CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anti_aktivis

Kes Altantuya C4: Latest - Razak Bela Najib/Rosmah

  [Copy link]
Post time 22-11-2008 05:49 PM | Show all posts
malaysia semakin nazak di bawah najib razak

siapa lah yang nak menyelamatkan msia ?

siapa pulak yang nak menghancurkan msia ?

kesian kita ...anak cucu kita nanti mcmana la agaknya ....

dulu 60's , 70's, 80's , 90's ok je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 21-11-2008 10:29 AM


So...sekarang gambar tu leh lak ko tolak ketepi setelah ko bawak kehulu kehilir tanpa belas kesian dan tak ingat dosa dan pahala.

Sekarang ko nak persoalkan plak siapa yg memberikan kelulu ...

Aku pk org2 bawah memang x ader kuasa utk membenarkan menggunakan benda tu melainkan dua org atas tu jer...sbab aku suh tolak tepi gambar tu...kau kata super impose..so aku x nak bertekak ngan ko....dan polis utk dua org tu aper kena mengena plak nak bunuh Tuya..dan mcm mana rekod masuk Tuya ke Mesia hilang...sedangkan rekod masuk hotel ader...agaknyer lupa nak padam.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 21-11-2008 04:08 PM



Soalnya siapa yg nak highlightkan?...Razak Baginda boleh luluskan dan dia boleh keluarkan ke?..

Pasal perjalanan tu...ada gunanya peguam..tanya la court punya dalam.

Pasal bala tu...k ...

Mcm mana nak sebut dlm mahkamah semua dah ader skrip....hafal jer larr...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 09:30 PM | Show all posts
alahai kes C4 .... sebelum ni tak famous pun bom C4 nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 09:56 PM | Show all posts
aku tak terlibat la!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by hammer at 22-11-2008 21:56
aku tak terlibat la!!!!

http://i450.photobucket.com/albums/qq230/isa_malaysia/NajibinJail.jpg

err...... kan hari tu kata non-muslim takleh guna perkataan 'Allah'????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2008 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by Acong at 23-11-2008 01:33 AM

err...... kan hari tu kata non-muslim takleh guna perkataan 'Allah'????


.................
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 02:01 AM | Show all posts
ALLAH hanya boleh dipakai dalam bahasa meLAYU saja ka..Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 03:11 AM | Show all posts

BENARKAH Depa tak terlibat? Abis tu sape yg terlibat?

慠azak, don抰 tell us who抯 not involved抂/b]
November 21, 2008

your say慖 know that I am not involved, everybody else is also not involved. The real murderer, too, is not involved as he would never admit his involvement.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 03:25 AM | Show all posts
橻/b]


|Handphone|Negeri Sembilan|Phone-Specific Discussion|Phone Applications|


acong nye thread stended mmg bukak time2 camni.. ekekeke.. mementang laa MOD dah tidoq.. miahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 03:41 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by blackpearl at 23-11-2008 03:25
http://img528.imageshack.us/img528/7800/blackerzzmr3.png
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 08:07 AM | Show all posts
Did Razak comment anything on Bala, the private investigator he has hired?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 01:55 PM | Show all posts
Bapa Altantuya failkan permohonan semakan
24/12/2008 12:51pm

SHAH ALAM 24 Dis. – Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar tiada rayuan dibuat terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Abdul Razak Baginda diakhir kes pendakwaan.

Dalam permohonan itu, beliau turut menuntut mahkamah mengeluarkan satu perintah mandamus bagi memaksa pihak pendakwaan memohon lanjutan masa untuk merayu terhadap keputusan itu.

Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam melalui tetuan Karpal Singh & Co. di sini pagi ini. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 22-11-2008 02:56 PM
boleh ker pesalah ditutup muka camnih bila dan dihadap ke mahkamah..... logik ker...

http://1.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SPhpxwuTQ0I/AAAAAAAAByE/z1ZSMuAAPs8/s1600/sirul.jpg

kedua2 tertuduh masih dalam perbicaraan dan masih anggota polis
dan sebagai anggota unit khas, perlu ditutup identiti sehinggalah dibuktikan bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 03:11 PM | Show all posts
Pembelaan dua tertuduh kes Altantuya bermula esok

KUALA LUMPUR: Pembelaan diri dua anggota Unit Tindakan Khas polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Peguambela Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili tertuduh pertama, Cif Insp Azilah Hadri, memberitahu Bernama hari ini bahawa beliau telah menyediakan tujuh orang saksi untuk memberi keterangan dalam kes pembelaan itu nanti, manakala Kamarul Hisham Kamaruddin, peguam bagi tertutudh kedua, Koperal Sirul Azhar pula berkata buat masa ini tiada saksi lain akan dipanggil selain tertuduh.

