CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Carta CERAI Artis

  [Copy link]
 Author| Post time 18-12-2008 12:27 PM | Show all posts
Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN



Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan hakim Wan Mahyuddin Muhamad.

Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.

berita sepenuhnya selepas ini

Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.

Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.

Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.

Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.

Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.

Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap

Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.

Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 12:45 PM | Show all posts
sapa pulak lepas ni ek, Syd?

seriau woooo

[ Last edited by  nir at 18-12-2008 12:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 12:54 PM | Show all posts
dlu klau ade masalah dlm umahtangga sebesar mana pn ,
org takut nk bercerai .
tp dlm kehidupan skang ni org dh bleh terima kes2 CERAI
ade jgk kebaikan & keburukan dlm sesuatu penceraian
yg penting musti sentiasa berfikiran positif , tepuk dada tnya selera
xkan sanggup idup terseksa dr bergelar janda/duda ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 01:13 PM | Show all posts
zaman dah berubah dulu kalau kena cerai x de punca rezeki. skarang perempuan dah indipendant so x de lelaki pun x de masalaah. tapi x bagus untuk masa akan datang sebab anak2x x kenal kasih sayang.

then, dia orang mesti pikir. mak aku boleh hdp sorang2x aku lagi boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 03:42 PM | Show all posts
Abby dah sah bercerai...cam siot jek norman menangis masa nak lafaz talak... piirrrraaaaahhhh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 10:45 AM | Show all posts


1. Nora Danish & Rizal Ashram
Perkahwinan pasangan ini cukup gah pada 20 Jun 2006 dengan majlis hebat yang dilangsungkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Berita artis kahwin anak Menteri tentu sekali mendapat perhatian hangat seluruh negara. Umur perkahwinan baru setahun jagung, cerita tentang gejolak perkahwinan mereka mula menghiasi dada-dada tabloid tempatan. Walaupun Nora Danish cuba menafikan, menepis, mengelak, akhirnya mereka berpisah jua. Pelakon popular siri ‘Puteri’ ini telah cuba menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi alasan si suami menceraikan beliau ialah kerana sudah tawar hati. Penceraian ini merupakan penceraian kedua pasangan ini. Rizal telah melafazkan cerai kali pertama pada Februari tahun ini dan menghantar SMS berniat cerai sekali lagi lima bulan kemudian. Nora Danish sedang mengandung tiga bulan dan kes penceraian mereka akan diputuskan mahkamah 12 Ogos ini.

2. Noraniza Idris & Fareez
Walaupun cerai pakai SMS bukan cerita baru, Noraniza Idris bikin isu ini jadi panas hangat apabila beliau tampil di mahkamah syariah untuk meminta nasihat pakar tentang mesej SMS berbaur ‘cerai’ yang diterimanya daripada Fareez. Kak Ani juga dilaporkan telah beberapa kali dihalau dari rumah kelamin mereka dan dilarang daripada memasuki rumah oleh bekas suaminya itu. Namun, Fareez bersumpah menafikan yang beliau berniat untuk menceraikan Kak Ani melalui mesej SMS tersebut. Dalam masa yang sama, kisah-kisah sensasi yang mengaitkan Kak Ani dengan bekas penyanyi kumpulan pop tersebar meluas di Internet dan di tabloid. Kononnya anak Kak Ani terjumpa mereka berdua-duaan di dalam rumah lantas membelasah si lelaki itu. Kak Ani menepis gosip yang tersebar dan katanya dia berpisah bukan kerana orang ketiga tetapi setelah dia berbincang siang dan malam dengan Fareez, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Kedua-duanya kini telah pun selamat mendirikan masjid baru masing-masing.

3. Ajai & Nurul
Pasangan ‘serasi bersama’ ini rupanya sudah lama tidak seiring sejalan. Lagu-lagu duet mereka hanyalah lakonan di pentas semata-mata untuk tujuan pemasaran. Pandai juga mereka berdua ini cover line! Sudah tak larat main wayang, akhirnya Nurul meminta cerai di mahkamah syariah pada tahun 2007 dan mendakwa bahawa Ajai telah menceraikannya beberapa kali sebelum ini. Namun, pihak mahkamah tidak mengesahkan penceraian tersebut kerana setelah diteliti, lafaz Ajai tidak diiringi dengan niat. Ajai digosipkan mempunyai hubungan dengan wanita lain walaupun Ajai kata tidak! Nurul dan Ajai mempunyai dua orang anak dan Ajai telah bersetuju membayar nafkah anak-anak yang hak penjagaannya dikongsi bersama dengan Nurul. Semenjak berpisah dengan Ajai, Nurul ligat melibatkan diri dalam aktiviti pengacaraan dan iklan. Ajai pula masih main teka teki dengan wartawan tentang perhubungannya dengan seorang wanita istimewa dan teka-teki tersebut terjawab sudah apabila Ajai membuat pengumuman akan menamatkan zaman dudanya dengan Norliza Ilias sekitar tahun ini.

