tindakan untuk membatalkan pewartawaan hutan simpan berkenaan (atas arahan kerajaan negeri)," lapor Risik pada awal tahun ini. Tabloid ini mendakwa ia mendapat dokumen yang menunjukkan lima jabatan di peringkat negeri membantah projek itu, kecuali dengan beberapa syarat dan pindaan, dalam satu mesyuarat pada 23 Ogos 2000. Projek ini diluluskan dalam mesyuarat exco Terengganu pada 15 Nov tahun berkenaan, selepas tindakan susulan daripada syarikat berkenaan. Bagaimanapun tabloid itu juga mendakwa "bantahan dan pandangan jabatan-jabatan berkenaan jelas diperlekeh oleh kerajaan PAS Terengganu" dan seterusnya mendakwa syarikat itu "nampaknya jauh lebih berpengaruh" jika dibandingkan dengan pegawai kanan lima jabatan tersebut. Dalam keluaran terbaru (Ogos-Sept), Risik melaporkan kerajaan Kelantan "menyelewengkan konsesi balak" berjumlah RM300 juta sebagai dana untuk menampung gerak kerja PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Konsesi balak Konsesi seluas 10,000 ekar selama 10 tahun di Hutan Simpan Lebir diberikan kepada pihak ketiga oleh Akademi Yakin Sdn Bhd, sebuah agensi milik kerajaan negeri yang ditubuh untuk mengurus sebuah kolej kerajaan Kelantan yang belum wujud, Kolej Islam Antarabangsa (Kias). Konsesi itu dibayar sebanyak RM10 juta sedangkan anggaran sepatutnya, menurut satu aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berjumlah RM300 juta. Menurut laporan Risik lagi, kawasan (balak) ini diberikan tanpa tender. Dipercayai kelulusan (ini) atas campurtangan seorang anggota exco (kerajaan Kelantan) berpengaruh setelah (ahli) lembaga Akademi Yakin mengadakan mesyuaratnya pada 5 Mei lalu di Kota Bharu. Sementara Azaha Abdul Rani, dalam laporan kepada BPR, berkata: "Oleh itu adalah diyakini penyelewengan dan rasuah telah telah berlaku di dalam penyerahan konsesi balak kepada (pihak ketiga) Yakin Mother Earth Sdn Bhd." Laporan BPR ini dan dakwaan tabloid pro-Umno itu seakan-akan sama dengan laporan Ahmad Lutfi Othman kepada agensi itu Oktober tahun lepas dan juga tulisan dalam akhbar terbitannya Memo 20. Misalnya, projek jalan di Sekinchan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM92.5 juta, sedangkan taksiran Jabatan Kerja Raya (JKR) sekitar RM50 juta sahaja. Begitu juga projek memasang paip air dari Semenyih ke Banting yang ditawarkan pada harga RM82.4 juta, sedangkan taksiran awal hanya RM40 juta. Dalam edisi sebelum ini, Risik mendakwa menteri besar Kelantan meluluskan projek berjumlah RM667.5 juta kepada sebuah syarikat yang dimiliki, antaranya oleh besannya sendiri, yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun. Projek raksasa Abdul Fatah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat ini, Pubel U-Home Everight Sdn Bhd pada 15 Mac baru lalu. Sementara ketua eksekutifnya dipegang oleh seorang pemimpin PAS, Mohd Zahari Awang yang berasal dari Pulau Belanga. Menurut tabloid itu, nama syarikat tersebut 'Pubel' adalah singkatan daripada 'Pulau Belanga.' Projek pembangunan bandar pengangkutan automotif bersepadu (Afta City) di kawasan 220.7 hektar di Gual Periok, Rantau Panjang, dakwa tabloid itu lagi, sukar dijayakan oleh syarikat berkenaan yang tidak berpengalaman dan hanya bertujuan meraih wang segera (apabila dijual kepada syarikat