CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2704|Reply: 11

petikan berita harian-50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan-

[Copy link]
Post time 24-10-2008 05:47 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

揅Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,?kata Omar.

Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. - Bernama


APA PENDAPAT KORANG?aku kesian dgn kakitangan awam kontrak ni sebab kerajaan seolah2 mempermain2kan diorg..dengan menawarkan kerja atas basis contract supaya elaun yg diterima tidak sebanyak pekerja tetap walhal jobscope diorg sama.aku ade ramai member yg baru2 ni dapat gov mcm PTD kontrak, pegawai siasatan kementerian kontrak and even pegawai pendaftar kat mahkamah dan jabatan peguam negara pun ade yg kontrak..kesian diorg ni sebab nasib dan masa depan diorg mcm uncertain je.elaun tak sebanyak mana..silap2 sikit ade harapan kene buang keje...

[ Last edited by  san_chai at 24-10-2008 06:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 06:06 PM | Show all posts

Reply #1 san_chai's post

kalo kontrak leh vss ker??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:06 PM | Show all posts

Balas #1 san_chai\ catat

....................

mungkin bila baca berita ni...berbondong k/tangan awam kontrak carik keje lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:06 PM | Show all posts

Balas #2 jebeng\ catat

VSS tuk kontrak....hehehe......rasanya mcm x boleh tuh......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 06:26 PM | Show all posts

Balas #4 medangmru\ catat

medang....vss tu ape?? mahap la aku bukan kakitangan gov,tp kengkawan aku ramai yg keje ngn gov..yg x abes chambering sbb keje ngn court & AG pun ramai..aku kesian dengan depa sbenarnye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 24-10-2008 06:06 PM
....................

mungkin bila baca berita ni...berbondong k/tangan awam kontrak carik keje lain...


owh..itu harus laaa...
yg dah dapat lantikan tetap tu boleh la tarik napas lega.walaupon x perform best sangat still kat paras selesa berbanding contract basis.elaun pun masyukkkk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 06:31 PM | Show all posts
vss kalo x silap bese kilang2 la...kalo kilang A nk tutup...pekerja akn diberi option nk dpt gantirugi @ keje kat kilang B...kilang A dh offer kilang B pekerja kilang A diorg siap2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2008 03:29 PM | Show all posts

Balas #7 jebeng\ catat

oo..camtu ke rupanya..faham2..tenkiu berry2 musch ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 03:40 PM | Show all posts
VSS yg aku tau kadarnye ialah 1.5 bulan utk perkhidmatan setahun. tmpt lain x tau

ekceli bagi aku isu ni xda isu
atau adakah org2 kontrak ni mmg patut diberi kelebihan seperti permanent staff?

masa sain kontrak patutnye 2-2 pihak clear berapa tempoh notis, apa hak, skop kejer dan sebagainye
aku masa kejer kontrak setaon taon lepas faham dah kalau dia x mau aku lagi mesti bagi notis sebulan awal dan begitu juga aku. klw less mesti bg remedi oleh kedua-dua pihak.
aku nak stress yg dah mmg nature kejer kontrak ni x terjamin posisinya dan semua org tau

kalao dah sain tu kira dah agree dah.
dan kalau dah agree napo lak laaa nak ungkit kejer ngn upah x setimpal?

dan selalunya kalau kompeni krisis kompeni akan buang pekerja permanent, bukan kontrak
sbb x payah bagi benefit bnyk sgt dan mcm2 lagi alasan penjimatan

just my 5cent worth...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 1-11-2008 03:40 PM
VSS yg aku tau kadarnye ialah 1.5 bulan utk perkhidmatan setahun. tmpt lain x tau

ekceli bagi aku isu ni xda isu
atau adakah org2 kontrak ni mmg patut diberi kelebihan seperti permanent staff ...



