CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 93933

[DRAMA MELAYU] RTM1 vs RTM2 - Pendapat korang?

[Copy link]
Post time 3-7-2009 01:07 PM | Show all posts
Satu lagi, intro RTM1 pada penghujung dekad 1970-an: -

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 01:10 PM | Show all posts
Sejak hari Isnin lalu TV1 dibenarkan sudah menyiarkan program drama bersiri hari Isnin hingga Khamis jam 4.05 petang. Judul dia "Takdir Yang Terindah".
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 12:25 PM | Show all posts
102# hayrin86
so dah tak jd saluran info lg la... mengongnye....tukar menteri tkar seme....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 01:13 PM | Show all posts
103# dino
Betul tu. Nanti lama-kelamaan TV1 akan dibenarkan semula siar program animasi la tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 03:20 PM | Show all posts
salam semua,
mmmm....ramainye yg kutuk rtm ni ye? tak sangka pulak sebab sekarang aku rajin jugak tonton rancangan2 kt rtm ni tau...banyak rancangan yg menarik jugak...cuma aku rasa persepsi kita ni kena ubah sikit lah...pasal warna rtm1 ngan rtm2 yg korang kata pudar tu actually is much more better than zaman 80's dulu...

pada aku, aku rasa rtm 1 & rtm 2 dah banyak berubah kalau dibandingkan dengan dulu..
dulu2 kt umah kitorang takde astro a.k.a asteruk...bila tengok orang lain pasang astro kitorang teringin la jugak..jiran2 semua pasang astro...rasa cam ketinggalan pulak...pastu register...mula2 rasa best la...ada siaran tv berbayar kt umah la katakan...last2 lepas 2 tahun terus potong...pasalnya cerita asyik ulang2 cerita yg sama...buat bazir duit aje bayar mahal2:@...kalau setakat nak ulang2 cerita yg sama aje baik aku layan DVD aje...even though dorang ada berpuluh2 chanel dan bukak 24 hours pun ada ke masanya korang nak tengok tv 24 hours a day????

semenjak tu , baru lah aku ni appreciate ngan siaran tv percuma ni...kalau kt astro ada National Geographic kat rtm 1 pun dah ada jugak...movie2 pun banyak ditayangkan kt rtm2 sekarang tau...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 03:27 PM | Show all posts
rtm memang sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2009 03:31 PM | Show all posts
106# sekngucing

hehehe...ada pun penyokong aku....idup rtm!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 04:34 PM | Show all posts
RTM skrg dah banyak perubahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2009 11:02 AM | Show all posts

Proses penjenamaan semula RTM bermula

Utusan Malaysia
2 Ogos 2004
ms 14
Dalam Negeri




Oleh: HAMDEN RAMLI
SHAH ALAM 1 Ogos - Kementerian Penerangan hari ini memulakan proses penjenamaan semula Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi mengembalikan semula agensi penyiaran kerajaan itu menjadi pilihan utama rakyat, selain terus kekal sebagai agen penggerak utama agenda pembangunan kerajaan.

Serentak itu, kementerian tersebut hari ini melancarkan logo baru RTM yang lebih kontemporari serta melambangkan iltizam agensi itu menyajikan rancangan yang terbaik dan menghiburkan kepada penonton.

Majlis pelancaran logo yang dilakukan serentak dengan sambutan Hari Keluarga kementerian itu disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin dan Datuk Donald Lim Siang Chai; Setiausaha Parlimen, Noriah Kasnon; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Arshad Hashim dan Ketua Pengarah kementerian, Datuk Abdul Rahman Hamid.

Abdul Kadir ketika ditemui pemberita berkata, proses penjenamaan RTM itu akan diteruskan dengan pelancaran logo dan tema baru TV1 pada Rabu ini dan TV2 pada akhir bulan ini.

Katanya, langkah penjenamaan itu akan dikembangkan ke stesen-stesen radio RTM selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir tahun ini.

``Tetapi setakat logo baru tidak menjadi. Apa yang penting ialah kualiti kandungan program dan cara bekerja.

