CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 033589

KELISA --<@ Kelab Lisa Surihani @>--

[Copy link]
Post time 17-4-2009 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 12:48 PM | Show all posts
PROFILE

Cast
2009 :   Kapoww!! - (Main Actor)
2009 :   Jangan Pandang Belakang Congkak - (Supporting Actor)
2009 :   Remp-It V3 - (Supporting Actor)
2008 :   I'm Not Single - (Main Actor)
2007 :   Goodbye Boys - (Main Actor)


Award
2008 :   21st Malaysian Film Festival - Most Promising Actress
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:26 AM | Show all posts
3 JANDA [ASTRO PRIMA MULAI 22/04/2009 JAM 10.00 MLM]

Mampukah 3 Janda atasi Mertua...?
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my




SELEPAS kejayaan Mertua vs Menantu, MIG Beats Sdn. Bhd., kini tampil dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru mereka berjudul 3 Janda yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima tidak lama lagi.

Penerbitan 3 Janda dijangka memberi cabaran besar kerana ia harus membuktikan kemampuannya bagi menyaingi Mertua vs Menantu yang muncul drama bersiri paling tinggi ratingnya di saluran tersebut.

Difahamkan Mertua vs Menantu yang merupakan drama bersiri pertama lakonan Erra Fazira mencatatkan hampir 1 juta penonton sewaktuia ditayangkan di Astro Prima baru-baru ini.

Menurut penerbit MIG Beats Sdn. Bhd., David Teo, beliau optimis 3 Janda mampu menyaingi Mertua vs Menantu berdasarkan kekuatan jalan cerita dan pengalaman para pelakon yang membintangi drama bersiri itu.

"Kalau boleh kami mahu mencipta sejarah baru bagi mengatasi rekod Mertua vs Menantu daripada segi ratingnya. Biarlah ratingnya kali ini mencecah lebih tujuh angka (lebih sejuta penonton).

"Saya optimis sasaran itu boleh dicapai kerana drama bersiri inimenggabungkan ramai tenaga kerja yang berpengalaman, pelakon yangberbakat dan popular," katanya pada sidang media selepas pelancaran 3 Janda di Restoran Lemon miliknya di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Keyakinan David itu terserlah apabila pihaknya kini secara intensif telah mempromosikan 3 Janda meskipun penggambaran drama bersiri itu baru bermula 5 Mac lalu.

Selain David, pengarah 3 Janda iaitu Nor Jauza Rasidi atauJoeza turut terasa bahangnya apabila mengarahkan drama bersiri itu yangdiharap dapat menarik lebih ramai penonton berbanding Mertua vs Menantu.

Kata Joeza, sebagai pengarah baru, beliau harus membuktikan agardrama bersiri arahannya itu mampu menaikkan reputasi drama-dramaterbitan MIG Beats Sdn. Bhd., terutamanya menerusi saluran Astro Prima.

"Saya tidak nafikan tekanan seperti itu. Salah satu jalan untukmencapai hasrat itu, saya dan semua tenaga kerja drama bersiri iniharuslah bekerja kuat.

"Ia bagi memastikan drama yang akan kami hasilkan kelak bermutu danmampu menghiburkan para penonton Astro Prima. Saya yakin kerana semuatenaga kerja termasuklah MIG Beats Sdn. Bhd., bekerja secaraprofesional," ujarnya.

3 Janda yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, NorlianaSamsudin, Awal Ashaari, Abu Bakar Omar dan Rozita Che Wan dijangkaditayangkan di Astro Prima pada setiap Rabu pukul 10 malam mulai 22April ini.

Drama 13 episod itu antara lain mengisahkan tentang tiga adikberadik perempuan iaitu Kartika lakonan Rozita Che Wan,Intan (LisaSurihani) dan Suria (Norliana Samsudin) yang menjadi janda keranamasalah peribadi.

Bergelar janda


Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan termasuklahkarenah ibu bapa mereka dalam mengharungi kehidupan seharian yangmencabar selepas bergelar janda.

