CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81557|Reply: 390

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Pangtujuh This user has been deleted
Post time 9-3-2004 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Saya kerap menghadiri majlis kenduri - arwah serta tahlil. paling kerap selalu-nya sebelum tiba bulan ramadan..

Adakah amalan ini di-buat oleh Rasullah dan para sahabat..

:stp: :stp: :stp:

[ Last edited by  antiQue at 13-9-2008 08:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2004 09:28 PM | Show all posts
Hmm.. kalau tak silap saya amalan ni tidak ada pada zaman Rasulullah..

Firstly kena tanya apa sebenarnya tujuan bertahlil dan kenduri arwah tu diadakan? Adakah untuk yg hidup, atau adakah untuk yg dah meninggal dunia?

Kalau untuk yg telah meninggal dunia, saya rasa kita perlu merenung ayat Qur'an ini :

53:39 That man can have nothing but what he strives for;

Jadi jika dalam tahlil tu kita menyebutkan ini :

"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi " (Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh), maka ianya bertentanganlah dengan apa yg Allah firmankan dalam An-Najm ayat 39.

Saya pastekan beberapa pendapat ulama' dan rujukan dari Qur'an dan Sunnah :

"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."

Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

- Imam Nawawi dalam Commentary on Sahih Muslim

"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut
Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam kitabnya, Syarah Muslim"

(as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz 10, hal; 426)

"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah tidak akan sampai kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil (orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali pahala dari hasil usahanya sendiri."

(Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2, hal; 9)


Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah dikerjakan adalah hanya untuk
dirinya sendiri bukan untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada orang lain."

(al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)


"Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh menimpa ke atas orang lain begitu juga halnya seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya sendiri. Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai kepadanya kerana amalan tersebut bukan daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu, Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam tidak pernah menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa isyarat di dalam hal tersebut.

Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat di dalam di dalam al-Qur'an dan sunnah Rasul Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat ulama."
- Tafsir Ibn Katsir

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2004 09:37 PM | Show all posts
Saya nak paste beberapa perkara lagi, pendapat ulama' terdahulu berkaitan kenduri arwah ni :

"Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang membanterasnya akan diberi pahala."

(I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in : juz 2, hal 145


"Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat) meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan kesedihan."
(As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)


"Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."

(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)


"Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."


(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)


Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2004 09:41 PM | Show all posts
Salam...

   Membuat kenduri arwah seperti berkumpul pada hari-hari tertentu memang tidak pernah dilakukan pada masa Nabi SAW.

Tetapi jika tujuan berkumpul itu kerana membaca Quran dan berzikir dan berdoa bagi simati maka itu sunat dan sampai pahala amalan tersebut kepada simati Insya Allah dengan tiada kilaf.

Dan boleh berdoa bagi simati dengan berkumpul dan seorang diri, tetapi janganlah ditentukan dengan tujuh hari atau 40 hari hanya dikerjakan kadar kemampuan sahaja kerana datang dalam hadis yang sahih menyuruh berbuat kebajikan dan berdoa kepada mayat dengan tiada ditetapkan bilangan hari.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2004 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-3-10 09:41 PM:
Tetapi jika tujuan berkumpul itu kerana membaca Quran dan berzikir dan berdoa bagi simati maka itu sunat dan sampai pahala amalan tersebut kepada simati Insya Allah dengan tiada kilaf.

Berdoa untuk simati memang boleh dan disunatkan, dan hadith mengatakan bahawa Jibrail telah datang kepada Rasulullah dan menyuruhnya kekawasan kubur, dimana dia membaca doa untuk orang-orang yang sudah tiada.

Pahala bacaan Quran dan tahlil adalah untuk orang yang membaca, tak boleh pass kat orang lain.

Faatir 35:18
Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya, memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut  Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

Pahala dapat menghapuskan dosa. Ayat diatas menyatakan bahawa dosa tak boleh diagih kepada orang lain. Jadi, oleh kerana dosa tak boleh diagih, dan pahala dapat menghapuskan dosa, maka pahala juga tak boleh diagih kepada orang lain. Kita dapat pahala/dosa untuk apa yang kita buat. Orang lain dapat pahala/dosa untuk apa yang mereka buat. Tak boleh pas kat orang lain.

Memberi makan kepada tamu yang datang tak salah, kalau niatnya semata-mata untuk memberi makan kepada orang. Tapi kalau niatnya ialah memberi makan kerana orang yang datang itu membaca Quran dan tahlil untuk simati, itu dah tak betul kerana perbuatan "membaca Quran untuk simati" adalah bid'ah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 10-3-2004 10:24 PM:

Berdoa untuk simati memang boleh dan disunatkan, dan hadith mengatakan bahawa Jibrail telah datang kepada Rasulullah dan menyuruhnya kekawasan kubur, dimana dia membaca doa untuk orang-orang yang ...