``Oleh itu kita akan perkenalkan program yang membantu perjuangan rakyat serta negara dan pada masa sama ia menghiburkan,'' katanya.

Beliau berkata, antara pembaharuan yang akan dilakukan ialah dengan menyiarkan rancangan yang boleh diterima oleh semua peringkat masyarakat.

``Kita akan ada program hiburan dan gaya hidup semasa, program khusus untuk golongan dewasa, santai, topik serius, menguatkan nilai kekeluargaan dan juga perkara-perkara ringan,'' katanya.

Bagaimanapun Abdul Kadir berkata, perubahan itu tidak berlaku serentak kerana sebahagian daripada program sedia ada masih tertakluk dengan kontrak.

Beliau turut menegaskan, di sebalik semua pembaharuan itu kepentingan nasional tetap didahulukan dalam setiap penyiaran RTM.

Menurutnya lagi, proses penjenamaan semula RTM itu tidak bermakna agensi itu sudah tidak baik.

``Baik macam mana sekali pun kita jika tidak ada pembaharuan ia akan menjadi malap dan tidak bermaya. Oleh itu, pembaharuan perlu diadakan dari masa ke semasa.'' katanya.

Abdul Kadir berkata, beliau yakin dengan komitmen pegawai kakitangan agensi itu dalam merealisasikan matlamat penjenamaan semula itu seperti yang telah dibuktikan apabila mereka keluar beramai-ramai menyertai program solat hajat di masjid Angkasapuri pada malam Jumaat lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 12:40 PM | Show all posts

TV2 saingi tiga rangkaian Media Prima

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


Ibrahim Yahaya (kiri) bersama, Adi Satria (kanan) pada majlis pelancaran Blockbuster: RTM Media Screening di The Garden Hotel & Residences, Mid Valley baru-baru ini.

