CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: irish_cayunkku

Anwar & sahabatnya

  [Copy link]
Post time 8-1-2009 08:09 AM | Show all posts
SEKS

(1) 揃ahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1994 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan....(huraian perkataan) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 10:09 AM | Show all posts
Surat Terbuka Kepada Dewan Ulamak PAS

Kristian hari ini tidak mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Rasulullah. Mereka melanggar hukum-hukum yang ditetapkan oleh ajaran Nabi Isa a.s. itu sendiri. Mereka bukan orang Yahudi dan Nasrani dari tanah Arab yang menggunakan frasa Al-Ilah ( Allah ) yang membawa maksud Tuhan Yang Satu. Kristian di Malaysia bukan Kristian asal dari tanah Arab. Kristian di Malaysia adalah bangsa pribumi atau bangsa India dan Cina yang dikristiankan.

Mengapa mereka, penganut agama Kristian Roman Katolik, diberi hak untuk menggunakan nama Allah sebagai Tuhan Yang Beranak , Tuhan Bapa dan Tuhan Ruhul Kudus ? Mereka bukan Kristian Arab yang memperakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W! Mereka menafikan Rasulullah S.A.W malah mereka-reka cerita dalam khutbah mereka tentang perkara buruk berkaitan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W!

Dalam Wikipedia berkenaan Arab Christian, ulasan doktrin Arab Kristian ialah:

Like Arab Muslims and Arab Jews, Arabic-speaking Christians refer to God as Allah, since this is the word in Arabic for "God". The use of the term Allah in Arabic-speaking Christian churches predates Islam by several centuries. In more recent times (especially since the mid 1800s), some Arabs from the Levant region have been converted from these native, traditional churches to more recent Protestant ones, most notably Baptist and Methodist churches. This is mostly due to an influx of Western, predominantly American Evangelical, missionaries.

Siapa pembawa doktrin ini? Dan seluruh penganut Kristian di Malaysia dikristiankan lebih lewat dari tarikh itu kecuali saki-baki penduduk Portugis. Itu pun Kristian tahun 1400 yang telah didoktrinkan oleh pemikir Jesuit. Apatah lagi Kristian hari ini?

Kristian hari ini adalah 'corrupted version' dari Kristian di luar pengaruh Vatican. Terlalu banyak percanggahan dengan Kristian Orthodoks di tanah Arab sendiri. Begitu juga kewujudan Sikh pimpinan Guru Nanak yang digambarkan sebagai 'corrupted version' dari Islam setelah bercampur aduk dengan pengaruh karut-marut. Adakah penganut Sikh menuntut untuk menggunakan nama 'Allah'? Apakah PAS akan membenarkannya andai mereka mahukan Gurdwara Sahib mereka dihiasi kalimah-kalimah Allah?

Perlu diingat, penyembah berhala di Kota Mekah sebelum datangnya Islam mendakwa berhala Latta, Uzza dan Manat itu adalah anak-anak perempuan Allah. Kaum Badwi di padang pasir yang sebilangannya pemuja semangat dan sebilangan lagi mengikut ajaran Injil 600 tahun sebelum itu turut bermohon doa pada Allah. Ketakwaan mereka atas ajaran Injil sebenar yang tidak dikotori membuatkan mereka mudah menerima Islam dan bernaung di bawah undang-undang syariah yang dibawakan Rasulullah kerana undang-undang tersebut memang melengkapi apa yang telah ada di dalam Injil.

Bagaimana pula Kristian di Malaysia? Apakah cara hidup mereka telah benar-benar Islam? Siapa tangan dibelakang gereja hari ini? Apakah mereka bersetuju dengan 'divine laws' yang mereka kata undang-undang ketinggalan zaman dari Old Testament? Hudud yang disebut pun mereka tentang habis-habisan, ibarat cair telinga mereka mendengar 'Hudud'. Apa lagi jika disebut Hududallah! Bisinglah mereka. Beginikah hati mereka yang memohon untuk menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka? Muslihat apa yang masih belum terang bagi mereka.

Memang Allah itu adalah terma kepada Tuhan Yang Satu bagi bangsa Arab. Bukan sahaja bagi Kristian dan Yahudi. Tetapi bagi semua kepercayaan musyrikin yang membuat perantaraan antara mereka dengan Tuhan Yang Satu pada zaman itu. Dan pemakaiannya hari ini adalah kesinambungan nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun lalu walaupun secara lojiknya, hak pemakaian itu telah terbatal akibat kerja-kerja American Evangelical.