4. Haflin & Don Nazar
Nama Haflin Saiful mungkin tidak ramai yang kenal tapi muka Haflin Saiful memang selalu muncul di iklan dan billboard di jalanraya utama. Haflin merupakan bekas pengacara Salam Bollywood serta model sambilan yang telah menerima lamaran Don Nazar Mustaffa, jejaka botak ala Mawi tapi berbadan sasa setelah hanya tiga bulan berkenalan. Pasangan ini kemudiannya terbang ke luar negara kerana mengikut Don yang melanjutkan pelajaran. Selepas hanya dua bulan, Haflin pulang ke Malaysia dan sah bercerai dengan suaminya. Kerana apa mereka bercerai tidak dapat dipastikan walaupun ramai yang mengaitkan perpisahan Don dan Haflin dengan keintiman Don dengan seorang lagi artis jelita. Perkahwinan Haflin & Don easy come easy go, tapi kalau jodoh dah sependek itu, terpaksalah pasrah dengan ketentuanNya.

5. Aziz M. Osman & Vee
Ingatkan perkahwinan kedua pengarah filem terkenal ini tenang tanpa ombak melanda dan akan kekal hingga ke akhir hayat. Siapa sangka tiba-tiba sahaja kedengaran kisah teka-teki penceraian Aziz M.Osman dengan isterinya Vee pada awal tahun ini muncul di akhbar setelah 15 tahun berkahwin. Macam-macam versi cerita yang muncul di Internet dan di tabloid tentang pencakaran dan penceraian mereka berdua dan akhirnya pada 28 Mei 2007, sah Aziz menceraikan Vee di Mahkamah Syariah dengan talak satu. Kata orang Vee keluar dengan lelaki lain sehingga buat Aziz berang. Ada juga versi Aziz sudah kahwin satu lagi dan Vee pula berang. Apa pun cerita yang keluar, Aziz dan Vee masih lagi berbaik kerana anak-anak serta mereka berdua masih lagi menguruskan syarikat bersama. Apabila ditanya samada adakah mereka akan bersama semula, Vee dengan pantas menjawab ‘tak mungkin’. Nampaknya sampai sini sahaja mereka bersama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2008 10:48 AM | Show all posts
6. Awie & Arni
Kisah percintaan Awie dan Arni tamat dengan penceraian yang pahit. Semuanya gara-gara gambar Awie bernikah di utara tanahair dengan adik Haliza Misbun, Rozana yang tersebar meluas di Internet. Mula-mula Awie dan keluarga berdolak dalih tentang kisah nikahnya itu tetapi cerita Awie sah beristeri dua hangat diperkatakan kerana ianya tidak mengikut saluran yang betul. Arni kemudian memfailkan cerai daripada Awie dan dalam kekalutan emosi serta terdesak untuk dibebaskan, Arni telah menerima syarat Awie untuk mendapat hak penjagaan anak sepenuh masa jika Awie setuju menceraikan dia. Arni sah dicerai Awie pada October 2006 setelah 8 tahun bersama yang disifatkan Awie sebagai “lapan tahun yang penuh tawa dan air mata”. Bukan Erra sahaja yang dilanda ribut rumahtangga, Awie juga tidak ketinggalan ikut serta.

7. Azza & Ehsan
Kehidupan selebriti Malaysia pun ada tempias selebriti Hollywood. Selepas bercerai dengan Camelia, Ehsan memilih Azza Elite untuk dijadikan permaisuri. Tetapi seperti kebiasaannya, perkahwinan artis susah nak kekal dan setelah lebih kurang 3 tahun, Azza bercerai dengan Ehsan akibat gosip yang terlalu menekan menurut penyanyi penuh kontroversi ini. Jika sentiasa tidak muncul dengan suami di mana-mana acara dan sering sahaja berseorangan, tentu sekali spekulasi liar ditulis tabloid. Lagipun berita cerai wajib disiarkan untuk mengelak fitnah orang. Dua tahun Azza berteka teki dengan wartawan tentang statusnya dan hanya awal tahun ini sahaja membuat pengakuan bahawa dia dengan Ehsan sudah berpisah sejak dua tahun lepas.

