CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 93933

[DRAMA MELAYU] RTM1 vs RTM2 - Pendapat korang?

[Copy link]
Post time 10-10-2009 12:44 PM | Show all posts
TV1 membuat beberapa perubahan jadual waktu siarannya membabitkan program bual bicara, majalah, sukan dan hiburan terbitan Unit Ehwal Semasa, Hiburan TV, Sukan TV, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAK ...
hayrin86 Post at 9-10-2009 17:01

org rtm ka nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2009 01:35 PM | Show all posts
org rtm ka nih
dino Post at 10-10-2009 12:44

TIDAK. Cuma org biasa saja yg ambik tahu ttg RTM.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 11:39 AM | Show all posts
layan tv 2 sikit je tv 1 langsung x minat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 03:19 PM | Show all posts
layan tv 2 sikit je tv 1 langsung x minat
secawankopi Post at 11-10-2009 11:39

Pasal apa? Cuba kalau disiarkan One Piece kat TV2 kan bagus sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 01:52 PM | Show all posts

Kemeriahan Gong Xi Fa Chai di RTM

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

HENG Seai Kie (tengah) diapit oleh Ibrahim Yahaya (kiri) dan Lee Woo Sioh semasa melancarkan Rancangan Khas Tahun Baru Cina 2010 di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SEBAGAI saluran penyiaran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) saban tahun tidak pernah lupa meraikan perayaan berbilang bangsa termasuk kaum Cina. Terbaru, stesen berkenaan bersama-sama menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan hujung minggu ini.


Pada perayaan Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Chai yang akan disambut pada 14 dan 15 Februari ini, RTM sekali lagi telah menyajikan 37 rancangan khas seperti muzikal, drama, telemovie dan filem tempatan serta yang diimport dari Hong Kong dan Hollywood bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, jumlah rancangan yang disediakan di TV1 dan TV2 sempena Gong Xi Fa Chai pada tahun ini lebih banyak dan meriah berbanding pada tahun lalu.

Paling istimewa, kesemua program yang disenaraikan bakal memenuhi kehendak segenap lapisan masyarakat.

"Selain lebih banyak rancangan berbanding tahun lalu, setiap rancangan yang akan kami siarkan juga sesuai untuk tontonan semua penonton dan tidak terhad kepada golongan Tionghua sahaja. Apatah lagi, mulai tahun ini kebanyakan rancangan yang kami siarkan berkonsepkan 1Malaysia.

"Walaupun Tahun Baru Cina disambut pada 14 dan 15 Februari ini tetapi TV1 dan TV2 mula menyiarkan rancangan-rancangan yang bertemakan sambutan itu mulai 13 Februari ini berakhir sehingga 18 Februari ini," katanya pada sidang akhbar Rancangan Khas Untuk Gong Xi Fa Chai 2010 di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Senator Heng Seai Kie dan diiringi Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim, Pengarah Bahagian Program Radio, Datuk Jumat Engson, Pengurus TV2, Gitabala Cinmanlal dan Pengurus Ai FM, Lee Woo Sioh.

Katanya, antara rancangan khas tempatan yang akan disiarkan menerusi TV1 pada 13 Februari ini ialah telemovie berjudul Angpow Buat Mama disiarkan pukul 3.05 petang, Kekasihku Valentine (9 malam), RM1 juta (11.05 pagi), Rahsia (3.05 petang) dan 15 Februari pula Konsert Inilah Sharifah Aini (3.05 petang).

Sementara itu, di saluran TV2 pula, stesen itu akan menayangkan empat telemovie menarik berjudul Bila Limau Kasturi Menguning Lagi pada 13 Februari pukul 4 petang, Welcoming Tiger (15 Februari - 10 pagi), Kuih Bakul Pak Awang (16 Februari - 3.30 petang) dan The Feud and The Marriage (17 Februari - 10 pagi).

Selain perayaan Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini, RTM, ujar Ibrahim juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Chap Goh Mei pada 28 Februari dengan menyediakan juga rancangan-rancangan yang menarik bersesuaian dengan perayaan tersebut.

"Kita juga akan menyediakan rancangan-rancangan yang bersesuaian dengan tema perayaan.