PERUBAHAN demi perubahan dilakukan oleh gergasi penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) demi memastikan mutu dan kualiti siarannya seiring dengan penjenamaan semula dua rangkaian utamanya, TV1 dan TV2.
Pengelasan rancangan-rancangan di RTM iaitu rancangan berbentuk berita dan dokumentari di TV1 dan rancangan-rancangan hiburan seperti filem, drama dan nyanyian di TV2 sejak menjalani penjenamaan semula ternyata memberi kesan yang memberangsangkan terhadap dua saluran tersebut.
Buktinya, kajian yang dicatatkan oleh AGB Nelson baru-baru ini menyaksikan TV2 menduduki rating tertinggi dengan 16.1 peratus, menjadi pilihan penonton dalam lingkungan usia 4 tahun keatas.
Ini meliputi pilihan utama golongan profesional, suri rumah, pelajar, keluarga yang mempunyai anak berusia antara empat ke 14 tahun, urban dan penonton berbangsa Melayu.
Jumlah tersebut berbeza 2.9 peratus jumlah tontonan yang diperolehi TV9 dengan 13.2 peratus diikuti ntv7 (9.3 peratus) dan 8TV (7.3 peratus).
Rancangan bercorak kepolisan di TV2 yang berjaya mengekalkan rating antara 1.5 juta hingga 1.8 juta penonton setiap minggu sejak 10 tahun lalu iaitu Gerak Khas berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 39 peratus mengatasi sebanyak 4.4 peratus jumlah tontonan di TV3 pada waktu yang sama dengan 34.6 peratus.
Pengarah Urusan Utusan Airtime Sdn. Bhd., Adi Satria Ahmad pada sidang media Blockbuster: RTM Media Screening di The Garden Hotel & Residences, Mid Valley baru-baru ini memberitahu rancangan pembaharuan dan mengkomersialkan TV2 telah difikirkan sejak tahun lalu.
"Peningkatan yang dialami oleh RTM dari segi rating di lihat dapat membuka peluang yang lebih baik kepada pengiklan dari segi pelaburan.
"Bukan itu sahaja, membawa nama Utusan sebagai salah satu pengiklan rancangan-rancangan RTM di surat khabar dan sebagainya turut membantu pengiklan mendapat pelbagai manfaat dan keuntungan," katanya yang memegang strategi pemasaran RTM menerusi Utusan Airtime sejak dua tahun lalu.
Rangkaian blockbuster
Menggalakkan lagi penerimaan ramai terhadap pembaharuan yang dilakukan oleh stesen berkenaan, selama empat bulan bermula Jun hingga September ini, RTM merangka pelbagai rangkaian menarik yang bakal mengisi kandungan dua saluran blockbusternya itu.
Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya pada majlis yang sama berkata, sudah menjadi amalan RTM memastikan rancangan-rancangan menarik dari dalam dan luar negara yang menjadi kegemaran penonton di tayangkan di rangkaian itu.
"Di samping memberi banyak pilihan kepada penonton, ia memberi banyak pulangan kepada RTM dari segi pelaburan.
"Kami (RTM) sentiasa mengawal polisi serta berbaik-baik dengan pengiklan. Tiga saluran RTM iaitu TV1, TV2 dan Muzik Aktif membantu pengiklan membuat pilihan pengiklanan dan apa yang kami boleh buat ialah memastikan pengiklan mendapat pulangan yang baik.
"Bukan sahaja persaingan dengan stesen-stesen lain tetapi saingan dengan stesen-stesen RTM sendiri," katanya.
Antara kandungannya, bermula musim cuti sekolah, TV2 membawakan lapan rancangan hiburan animasi dan filem terbaik untuk tontonan seisi keluarga antaranya, Click, Shrek, Madagascar, Ice Age: The Meltdown dan Cheeper By The Dozen.
Menyambut kedatangan bulan Ramadan dan hari kemerdekaan negara, pelbagai filem serta rancangan menarik telah diatur untuk hidangan penonton setia RTM.
Sempena bulan Ramadan, TV1 khasnya bakal membawakan rancangan dokumentari popularnya, Syahadah (musim kelima), yang bakal memaparkan diari kehidupan penduduk di negara-negara timur tengah iaitu Kazakhstan dan Uzbekistan.
Tidak ketinggalan, TV1 mengajak anda menyaksikan bagaimana gelagat pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi, Sheila Rusly bersama tetamu jemputannya menghasilkan juadah-juadah istimewa dalam Ketuk-ketuk Ramadan Bersama Sheila Rusly.
Kembali menemui peminat setia RTM, tukang masak popular, Chef Wan Ismail juga bakal menemui anda menerusi rancangan masakan, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan.
Meningkatkan lagi semangat patriotik sempena hari kemerdekaan negara, Blockbuster Merdeka menyediakan rancangan seperti Malaysia Success Story, Simfoni Merdeka, Mercu Merdeka serta filem 1957- Hati Malaya.
Pada Aidilfitri nanti, penonton setia RTM bakal dihiburkan dengan pelbagai rancangan yang dirantai khas untuk Blockbuster Raya antaranya Busana Lebaran, Sujudku, Panggilan Rayyan dan Anak Cucu Tok Wan.
Tidak ketinggalan, filem-filem menarik tempatan dan luar negara antaranya, Sumolah, Fantastic Four: Rise Of The Silver Surfer, Kuntilanak, X-Men: The Last Stand, Syawal Buat Bonda, Cuci, Bakal Menantu Datang Beraya dan Pontianak Harum Sundal Malam.

Sumber: Hiburan, Utusan Malaysia, 10 Jun 2009
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 11:03 PM | Show all posts
RTM1 - intro (1990)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:57 AM | Show all posts

Panel TV: Muzikal Simfoni Merdeka ke udara setiap Rabu

PELBAGAI pendekatan digunakan untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan yang bakal disambut seluruh warga Malaysia pada 31 Ogos nanti. Selain disajikan dengan dokumentari yang menyumbang kepada menyuntik semangat setiap rakyat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menghidangkan program muzikal Simfoni Merdeka yang akan disiarkan setiap Rabu mulai hari ini jam 2.31 petang di menerusi TV1.