8. Jamal Abdillah & Fatimatuzahrah Samat
Perkahwinan Jamal Abdillah kali ketiga dengan Fatimatuzahrah Samat yang separuh lebih muda dari usianya juga tidak mampu kekal apabila bercerai setelah hanya dua tahun berkahwin. Perbezaan umur yang ketara antara mereka berdua menyebabkan tidak wujudnya persefahaman. Jamal dituduh sering memukul isterinya kerana cemburu yang tidak bertempat namun dalam kenyataan akhbar, Jamal menangkis tuduhan tersebut. Katanya dia hanya menampar isterinya kerana tindakan refleks dan tampar itu pun tidaklah sekuat mana. Jamal memperoleh seorang anak dengan Fatimatuzahrah dan beliau telah dilarang daripada bertemu dengan Ahmad Zaki Yamani semenjak dia menceraikan isterinya itu.

9. Natasha Hudson & Mohd Faiz
Perkahwinan Natasha Hudson dengan Mohd Faiz tidaklah sehebat mana tetapi penceraiannya menjadi berita sensasi apabila konon cerita Natasha ditangkap sendiri oleh suami dan ibu mertua dengan lelaki lain. Perkahwinan yang hanya bertahan selama lima bulan menjadi buah mulut orang di Internet dan Natasha yang memang tidak gemar mendedahkan kisah peribadi telah memilih untuk menutup mulut. Tiada berita yang diterima daripada pihak bekas suaminya juga. Natasha menamatkan zaman jandanya setahun kemudian dengan Dato’ Shahrin Zahari dan sekarang bergelar Datin Natasha dalam usia semuda 25 tahun.

10. Fauziah Latiff & Johan Indot
Perkahwinan kedua penyanyi Fauziah Latiff dengan Johan Indot menemui jalan buntu dan pada tahun 2007, Jee sekali lagi hidup sendiri tetapi kali ini ditemani dua orang hero hasil daripada perkahwinannya dengan Johan. Penceraian Jee tidak diketahui umum kerana Jee tidak bercadang untuk mencanang kisah peribadinya kepada umum. Namun, setelah ditanya oleh wartawan, Jee mengumumkan bahawa dia telah bergelar janda pada tahun ini setelah tidak lagi sependapat untuk hidup bersama dengan suaminya. Teringat lagi Jee yang lincah dan ligat menari acapkali membuat persembahan pada usia beliau sekitar 20-an dan walau dalam usia mencecah 40-an, Jee masih cantik slim bergaya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 11:25 AM | Show all posts
Selebriti bercerai: Yang misteri, rahsia dan pelik!

Hajat di hati ingin bersama kalau boleh hingga ke hujung nyawa tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu.

Mungkin itu yang selalu dirasakan oleh mereka yang kecundang melayari bahtera rumahtangga. Walau berapa talak yang diberi, momen indah tetap terpahat di dalam hati.

Tidak wajar menuding jari, baik suami atau isteri kerana bertepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Lagipun, tiada siapa yang inginkan penceraian, apatah lagi jika ada anak kecil yang tidak berdosa menjadi korban.

Rata-rata kehadiran orang ketiga menjadi penyebab rumahtangga bergolak dan akhirnya pecah. Tapi ada juga yang masih bertahan sungguhpun si suami bermain kayu tiga.

NORA DANISH-TOH MUDA RIZAL ASHRAM
Saat-saat manis Nora Danish bersama suami. Ketika membawa perut, Nora ditinggalkan begitu saja.

'Masih mengandung diceraikan'

Tergamakkah si suami menceraikan isteri bila isteri memboyot membawa anak di dalam perut? Tapi itulah yang terjadi apabila nafsu menguasai diri.

Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan DUA lafaz cerai Rizal Ashram Ramli, 32, terhadap isterinya pelakon sitkom komedi Puteri, Nora Danish pada

Februari dan Jun lalu sebagai sah dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak dua pada 12 Ogos 2008.

Ketika lafaz itu, Nora sedang mengandung tiga bulan dan akan tamat tempoh edahnya selepas melahirkan anaknya pada awal tahun depan.

