CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3273|Reply: 5

Lapan Rangka Manusia Pra-Sejarah di Sarawak -

[Copy link]
Post time 19-9-2008 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Penyelidik USM temui lapan rangka manusia prasejarah di Gua Kain Hitam, Sarawak

PULAU PINANG: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui lapan rangka manusia prasejarah berusia lebih 2,000 tahun di Gua Kain Hitam, Sarawak yang membuktikan kewujudan manusia zaman Neolitik di situ.


Ketua Penyelidik yang juga pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Stephen Chia berkata rangka yang ditemui itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangka berusia lebih 40,000 tahun yang ditemui 53 tahun lalu di Gua Niah, Sarawak.

“Kesemua rangka yang hampir lengkap dari kepala ke kaki ditemui sejak 2007 dalam posisi lurus dan keadaannya sangat reput serta kebanyakan tulangnya juga sudah pecah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Stephen berkata hanya enam rangka iaitu lima lelaki berusia antara 24 dan 45 tahun dan seorang wanita berusia antara 35 dan 45 tahun dengan ketinggian 1.56 dan 1.6 meter telah dibawa balik ke PPAM untuk analisis saintifik.

“Rangka-rangka itu telah dikonservasi di tapak penemuan bagi menguatkan tulang sebelum dikeluarkan pada Jun lepas,” katanya.

Katanya kumpulan penyelidiknya juga turut menemui artifak seperti tembikar, manik dan sisa makanan di kawasan itu selepas menggali sehingga satu meter ke dalam tanah di kawasan itu.

Katanya penyelidikan yang dijalankan oleh PPAM dengan kerjasama Jabatan Muzium Sarawak sejak 2007 itu telah dibiayai Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan geran Universiti Penyelidikan USM.

Beliau berkata pihaknya turut menjalankan kajian saintifik bersama dengan Pakar Palaeoanthropologi daripada Sappora Medical Unversity, Jepun, Dr Hirofumi Matsumara, seorang pakar manusia prasejarah, bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang populasi manusia dan cara hidup masyarakat prasejarah.

Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Sahib Said berkata pengesahan bahawa rangka manusia yang ditemui di Gua Kain Hitam itu sebagai manusia yang hidup pada zaman Neolitik mampu menarik minat lebih ramai pelancong ke kawasan itu.

“Penemuan terbaru itu bukan saja menambah maklumat prasejarah Sarawak dan juga Malaysia, malah ia dijangka akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk melawat tapak baru itu yang terletak di Taman Negara Niah,” katanya yang turut hadir pada sidang akhbar itu.

Sementara itu, Pengarah PPAM, Prof Madya Mokhtar Saidin berkata pusat penyelidikan itu juga telah membantu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengeluarkan tiga rangka manusia prasejarah yang dipercayai hidup sekitar 1,000 ke 3,000 tahun lepas, di Pulau Kalumpang, Perak, Julai lalu.

Katanya kedua-dua penemuan itu membuktikan wujud aktiviti pengebumian di dalam gua dan di tepi laut pada zaman prasejarah.
- Bernama


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


saya tak sempat nak google gambar rangka2 tu -- tapi kalau ada forum members boleh
share tentang perkara ni -- bagus sangat -- saya minat hal2 sejarah camni -
kalau pergi muzium - sokmo ada cerita tentang manusia pra sejarah - and it is
very interesting to see how they lived etc....  saya sekarang tengah study
tentang earlier settlement in europe -- buat perbincangan tentang itu -
best sangat - very interesting --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 02:16 AM | Show all posts


Prof. Madya Dr Mokhtar Saidin (kanan) menunjukkan geraham
gigi sebahagian dari rangka manusia yang berusia 2,000 hingga
3,000 tahun yang ditemui di Gua Kain Hitam, Sarawak pada
sidang akhbar, hari ini. Foto Asman Ibrahim




ah... dapat pun gambar rangka tu ----
ahli paleontologist aje yang tahu nak menilai
tulang2 ni... kita tengok pun.. tak tahu
umur dan sebagainya....  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:52 AM | Show all posts
wow...menarik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:58 AM | Show all posts

Reply #2 dexa's post

kata tulang orang dewasa, tapi macam kecik je saiznya? part tulang rusuk, peha dgn lengan tu.....

kalau ada gambar peralatan/perhiasan yg diorang guna tu atau sisa2 makanan diorang, kan best! teringin nak tengok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 03:17 AM | Show all posts

Reply #4 sOuLedOut's post

jom tengok ni -




Prof Madya Dr. Stephen Chia dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia
(PPAM) Universiti Sains Malaysia menunjukkan gambar pembersihan rangka
tulang manusia prasejarah di Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing Perak selepas
mengadakan sidang akbar bagi mendedahkan bukti tapak perkuburan manusia
prasejarah di Malaysia sekitar 2,000 tahun dahulu di sini, hari ini.



Rangka manusia itu mewakili kehidupan sekitar 1,000 - 3,000 tahun dahulu
ditemui dalam kawasan paya bakau dan ada di antaranya dijumpai terendam
dalam air masin. Rangka itu mendedahkan pengkebumian tepi laut yang dijalankan
masyarakat prasejarah di pulau itu

Selain Pulau Kalumpang, sidang akhbar itu turut mengumumkan hasil kajian di Gua
Kain Hitam, Sarawak yang mendedahkan aktiviti pengekebumian di dalam gua.   .
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 08:22 AM | Show all posts
first time aku dengar nama gua tuh..  huhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.438071 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list