CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Banjir/Ribut Kat Pantai Timur - Update: 30 rumah rosak kat kuantan (p8)

[Copy link]
Post time 20-11-2008 06:38 PM | Show all posts
alahai aku baru bercadang nak p kelate ngan ganu....nanannananaaa banjir kite ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2008 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by Penjejak_Badai at 20-11-2008 12:22 PM
Bese jgk asal banjir jer mesti ada kes budak lemas ..... :kant:

apa nk jadi laaa...



bukan budak ajer yg lemas... worang tua pun sama ajer... yang budus dok mandi air banjir gak...  pandai berenang pun... tak leh nak lawan arus kuat tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by zexus at 20-11-2008 01:56 PM
baru nak becuti kat cherating sabtu ni.... agak2 ok lagi ke?



leh pi lagi... wokey lagi...  tapi ombak kat sana aku bajet dah 2 meter... tapi bila masuk disember januari... mau sampai 3-5 meter ombak... tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 06:48 PM | Show all posts
ala.. baru nak balek jumpa mak kat mersing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by foxnike at 20-11-2008 01:56 PM
bleh tengok betis awek2 cun duk ngarghung air boh



kalu betis mcm bunting padi... aku pun nak tumpang semangkuk tengok gak... ... tapi kalu betis besaq  macam tiang letrik... errrr...   ....  baik aku tidoq ajer...  tee hee
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 08:01 PM | Show all posts
huih.. da lame tganu x banjir.. dlu2 ujung tahun jerp msti tganu banjir.. tp, sjak 2 3 thn kebelakangan nih, da xbnjir,..

nmpak gaye ssah r nk ke bandar lps nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 08:12 PM | Show all posts
kesian yang asyik kena banjir .. barang yg rosak taun lepas dah berganti ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 06:19 AM | Show all posts
Batu Burok Beach Resort dilanda banjir




PENGHUNI meredah air keluar dari kawasan penginapan selepas
bilik tingkat bawah Batu Buruk Beach Resort dinaiki air akibat
banjir di Kuala Terengganu, semalam



KUALA TERENGGANU 20 Nov. - Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi menyebabkan Batu Burok Beach Resort (BBBR) di sini dilanda banjir mengakibatkan kerugian kira-kira RM500,000.


Air mula menenggelami bilik-bilik di tingkat paling bawah resort berkenaan hampir satu meter sejak pukul 3 pagi ini menyebabkan penghuni terpaksa mendaftar keluar dan mencari hotel lain yang lebih selamat.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan tembok resort tersebut runtuh sehingga memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan tetamu.

Pengarah Urusan BBBR, Rajemah Sheikh Ahmad berkata, ekoran banjir berkenaan pihaknya kerugian kira-kira RM500,000 berikutan 30 daripada 59 bilik di resort berkenaan dimasuki air.

''Kawasan ini memang sering dinaiki air, tetapi tidak seteruk kejadian yang berlaku hari ini sehingga memasuki bilik tetamu," ujarnya.

Menurutnya, selain bilik, air turut menenggelami kawasan dapur, ruang lobi, ruang makan dan kawasan tempat letak kereta.

Beliau memberitahu, kesemua 59 buah bilik resort itu sudah ditempah beberapa agensi untuk mengadakan seminar, namun disebabkan masalah tersebut sebahagian daripada mereka sudah mendaftar keluar.

''Air merosakkan perabot termasuk tilam, katil dan almari," ujarnya.

Beliau mendakwa banjir berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak teratur di kawasan itu menyebabkan air dari kawasan sekitar melimpah ke resort berkenaan.

Katanya, longkang yang sedang dibina di tepi pantai itu pula sekadar memburukkan lagi keadaan kerana tidak mampu menampung air.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri serta Jabatan Pengairan dan Saliran segera melakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.


***************************************************************************

merosakkan ye juga - pastu lepas pada banjir tu - selalunya bau semacam aje
sebab carpet yang dah basah lembap tu... - pada yang nak bercuti ke pantai
timur tu.. mungkin tak payahlah dulu.. kerana banjir yang melanda ni -
pada yang memang tinggal di sana - hopefully berhati2 sokmo terutama pada
yang ada anak2 kecil - takut tergelincir semua --  tiap tahun banjir meragut
nyawa - harap tahun ni berkurang atau tak ada langsung -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 06:21 AM | Show all posts

Reply #28 dexa's post

musim tengkujuh sudah melanda...."sediakan payung sebelum hujan".....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:38 AM | Show all posts
sape ade jetski? bleh sewa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:44 AM | Show all posts
elok skrg ni kalau tganu nak buat monsun cup.. angin tgh kuat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 06:18 PM | Show all posts
Air Sungai Nerus melebihi paras bahaya




KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air Sungai Nerus, Setiu berada pada kedudukan bahaya pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan JPS negeri berkata paras air sungai Nerus di Kampung Bukit jam 10 pagi ini meningkat kepada 12.35 meter, berbanding tahap bahayanya 12 meter.