Terima kasih en. Amorist...

Oleh kerana saya ini anak yatim..
(yang kurang ilmu)
Saya sangat berminat mengenai topik ini...

Tahlil itu sendiri hukumnya adalah sunat. Berkumpul dan membaca tahlil selepas kematian seseorang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan juga sahabat. Maka perbuatan tersebut zaman sekarang dikira sebagai bid'ah, sesuatu yang baru. Ia terhasil dari ijtihad para ulama'.

Tahlil untuk mayat sebernanya ialah majlis zikir yang dihadiri oleh kaum muslimin. Beberapa zikir yang masyhur dan ayat-ayat fadhilat Al-Qur'an dibaca, terutama surah Yasin. Kemudian berdoa beramai-ramai agar pahala yang didapati dikongsi bersama oleh para pembaca dan juga oleh Rasulullah s.a.w., si fulan yang baru meninggal secara khusus dan kepada para muslimin yang meninggal secara umum.

Dan diharapkan juga agar dengan kehadiran para malaikat pada majlis zikir, doa tersebut diterima oleh Allah s.w.t. dan mayat tersebut dirahmati oleh Allah.

Majlis zikir itu sendiri tiada khilaf pada kesahihan dan fadhilatnya. Adapun menghadiahkan pahala majlis zikir tersebut kepada si mati, maka ia menjadi khilaf di kalangan ulama'.

Mengikut qaul yang masyhur pada mazhab Syafii' dan Hambali pahala tersebut sampai kepada si mayat. Begitu juga pendapat Imam Hayyu, Ibn Qayyim dan Ibn Taimiyah. Ini berdasarkan beberapa hadis dari Rasulullah menyuruh kita membaca surah Yaasin kepada orang yang meninggal.

Sebenarnya masalah ini sangat luas untuk diperbicarakan di sini. Ia ergantung juga kepada jenis niat menghadiahkan pahala tersebut, waktu dibaca dan tempat dibaca (di kubur atau di rumah).

Maka hukum yang boleh diambil dari segala permasalahan tersebut ialah berkumpul membaca zikir dan ayat Al-Qur'an, kemudian berdoa beramai-ramai bukanlah satu perkara yang berdosa. Begitu juga khilaf tentang adakah mayat tersebut akan mendapat manfaat dari tahlil tersebut atau tidak, bukan bermakna perbuatan tahlil itu sendiri berdosa dan salah.

Pendapat paling melampau ialah kerja itu sia-sia kepada si mayat tetapi banyak manfaatnya kepada si pembaca. Dengan ini tahlil untuk mayat adalah bid'ah hasanah dan bukan bid'ah dhalalah. Ia hanya menjadi haram jika di-'itiqadkan bahawa perbuatan tesebut adalah WAJIB dilakukan dan dalam tempoh tertentu iaitu 3, 7 dan 40 hari.

Inilah yang dikatakan bid'ah dhalalah kerana ia menambah perkara wajib terhadap Islam.

Wallahu a'alam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
AdrianMutu This user has been deleted
Post time 11-3-2004 01:53 PM | Show all posts
Baru-baru ni aku ada dengar from kelas ngaji kat Masjid Kg. Pandan.  Apa yang ustaz tu cakap lebih kurang macam Antique paste tu ...

"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
- Imam Nawawi dalam Commentary on Sahih Muslim

Kata ustaz tu lagi, ada setengah ulamak berpendapat yang sedekah Al-Fatihah (daripada orang lain selain anak) tak sampai kepada simati.  Wallahuallam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 01:55 PM | Show all posts
antiQue telah memberikan berbagai fakta yang disokong dengan pandangan ulama.

Saya telah memberikan satu ayat Quran. Sekarang kita lihat pula kepada yang berikut:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).  (Surah Muhammad ayat 19)

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.  (Surah Al Hasyr ayat 10)

Kita lihat bahawa kedua-dua ayat diatas menyebut tentang berdoa. Maka jelaslah bahawa kita boleh mendoakan orang yang sudah mati.

Dari hadith sahih Muslim:

Hadis "idzaa maata al-insaan inqatha'a 'amaluhu illa min tsalaatsin, shadaqatin jaariyatin au 'ilmin untafa'u bihii au waladin shaalihin yad'uu lahu" (Kematian seseorang menyebabkan terputusnya segala amal perbuatannya [tidak ada pengaruhnya pada dia] kecuali tiga hal: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang saleh yang mendoakannya).