Simfoni Merdeka menerusi empat episod siarannya membawa penonton berhibur dengan dendangan lagu berunsur patriotisme oleh artis terpilih disiarkan secara langsung dengan iringan live band dan dijayakan oleh artis terkenal tanah air.

Program ini akan menampilkan pengacara Fauziah Ahmad Daud, persembahan program setengah jam ini akan diselang-selikan antara persembahan nyanyian dengan segmen menarik dan berinformasi membabitkan segmen Suatu Waktu yang mengimbas kembali serba sedikit sejarah perkembangan serta kemajuan dalam bidang penyiaran, pendidikan, pertahanan dan ekonomi.

Pastinya setiap episod mengetengahkan pengacara akan menyampaikan segmen ini dengan membawa penonton mengimbas semula perkembangan pesat dalam dunia penyiaran di Malaysia bermula dari detik Kemerdekaan pada tahun 1957 hingga kini. Begitu juga info ringkas dalam bentuk visual akan diselitkan di sini.

Menyusul kemudiannya, segmen Artis Kita pula akan membawa penonton membongkar semangat patriotisme di kalangan artis veteran yang jarang diketahui umum selama ini.

Istimewanya di mana salah satu episodnya akan menampilkan tetamu khas iaitu Datin Orked Abdullah untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi dalam membuktikan semangat patriotiknya ketika menyambut Kari Kemerdekaan.

Pastinya program Simfoni Merdeka akan bergerak pantas bersama lagu berunsur patriotisme yang penuh bersemangat agar penonton terhibur dan tidak merasa bosan menonton hingga ke akhir setiap episod. Antaranya menampilkan persembahan nyanyian oleh Jacyln Victor, Mila, Jay Jay, Farah wahida dan Aizat yang masing-masing akan menyanyikan lagu yang berunsurkan semangat patriotisme dan bergerak pantas.

Kedua-dua segmen ini akan diselang-seli dengan persembahan nyanyian oleh artis popular tanah air sebelum tirai penutup rancangan ini di mana Fauziah Ahmad Daud diiringi semua artis jemputan akan ditampilkan semula menyanyi bersama-sama dan melaungkan Salam Merdeka kepada penonton.

Justeru dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dikalangan golongan remaja, usah ketinggalan meluangkan masa menyaksikan Simfoni Merdeka yang disiarkan mulai hari ini.

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:56 AM | Show all posts
ok pe RTM.
lately dia kuarkan filem2 yang ok especially tv2

but still, komen aku pasal RTM ni, sudah2 la tayang berita berlatar belakangkan bekgraun itu..n pls tuko kamera jenis yg power n hd, br namnye perubahan..

overall, ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 12:46 PM | Show all posts
113# kurunsing
Dulu TV2 pada 1970-an hanya menyiarkan program berbahasa Cina dn Tamil saja, tiada satu pun citer Melayu atau Inggeris kat channel itu waktu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:47 PM | Show all posts
Mengikut trivia RTM, pada dekad 1970-an, RTM1 menyiarkan pelbagai rancangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sementara RTM2 pula hanya menyiarkan pelbagai rancangan dalam Bahasa Cina dan Tamil sahaja, tanpa satupun rancangan berbahasa Melayu atau Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 11:03 PM | Show all posts
seruper je... xde makne upgrade pun... rancangan lebih kurang je sume... lg2 Gerak Khas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2009 02:08 PM | Show all posts

Sajian RTM sempena Ramadan, Merdeka

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

BARISAN para pelakon dalam telemovie Songkok yang akan disiarkan di TV2.

MENJELANG Ramadan dan Hari Kemerdekaan negara ke-52 tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lupa untuk bersama membangkitkan rasa cintakan tanah air di samping menimbulkan kenikmatan menjalani ibadah puasa.

Menerusi saluran TV1, TV2 dan 34 buah stesen radionya, tema kemerdekaan dan Ramadan diselitkan dalam program-programnya.