“Air sungai itu sedang naik kerana pada pukul 11 malam tadi, ia berada pada tahap 12.01 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu tiada berlaku sebarang perpindahan setakat ini.

Jurucakap itu berkata selain Sungai Nerus, terdapat tiga lagi kawasan di mana air sungai di Terengganu meningkat dan melebihi tahap waspada pada bacaan JPS jam 10 pagi ini.

Kawasan-kawasan terlibat ialah di Jambatan Penarik Setiu, Jambatan Pengkalan Berangan Marang dan Ibu Bekalan Setiu.

Menurutnya di Jambatan Penarik, kedudukan paras air di situ pada pukul 10 pagi ini ialah 11.26 meter iaitu melebihi paras waspada kira-kira 0.26 meter (waspada 11 meter) dan air dilaporkan bertahan.

Katanya paras air di Jambatan Pengkalan Berangan pula, kedudukan air ialah setinggi 12.57 meter, mengatasi tahap waspada (12.5 meter) sementara kedudukan air di Ibu Bekalan Setia setinggi 7.57 meter (waspada 7.3 meter).

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata paras air di sungai-sungai yang lain di Terengganu semuanya normal setakat ini.

Beliau berkata hujan lebat sejak Khamis lepas bagaimanapun mulai reda dan cuaca mulai cerah pagi ini. -Bernama




aku takleh nak cayer pasai cuaca reda pagi ni...  mlm kang  hujan lebat balik... toop toop  seksok banjir besaq lagi....    kat ganu time time camnih.. ko jgn ler nak pi mandi sungai  bagai.... tu tempah maut  tuh...

analoji nya ;  mandi kat sungai di terengganu time time monsun nih.....  sama  jer bahaya adier mcm ko gi tindik  maut tu ....     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by mycos79 at 21-11-2008 06:21 AM
musim tengkujuh sudah melanda...."sediakan payung sebelum hujan".....




kalu setakat nak sediakan payung...... aku rasa basah kuyup gak.... dgn hujan lebat camtu...    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 09:54 PM | Show all posts
Paras air Sungai Setiu, Sungai Nerus ditahap waspada
23/11/2008

KUALA TERENGGANU 23 Nov. – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan bacaan paras air di Sungai Setiu dan Sungai Nerus kini berada di tahap waspada manakala paras air di sungai utama lain berada pada paras normal.

Jurucakap jabatan itu berkata, paras air di Sungai Setiu iaitu bacaan di Kampung Bukit yang pada Jumaat lepas berada di paras bahaya iaitu 12.35 meter kini surut kepada paras waspada 11.57 meter.

Bacaan paras air di Kampung Penarik, Sungai Nerus pula melebihi paras waspada iaitu 11.13 meter (paras waspada 11 meter).

Beliau berkata, pada umumnya paras air di 16 batang sungai di Terengganu mulai surut hari ini berbanding hari sebelumnya ekoran keadaan cuaca kembali cerah dan hujan di kawasan hulu telah berhenti. – Bernama




sesiapa yg tinggal  dekat ngan  sg setiu sg nerus nih...  waspada!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 11:00 PM | Show all posts
ada gambar terbaru keadaan kat sana ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by foxnike at 20-11-2008 01:56 PM
bleh tengok betis awek2 cun duk ngarghung air boh

GATALNYA DIA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 03:16 AM | Show all posts

Hujan lebat: Risiko banjir di 5 negeri

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Fenomena hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis diramalkan berlanjutan sehingga hujung bulan ini.

Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, hujan dijangka lebih lebat berbanding sebelum ini dari Khamis ini sehingga 29 November depan.

Daerah yang terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

Di Terengganu, ia melibatkan Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.

Di Kedah pula, terdapat beberapa kawasan seperti Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Star, Sik, Pendang dan Yan dijangka hujan akan berlarutan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 05:47 AM | Show all posts
u are amazing
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 05:56 AM | Show all posts
kat tempat aku dah hujan2 ni, selalu main hujan antara pukul 2-3 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 08:04 AM | Show all posts
harap2 mnjelang aidil adha dah surut banjirnya...
haku nk balik kg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074857 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list