"Chap Goh Mei juga amat meriah diraikan oleh masyarakat Tionghua di negara ini. Ia ibarat perayaan Hari Hari Memperingati Kekasih untuk kaum Cina.

"Pada masa yang sama, RTM akan memastikan supaya setiap rancangan yang disiarkan dalam apa juga perayaan termasuklah Tahun Baru Cina menepati gagasan 1Malaysia yang kini sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Kita mahu semua orang menonton apa juga rancangan dalam setiap perayaan yang disambut termasuklah di TV1 dan TV2," kata Ibrahim lagi.

Selain rancangan tempatan, antara filem import yang akan ditayangkan sempena sambutan itu berjudul The Tuxedo, Escape From Huang Shi, House of Flying Daggers, World Is Not Enough, Finding Nemo, Kung Fu Hustle, Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The Warriors, Die Another Day dan Casino Royale.

Sementara itu, Suhaimi Jamalim pula berkata, kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka menarik banyak penaja untuk sama-sama menyokong rancangan-rancangan yang disiarkan sepanjang sambutan perayaan tersebut.

"Kebanyakan rancangan yang disiarkan di TV1 dan TV2 sempena perayaan ini dibeli daripada syarikat penerbit TV tempatan.

"Rancangan mereka bukan sahaja berkualiti tetapi pada masa sama mampu menarik lebih ramai pengiklan berbanding tahun lalu.
"Selain sambutan Tahun Baru Cina jumlah rancangan, bilangan penonton dan pendapatan iklan yang diperoleh juga hampir sama banyaknya dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri," jelasnya yang enggan berkongsi jumlah pendapatan daripada iklan yang diraih oleh RTM daripada siaran-siaran rancangan mereka itu.

Majlis pada petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada para penyampai saluran radio Ai FM yang terdiri daripada Choo Seow Fun, Then Pei Ying, Chin Kok Choon, Ho Jia Wen dan Chong Keat Aun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 07:29 PM | Show all posts
TV 2 is my choice
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2010 02:55 PM | Show all posts
perbezaan rtm1,2 mcm ketinggalan dri stesen tv lain dlm 10tahun.

huhu aku paling boring klu berita panjang berjela,pastu background baik wat mcm biasa je set tu

tak payah pakai blue screen,huhu pendapat aku la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 07:41 AM | Show all posts
rtm..sah2 saluran tv kerajaan
tv3..tv berangan kekadang syok sendiri
astro..nak tengok kena bayar..
tujela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 08:11 PM | Show all posts

RTM sasar tarik 4 juta penonton tiap perlawanan

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) mensasarkan empat juta penonton akan mengikuti setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2 sepanjang berlangsung kejohanan itu bermula 11 Jun ini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata RTM akan menyiarkan 24 perlawanan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda menerusi TV1 dan TV2 sepanjang kejohanan itu nanti.

“Daripada 24 perlawanan siaran langsung, 20 akan disiarkan di TV1 dan empat lagi di TV2, manakala 11 siaran tertunda akan disiarkan di TV1,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Jerayawara (roadshow) Sorakan 1Malaysia 1Dunia: RTM Penyiar Berlesen Piala Dunia 2010 di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata hampir semua perlawanan dijadualkan bermula selepas 11 malam (waktu tempatan) dan ia tidak akan menjejaskan siaran waktu prima di TV1 dan TV2 kecuali beberapa perlawanan peringkat awal yang bermula pada pukul 7.30 malam.

Sebagai rekod, RTM menjadi penyiar utama Kejohanan Piala Dunia pada 1974, 1978, 1986, 1990, 1994, 1998, 2002, dan 2006. - Bernama

Sumber: Berita Minggu, Ahad, 28 Februari 2010
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 09:06 PM | Show all posts
rtm2 best, walau nampak mcm ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 12:09 PM | Show all posts
skunk nie rtm byk dah prgrm2 yg pelbagai..kalu ske tgk cite tv2 r..
kalu ske tgk dokumentari,prgrm bncng2 tv1 r..the choice is yours
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:33 AM | Show all posts
basically,
tv1 - info
tv2 - family entertainment
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
RTM TETAP DIHATIKU......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083770 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list