Untuk Ramadan, TV1 hadir dengan tema Nikmat Ramadan di TV1, manakala TV2 pula menawarkan program Ikhlas Ramadan di TV2.

Melalui Nikmat Ramadan di TV1, saluran utama RTM itu membariskan program terhebat yang meliputi drama bersiri, dokumentari, program masakan serta program agama.

Antara program-program itu ialah drama bersiri Ramadan Bersamamu dan Seharum Kasturi, manakala terdapat juga dokumentari yang menghidangkan tujuh buah program iaitu Melangkau Destinasi, Antidot, Sihat Ramadan, Land of Prophets, Syahadah (musim kelima), Pertama Ramadan dan Ronda-Ronda Ramadan.

Bagi program masakan, TV1 menghimpunkan enam program seperti Ketuk-Ketuk Ramadan Bersama Sheila Rusly, Citarasa Selebriti Bersama Datuk Siti Nurhaliza, Jurnal Chef, Jom Rasa, Kulinari Daisy Chef Liza dan Ramadan Bersama Naida.

Program bercorak keagamaan juga tidak ditinggalkan yang merangkumi Tijarah, Siaran Langsung Solat Tarawih Dari Mekah, Tadarus al-Quran, Ramadanku serta Khas Ramadan.

Di TV2 pula, Ikhlas Ramadan di TV2 membawakan enam buah telemovie khas, dua buah drama bersiri, 11 buah program majalah di samping program istimewa Persiapan Raya Kaum India Muslim dan Persiapan Raya Kaum Cina Muslim.

Telemovie khas menghidangkan drama Di Bawah Teduh Lazuardi, Nur Ar Rahman, Buah Nau Halwa Kabung, Memintas Seribu Bulan, Anak Cucu Tok Wan dan Email Dari Ankara, selain drama bersiri Pas Az Baran serta Hanya Tuhan Yang Tahu.

Tidak cukup dengan itu, 11 buah program majalah di TV2 menjanjikan pelbagai maklumat seperti Busana Lebaran, Fesyen De Raya, Sajian Ramadan Bersama Chef Wan, Uli-Uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri Redzuawan, Diet @ Ramadan, Sinaran Sihat, Enak Lagi Sihat, Aneka Rasa Ramadan, Syahadah dan Syahadah (India).

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, sempena bulan Ramadan, sebanyak 54 jam diperuntukkan bagi penayangan program di televisyen dengan kesemuanya adalah rancangan-rancangan baru.

"RTM menyediakan rancangan yang baru. Tiada ulangan dilakukan terhadap rancangan-rancangan yang lalu,'' katanya pada sidang media Pertemuan Murni Ramadan dan Merdeka RTM di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya, kebanyakan program yang disediakan adalah untuk membantu penonton dan pendengar memahami erti kemerdekaan serta menghayati Ramadan.

Sementara itu, di pihak radio pula, kehadiran Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh pendengar setia radio-radio milik RTM.

Sebagai contoh, radio Klasik Nasional yang terkenal dengan lagu-lagu Melayu klasik akan membawakan Resipi Warisan Ramadan, manakala KLfm menampilkan Menu Ramadan @ KLfm serta Prebiu Buku Khas Ramadan yang mengetengahkan buku-buku panduan mengenai penghayatan Ramadan.

Turut serta, saluran radio khusus untuk masyarakat Orang Asli, ASYIKfm yang menyediakan sebuah rancangan berjudul Suci Henem.

Di samping rangkaian radio nasional, stesen radio negeri juga tidak ketinggalan dengan pelbagai program menarik masing-masing.

Program Merdeka

Untuk sambutan kemerdekaan pula, TV1 dengan tema Bersatu Merdeka di TV1 menghidangkan 17 buah program khas dan Merdeka TV2 bagi tema saluran TV2 dengan lapan buah filem serta telemovie terbaik yang berkonsepkan kemerdekaan.