lain) menjelang pilihanraya umum akan datang. Projek mega Afta City diisytihar tiga bulan selepas satu projek raksasa yang diumumkan pada Januari tahun ini. Nik Aziz pernah meluluskan projek 'menara berkembar Kelantan' bernilai RM100 juta dan dijangka siap menjelang 2004. Menurut Risik (Feb-Mac), projek menara Kelantan itu diberikan kepada syarikat yang tidak aktif (dormant), tidak berpengalaman dan telah rugi. Tinjauan tabloid itu mendapati syarikat tersebut, Finconsult Sdn Bhd, tidak mempunyai aset dan "tidak menggambarkan ia sebuah syarikat yang layak diberi projek sebesar itu." Selain dua projek mega ini yang diragui kejayaannya, Kelantan sebelumnya pernah gagal membangunkan projek besar di Pengkalan Kubor, Tumpat. Projek pembangunan bandar baru di kawasan 7,200 hektar yang bernilai RM2.3 bilion terpaksa dibatalkan. Selepas projek itu dikecilkan kepada 174 hektar dengan belanja RM200 juta, syarikat yang dipilih MJS Partners Sdn Bhd masih gagal menjayakannya walaupun RM12 juta telah hangus. Tabloid Risik merumuskan "penyelewengan disyaki berlaku dalam pelaksanaan projek (itu)." Tabloid itu juga pernah memetik kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa Kelantan 'menggadai' tanah milik kerajaan negeri kepada 40 syarikat kroni untuk dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit sejak tiga tahun lalu. Disenaraihitam Tindakan itu, lapor Risik, mengulangi apa yang pernah berlaku ketika PAS memerintah Kelantan 20 tahun sebelum ini (sebelum ditewaskan 1978) apabila pemimpinnya menggadai kawasan hutan balak di situ. Di Terengganu pula, dakwa tabloid pro-Umno itu lagi, kerajaan pimpinan Abdul Hadi Awang meluluskan kawasan pembalakan seluas 41,000 ekar dengan nilai RM260 juta kepada seorang pembalak yang telah disenaraihitamkan kerana pernah menceroboh kawasan yang tidak digazetkan. Hutan Simpan Petuang dan Tembat di Kenyir, Ulu Terengganu, diberikan kepada SPT Sdn Bhd pada 8 Julai tahun lepas dan surat kelulusan itu dikeluarkan oleh pengarah jabatan perhutanan negeri pada 7 Oktober tahun yang sama. "Siasatan Risik menunjukkan berlaku banyak penyelewengan dalam pemberian projek ini, khususnya amalan pilih kasih (nepotisme) kepada SPT Sdn Bhd," dakwa akhbar itu. Antaranya, syarikat itu diberikan tempoh 60 hari untuk membayar RM5.3 juta sebagai syarat kos projek. Tetapi empat syarikat lain yang berminat diberikan tempoh selama 14 hari sahaja. Cuma, sebagai akhbar yang digerakkan oleh tukang-tukang kempen Umno, Risik tidak pernah membangkitkan penyelewengan pentadbiran Barisan Nasional. Malah, berdasarkan gaya laporan-laporannya, ia kerap juga memuatkan tulisan-tulisan yang memenuhi ciri-ciri propaganda BN. (Media kerajaan BN antaranya suka membesar-besarkan isu remeh, meremeh-remehkan isu besar atau melencongkan isu-isu tertentu). Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan amalan KKN di Kelantan dan Terengganu melalui tabloi Risik sudah memadai bagi menunjukkan beberapa sisi buruk PAS yang kini dijulang sebagai parti alternatif kepada BN. Dalam demokrasi yang sihat, akhbar-akhbar harus dibenarkan bersaing untuk mendedahkan keburukan kerajaan demi menjaga kepentingan awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 07:55 AM | Show all posts
Hari Ini Dalam Sejarah-