Persoalannya kini, mengapa PAS mahu mengizinkan pemakaiannya ke atas penganut Kristian akhir zaman yang datang dari bangsa yang bukan sahaja tidak menutur bahasa Arab, malahan TAKUT akan tulisan-tulisan Arab. Mereka datang dari fahaman yang bersifat baharu tetapi mahukan sesuatu yang bukannya menjadi hak mereka lagi. Siapakah kini yang termakan muslihat?

Ini dapat dilihat oleh orang yang tidak melihat perkara ini dari sudut politik. Selama beratus-ratus tahun, usaha memelihara nama Allah S.W.T dari diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani di luar tanah Arab telah hampir berjaya disekat. Tetapi, hari ini, bagi mereka yang mementingkan sokongan politik seperti PAS, matlamat mereka telah menghalalkan banyak cara yang tidak kena, lalu di sokong membuta tuli oleh penyokong-penyokong mereka yang taksub.

Jika saya yang bukan ahli dalam perkara ini, terpaksa untuk berpendapat mengikut kolektif pendapat orang-orang Islam di sekeliling DI ALAM NYATA, DI LUAR KEPOMPONG POLITIK, tidak dibenarkan untuk berkata-kata, siapa yang boleh saya harapkan di saat ini? Penyokong PAS? Mereka hanya boleh berkata, kami pun tak tahu (sebab kami pun malas membaca dan bertanya). Jadi baik kami diam. Memang patut untuk mereka diam.

Harap pihak Dewan Ulamak PAS mengkaji semula kenyataan yang telah dikeluarkan dan melihat dengan teliti agenda disebalik polemik ini dan membuat keputusan yang betul-betul bertepatan dengan keadaan. Jangan terlalu mengikut rentak Anwar Ibrahim.

[ Last edited by  shamsadis at 9-1-2009 10:10 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:52 AM | Show all posts
PAS PERNAH MERENDAHKAN MARTABAT WANITA!


Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. Pas pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 15 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri. Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai 揢lama dan Tok Guru? yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

DULU : 揚erempuan sekarang ini, buat sementara waktu saya masih lagi sekat daripada bertanding dalam pilihanraya. Tetapi untuk menjadi senator saya sudah lama lantik. Kerana senator ini tidak payah bergesel.?( Kenyataan dalam Mingguan Malaysia pada 7 Februari 1999 )

KINI : 揝edangkan dalam Islam kedudukan wanita dan lelaki adalah sama.?( Kenyataan dalam Utusan Malaysia 17 Mac 1999 )

?Mesyuarat tertinggi Pas mengekalkan keputusan iaitu muslimat harus menjadi calon. Pertikaian (calon wanita) ini adalah dari segi keselamatan, bukan agama. Itu ( kesediaan muslimat Pas menamakan calon ) dia punya pasal tapi sampai hari ini tak ada seorang muslimat yang beria-ia nak jadi calon. Takda nampak langsung.?( Ceramah di Perhimpunan Amanat Pilihanraya, Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu, Kelantan pada 25 Julai 1999 )

JADINYA : Islam mengamalkan demokrasi tapi Pas mengamalkan diskriminasi. Walaupun wanita mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam pembangunan Islam dan negara, namun Pas masih menyekat penyertaan mereka. Pas tak sokong ahli wanita bertanding tetapi Dr. Wan Azizah nak bertanding dalam pilihan raya, Pas sokong pula.

MENGAMALKAN DISKRIMINASI

DULU : 揚aras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.?( Ceramah di Kg. Bunut Rendang, Gong Datuk, Pasir Puteh pada 8 Ogos 1996 )

KINI : Wanita yang rupawan, Allah dah beri dia rupa. Biasanya mereka mendapat suami yang kaya. Kalau dia tak kerja pun tak apa, pasal suami dia biasanya yang baik dan kaya. Wanita yang rupanya kurang ni kita kena pertimbangkan sedikit dengan duit. Kita beri dia kerja dan dapat duit. Jadi kita dapat memberi keadilan kepada yang kurang rupawan.?( Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu pada 20 Julai )

JADINYA : Keadilan apa yang Nik Aziz pakai ni? Keadilan Islam ke keadilan cara dia? Rupa, cantik atau kurang, memang anugerah Tuhan. Itu Nik Aziz tak perlu pertikai. Allah juga menganugerahkan akal fikiran, kepandaian dan keperibadian kepada makhluknya. Adakah Nik Aziz akan ambil pekerja yang bodoh, tak pandai, berperangai kasar semata-mata kerana dia tidak rupawan manakala orang yang lebih berkelayakan, pandai dan sesuai tidak diambil semata-mata kerana orang itu cantik? Ini zalim namanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 07:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 07:58 AM | Show all posts
Benarkah Karpal Sudah Faham Hudud?