Antara program sempena kemerdekaan di TV1 ialah Paradigm, Riak-Riak Merdeka, Kebebasan, Mercu Merdeka, 8 Glittering Malaysian, Malaysia's Success Story, Majalah Kanak-Kanak Merdeka, Tokoh-Tokoh Merdeka, Gerbang Merdeka (The Making of Malaysian Society), Tun Sambanthan dan Tunku Abdul Rahman, The Residency Years, Unburying The Past - Perak Man, Bajau Laut - Nomads of The Sea untuk program dokumentari selain sebuah program muzikal, Simfoni Merdeka.

Empat buah telemovie khas bakal ditayangkan iaitu Lemas Dalam Cinta, Namaku Bukan Setsuko, Bunga Dari Liverpool dan Menantu Tiga Rasa.

Menerusi TV2, lapan buah filem serta telemovie yang disediakan ialah 1957 Hati Malaya, Chicken Little, Songkok, Kasih Merdeka, Bunga Raya Untuk Su Tin, Hati Yang Merdeka, Azam dan Daerah Kelabu.

Songkok lakonan Mubarak Majid, Jesse Lim, Hasnol Rahmat, Justin Choo, Maimon Mutalib, Nurul Hidayah Ishak dan Abdul Hadi Hassan mengajak penonton berkongsi kisah suka duka Mustafa, seorang pembuat songkok tradisional sejak zaman sebelum merdeka.

Dalam pada itu, laungan semangat patriotisme bakal berkumandang di 34 buah stesen radio RTM dengan gabungan satu suara.

Selain radio berbahasa Melayu, Aifm, stesen berbahasa Mandarin akan menyiarkan drama khas merdeka iaitu 1 Malaysia di samping sampaikan salam merdeka dalam Salam 1 Malaysia.

Bagi masyarakat India, MINNALfm juga memeriahkan sambutan merdeka dengan Sketsa Merdeka dan Pantun Merdeka.

Sumber: Utusan Malaysia, 28 Ogos 2009
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:51 AM | Show all posts
rasa tv2 ada lebih sikit.. tp tak ler banyak mana.. maybe sbb targeted more to entertainment.. but overall still tak menarik.. dedua cenel bab promosi sucks... lg satu suka2 hati jer tukar schedule.. contoh jap kul 9 mlm, then 6 ptg, then 10 pg, then 12 tghari, 6 ptg semula bla bla bla dalam tempoh 2-3 tahun.. paling tak suka klu ada live show kat rtm, suka2 jer potong.. bayangkan artis tengah nyanyi diorg pi letak iklan la, berita la, pengacara berceloteh la... kot yer pun tunggu la masa yg sesuai.. nak hypekan penonton suruh tepuk pun tak reti
rienn Post at 10-10-2008 08:16
Kelebihan TV2 dia semua slot tayangan gambar/movie kat channel tersebut langsung tiada apa-apa selingan rehat sebentar kecuali iklan saja tau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 11:55 AM | Show all posts

Nasyid Raya Khas Tamil di TV1


Salah satu persembahan nasyid yang bakal disaksikan dalam program Nasyid Raya Khas Tamil di TV1, Ahad ini.

Orang ramai dipelawa menyaksikan program Nasyid Khas Raya Tamil pada 20 September ini.

Rancangan yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini akan disiarkan menerusi TV1 pada pukul 6.30 petang.

Kumpulan tersebut akan mendendangkan lima lagu iaitu Kangalil Madinah oleh Shahul Hameed, Pugelekellam (Syed Ali), Khatalnaley (A. R Haja), Anbumayamaha (Shafie dan Aminah) dan Kodupathellam (Syed Ali).

Kesemua mereka adalah dari kumpulan Mahamadhi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 05:01 PM | Show all posts

Perubahan waktu siaran program di TV1

TV1 membuat beberapa perubahan jadual waktu siarannya membabitkan program bual bicara, majalah, sukan dan hiburan terbitan Unit Ehwal Semasa, Hiburan TV, Sukan TV, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertanian & Pembangunan TV dan Hal Ehwal Awam TV.

Perubahan waktu siaran yang dilakukan sejak 1 Oktober lalu, diyakini mampu memenuhi trend penonton di Malaysia masa kini.