artikel ini mempersembahkan penemuan fakta baru.datangnya daripada manuskrip asal di kota london. bukan penemuan salasilah mengatakan gap dan anwar bersaudara..bukan bukan..nauzubillah !..artikel ini mengajak minda pembaca ke satu padang yang baru.padang bacaan yang akan memprovok kesabaran bangsa. mencabar pembaca untuk menerima sesuatu penemuan menggemparkan. tiada berselindung dan ia hanya bermatlamat mengatakan kebenaran.. ceritanya sama seperti kisah israj dan mikraj..watak dan skrip filem sahaja berbeda.



perjalanan ketua segala umat dalam sirah mulia israj dan mikraj. melonjakkan diri menggunakan bura'q dari kota mekah terus ke masjidil aqsa. mengimami solat yang jemaahnya merupakan barisan para nabi dan rasul.dalam perjalanan nya ia bermuka dengan pelbagai klise-klise manusia..satu persatu diterangkan oleh jibrail. manusia menderhaka menerima hukuman amalannya..yang indah juga persembahkan. dari satu tingkat ke satu tingkat jannah ketua umat bertemu dengan para anbiak.akhir kemuncaknya bertemu bersemuka dengan rabbulalamin. bergegar jiwanya sang kekasih.
'ya tuhanku perlukah aku menanggalkan sepatu ku'? ..'wahai muhammad sesungguhnya sepatumu itu lebih mulia daripada arasy Ku !'... subhanallah begitulah penghormatan untuk kekasih... di akhir cerita tatkala kejadian satu malam ini disampaikan kepada musyrikin maka bergelak sakanlah mereka...'muhammad sudah gila..muhammad sudah gila'.. air mata bergenang memandang setiap wajah. tinggal seorang sahaja yang tidak menjawap dan jawapan dari dia lah menentukan klimaks kebenaran peristiwa israj dan mi'raj...'wahai abu bakar kamu percaya cerita si muhammad ini' tanya kepala munafik..' 'siddiq sidiq'..berderau darah munafikin..cis celaka kamu abu bakar mempercayai cerita muhammad..berpelukan dua sahabat setia..muhammad dan abu bakar..maka melekatlah gelaran termulia 'abu bakar as siddiq r.a' iaitu yang membenarkan..
nah kau...gap mencabar kamu bersituasi sedemikian. mahukah kamu dicabar kepercayaan mu ? mana platform kamu akan letakkan dirimu nanti bila cerita ini selesai..munafik atau abu bakar ? tepuk dada tanya iman..kepada penyokong kepala munafik anwar ibrahim aku lontarkan cerita mendebarkan ini buat kau..jadikan ia cerpen kiasan..tidak bertaraf yb josephine tetapi nilaikan ia berlandaskan iman dan bukan sembrono menonong bertaklid gila pada anwar..selepas selesai membaca bukan jawapan kepada persoalan sultan mahmud dan pemuda bernama jiwa yang aku mahukan..tetapi TINDAKAN relfeksi iman yang aku tuntut !
sultan mahmud bangun dari kamarnya.mendengus geliat badan setelah puas menikmati santapan nafsu kaum lut.matanya memandang anak muda jiwa namanya.letih terlantar di sebelah perbaringan.tidak disangka jiwa menurut sahaja apa kemahuannya.tatkala dibawa ke istana si jiwa hanya berkata ' ampun tuanku..kepada tuanku patik berserah.bukanlah patik mahu jadi buntat dan yang hendak jadi gemala'..
teruna itu putih kulitnya.tatkala sultan mahmud memegang lengan si jiwa sudah terbayang akan keseronokan yang bakal dikecapi. 'apa namamu?' sultan mahmud menampung geram.baginda menggitar teruna yang dilanda debar. 'nama patik wira tuanku'. sultan mahmud ketawa bagaikan jalak mendapat gadis yang berdara.
wira dititah berdiri.sultan mahmud meneliti tubuh di jiwa.muka bertemu muka.baginda berbisik ke telinga sang teruna. 'kabarkan kepada beta,apa kamu ular atau beta legundi.bagaimana yang kamu suka?'
anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat muka.takut dan gerun malu dan tidak berdaya tetapi bersuara perlahan, 'patiklah bawang tuanku jambak.' sultan mahmud terus berkibar sang teruna di tolak ke kamar dipasung ke katil. maka bermula onar sang penguasa. lubang kunyit sang teruna dirodok bagai nak gila..arrrr menjerit si jiwa menahan tusukan keris tumpul, bertalu talu di tusuk tanpa kasihan tanpa ada rasa pelincir. tangan si teruna menggenggam kuat selimut kamar.. berlalu lah kisah kaum lut itu dari pagi hingga ke tengahari..satu masa panjang yang menyiksa.
bila panas mula menyinsing bergeliatlah sang jiwa di kamar peraduan. baginda mengenakan semula seluar panjutnya dan berbisik ke telinga pemuda..'beta tak sangka sumur digali terbit air.'anak muda muda masih terkujur dalam bingung terasa dosa. sultan memanggil panakawan hulubalang setia mengikut raja. 'ambil pemuda ini dan bunuh dia'..bergetarlah tubuh anak muda 'ampun tuanku apa dosa patik dibunuh?'...
'tiadakah kamu aib untuk hidup lagi duhai anak muda..tidakkah kamu tahu malapetaka bakal menimpa kamu?'..anak muda disentap tubuhnya. ditikam bertalu-talu hingga memancut darahnya..inilah ulangan peristiwa sebagaimana pemuda2 teruna yang lain menjadi mangsanya. lepas kunyitnya ditebuk maka dibunuhnya.
pada hari yang sama jugalah siti jenab isteri orang kaya megat sri rama dibunuh gara2 seulas nangka. apa busuk hatinya sang penguasa membelah rahim perempuan yang kempunan seulas nangka. dikelar perutnya dengan keris sang durjana. terburai uri dan janin ditarik keluar..mati sudah wanita kempunan nangka..lebih siol lagi tatkala menarik janinnya keluar sultan mahmud berkata 'tiada janin ini memakan nangka beta' !!!!!!!!!!!!
[size=130%]bermulah revolusi bangsa..rakyat bergabung menuntut bela. mangsa kunyit teruna yang ditebuk menjadi titik tolak kebangkitan bangsa. ulama dan rakyat bergabung tenaga..mengamuk sakanlah segala rakyat jelata.Revolusi 1699 bermula. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Revolusi ini disertai oleh rakyat kebanyakan. Sultan Mahmud bukan sahaja dilembing Megat Sri Rama kerana isterinya itu dibunuh sultan tetapi sebahagian besar rakyat telah keluar beramai-ramai dan mengheret jenazah baginda dalam keadaan bogel, melecutnya dengan batu dan membiarkan mayat itu di rumah bendahara sehinggalah Tun Abdul Jalil mengalah oleh desakan rakyat untuk menjadi raja
Melayu tidak belajar dari peristiwa sejarah 1699. Mungkin kerana Melayu memang suka mengabaikan sejarah. Bukankah ada satu mitos terkenal bahawa Melayu itu mudah lupa? Dan untuk meromantiskannya kita katakan yang Melayu itu memaafkan.