Meskipun berkisar tentang kehidupan janda, Joeza berkata, drama bersiri itu tidak bermaksud mendedahkan kelemahan golongan terbabit.

Sebaliknya, drama bersiri itu yang bergenrekan komedi mempunyaibanyak nilai pengajaran yang boleh dititip oleh para penonton salurantelevisyen berbayar tersebut.

Jelas Joeza, 3 Janda yang antara lain berdasarkan banyakpengalaman golongan janda hari ini yang terpaksa berdepan dengancabaran disebabkan status yang mereka galas itu.

"Penulis skrip drama ini iaitu Siti Jasmina banyak mengembangkanjalan cerita drama bersiri ini berdasarkan situasi semasa yang berlakudalam masyarakat hari ini.

"Walau bagaimanapun jalan cerita hasil cetusan idea Jeanne (isteri David Teo) itu tidak berniat menyindir atau mendedahkan keburukan golongan janda, sebaliknya ia boleh dijadikan iktibar," katanya.

Joeza yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti Renjis, Hartamas dan Dua Kali Aku Mencintaimu juga yakin unsur-unsur komedi dan pengajaran dalam 3 Janda mampu menambahkan lagi bilangan penonton Astro Prima.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani turut senadadengan harapan David dan Joeza yang mahu melihat semakin ramai penontonmenyaksikan drama-drama yang disiarkan menerusi saluran tersebut.

"Kami terima cadangan untuk menyiarkan 3 Janda menerusi AstroPrima selepas mendapati genre drama itu bertepatan dengan konsepsaluran ini yang lebih ke arah drama-drama ringan atau komedi.

"Ia berdasarkan kaji selidik penonton yang telah kami lakukan. Biasanya pada hari Rabu (hari tayangan 3 Janda) merupakan hari di mana para penonton ingin bersantai selepas penat bekerja pada hari Isnin dan Selasa," jelasnya.

Pada masa sama kata Nizam, pihak Astro Prima mungkin akanmempertimbangkan memberi sedikit sumbangan kepada MIG Beats Sdn. Bhd.jika 3 Janda mendapat sambutan hangat.

Ini kerana, difahamkan jumlah rating yang tinggi hasiltayangan sesebuah drama yang disiarkan melalui Astro Prima turutmempengaruhi ramai pengiklan untuk mengiklankan produk masing-masing disaluran itu.

"Apa pun semua itu bergantung kepada perjanjian yang akan kamimenterai dengan MIG Beats Sdn. Bhd., selepas ini nanti," komennyaringkas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 08:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:11 PM | Show all posts
nape thread lisa nih senyap je...x meriah pon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 08:21 AM | Show all posts
biar aku sorg2 je post hr2 supaya thread nih x ke belakang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 08:24 AM | Show all posts
:pompom: jgn lupa  mlm ni tgk lisa kat astro prima kul 10 mlm...:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 05:23 PM | Show all posts
i love lisa.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:06 AM | Show all posts












cdt : fb lisa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 09:48 PM | Show all posts
(Gambar) Lisa Surihani Rebah Di Pelukan Farid Kamil - Harus Jeles Ni!



Mungkin itu抣ah kata-kata yang terkeluar daripada tekak Farid Kamil (Atau lebih tepat kata-kata Mr M) apabila berjaya membuat択an Lisa Surihani rebah di抪elukan抧ya. Gurau sahaja, gambar ini mungkin di抋mbil ketika rakaman filem atau drama sedang di抝alan択an. Turut kelihatan bersama adalah pasangan lelaki kacak iaitu Zoey & Nubhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 08:19 AM | Show all posts
Lisa ingin kendalikan firma guaman bapa

Oleh WAHIDA ASRANI

Lisa masih menyimpan impian untuk bergelar peguam

SABAN hari, nama aktres muda ini semakin menyinari persada seni. Rezekinya di dalam bidang ini nampaknya semakin mencurah-curah, apatah lagi sebaik dilantik sebagai pelakon Wajah Eksklusif Astro Megadrama tidak lama dulu.