Nora dan Rizal bernikah pada 20 Jun 2006 di Sime Darby Convention Centre, Sri Hartamas di sini. Kalau dulu semasa bercinta seperti Laila dan Majnun, kehadiran 'orang ketiga' menjadikan Nora seperti orang asing dalam hidup Rizal.

NORMAN HAKIM-ABBY ABADI
Norman dan Abby membawa haluan masing-masing. Anak-anak menjadi mangsa...

'Bercerai kali kedua kerana orang ketiga'

Pelakon Norman Hakim akhirnya melepaskan Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi dengan talak satu pada 18 Disember dengan berat hati.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, menitiskan airmata ketika melafazkan talak manakala Abby reda dan tenang menerima perpisahan yang dipintanya itu.
Gandingan yang sama cantik dan sama padan dalam Gerak Khas mungkin tinggal kenangan pada Abby dan Norman.

Norman-Abby telah bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah bercerai pada 5 Mei 2006. Penceraian kedua-dua mereka, juga disebabkan kehadiran orang ketiga telah disahkan pada 10 Mei 2006 tetapi rujuk kembali sehari kemudian iaitu pada 11 Mei 2006.

Tindakan Abby untuk berpisah dengan Norman pada kali ini, dikatakan berpunca daripada kes tangkapan khalwat suaminya itu bersama pelakon baru, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 20, pada 30 Oktober lalu.

BELL-FARHANA
Kelakuan Bell yang lepas laku ketika melafazkan cerai mengundang padah

'Talak bukan boleh dibuat mainan'

Cerai SMS Bell yang lucu membuat kes ini agak unik. Pelakon popular Nasrizal Ngasri atau Bell membuat penafian menghantar SMS cerai kepada isterinya tetapi kebenaran akhirnya terungkai apabila kes SMS itu dibawa ke mahkamah sehingga sah bercerai talak satu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan perceraian talak satu yang dilafazkan Bell terhadap isterinya menerusi SMS pada 22 Oktober lalu selepas dia mengaku menghantar pesanan "Aku ceraikan kau...TQ... Selamat berjaya' menerusi telefon bimbitnya.

Bell kini semakin keliru apabila bekas isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26 (Shasha) enggan kembali ke pangkuannya. Namun, pelakon filem Antoo Fighter ini berkata beliau akan berusaha kembali rujuk dengan bekas isteri selepas segala urusan penggambarannya selesai.

SITI FAIRUZ -ZAINUDDIN KORDI

'Cerai taklik kerana menyanyi balik'

Siapa sangaka perkahwinan yang terbina selama 20 tahun mampu tergugat dek orang ketiga. Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Bila Ku Rindu Ke Sebut Namamu' Siti Fairuz berkahwin dengan Muhamad Zainuddin yang merupakan pembantu teknik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1988 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Pada 14 Julai lalu, Siti Fairuz disahkan bercerai secara taklik dengan Muhamad Zainuddin pada Mac lalu setelah Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menyabitkan taklik yang dilafazkan pada tahun 1993.

Lafaz itu berbunyi: "Kalau you (awak) nyanyi lagi, jatuh talak" dan mahkamah mendapati taklik kira-kira 15 tahun lalu dibuat dengan niat untuk menceraikan Siti Fairuz yang dikatakan melanggar taklik tersebut apabila menyanyi di Pentas Lanai Seni kira-kira jam 8.30 malam, 30 Mac lalu.

Menurut Fairuz, beliau terpaksa menyanyi untuk menampung perbelanjaan anak-anak kerana tidak mendapat nafkah sejak suaminya berkahwin lain.

NORANIZA IDRIS-AHLI PERNIAGAAN

'Kahwin misteri, ceraipun misteri'

Noraniza Idris, 40, bercerai dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk walaupun usia perkahwinan tidak sampai setahun. Ini perceraian yang kedua bagi Noraniza. Tidak seperti kali pertama, tiada siapa yang tahu siapa suami Noraniza. Semuanya bagaikan satu misteri yang tidak dapat dihidu oleh pihak media.

Penyanyi yang popular dengan Irama Malaysia ini pernah mendirikan rumah tangga kira-kira 18 tahun lalu dengan penyanyi Mohd Fauzi Tajuddin (Fareez), 42. Bagaimanapun, mereka bercerai apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkannya pada 4 Mei 2006.

