CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS IV ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-10-2008 03:06 AM | Show all posts

Screen Capture Sampaikan Raya 2008

FYI untuk sape2 yg x sempat tgk Mila dlm Sampaikan Raya 2008:

1st Mila berduet ngan Dafi



2nd Ada caller bernama Mohd Hazwan dari Melaka request nak borak ngan Mila..Kalau ikut Kak Shira dia x mo bagi siap cakap Mila dah balik   Nasib baik Awal tarik Mila..so dapatlah caller tu borak ngan Mila



Antara perkara yang diborakkan

Caller cakap Mila cute

Caller mintak duit raya dari Mila

Caller cakap I Love You kat Mila and dibalas balik

Sah malam ni Mohd Hazwan tidur lena

Next Mila, Stacy & Dafi berduet





So Sweet

Selamat Hari Raya sumer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2008 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 30-9-2008 23:11
hehe..sila2.. ingatkan kueh dah siap aritu.. kita beli kueh tunjuk jer..

uma pink server down la plak.. jap lg laa dok colek info utusan tu   maceh tira!!


Hari tu 1st kuih..hari ni 2nd kuih
Ada masalah oven tadi..so skang terpaksalah berjaga sampai biskut sumer masak
Nanti sure org beraya mcm zombie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by sang_arjuna at 1-10-2008 01:04
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

:handshake:


Selamat Hari Raya sang_arjuna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by gto_girlz83 at 30-9-2008 23:01
credit pic:znzham@DAVOM                        MILA@Remaja minggu lalu

Di Remaja - Tetamu jemputan minggu ini.                            Artis kecil dan comel serta b'suara lantang MILA...
h ...


Comeellll...Thanx for the pics
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 03:18 AM | Show all posts

taken from Murai.com.my

GengMurai Beraya Glamor Dengan Artis!


Mungkin sudah biasa kita melihat artis bergambar dengan artis untuk fotosesi hari raya. Namun sebagai satu kelainan, murai.com.my memberikan kelebihan kepada ahli portal ini iaitu GengMurai untuk bergambar glamor dengan artis popular tanah air.

Acara itu berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, baru-baru ini, pada majlis berbuka puasa anjuran Astro dan Azwan Ali Procductions.

Sekalung terima kasih buat artis seperti Mila, Rosma, Khai, Julia Ziegler, Farah Asyikin, Jue Aziz, Raja Farah, Bob, Ellie Suriyati, Mas Satay, Zahida Rafik, Farawahida, Fiz Fairuz dan Sarimah Ibrahim yang begitu sporting berposing dengan GengMurai.






Comel2 gambar Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 03:22 AM | Show all posts

taken from gua.com.my



Mila ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya. Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Kepada yang pulang ke kampung untuk berhari raya, hati-hati di jalan raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2008 03:23 AM | Show all posts

taken from Cinema.com.my

Raja Lawak Movie due 2009

By Masha

Sep 30 - Upcoming comedy "Lu Pikirlah Sendiri de Movie" ("Think For Yourself") is based on the real life of Ahmad Nabil Ahmad, better known as Nabil Raja Lawak from the famous Astro reality TV show. It will chronicle his early days as a despatch rider, koey teow seller, chicken seller and workshop mechanic among other odd jobs, while coping with financing his little sister's education and falling in love with a girl who is out of his league.

With a budget of RM 2 million, this would be the first of many SDAF Pictures projects. Other cast members include Puteri Sarah Liyana, Ebby Yus and Mila of Akademi Fantasia fame.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 10:56 AM | Show all posts
manyak nyerr brite milaaa raye raye ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2008 12:40 PM | Show all posts
huhuhuh ade cinonettt part mila kat AAA td.. main rebut2 dafi ngan dina n mas
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 12:42 PM | Show all posts
smua org ngah sakan beraye ek.. ke duduk bermastautin depan tv
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:29 PM | Show all posts
Baru balik dari beraya rumah ayah
Jap lagi nak beraya rumah Opah kat Klang plak

:pompom: Selamat Hari Raya sumer :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 1-10-2008 12:40
huhuhuh ade cinonettt part mila kat AAA td.. main rebut2 dafi ngan dina n mas


X sempat nak tgk AAA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:37 PM | Show all posts

taken from Kosmo! Online

Tak layan gosip murahan

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my



NIAT utama Nursyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila memijak kaki di lantai seni, sebenarnya bukan sekadar suka-suka atau ingin meraih glamor tidak bertepi.