R.J Wilkinson misalnya dalam Jurnal JRASMB jilid IX memetik surat Kapten Alexander Hamilton, 慔e was a great sodomite, and had taken many of his Orankays or Noble Sons, by force into his palace for that abominable service.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 07:56 AM | Show all posts
Revolusi 1699 itu bukanlah revolusi material, yakni revolusi benda. Rakyat bukannya kelaparan seperti dalam hal revolusi Perancis (yang berlaku 100 tahun kemudiannya). Malah di bawah pentadbiran Tun Habib Abdul Majid dan Tun Abdul Jalil kemakmuran Johor adalah di luar jangkaan. Ini berlaku kerana kecekapan pembesar-pembesar Melayu Johor waktu itu memperolok-olokkan kuasa asing khususnya Belanda.


Apa yang berlaku pada tahun 1699 ialah penindasan spiritual yang dahsyat sehingga rakyat memerlukan jalan keluar. Asiah isteri Firaun misalnya hidup dalam istana yang mewah dan serba cukup tetapi masih melawan dalam senyap kerana dari segi rohaninya ia tertindas dan dizalimi. Hak Asiah untuk mengesakan Allah, untuk beriman, untuk mengamalkan akhlak yang mulia dicabul Firaun. Revolusi senyap Asiah ini dihargai Allah dan baginda dinobat sebagai salah seorang penghulu wanita di syurga.