Kenyataan Karpal Singh pada 10 Januari 2008, menyangkal kembali kenyataan Haji Hadi. "Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," kata Karpal Singh. Nampak benar PAS sebenarnya telah menipu DAP dan rakyat dengan menyatakan bahawa penjelasan hudud sudah diberikan kepada DAP. Mengapa PAS buat begitu? Lebih baik rasanya Karpal saman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut.




Sehari sebelum itu, iaitu pada 9 Januari 2008, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) memberikan kenyataan bahawa "Kita dah pernah buat seminar dan berbincang pasal benda ini (hudud dan qisas) kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat. Saya rasa tak perlu lagi saya nak jelaskan kepada DAP kerana saya rasa Karpal Singh (Pengerusi DAP) dah faham," . Haji Hadi menyatakan bahawa saya "rasa" Karpal sudah faham. Rasa sahaja? Jika kita teliti, dua dua kenyataan ini, nampak benar Tuan Guru Haji Hadi telah berbohong kepada rakyat. Sewajarnya Haji Hadi dan pimpinan PAS perlu panggil Karpal Singh turun ke Kuala Terengganu dan meminta Karpal membuat pengakuan mahu terima negara Islam dan hudud di hadapan pemimpin-pemimpin PAS. Sanggupkah PAS buat begitu? Kalau tidak mengapa masih mahu lagi bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat? Masih belum terlambat untuk orang PAS dengar pengakuan Karpal. Tidak perlu lagi Haji Hadi berbohong dan berdolak dalih lagi kepada rakyat tentang hudud. Dulu Haji Hadi sendiri akui bahawa hudud hanyalah 0.0001 peratus, tetapi mengapa sekarang PAS berjanji hendak buat kembali? Tidakkah ini hanya umpan untuk Kuala Terengganu semata-mata? Karpal sudah berani lawan Anwar dan Haji Hadi. Tertanya-tanya juga kita, siapakah sebenarnya Ketua Pakatan Rakyat? Anwar atau Karpal Singh? Anwar pun tidak berani tegur dan nasihatkan Karpal, oleh itu siapa yang lebih berkuasa?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 08:03 AM | Show all posts
Anwar, Turki & Amerika Syarikat



(Gambar: Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Yusmadi pernah menjadi pembantu peribadi Anwar sebelum tugas itu diambil oleh Rahimi Osman, sepupu Saiful Bukhari).

Pada 6 Januari 2008, ketika Anwar Ibrahim berceramah di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, Anwar menyatakan bahawa dia tidak dapat hadir ke penamaan calon pada pagi 6 Januari kerana flightnya baru sahaja touch down dari Turki. Anwar menyatakan semasa di Turki, dia mencari jalan menghentikan keganasan Israel terhadap Palestin. Orang PAS terpegun mendengarnya. Ada yang bersorak gembira tanpa tahu Turki berada di pihak mana dalam keganasan di Gaza. Malah ada yang berkata Anwar sekarang sudah bermain di padang dunia dalam membela nasib orang Islam, terutamanya di Palestin. Benarkah begitu? Persoalannya, sejauh manakah Turki mengambil insiatif untuk menghentikan keganasan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat di Semenanjung Gaza?




(Gambar: Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, tempat di mana Anwar Ibrahim lari bersembunyi pada 30 Jun 2008. Kononnya ada ugutan bunuh. Sampai hari ini, Anwar bebas ke mana-mana. Malah bebas berkempen hingga menang di Permatang Pauh. Tiada apa-apa pun. Kini, bermukim pula di Kuala Terengganu. Benarkah ada ugutan sebegitu? Atau hanya retorik sahaja untuk menagih simpati dan perhatian rakyat?)

揚KR memutuskan untuk 憁enyembunyikan?penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya" berikut dakwa Syed Husin Ali ketika Anwar mula-mula bersembunyi di Kedutaan Turki. Akrabnya Anwar dengan Turki, seolah-olah Turki adalah pewarisnya di Malaysia. Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal lagi. Anwar pernah membawa bersama Dr Syed Azman Syed Nawawi (ADUN PAS Batu Buruk) ke Turki pada 2 hingga 5 April 2006, dalam satu program anjuran World Movement for Democracy (WMD) di Istanbul, Turki. Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika pernah menulis satu artikel membayangkan keakrabannya Anwar dan Turki itu.

Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC "Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C"

Tulisnya lagi, "Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut"




(Wolfowitz sedang bermesyuarat dengan Shaul Mofaz, Timbalan Perdana Menteri Israel. Jika Anwar mahu selesaikan konflik Gaza, tidak bolehkah Anwar berulang-alik ke Washington DC untuk memujuk Wolfowitz supaya menasihati Olmert bagi menghentikan serangan ke atas Gaza?. Mahukah Anwar buat begitu? Dulu ketika belajar, Anwar buat demonstrasi kecam serangan Amerika terhadap Vietnam, mahukah sekarang Anwar mengecam dan membakar bendera Amerika Syarikat?)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 08:04 AM | Show all posts
Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup hadir sama? Wolfowitz mempunyai dua warganegara iaitu Israel dan Amerika Syarikat, serta berbangsa Yahudi. Perlukah kita berbangga kehadiran seorang Israel yang menjadi perancang perang Afghanistan dan Iraq? Taraf Wolfowitz sama dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel yang merancang peperangan di Gaza. Malah Wolfowitz adalah mentor kepada Ehud Barak, Olmert dan Shaul Mofaz. Ketiga-tiga adalah perancang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza. (Gambar: Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki. Hinggakan Erdogan jika hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar terlebih dahulu. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush. Sebelum singgah di Turki dan kembali ke Kuala Terengganu baru-baru ini, Anwar sebelum itu berkelana sekali lagi ke Washington DC. Buat apa di sana? Melobi lagi?)


Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarakat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"


Tulisan Yusmadi ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar. Bagaimana Anwar boleh tahu diari peribadi Bush? Begitu susahnya menemui Bush hingga Erdogan pun terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu. Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.
Anwar dijadikan orang tengah oleh Erdogan untuk berjumpa dengan Bush. Besar benar pengaruh Anwar. Pelobi orang-orang besar untuk berjumpa dengan Bush? Maka tidak hairanlah ada jurucakap dari White House membela Anwar di Malaysia ketika Anwar mahu dihadapkan atas tuduhan liwat. Anwar juga menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Anwar mengaturkan perjumpaan dengan Bush secara percuma dan sukarela? Apakah Tayyip Erdogan tidak memberi sebarang imbuhan kepada Anwar untuk mengaturkan program berjumpa dengan Bush? Anwar seolah-olah menjadi event manager untuk sesiapa yang hendak jumpa Bush.

(Gambar: Apakah pertemuan Bush dan Erdogan ini diaturkan oleh program yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim?. Begitu istimewanya Anwar boleh mengaturkan program antara Istanbul dan Washington DC. Mengapa tidak aturkan sahaja pertemuan antara Bush, Olmert, Ismail Haniyeh dan Mahmoud Abbas untuk selesaikan konflik di Gaza? Atau Anwar sengaja berdiam diri? Bukankah Anwar salah seorang yang terlibat tandatangani Annapolis Summit, bagi pihak siapa Anwar tandatangan perjanjian itu? Atau memang Anwar juga bekerja sebagai pelobi dan broker untuk sesiapa bertemu dengan Bush?)


Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq. Malah, kerajaan Turki masih menuntut 'pampasan' yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu. Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Erdogan dan Paul Wolfowitz. Hinggakan nama "Erdogan" digunakan oleh kumpulan profesional PAS untuk merampas kuasa dari team ulama. Jika ada sesiapa pergi ke Kuala Terengganu sekarang, pastinya anda akan lihat dua bendera PAS yang berbeza. Satu yang berwarna hijau pekat yang dipunyai oleh team ulama. Satu lagi yang berwarna hijau muda, lambang ta'aruf team Erdogan.


Wolfowitz sekarang berjawatan sebagai Visiting Scholar di American Enterprise Institute (AEI), Washington DC. AEI ialah tempat di mana berkumpulnya right wing think tanks kepada kumpulan neo-konservatif. AEI juga tempat terkumpulnya dana-dana perang neo-konservatif untuk meluaskan empayar demokrasi Amerika Syarikat. Kita diseru agar memboikot produk Amerika Syarikat, tetapi pernahkah kita sedar bahawa ada lagi "produk" Amerika yang perlu kita boikot? Apakah produk itu?


AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 08:13 AM | Show all posts
AMERIKA SYARIKAT SUDAH LAMA BIAYAI PAS


[size=130%]Benarkah Amerika Syarikat sudah lama membiayai PAS? Jika benar James F.Entwistle sekadar singgah di PUTIK hanya untuk bertanya khabar, mengapa tidak jumpa sahaja Haji Hadi di KLIA sahaja. Bukankah Haji Hadi baru sahaja pulang dari Chicago, Amerika Syarikat. Ntah ntah datang satu kapal terbang apa. Apakah kehadiran James F.Entwistle hanya untuk mengambil tahu apakah lagi peralatan yang masih belum cukup di PUTIK, Kelantan. Jangan lupa, PUTIK Kelantan dibina dengan kos sejumlah 6.1 juta ringgit. Dari mana duit ini datang? Dari derma ceramah-ceramah PAS atau difund oleh Amerika Syarikat. Begitu berbangga PAS menyiarkan berita kehadiran seorang wakil dari Amerika Syarikat ke pusat tarbiyah baru mereka.

[size=130%]

[size=130%]Ternyata PAS adalah sebahagian dari agenda Amerika Syarikat untuk kuasai Malaysia. Kenyataan Anwar bahawa Pakatan Rakyat adalah Hamas adalah tidak benar. Sebenarnya Fatah yang disupport oleh Amerika Syarikat dan Israel adalah parti PAS. Mereka lebih sibuk menangkan Wahid Endut dari menyumbang dana kepada Palestin. Sekurang-kurangnya Pemuda UMNO telah beri RM100,000 kepada kedutaan Palestin, kerajaan Malaysia telah sumbang 3.5 juta kepada MERCY, malah semua kutipan derma solat jumaat untuk tiga kali berturut turut disumbangkan kepada Palestin...PM sendiri telah jumpa dengan PM Syria untuk selesaikan konflik Palestin, telah utus surat pada SU Agung PBB minta sidang tergempar Palestin, usulkan sekatan ekonomi kepada Israel...apa PAS buat? Anwar hanya mengaku baru pulang dari Turki? Sedarkah dia bahawa Turki dalam diam support Israel dan Amerika...PAS dan Pakatan Rakyat di pihak mana? Bolehkah kita menerima hakikat bahawa Karpal, Kit Siang, Teresa Kok dan Guan Eng adalah kumpulan Hamas????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:09 AM | Show all posts


Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

Oleh Steve Clemons

Sebelum menjelang Annapolis Summit, Bekas Ketua Tentera Darat A.S. Jeneral Staff Eric Shinseki telah meminta agar namanya dimasukkan ke dalam senarai sepucuk surat kepada Presiden dan Setiausaha Negara tentang syarat-syarat asas rundingan Palestin-Israel.

Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar semasa Pentadbiran Bush, CHRISTINE TODD WHITMAN dan Pengarah Pusat Dasar Awam James A. Baker III, Rice University, EDWARD DJEREJIAN juga bersetuju untuk menandatangani surat tersebut.

The New America Foundation, International Crisis Group, dan US/Middle East Project telah menyediakan draf dan mengutus sepucuk surat kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice berkenaan sidang Keamanan Annapolis Summit beberapa minggu lepas.

Dalam draf pertama surat tersebut telah menggesa satu proses rundingan yang melibatkan semua pihak di dalam rantau tersebut, supaya memberi kesan ke atas kehidupan seharian penduduk Palestin dan Israel.

Terdapat ramai lagi yang menandatangani surat tersebut pada masa ini, termasuk BRENT SCOWCROFT, ZBIGNIEW BRZEZINSKI, CARLA HILLS, NANCY KASSEBAUM BAKER, LEE HAMILTON, THOMAS PICKERING, THEODORE SORENSEN, dan PAUL VOLCKER.

Mereka yang menandatangani dalam minggu berikutnya :