AZHARINA-SYUKRI
Perkahwinan Azharina penuh rahsia tapi akhirnya terbongkar selepas diceraikan.

'Perkahwinan rahsia akhirnya terlerai'

Penyanyi Azharina diceraikan dengan talak satu oleh Datuk Syukri dengan disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa angkatnya. Azharina, 23 memberitahu, soal bekas suaminya tidak mahu anak seperti yang pernah diperkata sebelum ini bukanlah sebab utama mengapa dia berpisah dengan Syukri, 50.

Azharina yang memegang status isteri no 2 tidak mampu bertahan lebih lama dalam perkahwinan yang baru dibinanya dan akhirnya memilih untuk hidup sendiri pada Februari lalu.

FARAH ASYIKIN-DR FARIZ YAHYA
Saat-saat bahagia Farah Asyikin bersama suami.

'Mula-mula duduk berasingan kemudian bercerai'

Sudah suratan takdir bahtera perkahwinan Farah Asyikin, 29 tahun bersama pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30 tidak kekal lama. Kisah 'perpisahan' sementara yang selama ini hangat diperkatakan berkesudahan setelah mereka secara sah bercerai tanggal 26 Mei lalu.

Farah menerima penceraian yang berlaku dengan penuh reda. Kenapa dan mengapa bercerai 'biarlah menjadi rahsia'?

RUMAHTANGGA MASIH BERGOLAK

Keadaan sesetengah rumahtangga artis ada seperti 'ribut dalam cawan', ada yang seperti telur hujung tanduk dan ada juga keadaan seperti tali yang tegang menunggu putus saja.

- Kisah penyanyi Erema atau Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, memfailkan cerai terhadap suaminya, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43, mendapat perhatian kerana permohonan cerai dibuat ketika penulis lirik itu menderita penyakit saraf dan dalam keadaan tidak upaya. Kes tuntutan cerai Erema akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Selangor, pada tahun depan.

- Turut tersenarai dalam kontroversi pergolakan rumah tangga sepanjang tempoh 11 bulan ini ialah pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, atau Beego dengan isterinya Intan Shahira Mohd Shahru, 27, yang kesnya masih dalam perbicaraan.

Begitu juga penyanyi, Jamaluddin Elias, 48, atau Nash dengan Sosilawati Lawiya, 44, yang perbicaraan kes perceraian mereka sudah selesai tetapi masih tinggal berasingan walaupun mahkamah memutuskan mereka sah sebagai suami isteri.

- Status pernikahan pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46, dengan ustazah Nor Radhiah Ramli, 22 masih menjadi tanda tanya. Bukan saja Aziz tetapi ramai peminat masih tertanya-tanya status perkahwinannya dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, sehingga terpaksa mencari penyelesaian di Mahkamah.

Kes ini masih dalam perbicaraan. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Mohd Radhi Razali, 31, atau Radhi OAG turut terbabit dalam kemelut pergolakan rumah tangga di kalangan artis apabila isterinya, Shazlin Sharif, 30, memohon fasakh dan pengesahan perceraian. Bagaimanapun, Radhi tidak hadir buat kali ketiga 25 November lalu.

- Selain artis, masalah rumah tangga golongan selebriti di kalangan pengacara televisyen turut mendapat perhatian.

- Pada 26 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan pengesahan lafaz cerai pengacara rancangan 360 Darjah dan Malaysia Hari Ini (MHI), Mazidul Akmal Sidik, 41, terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38.

- Pengacara rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, pada 28

November tetapi terpaksa menunggu hampir sebulan lagi untuk mendengar kes berkenaan kerana suaminya tidak hadir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2008 11:25 AM | Show all posts
KES-KES BERCERAI YANG LAIN

- Pelakon, Nor' Ashikin Karman atau Norish Karman, 34 - Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60 (15 Julai).

- Penyanyi Norazlina Abd Rahman atau Leina Hangat, 36 - Muhammad Jamal Delaloy Abdullah, 40 (6 Ogos).

- Penyanyi kumpulan VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham VE, 30 - Karmila Khalid, 31 (8 September).

- Penyanyi, Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman atau Anis Suraya, 28 - Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28 (14 Oktober).

- Pelakon, Emma Akma Yunus atau Emma Akma, 39 - Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34 (29 Oktober).

PERKAHWINAN BERMASALAH

-Pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28 dan Intan Shahira Mohd Shahru, 27.