Impian dan misi yang digalasnya hanyalah satu - membantu meringankan bebanan keluarga yang selama ini tanpa gagal, menatang si genit ini bagai minyak yang penuh.

Perkara remeh-temeh ibarat gosip murahan yang terkena tempias pada diri bagaimanapun tidak diambil peduli Mila, asalkan famili hidup bahagia dan dapat menikmati lebih kesenangan.

Buktinya, selama setahun lebih, Mila sudah mampu memberi senyuman lebih mekar dan indah buat ibu-bapa dan dua adik perempuannya.

Kata Mila, dia bangga memikul tanggungjawab seberat gunung yang tidak habis ditarah kerana sampai bila-bila sekalipun, dia tidak mampu membalas jasa orang tuanya.

"Saya amat gembira lihat kami lima beranak dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik," luah Mila sempat menghembus nafas lancar tatkala berkongsi keceriaan bersama Kosmo!.

Sambung Mila lagi, kenyataan itu tidak bermakna kehidupan yang dijalani sebelum menginjak kaki di Akademi Fantasia 5 (AF5) dan 'zaman' di Pulau Mutiara, tiada langsung menerbit cahaya terang.

Sebaliknya, Mila menonton sendiri perjalanan realiti di depan mata, bahawa banyak perubahan ketara tertulis pada diri dan keluarga.

"Bukan hendak mengungkit kehidupan saya sebelum ini sarat dengan kepayahan, sebaliknya kami macam orang biasa yang hidup serba sederhana.

"Biasalah, kadangkala ada pasang surut, naik dan turunnya juga, tetapi saya bersyukur setelah keluar AF5, saya dapat memberi apa jua yang diperolehi bersama-sama mereka.

"Alhamdulillah, dalam tempoh tak sampai dua tahun bergelar artis, saya berupaya mengambil-alih tugas keluarga dan menghulur bantuan mana-mana yang patut.

"Saya tak anggap ia sebagai kesulitan atau membebankan, tapi saya cukup bangga menjadi seorang anak yang mampu kongsi rezeki yang dikurniakan Allah," kata Mila melontar bicara cukup matang, meski usia baru mencecah angka 21.

Bawa keluarga ke ibu negara

Tiada yang lebih indah serta membahagiakan dalam hidup bidadari sulung AF5 ini, selain menyambut kehadiran anak bulan Syawal yang mulia di sisi keluarga.


MILA mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada kedua ibu bapa sempena ketibaan hari lebaran yang mulia.


Apatah lagi, dalam kemanisan bergelar anak seni yang masih belum bersisa, Mila turut berpeluang menyambut kehadiran Lebaran bersama keluarga di rumah baru.

"Hari Raya ini adalah pertama kali saya sambut di ibu negara bersama keluarga setelah mereka pindah di sini lapan bulan lepas.

"Memang teruja sebab aktiviti harian saya tetap ada orang tua yang tolong tengok, malah makan dan pakai saya turut dijaga oleh mereka.

"Saya lebih yakin dan selamat dengan seluruh famili pindah ke kota untuk memerhati karier seni dan juga kehidupan saya di sini," jelas Mila yang dilahirkan pada 23 Disember 1987.

Katanya, keterujaan menyambut Aidilfitri menjadi pengalaman yang begitu dinantikan.

Meskipun tidak terlepas kesibukan seharian, suasana indah hari raya itu tidak pernah sesekali terpadam dalam ingatan.

"Masa berlalu begitu pantas. Diam tak diam sudah muncul Hari Raya kali kedua saya bergelar penyanyi," sampuk Mila spontan, namun sesekali kedengaran suara si jurugambar, DJohan yang cuba mendapat pelbagai sudut terbaik saat merakam foto subjek hidup ini di depannya.