Adalah penting untuk kita fahami, revolusi 1699 ini berlaku jauh lebih awal sebelum berlakunya revolusi 1979 di Iran yang mempunyai maksud yang sama iaitu untuk membebaskan diri dari belenggu penindasan spiritual. Tidak hebatkah Melayu, melakukan yang di luar duga jauh sebelum bangsa Perancis dan Parsi melakukannya?
Sultan Mahmud telah mengabaikan pembangunan rohani rakyatnya. Malah menganiaya mereka. Tidak hairanlah rakyat bangkit menentang baginda. Persoalan moral Sultan Mahmud itu hanyalah satu faktor dari banyak faktor yang mendorong revolusi 1699.
Sesetengah sarjana sejarah yang ingin mempertahankan status quo baginda telah menggunakan istilah penderhakaan. Ia satu kejutan yang cukup hebat untuk bangsa Melayu waktu itu sebenarnya.


Untuk meneliti bahagian paling sensitif iaitu kegemaran Sultan Mahmud meliwat remaja sila rujuk manuskrip berikut;

1)Kerajaan Johor 1641-1728: Ekonomi dan Politik, karangan P.Andaya dan diterjemahkan oleh Shamsuddin Jaafar, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2) Juga karangan C.C Brown, 慡ejarah Melayu atau Malay Annals
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2008 08:02 AM | Show all posts
Pok Nik Oh Pok Nik

Eh Pok Nik. Mu kecek gapo? Memang lah solat itu tuntutan Islam. Hudud itu tuntutan Islam. Pecah belah sesama Islam tu tuntutan Islam jugak ke? Pok Nik, ambo respek mu dari dulu lagi. Tapi janganla mu ambik separuh buang separuh. Kalau kopiah tak bertali tak bernama serban. Kalau sujud pakai pipi bukan dahi tak dinamakan sujud. Mu galak dok kutuk UMNO, mu ngan parti mu supo jugak la ngan UMNO. Takda yang kurang. Pot calling kettle black.

Mu tak patut la ikut aspirasi kuasa politik mu yang dipimpin oleh ulamak bertali leher dalam parti mu tu. Mu kan Tuan Guru. Mu wajiblah kecek sebagai seorang Tuan Guru. Ambo tak kisahlah mu nak masuk tokong rasmi upacara budaya Thai Buthia ke, Cina ke, nak datang sambutan Krismas anjuran Nizar Jamaluddin tu ke, nak sokong ADUN PAS di Taiping yang rasmikan pecah tanah kuil hindu ke. Itu hak mu Tuan Guru weh. Parti Islam pertama di dunia berkiblatkan fahaman sosiolis yang rukun utamanya, menolak agama dalam politik. Takde yang pelik lah!

Tapi ini soal pemakaian Islam secara menyeluruh. Mu tu pemimpin PARTI ISLAM! Dah Guan Eng kuis serban mu jatuh, mu cerita serban mu longgar. Kalau Kit Siang betes kakimu jatuh terguling, mu cerita mu gi langgar betis kering Kit Siang. Mu ni lembut sangat la Pok Nik. Strategi salah, manifestasi salah, semua orang Islam dah diketawakan.

Lepas ni Cino India semua kecek, Islam tu boleh ambik separuh separuh je. Jange ambik sumo. Semaye cukup 5 waktu, mu nak carut jiran yang tak mu tok nampak semaye sunat kat surau tadi, halal carut. Tapi jange carut Cino yang dok panggang babi depan rumah sampai bau masuk ke bilik. Haram carut demo. Carut orang Islam boleh.

Galakkan pertelagahan sesama Islam. Cintai musuh-musuh Islam. Itu ajaran Pok Nik. Satu pondok dengan Ibrahim Libya ke apa? Patutla karkun tabligh semua tak gemar dengan PAS walaupun demo berserban berpandangan Urdu seperti mu jugak. Mu banyak makan kek politik Pok Nik. Kek politik tu banyak gelatin mu tau tak?

Pok Nik oh Pok Nik. Mu, Husam, toksah dok cakap banyak lah. Lagi banyak mu cakap nanti lagi seronok Cino India menari-nari. Menari-nari tengok kebodohe ore Isle.