mmg la..tp isu kali ni lebih menyentuh kepada gomen..bukan kompeni kecik2 atau private..bila timbul isu ni kita akan terfikir "kerajaan ni dah takde duit sangat ke?" atau "dah tau ramai sangat lebihan tenaga kerja kenapa amik ramai sangat in the first place?" atau "senang2 je diorg kan,dah la x bayar elaun,pastu suka2 je nk tendang tenaga kerja contract basis ni"

harus diingatkan kebanyakan pekerja gov yg dapat kontrak basis ni qualification dia sama dengan pekerja tetap jugak tapi laa ni mmg kebanyakan lantikan gov adalah kontrak basis saje.isunya disini adalah kenapa mesti diorg dapat lantikan kontrak?adekah sebab diorg ni terlambat berbanding generasi2 yg lebih awal sebelum ni?apa diorg ni tak layak ke untuk dapat ganjaran/elaun yg sama dengan pekerja lantikan tetap SEDANGKAN bidangkerja dan kuasa diorg x berbeza pun antara satu sama lain?yg paling penting kenapa gov perlu membezakan mereka sehingga ada yg berada dalam kelompok kontrak sehingga 10 tahun?

sebab paling ketara yg bole dilihat disini adalah kerana gov tak perlu bayar banyak elaun kepada pekerja lantikan kontrak.dahla tempoh probation dia lama bukan main.kita bagi satu contoh mcm kwn kite baru2 dapat jadi penolong kanan pendaftar kat court.basically kerja diorg ni mcm "hakim junior" la sebab kebanyakan hakim bermula sebagai PKP sebelum dinaikkan pangkat.kawan kita ni  x abis chambering practise pun sebab nk join as a gov servant.bila ditanya2 rupanya lantikan on contract basis.kalau wat salah sikit je,mmg abis kene bambu dengan judge,paham2 jelah diorg ni kebanyakannya ala2 manusia terpilih yg kurang nak ade perasaan gitu.tempoh probation? 2 tahun.

kite pernah la tanya kat kawan kita yg jadi PKP ni,what if dalam tempoh 2 tahun ni boss dia a.k.a judge dia x puas hati dgn dia..ape akan jadi..

dengan selambanya dia kata kalau camtu mmg kena buang la,then kene carik kerja lain la.kene sambung chambering balik then jadik loyer.kite yg mendengarnye..mmg serius rasa kesian.dah la elaun x dapat (duduk KL,elaun untuk pangkat L41 adalah rm850 sebulan,tp kawan ni x dapat bende tu..mmg rasa rugi sangat dia ni) tambah pulak dengan nasib yg x menentu mcm sekarang..haish..mmg rasa cam nak suruh je dia berenti dan prektis law je.

[ Last edited by  san_chai at 4-11-2008 08:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 08:39 PM | Show all posts
aa..tenkiu yer mod sbb bagi tacang.baru pasan dah naik RA 6..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 01:53 PM | Show all posts

Balas #10 san_chai\ catat

trimas atas pm ko

okeh isu pekerja kontrak lagi
kat sini aku assume tak kisah lah kerajaan atau swasta, semua ni adalah organisasi
prinsip organisasi utk berjaya ialah efisiensi dari segi kos dan sumber
sumber kat sini lak ialah sumber manusia

biasanya pekerja kontrak ni sumber yg paling jimat
kelayakan sama, hasil kerja lebih dan kos pula kurang
paling seswai utk short term projek dan juga kerja2 tambahan atau bermusim cam nak wat SUKOM ke, persidangan ke
dalam 3-6 bulan gitu

mmg ada yg dilanjutkan kontraknye sbb prestasi bagus
tapi nak jadi tetap kena tunggu ada kekosongan
ni sbb tiap jabatan ada bajet tahunan berkenaan sumber manusia nih
kalau org ramai sgt tp jumlah kerja sama jer dah jadi pembaziran
klw nak masuk gak try laaa sabotaj org yg dah sedia ada tu smpi dia berenti

pandangan aku lak
luaskan capaian cari makan ni bukan setakat makan gaji
try cara lain termasuk berniaga
yang jadi masalah ialah bila fikiran di sempitkan ngn pendapat cuma kerja makan gaji akan menjamin kejayaan

just my 6 cents worth
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.120070 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list