"Memang saya nantikan Hari Raya walaupun kesibukan kerja membataskan saya untuk membuat persediaan raya dengan seluruh keluarga.

"Dan sepanjang bulan Ramadan lepas, Mila seboleh-bolehnya tidak mahu terlepas untuk berbuka bersama-sama keluarga, cuma sekali-sekala saja, itupun kalau ada urusan yang tidak dapat dielak," ujar Mila manja.

Tahun ini, ibu-bapa Mila - Zarinah Haron, 37 dan Jirin Borhan, 47, bersama adik-beradiknya, Nurafifah, 15 serta Nurfadhlin Sakina Jirin, 10, pulang ke kampung halaman yang terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dua hari sebelum menjelang Hari Raya.

"Mila pula balik kampung pada malam Raya bersama sepupu selepas menyudahkan tuntutan kerja pada hari berkenaan.

"Kami cuma empat hari di kampung. Lepas itu, saya dan famili akan pulang ke KL semula untuk beraya.

"Perayaan tahun lepas dah disambut dengan meriah di kampung apatah lagi saya baru saja bergelar artis.

"Justeru, Syawal kali ini kami bercadang untuk mengadakan rumah terbuka di KL dengan dihadiri oleh sanak-saudara lain, sahabat handai dan pihak media.

"Lagipun nak ambil berkat rumah baru," tutur anak pertama daripada tiga beradik ini sambil berseloroh.

Mila, abang dan kakak

Meskipun tidak punya adik-beradik lelaki, yang dapat menyeri seluruh keluarga, pasti Mila akur dengan ketentuan Tuhan.

Kerana bagi si comel ini, barangkali ada hikmah yang dapat diperturunkan Tuhan buat keluarga mereka.


KALAU kakak sudah jadi artis, adik beradik lainpun kena melaram macam artis juga tau.


Dan dia sudah ada tanggungjawab besar yang lebih utama untuk didahulukan. Dia kakak dan dialah abang yang dapat meringan bebanan keluarga.

"Itu tanggungjawab yang sedang Mila pelajari setakat ini, seronoknya lain macam," sahut gadis Capricon ini spontan.

Bercerita lagi tentang sambutan raya penyanyi kesayangan ramai ini, persiapan hari raya Mila masih sederhana seperti sebelumnya.

Apa yang berbeza, dulu solo sekarang membantu keluarga dan seperti mana-mana keluarga yang lain, Mila dan famili tampil sedondon jingga sepanjang Syawal ini.

"Saya belikan baju untuk adik-adik sebanyak empat pasang setiap seorang. Terpulang pada mereka untuk memilih baju tradisional ataupun pakaian biasa.

"Untuk kedua ibu-bapa, saya membelikan beberapa pasang. Bagi diri sendiri, saya beli 17 pasang termasuklah baju yang digunakan sepanjang menghadiri majlis berbuka puasa lepas.

"Sebelum beli barangan untuk keperluan sendiri, saya mendahulukan adik-adik dan keluarga. Jika mereka bergembira, saya pun tumpang gembira," ujar Mila sambil mengerling ke arah adik keduanya, Nurfadhlin.

Ditanya apakah Mila memberikan lampu hijau pada adik-adiknya untuk bergelar anak seni, seraya Mila berkata: "Saya tak mahu mereka melibatkan diri dalam bidang ini.

"Cukuplah hanya saya seorang diri jadi penyanyi, yang tahu kesusahan dan kepayahan yang dihadapi dalam dunia realiti.

"Saya memang hendak kedua-dua adik saya melanjutkan pelajaran di tahap tertinggi, lalu kerja dalam cabang professional.

"Cukuplah dengan saya yang tiada pelajaran tinggi dan hanya ada kebolehan untuk bergelar penyanyi. Lantas saya tak nak adik-beradik ikut jejak langkah saya."