- Penyanyi Jamaluddin Elias atau Nash, 48 dan pengusaha kosmetik Sosilawati Lawiya, 44.

- Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46 dan ustazah Nor Radhiah Ramli, 22.

- Penyanyi dan pelakon, Mohd Radhi Razali, 31 atau Radhi OAG dan Shazlin Sharif, 30.

- Penyanyi Erema atau Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25 dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 02:56 PM | Show all posts
Jodoh Roslin 12 hari
Oleh Adam Salleh
adam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Inai masih merah di tiga jari kiri, namun takdir menentukan jodoh jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32, tidak panjang.

Pasangan pengantin baru itu yang bernikah pada 30 Januari lalu cuma sempat melayari bahtera rumah tangga selama 12 hari apabila mereka bercerai pada 11 Februari lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dirasai Roslin kerana perceraian itu terjadi ketika dia sedang bersiap-siap menghadapi kejohanan badminton Terbuka India pada bulan depan, apatah lagi kedua-duanya belum sempat menikmati detik manis berbulan madu.

Ketika ditemui, Roslin berkata dia melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, sekitar jam 10.50 malam di hadapan mereka.


“Tiada sesiapa memaksa saya melafazkan cerai. Cuma sebelum lafaz itu keluar dari mulut saya, ayah mentua minta saya fikir dulu kerana mereka tidak nampak kami bersengketa, tapi saya yang hidup bersama anaknya lebih memahami mengapa saya membuat keputusan itu.

“Saya hanya melafazkan talak satu kepada dia. Sejak berpisah saya tidak berjumpa lagi dengan dia. Saya pun sudah kembali hidup di rumah bujang saya sebelum ini di Wangsa Maju,” katanya.

Agak berat untuk Roslin menceritakan mengapa perceraian itu terjadi kerana ia terlalu peribadi. Cuma apa yang boleh dikata selepas tiga hari menjadi suami, dia mulai berasa tiada keserasian.

“Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang.

“Selepas seminggu melihat keadaan tidak berubah, saya sedar rumah tangga saya tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Roslin yang merancang berbulan madu bersama isteri di Perth, Australia.

Roslin dan Faizah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu dan jika mengikut perancangan, pasangan itu sepatutnya berkahwin pada 25 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda kepada 1 Februari kerana Roslin perlu bersiap menghadapi Terbuka Malaysia dan Korea 2009.

Majlis persandingan di rumah pihak perempuan diadakan pada 1 Februari lalu, manakala bertandang di rumah keluarga lelaki di Kampung Sirih, Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Februari iaitu tiga hari sebelum Roslin dan Faizah berpisah. Hantaran untuk Faizah RM15,000.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai suami, kata Roslin, dia sudah pun membeli sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, dan projek itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.

“Saya membeli rumah itu pun kerana mahu berdekatan dengan kediaman mentua. Lagipun ia tidak jauh dengan tempat latihan badminton saya di Bukit Jalil. Memanglah tidak sabar untuk saya menghuni rumah itu bersama seorang isteri, tetapi lain pula yang terjadi,” katanya.

Bagi Roslin, kenyataan dibuat tidak bermaksud untuk memalukan sesiapa, apatah lagi keluarga bekas isterinya itu, namun sebaliknya dia rasa begitu tertekan dengan dilema dihadapi kerana masih ramai terutama peminat badminton serta rakan taulan mengucapkan selamat pengantin baru padanya.

“Kebelakangan ini ke mana-mana saya pergi, ramai yang ucap selamat pengantin baru pada saya. Saya hanya mampu tersenyum dan membalas terima kasih di atas ucapan itu. Hakikat di sebaliknya, ramai yang tidak tahu saya sudah bercerai dan hanya menjadi suami tidak sampai pun dua minggu.

“Saya harap dengan kenyataan ini, masyarakat memahami situasi yang saya hadapi. Tiada orang berkahwin untuk bercerai, tetapi sebagai insan kita tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

“Ujian ini sudah tertulis untuk saya menghadapinya, bagaimana untuk saya mengelak,” katanya.

Roslin yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, menjadikan keluarga Jailani Sidek sebagai keluarga angkatnya. Selepas melafazkan cerai, dia terus menghubungi Jalani memberitahu apa yang terjadi.