Justeru, program bual bicara dan majalah terbitan Unit Ehwal Semasa yang memiliki pengikutnya tersendiri merangkumi empat program utama yang masing-masing dilewatkan sejam siarannya iaitu pada jam 10 malam berbanding, 9 malam pada waktu sebelumnya.

Ini membabitkan program Di Luar Lingkungan setiap Isnin, Suara Siswa (Selasa), Dialog (Rabu) dan Isu (Jumaat). Manakala program IKS bersiaran setiap Isnin, jam 5.05 petang.

Program Galeri Nasional yang sebelum ini disiarkan pada hari Ahad ditukar pada Jumaat jam 9.30 malam. Program Apa Kata Wanita dikekalkan siarannya iaitu jam 10.05 pagi, Eksklusif (9.30 malam) dan Jom Santai (10.05 malam).

Perubahan turut membabitkan siaran bagi program Jurnal Chef (setiap Rabu, jam 11.31 pagi), Jom Rasa (setiap Sabtu, jam 11.31 pagi), X-Presi Kembara (Sabtu, jam 10.31 pagi), In-Trend (Ahad, jam 2.05 petang), Gen X (Ahad, jam 2.31 petang) dan Xplorasi (Ahad, jam 5.05 petang) yang semuanya diterbitkan Unit Hal Ehwal Awam TV.
Program bual bicara membabitkan industri hiburan tanah air, Fenomena Seni yang sebelum ini disiarkan setiap Ahad berubah siarannya pada setiap Sabtu, jam 11 malam. Pastinya perubahan waktu siaran ini mampu memberikan lebih peluang kepada penonton yang berminat untuk mengikuti program yang mengupas isu-isu terkini mengenai cabang seni di Malaysia.

Terdapat juga beberapa program terbitan Unit Pertanian & Pembangunan TV seperti Generasi Y yang dikekalkan setiap Sabtu namun dipercepatkan siaran pada jam 12 tengahari.

Manakala program Simfoni Alam dikekalkan pada Ahad, jam 5.31 petang. Sementara itu empat program lain diubah siaran membabitkan Agrotek pada setiap Sabtu, jam 6.31 petang, Agrojurnal (Ahad, jam 6.31 petang), Panorama (Khamis, jam 9.30 malam) dan Lanskap (Selasa, jam 11.31 pagi).

Waktu siaran Forum Perdana yang diterbitkan oleh JAKIM kekal setiap Khamis tetapi bermula pada jam 10 malam.
Rancangan di bawah terbitan Unit Sukan TV yang mengimbas kembali jasa atlet tanah air iaitu Wajah-Wajah Atlet turut berlaku perubahan siaran pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam. Program Sekilas Liga Malaysia pula bakal menemui penonton setiap Jumaat, jam 2.31 petang.

Program menarik berkonsepkan majalah iaitu Bersama Normala Samsudin yang membincangkan topik berkaitan wanita, fesyen, rumah tangga dan kecantikan diubah waktu siarannya iaitu jam 12.31 tengah hari pada setiap Jumaat.

Program majalah lain yang berubah waktu siarannya termasuklah Dunia Wanita pada setiap Isnin, jam 10.31 malam, Paradigm (Khamis, jam 2.31 petang), Cahaya Permata (Rabu, jam 10.31 pagi), Kaliber (Selasa, jam 5.05 petang), Riak-Riak Merdeka (Isnin, jam 2.31 petang) dan Seri Muslimah siri 2 (Isnin, jam 11.31 pagi).

Tidak ketinggalan rancangan-rancangan luar negara yang turut dianjakkan waktu siarannya membabitkan program Passport To Europe With Samantha Brown pada setiap Rabu, jam 2.05 petang, The Zoo (setiap Khamis, jam 2.05 petang), Lofty Ideas (setiap Isnin, jam 2.05 petang), Trent Wildcat Adventure (setiap Rabu, jam 5.05 petang) dan Outback Wildlife Resque (setiap Khamis, jam 5.05 petang).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055285 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list