CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14026|Reply: 48

convert masuk islam perlu tukar nama bapa?

[Copy link]
Post time 16-10-2008 06:41 PM | Show all posts |Read mode
sorry nak tanya... pengetahuan aku ni cetek sket ...tapi kata org tu..tak bertanya sesat jalan..aku ada jumpa dlm satu blog..cakap pasal nama bapa...

msk Islam tak semestinya tukar nama. malah nabi larang palsukan nama bapa kandung. Bin Abdullah tu hanya amalan msykt melayu je, tak ada kena mengena langsung dengan Islam


betul ke?apa yg dinyatakan diatas tu?

satu lagi nak tanya ...sumone yg belum convert islam secara sah...dia berjinak2 mendekati mempelajari islam di panggil muallaf kan?bila dah masuk islam mereka tak di panggil muallaf dah kan?mereka adalah org islam laa kan?sape2 yg arif tolong jawab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2008 07:50 PM | Show all posts
BUMP!

sesiapa arif bab ni...sila jawab
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 16-10-2008 11:29 PM | Show all posts
Orang yang baru memeluk agama Islam dipanggil Mualaf... kenyataan tersebut betul... tak semestinya tukar nama...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 12:22 AM | Show all posts
hanya amalan orang melayu saja....?

soalan ni menarik, siapa2 tulung jawap noo....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 12:35 AM | Show all posts
Hmm.. memang tak perlu tukar nama sekiranya nak masuk Islam.. tukar nama bukan syarat, asalkan nama yang digunakan bermaksud baik sudah mencukupi. Kalau di negara lain, memang kita boleh jumpa ramai converts yang masih menggunakan nama asal mereka. Cuma kadang-kadang mereka tambah saja dengan sepatah nama yg lebih baik. Contoh nama Louise Abraham, jadi Louise Aisyah Abraham ke gitu...  

Di Malaysia ni amalan tukar nama dan tukar bin jadi Abdullah tu asalnya sebab taknak kekeliruan agama yg dianuti. Tapi sebenarnya itu bukan requirement pun dalam Islam. Kalau cari di luar Malaysia, susah nak cari bin Abdullah ni pada converts. In fact, rasanya last year mufti Perlis keluarkan fatwa yg converts perlu kekalkan nasab asal, kekalkan bin asal, tak perlu berbinkan Abdullah tu.

Isu ni dah ada beberapa kali kita bincang dalam MM ni, nanti sat saya cari thread lama.

[ Last edited by  antiQue at 17-10-2008 12:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:08 AM | Show all posts

Balas #5 antiQue\ catat

kekadang menukar nama ni menjadi orang bertambah keliru pun ada

pertamanya tentang Islam itu sendiri, kedua seolah2 drawback kepada niat utk mengelakkan kekeliruan....

contohnya niat mengelakkan kekeliruan supaya seseorang mualaf itu tidak disangka kafir.....(jadi tukar nama)

namun, pada masa yg sama ia menutup status mualaf itu.....

apa salahnya tahu yg dia ada bapa bukan islam, tak salah pun....sekurang2nya org tahu dia baru masuk islam.

rasanya kecelaruan akibat menukar nama lebih banyak dari kekeliruan jika tidak menukar nama....

[ Last edited by  ussopp at 17-10-2008 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 01:30 AM | Show all posts

Reply #6 ussopp's post

I remember having a little chat with a chinese friend. Dia cakap dalam keadaan relax lebih kurang gist nya begini "Orang cina biasanya takut ahli keluarga mereka peluk Islam, sebab biasanya bila mereka peluk Islam, mereka hilang identiti bangsa mereka. Anak-anak dia pun nanti hilang identiti bangsa. Nama pun tukar. Tapi orang Cina tak takut kalau ahli keluarga mereka peluk Kristian, cucu cicit pun Cina".

Tu lah hasilnya bila nama pun nak di suruh tukar

[ Last edited by  antiQue at 17-10-2008 01:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:53 AM | Show all posts

Balas #7 antiQue\ catat

yaya...tu yg saya pun rasa tak suka kalau sya jadi org cina ka india ka....

mcm racist plak.....

padahal Islam milik semua kaum di dunia.....dan rupa-rupanya penukaran nama ni dah lama menimbulkan salah sangka.....dan di malaysia sahaja....

tentang chinese friend mod antique tu, lepas dia cakap tu, mod ada bagi tau dia perkara sebenar tak?