Pakej lengkap yang ada pada Lisa Surihani iaitu cantik dan berbakat besar sememangnya menjadi kelebihan buat aktres, model dan pengacara berusia 23 tahun ini yang cukup 'laku' di kalangan produser drama dan filem ketika ini.

Apa yang diraih olehnya setakat ini memang merupakan pencapaian yang amat dihargainya. Namun, tutur Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) ini, dalam masa sama mengembangkan karier seninya, dia masih menyimpan hasrat untuk meneruskan impiannya bergelar seorang peguam.

Kata Lisa, sejak arwah bapanya meninggal dunia tahun lalu, dia sudah terfikir untuk cuba meneruskan cita-citanya itu agar dapat mengendalikan firma guaman milik bapanya yang kini diuruskan oleh seorang rakan kongsi.

"Dengan ijazah undang-undang yang saya ada sekarang ini, saya masih belum mampu menjadi seorang pengamal undang-undang. Saya hanya boleh melakukan serba-sedikit saja tugas yang membabitkan perundangan.

"Masih banyak peringkat dan ujian yang perlu saya duduki untuk bergelar seorang peguam yang bertauliah. Dan sepatutnya, saya perlu menduduki peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dalam tahun ini, tetapi dengan jadual seni yang padat, saya terpaksa tangguhkan dulu.

"Untuk buat CLP, ia memerlukan komitmen yang tinggi. Jadi, saya rasa, biarlah saya tangguhkan seketika dan bila sampai masanya, saya tetap akan teruskan apa yang tergendala kerana impian saya ini tidak pernah padam," kata pemegang ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom ini.

Lantaran itu, buat masa ini, kata Lisa, selagi diberi peluang dan mendapat kepercayaan banyak pihak, dia akan terus merangkul tawaran lakonan yang diberikan walaupun dia akui tidak menyangka dirinya diterima baik di dalam bidang ini.

Malah, diam tak diam, Lisa sudah pun membintangi enam buah filem setakat ini dan akan menjayakan filem ketujuhnya, Lagenda Budak Setan, tidak lama lagi.
Lisa bakal membintangi filem terbarunya, Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah

"Inilah dinamakan rezeki. Saya pun tidak menyangka peluang saya di dalam bidang ini menunjukkan tanda-tanda yang cukup positif," ujar Lisa yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Tiga Janda baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang filem Lagenda Budak Setan yang diadaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah itu, kata Lisa, sekali lagi dia akan bergandingan dengan aktor Farid Kamil dan beberapa pelakon lain lagi.

"Ini adalah kali keempat saya digandingkan dengan Farid di dalam filem mahupun drama. Mungkin ramai yang akan bertanya, mengapa saya asyik bergandingan dengannya, tapi itu di luar bidang kuasa saya.

"Apa yang penting, saya ambil tugas itu sebagai satu tanggungjawab. Tetapi setakat ini, saya akui senang bekerja dengan Farid," kata Lisa yang juga tidak terlepas digosipkan dengan aktor itu.

Ujarnya lanjut, peluang dapat terus bekerjasama dengan Farid amat dihargainya apatah lagi pelakon itu tidak lokek berkongsi ilmu tentang lakonan.

"Dia banyak membantu dan sebab itu saya seronok bekerja dengannya. Tapi adakalanya, memang segan juga sebab dia jauh lebih berpengalaman daripada saya.

