CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11667|Reply: 12

Rafi Hussain mninggal dunia..

[Copy link]
Post time 24-10-2008 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, penyanyi dan pengarah Raffi Hussain, 49, meninggal dunia kerana sesak nafas sekitar pukul 7.00 malam 14 Oktober 2008. Beliau sesak nafas di rumah dan dibawa ke Hospital Selayang, Selangor dan meninggal dunia dalam perjalanan.

Raffi yang nama sebenarnya Che Rofie Che Hussain meninggal sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke 49 pada 15 Oktober. Jenazah dibawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.

Pada awal kemunculannya sekitar akhir tahun 1970-an, Raffi digelar Elvis Malaysia kerana gayanya persis bintang rock and roll ternama itu. Gelaran itu mempopularkannya sehingga dapat tawaran rakam album.

Menerusi album berjudul Raffi (1981) beliau merakam lagu Luka Lama Berdarah Kembali, Dansa Ayuh Dansa, Mari Menari Rock And Roll, Tangisan  Di Waktu Malam dan banyak lagi.

Menerusi album Membara (1983) Allahyarham mempopularkan lagu-lagu Saat Percintaan, Mencari, Gadis Penari Budaya, Mula Jelingan Mata dan lain-lain. Beliau dapat sentuhan M. Nasir dan A. Ali sebagai komposer. Albumnya terbitan Polygram Records (sekarang Universal)

Popularitinya sebagai penyanyi turut membawa Raffi ke dunia filem. Dalam filem pasal dunia remaja, Azura (1984), Raffi berlakon sebagai Razif, ketua geng budak nakal yang bermotor kuasa besar. Filem popular itu turut menampilkan Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Syed Sobrie dan ramai lagi.

Raffi juga turut berlakon dalam filem Di Ambang Kasih, Mr. Os, Tujuh Biang Keladi, Si Jantung Hati, Hero dan banyak lagi. Filem terbaru lakonannya, Gentayangan belum ditayangkan.

Raffi tidak pernah bersara daripada dunia seni. Beliau sebaliknya meninggalkan satu projek menerbit dan mengarah filem The Chini yang tidak sempat disempurnakan. Itulah projek menerbit dan mengarah pertamanya.

Telah lama Raffi menyimpan hasrat mengarahkan filem yang berkisar pasal dongeng naga tasik Chini. Pada sekitar tahun 2000 lagi Raffi pernah bercakap pasal hasratnya mahu mengarah filem pasal dongeng itu. Tapi pada masa itu beliau mengatakan masih dalam peringat awal termasuk membuat penyelidikan. Beliau juga menulis skrip.

Pada tahun 2003, beliau mula  menghebahkannya dan mengumumkan judul filem yang mahu dihasilkannya ialah The Chini. Pelancarannya diadakan di Tasik Chini, Pahang pada 25 Ogos 2003.

Namun projeknya tertangguh kerana masalah dana. Filem itu diusahakan oleh syarikatnya, Raffi Hussain Corporation (M) Sdn. Bhd.

Setahun selepas pelancaran, Raffi merayu agar mendapat dana perfileman yang dipohon di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka. Setelah tiga tahun FINAS meluluskan dana sebanyak RM1.5 juta pada Ogos 2007. Namun filem tersebut tidak sempat disiapkan.

Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 30, yang sarat mengandung anak kelima. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin._Oleh ROSLI MANAH---sumber dari Mangga Online..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 08:41 PM | Show all posts
dah hada dah thread neh nok
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:53 PM | Show all posts

Reply #2 dujuan's post

sapa ler sangat sangat ketingalan LRT nih....


cciiiaaaaannnnn nyeee kan juan...


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:57 PM | Show all posts
hmmm basi dah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:58 PM | Show all posts
merge kan jer la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by nanamiri at 24-10-2008 08:53 PM
sapa ler sangat sangat ketingalan LRT nih....


cciiiaaaaannnnn nyeee kan juan...





..merge jer la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 09:07 PM | Show all posts
hadesss...udah ado thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:43 PM | Show all posts
dah 10 hari dia meninggal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:57 PM | Show all posts
ni mesti kes baru bangun tido nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 03:20 AM | Show all posts
hahaha
wakakakakak
ngok
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 04:18 PM | Show all posts
ya ampuuunnn!!  ini kes naik ketapi dari mana yang baru sampai ni????
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 10:08 AM | Show all posts
Baru tengok filem 7 Biang Keladi kat SIAR.. adegan dia kene sorok dlm bilik mandi dengan Liza Abdullah mmg tak boleh belah.. huhuhu.. hensem mcfm Awie.. ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 11:01 AM | Show all posts
narami_chan replied at 25-10-2008 04:18 PM
ya ampuuunnn!!  ini kes naik ketapi dari mana yang baru sampai ni????  :shak ...

tu laaa......kura2 pun laju lagi.....hahahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.263372 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list