[ Last edited by  ussopp at 17-10-2008 01:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 03:51 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 17-10-2008 01:53 AM
tentang chinese friend mod antique tu, lepas dia cakap tu, mod ada bagi tau dia perkara sebenar tak?


He knows the situation.. dia ni peka pasal Islam ni, banyak bertanya, so pasal tukar nama ni pun dia memang dah tau it is not a requirement... masa dia cakap tu, dia cuma sebut secara general situasi dan pandangan orang Cina
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:09 AM | Show all posts
oo jadi nama sendiri atau nama bapa tak perlu tukar laa eh...memang betul laa ni cuma adat melayu...rasanya ia dipengaruhi oleh zaman parameswara...yg tukar nama dia kepada muzaffar syah kan?no wonder laa generasi baru pon terikut sama...dkt us saya punya buying house ni owner dia kristian convert islam...nama kristian dia richard park emanuel...masuk islam dia masih kekalkan nama keluarga dia...richard ibrahim emanuel...kalau dulu semasa dlm kristian dia guna singkatan R.E emanuel...bila convert dkt signature dia tu nama dia ibrahim emanuel..

ok soklan kedua...saya ada baca satu artikel dlm mag..mereka cakap org yg baru berjinak mempelajari islam mendalami ugama islam..mereka ini dipanggil MUALLAF..jika mereka sudah memeluk islam maka mereka ini dipanggil muslim laa...dah satu level dgn kita semua...mereka dah jadi saudara seugama kita..kenapa org diluar masih memanggil mereka MUALLAF?persoalan dari artikel tersebut...lepas tu dia ada kuarkan sabda nabi (saya lupa dan memang baca sepintas lalu)..adakah benar apa yg dikatakan artikel itu?tergerak hati saya untuk bertanya disini..bila baca  artikel tu memang logic...takkan laa setelah memeluk islam masih ada perbedaan panggilan sedangkan mereka sudah menjadi saudara seislam kita kan?tak boleh ke panggil dia tu muslim juga?ataupon hanya budaya melayu juga yg memanggil org yg baru memeluk islam itu MUALLAF?pemahaman  MUALLAF pada masyarakat melayu adalah org YANG BARU MEMELUK ISLAM...kalau dia dah convert to islam selama 20tahun sudah..adakah mereka masih lagi dipanggil MUALLAF?bukan ke pada pemahaman melayu MUALLAF ni orang BARU PELUK ISLAM kan?sape2 yg arif tolong bagi penerangan yg sahih
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:10 AM | Show all posts

Balas #9 antiQue\ catat

ooooooooooooooooooooooo.......rupanya dia dah tau.....

hmmmm.....masakan org cina tak salah sangka, sedangkan orang islam sendiri pun salah sangka.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #9 antiQue's post

satu lagi sis..nak tanya...macam mana dgn anak diluar nikah?wajib ke letak nama ABUDLLAH kepada bapanya?merujuk statement dlm post #1..budaya melayu umumnya suka menukarkan NAMA BAPA bagi muslim2 yg baru memeluk islam...bukan nama bapa saja..malah nama si pemeluk islam itu sendiri....lepastu mereka BIN ATAU BINTI kan si pemeluk islam ini dgn ABDULLAH....dkt office...kakak2 ni suka mengajeng (mempersendakan/bergurau) dorang cakap kalau matsaleh ke cina ke yg convert islam nama bapak dia ABDULLAH ..dorang tu anak luar nikah...saya pernah dgr dorang dok gurau2 camtu..saya tak pasti mereka gurau saja2 atau serious...memang tak patut laa kan...mereka seolah2 menyamakan taraf saudara baru itu dgn anak hasil dari hubungan luar nikah hanya kerana nama bapanya di convert kepada ABDULLAH juga...saya tidak memandang hina pada anak hasil dari hubungan terlarang tu...tapi masyarakat melayu ni kebanyakannya suka sgt mempersendakan hal2 camni tanpa memahami dgn mendalam...seolah2 anak tu kotor sgt...walhal yg berdosa tu ibu bapa anak tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #11 ussopp's post

tu laa...saya pon selama ni dok sangka yg org baru peluk islam wajib dan wajar menukar nama mereka serta nama bapa mereka wajib taruk ABDULLAH..sebab kat sekolah dulu ustaz tak pernah pon timbullkan issue ni...tapi ilmu ugama ni takleh bergantung pada zaman sekolah semata2 kan....kena cari explore sendiri sampai hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:42 AM | Show all posts