"Namun, dengan kerjasama yang baik dan dia juga tidak sukar untuk dibawa berbincang telah memudahkan sedikit kerja masing-masing," kata Lisa sambil mengukir senyuman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 09:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 09:22 AM | Show all posts

Reply #173 033589's post

> cam pelik jer heliza tudung camtuhhhh kannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 09:52 AM | Show all posts

Balas #174 melor!\ catat

biala tudung die pelik...asal tuannya lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 12:13 PM | Show all posts

Reply #175 033589's post

> tukar lar avatar heliza yg lain plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2009 09:17 PM | Show all posts
Lisa dalam jgn pandang belakang congkak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 09:29 PM | Show all posts

Balas #177 KartikaBudiasih\ catat

ulau....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 03:06 PM | Show all posts
nape kelab ni tak aktif..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 09:19 AM | Show all posts
Tanpa paksaan, pilihan sendiri - Lisa jelaskan sebab pilih Astro

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my



BIARPUN baru bertatih dalam bidang lakonan, pemilik nama Lisa Surihani Mohamed sudah cukup popular dan dikenali masyarakat umum.

Masakan tidak, sejak memegang watak utama dalam filem I'm Not Single, gadis berusia 22 tahun ini terus menjadi buruan industri seni tempatan.

Berkat keikhlasannya dalam dunia seni membuatkan tuah Lisa semakin mendatang, apalagi bila mendapat tawaran menjadi wajah ekslusif Astro selama setahun.

Dalam jangka masa berkenaan, Lisa tidak boleh berlakon dengan sebarang produksi untuk tayangan di stesen TV lain, kecuali stesen berbayar itu.

Khabarnya imbuhan untuk Lisa juga bukan kecil anak, sebaliknya si manis ini mampu tersenyum kerana bakatnya dinilai dalam jumlah sewajarnya.

Memang satu rezeki besar untuk Lisa, namun di sebalik wajah eksklusifnya di Astro ada harga yang perlu dibayar. Kontrak eksklusif ini menyebabkan peluang untuk melebarkan sayap lakonan di stesen TV lain terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Persoalannya, apa akan jadi sesudah kontrak dengan Astro tamat? Apakah ada kemungkinan pemilik ijazah undang-undang dari Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom itu tidak lagi diterima stesen televisyen lain selepas kontrak berkenaan tamat?

Dan, apakah Lisa juga tidak akan menjadi 'bahan' untuk dipromosikan dalam rancangan-rancangan bukan drama terbitan stesen lain? Jika benar, bukankah itu satu kerugian yang amat besar terutamanya untuk artis baru seperti Lisa.

Mana tidaknya, tindakan Lisa memilih hanya sebuah stesen TV untuk menggunakan khidmat lakonannya boleh dianggap bagai menjerut leher sendiri.

Ketika namanya masih bertatih dan memerlukan kerjasama media untuk mempromosikan dirinya, hak eksklusif di Astro dilihat sebagai satu yang merugikan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang stesen lain.

Bicara gadis ini, apa yang dikejar dalam bidang seni hanya kerana untuk mencari ilmu dan pengalaman, selain pendapatan. Dan dia sekali pun tidak pernah anggap apa yang dilakukan ini sebagai sesuatu yang merugikan.

Justeru, tidak ada kerisauan di benaknya kerana Lisa tahu semua pihak wajar melihat pilihan ini daripada sudut profesional.

"Kalau nak tanya sama ada saya risau atau tidak dengan risiko yang bakal diterima, saya rasa tidak. Ini kerana saya tahu setiap keputusan yang dibuat pasti ada baik dan buruknya.

"Saya ambil tawaran ini sebagai satu peluang dan platform untuk perbaiki diri dalam lakonan. Benar, wajah saya tidak akan muncul dalam mana-mana stesen TV selain Astro. Dan mungkin juga, gara-gara ini orang kurang mengenali saya kerana ia stesen TV berbayar.

"Tetapi saya cuba stabilkan kemunculan saya dengan mengambil tawaran sebagai pelakon iklan, jurucakap produk, serta berlakon dalam filem.

"Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, jadual saya sudah pun tersusun," katanya yang telah pun selesai penggambaran telefilem Mataku Nampak Hantu dan Ponti Anak Remaja serta Tiga Janda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.352048 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list