1. HARRIET "HATTIE" BABBITT, Timbalan Pentadbir USAID

2. JOSEPH DUFFEY, bekas Ketua USIA ,

3. GARY HART, Bekas Senator A.S. ,

4. LINCOLN CHAFEE, Bekas Senator A.S.

5. RITA HAUSER, Ahli Lembaga RAND Corporation dan New America Foundation/American Strategy Program Chair

6. JAMES DOBBINS, Bekas Penolong Setiausaha Negara

7. MORTON HALPERIN, Bekas Pengarah Perancangan Jabatan Dasar Negara

8. WILLIAM VAN DEN HEUVEL, Bekas Timbalan Duta ke PBB

9. SCHLOMO BEN-AMI, Bekas Menteri Luar Israel

10. BIRCH BAYH, Bekas Senator A.S.

11. AMO HOUGHTON Jr, Bekas Ahli Kongress dan CEO Corning

12. ROBERT HUTCHINGS, Bekas Pengerusi Majlis Perisikan Negara

13. STEPHEN BOSWORTH, Dekan Sekolah Fletcher dan Bekas Duta A.S.

14. LAWRENCE KORB, Bekas Penolong Setiausaha Pertahanan

15. ROBERT JERVIS, Bekas Presiden Persatuan Sains Politik Amerika dan Profesor Columbia University

16. ANATOL LIEVEN, Pengerusi Kings College Terrorism dan Felo Kanan Yayasan Amerika Baru

17. Lt. Jeneral WILLIAM ODOM, Bekas Pengarah Agensi Keselamatan Negara

18. WILLIAM NITZE, Jawatankuasa untuk Presiden Republik

19. DIANA VILLIERS NEGROPONTE, Felo Pelawat Kanan Brookings

20. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

21. JOHN MALOTT, Bekas Duta A.S

22. CHRISTOPHER PATTEN, Bekas Pesuruhjaya EU untuk Hubungan Luar

23. PAUL PILLAR, Bekas Pegawai Perisikan Negara untuk Near East Timur Tengah

24. LARRY PRESSLER, Bekas Senator A.S.

25. FELIX ROHATYN, Bekas Senator A.S.

26. RICHARD SAMUELS, Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa MIT

27. JOHN J. "JACK" SHEEHAN, Jeneral Kor Marin (Bersara)

28. ANNE-MARIE SLAUGHTER, Princeton University Dekan Sekolah Woodrow Wilson, Princeton University

29. STEPHEN SOLARZ, Bekas Ahli Kongres

30. RICHARD VAGUE, Bekas CEO First USA Bank CEO and CEO Adagio Partners

31. TIMOTHY WIRTH, Bekas Senator A.S. dan Presiden Yayasan PBB

32. FRANK WISNER, Bekas Duta A.S. dan Naib Presiden AIG

33. CHRISTINE TODD WHITMAN, Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) semasa Pentadbiran Bush,

34. DIMITRI SIMES, Presiden Pusat Nixon dan Penerbit National Interest

35. LEON FUERTH, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

36. PHILIP GORDON, Felo Kanan Brookings

37. ROBERT HUNTER, Bekas Duta A.S. ke NATO

38. ANWAR IBRAHIM, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

39. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

40. LAWRENCE WILKERSON, Bekas Ketua Staf Jabatan Negara

41. THEODORE ROOSEVELT IV, Pengarah Urusan Lehman Brothers

42. JOSEPH WILSON, Bekas Duta A.S.

43. JOHN S. WOLF, Bekas Ketua Pemantau Middle East Roadmap di Jabatan Negara


Annapolis Summit sebenarnya merupakan satu mesyuarat luar biasa pemimpin global

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:13 AM | Show all posts


Anwar ketika usia muda sedang melawat Eropah

Apabila Anwar kata sanggup diludah..

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Anwar sanggup diludah...," Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:

Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:48 PM | Show all posts
SHAM, hang buka ler thread baru bg setiap artikel
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:25 PM | Show all posts
good read thanks
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:25 PM | Show all posts
good read thanks
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by covenant at 11-2-2009 01:25 PM
good read thanks


u also can continue reading and searching in this page...

http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=396085&extra=page%3D1&page=11

'when 'he' walk...'he' walk like dajjal, thats why we must know the first step'





Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 13-1-2009 09:13 AM
http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/SWnHCkWlMqI/AAAAAAAAC0E/BxAKAZqb8Wc/s320/AnwarEropah.jpg

Apabila Anwar kata sanggup diludah..

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Anwar sanggup diludah...," Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata:

Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akanmembela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuanboleh jumpa saya dan ludah pada saya.


nih yg tak sabar nk jmpe nuar nih...
dh lama aku simpan kahak2 nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 03:49 PM | Show all posts

Balas #1296 ryosakazaki\ catat

giler ahhh ko...sanggup siot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:00 PM | Show all posts
dedah-dedah jgn xdedah...

thread hang pa memg baguih...

biaq budak-budak skrang tau siapa Anwar yg sebenaqnya...

depa tu dok ingat Anwar tu perfect n selalu di agung-agunagkan!:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 09:12 AM | Show all posts
kasik up sikit spesial tok AN...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 13-1-2009 09:09 AM
Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

Oleh Steve Clemons

Purbanya thread ni. Ada sesape acik porem dari zaman ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.253675 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list