Hadith ini menerangkan bahawa yang dapat diterima oleh simati hanyalah
1. sedekah jariyah simati
2. ilmu yang dimanfaatkan oleh simati kepada orang lain
3. doa anak yang soleh.

Tidak disebut tentang pahala yang disedekahkan oleh orang lain.

Para ulama yang menyokong bahawa pahala boleh disedekahkan menggunakan :

1. hadith dari Ibnu Addiy ("Barang siapa menziarahi qubur kedua orang tuanya, lantas membacakan untuk keduanya surat Yasin, maka terampuni kedua orang tuanya" )

2. Hadith dari Abu Daud ("Bacakanlah untuk ahli qubur kalian surat Yasin" )

3. Hadith dari al-Daaruquthniy ("Saat kedua orang tuaku masih hidup saya selalu memuliakannya, jadi bagaimana saya boleh berbuat baik/memuliakannya setelah wafatnya? Dijawab oleh Nabi: Kamu boleh memuliakannya dengan menghadiahkan pahala salat-salatmu dan pahala puasa-puasamu" )

Tetapi 3 hadith diatas ini agak lemah memandangkan surah Faathir ayat 18, hadith sahih Muslim diatas dan juga apa yang telah ditulis oleh antiQue.

Mengapa tidak ada hadith yang menyaksikan Nabi membaca Yassin untuk simati?

Walau bagaimana pun, masih ada manfaat kepada simati bila dikumpulkan orang kerumah dan diberi makan dengan membelanjakan duit/harta simati, kerana dengan cara ini harta simati telah digunakan sebagai sedekah, sesuai dengan perkara pertama dalam hadith sahih Muslim diatas.

Akhir sekali, jangan lupa kepada ayat Quran berikut:

"Bahawa orang yang berdosa tiada memikul dosa orang lain. Dan bahawa tiadalah untuk manusia, melainkan apa-apa yang diusahakannya" (An Najm 53:38-9)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2004 10:59 PM | Show all posts
Kalau ikut imam shafie tak sampai, tapi kalau ikut 'kawan-kawan' shafie ada kata ya ada kata idak.  
imam hambali kata sampai, tapi setengah pengikut mazhab hambali tak buat, yang buat pengikut mazhab shafie malaysia.

mana pun, kalau tak sampai dapat le pahala bagi makan kat orang dengan berzikir.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 12:24 AM | Show all posts
Saya beroleh ilmu yang berguna daripada post2..
cik/pn. antiQue, en.amorist, en. AdrianMutu dan en. ibnur...
Terima kasih...

Keluarga saya kerap juga membuat jamuan dan bacaan tahlil...

Bila dah berbincang begini...
terfikir pula bagaimanakah nasib saya sekiranya berada di alam barzakh nanti..
(seram sejuk jadinya)
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 12-3-2004 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 12-3-2004 00:24:
Saya beroleh ilmu yang berguna daripada post2..
cik/pn. antiQue, en.amorist, en. AdrianMutu dan en. ibnur...
Terima kasih...

Keluarga saya kerap juga membuat jamuan dan bacaan tahlil...

Bila dah berbincang begini...
terfikir pula bagaimanakah nasib saya sekiranya berada di alam barzakh nanti..
(seram sejuk jadinya)
aku pun seram sejuk gak ... mudah-mudahan anak-anak aku nanti jadi anak yang solehah.  
yang paling baik sekali, kalau kita ada sebidang tanah, sedekahlah tanah tu untuk buat masjid ... selagi orang beribadat di masjid tu, selagi tu lah pahala akan kita terima ketika di dalam kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 03:22 PM | Show all posts
bolehkah tahlil dikira satu bidaah yg menyeleweng ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-3-12 00:24:
Saya beroleh ilmu yang berguna daripada post2..
cik/pn. antiQue, en.amorist, en. AdrianMutu dan en. ibnur...
Terima kasih...

Keluarga saya kerap juga membuat jamuan dan bacaan tahlil...