Balas #13 clairekimberly\ catat



semoga tanggapan2 yg kurang sesuai dapat di buang....tak kisahlah dari orang melayu atau non muslim....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 04:31 PM | Show all posts
BUMP BUMP

tolong jawab persoalan diatas..kepada sesiapa yg arif dan berilmu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 05:00 PM | Show all posts

Balas #13 clairekimberly\ catat

yg suruh tarok bin/binti abdullah tu hanyalah undang2 syariah malaysia..bin/binti bermaksud anak lelaki/perempuan kepada pd masyarakat arab....arab bukan islam pun ada bin/binti pd nama mereka..kalau nak maintain family name boleh jer..contoh ahmad lim atau ahmad micheal...kalau anak mereka tarok la plak kassim lim bin ahmad lim...atau kassim micheal bin ahmad micheal...
islam ni agama yg mudah...tak membebankan umatnya..cuma kat malaysia ni kekadang ramai sangat 'cerdik pandai agama' yg ter'mix'kan antara agama dan adat melayu...tau mau cakap bebanyak..nanti kena marah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 05:35 PM | Show all posts
xtukar nama bapak pun xpe sebenarnya..
just kalau x tukar nama nanti..
orang yang masuk islam tu akan rasa xselesa..
yang guner bin abdullah tu..
menunjukan bapak dier hamba allah jer kan..
sama gak dengan anak luar nikah..
kalau xletak bin or binti paper..
nanti dah sekolah.
orang pelik lak..
naper budak ni xder nama bapak..
dah memalukan budak yang xbersalah kan..

tapi baru baru ni dah jadi isu di malaysia..
ada mufti xbenarkan tukar nama bapak lepas masuk islam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 05:43 PM | Show all posts

Reply #16 Z77's post

yg pasal BIN DAN BINTI tu saya sedia maklum dah..dari kecik lagi dah tau pasal ni..mak ayah yg bagitau..kalau ikutkan tak perlu letak BIN atau BINTI tapi undang2 melayu yg mewajibkan ...tapi kalau IBNU tu apa eh?

sape leh jawab persoalan mengenai MUALLAF itu...silakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 06:24 PM | Show all posts

Balas #1 clairekimberly\ catat

Erti ABDULLAH sebenarnya ialah HAMBA ALLAH.  Bagi orang Islam yg namanya Abdullah, maka itulah ertinya.  Cuma bagi anak angkat yg bukan keturunan Melayu asli, diberikan binti/bin Abdullah adalah muslahah baik ibubapa angkat terhdap anaknya.  Namun bagi anak luar nikah, undang2 Islam menetapkan anak itu dibin/bintikan kpd ibunya.  Itulah sebabnya bagi wanita yg melahirkan anak tanpa suami, daftar sijil kelahiran anak tidak akan ada nama di ruang bapa, ianya ditinggalkan kosong.

Saya juga ada seorang kawan yg telah mengambil anak angkat perempuan yg lahir tanpa nikah, tetapi kemudian dinamakan anak itu dengan menempelkan nama suaminya sebagai bapa tanpa ada perkataan BINTI.  Misalnya, Sofia Ahmad dan bukan Sofia BINTI Ahmad.

Soal BIN atau BINTI ini walaupun dilihat gampang/senang, tetapi di sudut agama Islam, ianya mempunyai implikasi yg berat kerana ada kaitan dngan mahram, perwalian dan mempusakai harta.
Anak angkat tetap batal wuduk dngan ibu/bapa dan sdramra angkatnya, bapa angkat tak boleh jdi wali, harus cari wali asal atau wali hakim, apa lagi dlm soal mewarisi harta tidak tersenarai dlm faraid.
Bagi anak yg lain drp anak Melayu, biasanya mereka akan mengekalkan nama marga/sirname keturunan mereka spt Tan, Wong, Lim or William, etc.
Demikian, sekadar satu pandangan peribadi drp saya n kalau salah, mohn maaf jua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by clairekimberly at 17-10-2008 11:09 AM
mereka cakap org yg baru berjinak mempelajari islam mendalami ugama islam..mereka ini dipanggil MUALLAF


yg ni saya first time dgr.:victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.078221 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list