Dulu Harussani suruh bersatu denge sumo umat Islam, mu tempelak Mufti Perak tu. Sekarang mu nak jadi hero minoriti ala-ala Hindraf. Tu la.. Mu sokong Hindraf banyak sangat. Skang mu pun dah terikut-ikut rentak demo.

Dipetik : ipohmalay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:04 AM | Show all posts
DAP bantah rancangan Pas laksana hudud
22/12/2008 3:25pm

PULAU PINANG 22 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 08:18 AM | Show all posts
PERBEZAAN PENDEKATAN UMNO DAN PAS

Serulah umat manusia ke jalan Tuhanmu dengan tektik dan teknik yang hikmat kebijaksanaan, jangan sekali-kali menggunakan kekerasan dan menyakiti orang ramai, gunakanlah nasihat pengajaran yang baik, terutama kelakuan dan peribadimu yang mulia - (Maksud ayat 125 surah an-Nahl)
PERBEZAAN PENDEKATAN UMNO DAN PAS
UMNOPAS
1Peralatkan Politik untuk kepentingan awam termasuk Islam, bangsa dan negara1Peralatkan agama untuk kepentingan diri dan puak. Tidak membela agama secara praktikal
2Tidak mereka-cipta hukum Allah dan Sunnah Rasul. Tidak berubah prinsipnya, tetap istiqamah, kesederhanaan mengikut Islam dan diterima masyarakat umum.2Melahirkan hukum ciptaan sendiri yang bercanggah dengan hukum Allah SWT. Dan sentiasa berubah-ubah hukum mengikut keadaan masa
3Terus berkuasa menjadi pemimpin kepada kerajaan kongsi kuasa. Separuh lebih mengatasi parti-parti lain dalam BN.3Tidak pernah mendapat kuasa peringkat Nasional. Berkuasa peringkat negeri walaupun sentiasa berada dalam dilema
4Tidak berbohong, melaksanakan tanggungjawab apabila berjanji dan sentiasa menjawab fitnah parti lawan secara akademik dan Islamik4Berbohong sepanjang jalan. Hidup atas jalan fitnah dengan menyembunyikan realiti dan fakta. Angkuh pada diri sendiri.
5Sentiasa diberi qouta calon pilihanraya oleh BN yang selesa dan mampu berkuasa5Bertanding calon pilihanraya parlimen tidak pernah sampai yang mampu berkuasa memerintah negara
6Selalu menghormati dan setia kepada rakan kongsi dan tidak mengkhianati rakan apabila berikrar6Tidak menghormati dan mengkhianati rakan konsgi seperti berlaku kepada S46 1990 dan parti Alternatif
7Berjihad secara Hikmah dan Bijaksana. Sebab itu dipuji oleh masyarakat dunia7Berjihad secara kasar dan tidak berhikmah sebab itu negara lain tidak menghormati Pas malah menggunakan Pas untuk memecah belah sesama Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:31 PM | Show all posts



KITA KUBURKAN PAS...









[ Last edited by  shamsadis at 23-12-2008 01:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:58 AM | Show all posts


agak2 dia kat majlis apa...eheheheh....kalo ikut hukum HUDUD dah kene....HUSAM ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 07:59 AM | Show all posts
Mengapa PAS Diam Dalam Isu Babi?


PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?


(Gambar: Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) membakar empat replika babi yang dibuat daripada kertas di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah pada 21 Disember 2008). Sedar atau tidak, dalam isu babi di Selangor dan Melaka, PAS tidak pernah membantah langsung. Malah Menteri Besar PAS dari Kedah menyatakan kesediaan untuk membuka ladang babi pula di Bukit Selambau, Kedah.

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat. DAP akan reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah, kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

AZRINIZAM IBRAHIM

Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:07 AM | Show all posts


DAP bantah hasrat PAS laksana hudud

Dec 22, 08 4:43pm
DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosiol oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.

"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS

sumber-Malaysiakini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:09 AM | Show all posts
Anwar Ibrahim bersama kepimpinan PKR dalam program anjuran bersama Friedrich Naumann Foundation (FNF). Nombor dua dari kiri adalah wakil FNF Malaysia.