“Saya buntu sangat selepas apa yang terjadi pada diri saya. Syukurlah Jalani dan abangnya, Datuk Misbun Sidek menghormati keputusan saya dan minta saya bertenang,” katanya.

Sementara itu isteri Jalani, Raja Azmi Raja Sulaiman turut bersedih terhadap apa yang terjadi kepada Roslin. Tekanannya juga dirasai kerana selain menjadi perancang perkahwinan, dialah yang menjadi orang tengah menemukan Roslin dengan Faizah hingga kedua-duanya bersedia untuk berkahwin.

“Dua tiga hari ini fikiran saya turut terganggu kerana ada pihak menuduh saya tersalah mencari jodoh buat Roslin. Soal jodoh, kita cuma mengaturkan kerana mana kita tahu kaca dan permata.

“Sudah tersurat jodoh Roslin pendek, kita terima saja apa yang ditentukan Ilahi,” katanya.

Di sebaliknya, Roslin belum pasti bilakah dia dan pasangannya akan ke mahkamah kerana esok baru dia akan berjumpa peguam bagi memaklumkan perceraian itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 01:56 PM | Show all posts
wekkk...aku dah larr nak kawen nih weh...takut aku dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 02:10 PM | Show all posts
artis2 ni bknnya heran pun soal cerai berai ni...janji glamer
hari2 keluar kisah diorg kt paper...saham naik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 07:15 AM | Show all posts
Beego cerai Intan talak satu

KUALA LUMPUR 16 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 08:04 AM | Show all posts
cerai jadi macam perkara biasa aje buat mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by pr3ttytw33ty at 11-11-2008 01:49
sian ex hubby norish...umo dh 60..tpksa mnduda lg d usia emas


kaya .. pe de hal .. cari lagik !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 08:34 AM | Show all posts
Atilia bercerai

KUALA LUMPUR 19 Mac - Setelah hampir setahun berahsia tentang pergolakan rumah tangganya, penyanyi jazz kontemporari, Atilia (gambar) mengesahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz selepas hidup bersama selama 10 tahun.

Dengan disaksikan bapanya, Raja Haron Raja Aziz, Atilia, 34, atau nama sebenarnya, Raja Puteri Atilia Raja Haron diceraikan dengan talak satu oleh Ariff, 34, Januari lalu.

Namun begitu, kata Atilia, dia dan bekas suaminya sudah berpisah sejak setahun lalu.

Dalam tempoh itu, katanya, dia dan Ariff cuba memperbaiki hubungan yang dibina atas dasar cinta itu tetapi mereka harus menerima hakikat ikatan yang termeterai tidak mampu diselamatkan lagi.

"Saya mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini selepas benar-benar yakin dengan keputusan saya. Selain itu, saya sebenarnya tidak mahu mencampur hal peribadi dengan karier saya.

"Satu yang pasti, walaupun kami bukan lagi suami isteri, tetapi kami tetap rapat sebagai sahabat baik yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Malah, kami sempat meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10," kata Atilia ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sangkar itu mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 1998 namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Ditanya punca sebenar perceraiannya, Atilia enggan mengulas lanjut dengan alasan dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.

"Biarlah hanya saya dan dia serta Allah sahaja tahu apa yang berlaku dalam perkahwinan kami. Apa yang penting sekarang, saya mahu menjaga persahabatan ini kerana kami masih menyayangi antara satu sama lain," katanya.

Anak kepada penyanyi, Salamiah Hassan ini tidak menolak pandangan dan punca perceraiannya adalah disebabkan ketiadaan cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan mereka.

"Saya tidak menyalahkan dirinya seratus peratus kerana saya mengakui, kesilapan juga terletak pada diri saya.

"Memang sukar untuk menelan realiti ini, tetapi saya perlu meneruskan kehidupan dan saya berasa begitu gembira sekarang kerana tiada masalah lagi yang perlu difikirkan," katanya dengan tenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 11:25 AM | Show all posts

Balas #136 Syd\ catat

cm sebab len je..duit byk.kalo betul2 nak anak,buleh usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:28 AM | Show all posts
cerai lh korang sumer....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:50 AM | Show all posts
Jodoh tak panjang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 12:05 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 10-11-2008 10:26

Aripah Damanhuri & Norhariman Muhammad (gambo aku tak jupe, tapi aku jupe legas case dia vs bank muamalat)

BANK MUAMALAT?? DETAILS PLEASE..NK NYIBUK SKET
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.110625 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list