Pada 10 November lalu, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memberi tempoh dua bulan kepada pihak pembelaan untuk membuat persediaan terperinci termasuk menghubungi dan menemu bual saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan dalam Mukim Bukit Raja antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama pada 31 Oktober lalu tanpa dipanggil membela diri. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 04:53 PM | Show all posts
"Saya tiada niat bunuh Altantuya" - Azilah
16/01/2009 4:05pm

SHAH ALAM 16 Jan. — Tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk membunuh dan melenyapkan wanita Mongolia itu.

Azilah, 32, berkata dia dan tertuduh kedua Sirul Azhar Umar mengunjungi Hotel Malaya, tempat penginapan Altantuya, hanya bertujuan untuk menasihati wanita itu supaya tidak terus menganggu Abdul Razak Abdullah Baginda.

Mereka pergi ke Hotel Malaya pada 18 Okt 2006 (sehari sebelum kejadian pembunuhan) hanya bertujuan untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu, katanya.

Azilah yang memberikan keterangan membela diri tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa dia dan Sirul Azhar hanya menunggu masa dan tempat yang sesuai untuk menjalankan misi membunuh wanita itu.

Azilah dan Sirul Azhar,37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Abdul Razak, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama pada 31 Okt tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.

Kepada soalan Tun Abdul Majid adakah dia menerima upah atas perkhidmatan nasihat tersebut, Azilah berkata: “Tiada"

Tun Abdul Majid: “Bagaimana dengan perbelanjaan minyak kereta untuk meronda?

Kamu guna perbelanjaan sendiri?"

Azilah: “Takkan itupun nak berkira?"

Tun Abdul Majid: “Jadi tiada upah?"

Azilah: “Tiada.”

Tun Abdul Majid: “Jadi itu macam amal jariah sahajalah? Waktu itu bulan puasa kan?"

Kenyataan Tun Abdul Majid itu membuatkan semua orang yang berada di dalam mahkamah tertawa.

Azilah turut menafikan dia pernah memberitahu Abdul Razak bahawa dia boleh menyelesaikan masalah ugutan itu kerana pernah membunuh lebih daripada enam orang sebelum ini.

Azilah mengakui bahawa dia dan Sirul Azhar telah berada di Hotel Malaya pada sebelah petang 18 Okt 2006 (sepertimana rakaman cctv di Hotel Malaya) dan berlegar-legar di hadapan bilik 512 (bilik Altantuya) tetapi dia tidak mengetuk pintu kerana beranggapan akan menganggu privasi orang lain.

“Saya tidak mahu menganggu privasi orang kerana jika saya ketuk tapi tersilap orang, orang marah kita balik, kita kena hormat orang, lagipun bukan masalah kita, kita tolong sahaja,” katanya.

Kepada soalan Tun Abul Majid mengapa dia tidak menelefon sahaja Altantuya (untuk beri nasihat), Azilah berkata:"Saya tak terfikir pulak.”

Kenyataan Azilah itu ditempelak Tun Abdul Majid dengan berkata: “Kamu dengan

“misi” hendak menasihati, tak nak ganggu privasi dan hormat orang, boleh kamu tak terfikir hendak telefon dulu?.”

Azilah hanya menjawab: “Tidak terlintas pulak.”

Terdahulu Azilah memberitahu dia langsung tidak tahu siapa nama perempuan dan lelaki Cina yang dimaksudkan oleh Abdul Razak dan dia bertindak mencari wanita itu hanya berdasarkan alamat hotel yang diberikan.

Tun Abdul Majid: “Jika kamu tidak tahu nama mereka bagaimana kamu hendak menasihati mereka?"

Azilah: “Boleh. Kita boleh panggil dia “hello brother” bagi lelaki, “hello sister” bagi perempuan.” Mengenai hubungannya dengan Sirul Azhar, Azilah berkata dia mula mengenali tertuduh kedua itu ketika bersama-sama berkhidmat dalam UTK empat tahun lalu dan dia sememangnya mempercayai Sirul Azhar untuk membantu dalam menyelesaikan masalah Abdul Razak.

Hari ini Azilah sekali lagi menegaskan bahawa tindakkannya membantu Abdul Razak adalah atas arahan DSP Musa Safri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung Isnin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 05:23 PM | Show all posts
TPM Najib ordered the murder of Altantuya Monggolia ... using C4 explosives ...
http://www.mail-archive.com/alternatif-net@yahoogroups.com/msg01539.html
54.4 Emphasize the fact that having been a member of the Royal Malaysian Police
Force for 17 years I am absolutely certain no police officer would shoot
someone in the head and blow up their body without receiving specific
instructions from their superiors first.


Musa Safri & Bala.....mana korang berdua nih?

[ Last edited by  kekbelacan at 16-1-2009 05:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 11:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmmm.. Boleh mintak diskaun tak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066672 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list