Peranan Anwar & Friedrich Naumann Foundation (FNF) dalam dailog antara Muslim

Hubungan di antara Melayu Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia dengan kaum Cina dan India yang merupakan minoriti semakin merosot.

Menurut Anwar Ibrahim. 揫i]Perkara yang membimbangkan Muslim adalah merasakan kedudukan mereka dan kuasa mereka, termasuk mahkamah syariah, telah dihakis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:50 AM | Show all posts
TEMUBUAL EKSKLUSIF 'MALAYSIAN INSIDER' BERSAMA EZAM.


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/14779-ezams-take-on-reforms-anwar-and-the-kt-vote


semua pembaca meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh ezam mohd noor dalam temubual eksklusifnya bersama laman web yang semakin meningkat naik iaitu 'MALAYSIAN INSIDER'.


temubual diantara wartawan terkenal baradan kupusamy bersama ezam ada mendedahkan beberapa maklumat penting tentang senario politik di malaysia antaranya game politik kotor anwar cuba menjatuhkan kerajaan malaysia secara un demokratik berserta kenyataan sokongan saudara ezam menyokong penubuhan SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.

umum mengetahui akan pengorbanan besar ezam mempelopori usaha membasmi rasuah secara besar-besaran beberapa ketika dahulu sehingga pernah meringkuk di penjara sungai buloh dan penjara kajang selama 2 tahun.


laman web malaysian insider yang berpangkalan di singapura ini kabarnya menjadi rujukan popular dikalangan pembaca internet di kawasan urban area. dalam masa terdekat laman web ini dijangka dapat mengatasi hits tertinggi mengalahkan web malaysiakini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 07:53 AM | Show all posts
JOGET DANGDUT ANWAR DAN KARPAL

[size=180%]DULU NYANYI LAGU KOPI BAGHRA...SEKARANG NI ANWAR NYANYI LAGU DENGAN KARPAL PULA. BERJOGET LAH ANWAR DENGAN KARPAL NAK JAWAB ISU HUDUD. MASTERDEDAH BERANI POTONG KUKU LAH BAHAWA ANWAR TIDAK AKAN JAWAB PUNYA ISU HUDUD NI...


[ Last edited by  shamsadis at 30-12-2008 07:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:56 AM | Show all posts
Ustaz Azizan Akui Hudud Disebut Hanya Untuk Pilihan Raya



"Kita Akan Buat, Kita Akan Buat" kata Husam. Saksikan pengakuan terbuka Husam Musa (Naib Presiden PAS) untuk melaksanakan hudud. Bolehkah Husam Musa mempengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk menerima hudud? Dalam isu "Forum Memeluk Islam" pun, Anwar Ibrahim lebih rela membuang Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Kulim) demi menjaga hati DAP dan ahli parlimen bukan Islam PKR yang lain. Husam Musa dari kem Anwar Ibrahim. Bolehkah Husam Musa pujuk Anwar Ibrahim untuk nyatakan hudud boleh dilaksanakan kalau dapat kerajaan pada 16 September? Beranikah Anwar Ibrahim keluar kenyataan mahu laksanakan hudud bila Pakatan Rakyat memerintah?


"Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini. Isu ini dah lama dan ia di korek kembali setelah lama ditutup," kata Ustaz Azizan Razak (Menteri Besar Kedah) ketika di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 24 Disember 2008. Bercanggah benar kenyataan Ustaz Azizan. Apakah ini bermakna Ustaz Azizan tidak yakin dengan kenyataan Husam Musa? Nampaknya, kenyataan Husam dari team Erdogan, tidak mendapat sambutan dari kem ulama yang memandangnya tidak lebih sebagai gimik pilihan raya. Pada Oktober 2003, pernah ada enakmen untuk buat hudud tetapi selepas itu pada 2008 tidak sebut pun pasal hudud. Lepas ini, sesudah selesai pilihan raya Kuala Terengganu, mulalah mereka lupa tentang hudud.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 07:59 AM | Show all posts

[size=130%]2 pemimpin PKR ingkar larangan, Menteri Besar Perak terkilan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.417598 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list