Lupakan kisah silam

Kalau sudah namanya pengorbanan, lantas tidak hairanlah Mila sanggup membiarkan soal karier dan cerita peribadi diratah dengan lahap khalayak.

Famili Mila bagaimanapun enggan memberi sebarang penjelasan tatkala diaju pertanyaan tentang apa juga perkara berkaitan dengan bekas kekasih Mila, Ebi.


PULANG ke kampung di Pulau Pinang untuk berhari raya bersama keluarga dan jiran di sana.


Cuma beritahu bapa Mila, Jirin Borhan, perkara lepas tidak perlu diingatkan semula. Ia sudah senyap dan berlalu pergi, lebih baik mereka mengambil sikap mendiamkan diri.

"Kami dah tutup buku. Kalau boleh biarlah Mila teruskan kerjaya dia. Dia ada impian utama hendak bantu keluarga.

"Setiap pihak dah belajar daripada kesalahan masing-masing. Kami pun tidak berdendam antara satu sama lain. Cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini.

"Kami pun dah okey dengan perkara itu. Apa yang baik dijadikan teladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan.

"Sempena bulan mulia ini, kami mahu memohon ampun dan maaf pada sesiapa saja tanpa ditujukan pada mana-mana individu sekiranya kami ada melakukan kesilapan sehingga membuat orang lain tersinggung atau terasa hati. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan petunjuk pada kita," luahnya dengan tenang.

Sebagai bapa, ada pesan yang dititipkan buat si anak dalam meneruskan hidup sebagai orang popular.

"Apabila mendongak bulan di langit, jangan dilupa rumput di bumi."

Justeru, hingga ke saat ini, Mila masih menjadi diri sendiri seperti awalannya, tanpa dibayangi sikap bongkak dan riak. Kepada seluruh peminat-peminatnya dan pembaca Kosmo!, Mila dan seluruh keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 01:38 PM | Show all posts
wahhh berpindah randah tira

tomtom pagi2 kuar solat raye.. tp sampai lambat.. so x sempat nak solat..

pastu g umah nenek.. (dokat je ngan umah) makan2 kat sane..

pastu balik umah.. layan tetamu yg datang umah plak.. petang sket g umah nenek makan nasik tomato plak..

maaaiiii peberett.. tu yg name tomamtomato tu

aaaa malam plak tatau laaa nak duduk mane.. umah nenek ke umah kandung..

sedare mare semua dah berkumpul nak tgk DIA MILA.. aaaaaaaaaaa sogann den     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 1-10-2008 13:38
wahhh berpindah randah tira

tomtom pagi2 kuar solat raye.. tp sampai lambat.. so x sempat nak solat..

pastu g umah nenek.. (dokat je ngan umah) makan2 kat sane..

pastu balik umah ...




Pemes sudah tomtom..Malam ni sure ada yg mintak otograp...



Tiba2 teringin nak makan nasi tomato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:41 PM | Show all posts

taken from The Star Online

Kalaulah Aku Jadi (TV3, Friday, 10am): Catch this variety show featuring popular artistes Faizal Tahir, Ikhwan, Mila and Mawi. Each will take on different roles, rather than their usual celebrity status to make this show an interesting one.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2008 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 1-10-2008 01:41 PM




Pemes sudah tomtom..Malam ni sure ada yg mintak otograp...



Tiba2 teringin nak makan nasi tomato


ekekekekek.. jangan pas abis program tu.. tetiba jiran tetangge serbu suda  

aaaaa nak makan ek..? meh meh datang ke setapak.. x jauh.. setapak jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 01:49 PM | Show all posts
tgh aplod semua bideo2 majlis bukak poser ni.. perghhh 2 hari baru bleh abis..
dahh ler tenet kat umah ni x menentu.. die pon g beraye kot..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2008 01:50 PM | Show all posts
K lah tomtom nak siap2 pegi rumah Opah plak..

Selamat Hari Raya

(Berapa kali nak wish daaa )

Owh..selamat makan nasi tomato jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2008 01:53 PM | Show all posts
hehhhee ok ok.. kim slaam opah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.570956 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list