Bila dah berbincang begini...
terfikir pula bagaimanakah nasib saya sekiranya berada di alam barzakh nanti..
(seram sejuk jadinya)


sama-sama.

saya rasa, daripada kita dok harap anak-anak kita, baik lah kita buat ibadat bebanyak masa tengah mampu ni.  Harapkan anak, lepas tu?  Cucu?

antara beberapa benda yang kita buleh buat supaya pahala berpanjangan:

1.  mengajar ilmu berfaedah yang kita ada kepada orang.
2.  membina sesuatu yang berfaedah spt derma/wakaf sekolah atau mesjid (macam andrian cakap tu).
3.  menganjurkan dakwah.  saya pernah dengar ustad bagitau.  ada sesetengah orang arab yg mampu sanggup sponsor pendakwah pergi antar ke mana-mana tempat di dunia utk berdakwah.  ustad ni pernah mintak jadi pendakwah tapi kena reject sebab dia mintak berdakwah di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by H猷L鰃頧 at 2004-3-12 15:22:
bolehkah tahlil dikira satu bidaah yg menyeleweng ?



tak pernah dengar macam tu.  selalunya ustad cakap, sesuatu yang nabi tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2004 11:54 AM | Show all posts

tahlil termasuk dalam bida'ah hasanah

bidaah terbahagi kepada 2

bidaah hasanah

bidaah yang tidak dilakukan oleh rasullullah s.a.w tapi baik dan boleh medatangkan pahala . tahlil termasuk dalam bidaah hassanah  JIKA di lakukan dengan ikhlas dan tidak mendatang kan kesalahan ( seperti menggunakan wang si mati yang mempunyai anak yang belum cukup umur, di kira makan harta anak yatim ) bertujuan untuk sedekah , dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh anak si mati (ikhlas )

apabila meninggal anak adam maka terputus lah segalanya kecuali 3 perkara
1) doa anak anak yang soleh
2) Harta yang di wakafkan ( di tinggalkan )
3) amal soleh yang pernah di lakukan .
( tolong betulkan kalo tersilap  )


2 bidaah mungkarat ( betul ker ni ??)

perkara yang tidak pernah di lakukan oleh rasullullah s.a.w dan boleh mendatang kan haram , seperti bersanding di atas pelamin di depan khalayak ramai , mengadakan kugiran pada malam pengantin , bedoa menggunakan perantaraan orang mati ( kubur kubur - wali ) hingga menjatuh kan kepada khurafat


p/s: saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 15-3-2004 12:47 PM | Show all posts
With regards to this topic, yang bidaah ialah apabila ada sesetengah orang Islam yang suruh masak nasik lebih malam Jumaat .. jangan habiskan nasik dalam periuk tu, pasal simati kononnya balik ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2004 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 2004-3-12 10:26 PM:
tak pernah dengar macam tu.  selalunya ustad cakap, sesuatu yang nabi tak buat.

Tahlil bukan bid'ah. Boleh tahlil dan pahala tahlil itu adalah untuk orang yang tahlil. Boleh baca surah yasin dan pahalanya ialah untuk orang yang membacanya.

Boleh berdoa untuk orang lain dan terpulanglah kepada Allah untuk menerima doa tersebut atau tidak.
Reply

Use magic Report

amdude This user has been deleted
Post time 15-3-2004 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 10-3-2004 10:24 PM:

Berdoa untuk simati memang boleh dan disunatkan, dan hadith mengatakan bahawa Jibrail telah datang kepada Rasulullah dan menyuruhnya kekawasan kubur, dimana dia membaca doa untuk orang-orang yang sudah tiada.

Memberi makan kepada tamu yang datang tak salah, kalau niatnya semata-mata untuk memberi makan kepada orang. Tapi kalau niatnya ialah memberi makan kerana orang yang datang itu membaca Quran dan tahlil untuk simati, itu dah tak betul kerana perbuatan "membaca Quran untuk simati" adalah bid'ah.


(tolong betulkan kalau salah)

buat tahlil & berdoa utk si mati dibolehkan...tp pahala tahlil tak sampai pd si mati. means kalau tak buat majlis tahlil utk si mati pun tak pe la... cukup dgn berdoa utk si mati jer
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2004 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by amdude at 2004-3-15 20:35:


(tolong betulkan kalau salah)

buat tahlil & berdoa utk si mati dibolehkan...tp pahala tahlil tak sampai pd si mati. means kalau tak buat majlis tahlil utk si mati pun tak pe la... cukup  ...



Ada cara lain yg ustad aku bagitau.  Baca yassin atau tahlil kemudian bila dah sudah, niat sedekahkan pahala tadi kepada arwah.  Janagn niat sedekah sebelum baca yassin/quran atau tahlil.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2004 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 2004-3-16 12:03 AM:
Ada cara lain yg ustad aku bagitau.  Baca yassin atau tahlil kemudian bila dah sudah, niat sedekahkan pahala tadi kepada arwah.  Janagn niat sedekah sebelum baca yassin/quran atau tahlil.

Saya masih tak nampak mengapa cara ni boleh dibuat sebab bertentangan dengan ayat Quran ni:

"Dan bahawa tiadalah untuk manusia, melainkan apa-apa yang diusahakannya" (An Najm 53:39)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.073576 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list