CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Banjir/Ribut Kat Pantai Timur - Update: 30 rumah rosak kat kuantan (p8)

[Copy link]
Post time 26-11-2008 09:04 AM | Show all posts
camno aku nk lik raye aji ni..huhuh
mintak2 tak banjir teruk n keta leh lalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 09:22 AM | Show all posts

Reply #33 amazed's post

baik ada payung dari tak ader...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by tekken at 26-11-2008 09:04 AM
camno aku nk lik raye aji ni..huhuh
mintak2 tak banjir teruk n keta leh lalu


kelmarin gue  mesyuarat kat kompleks perdana JPM putrajaya, ada satu makcik from pekan nak jumpa najib, gue kata najib lening ada  kat peru..dia bitau air dah naik kat pekan & jerantut mungkin akan terjadi banjir besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 02:46 PM | Show all posts
28 November, 2008   
Mangsa Banjir Di Pahang Kini 91 Orang


KUANTAN, 28 Nov (Bernama) -- Bilangan mangsa banjir di empat daerah yang terlibat di Pahang mencecah 91 orang pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Lipis masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 57 orang diikuti Temerloh (16), Cameron Highlands (13) dan Raub (lima).

"Semua mangsa dari enam kampung di Lipis kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Seberang Jelai, Sekolah Kebangsaan Batu Yon dan Balai Raya Kampung Lentang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Di Temerloh, mangsa banjir dari Kampung Kuala Kuang, Lanchang ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Murni dan Masjid Kampung Kuang.

Mangsa banjir di daerah Raub pula ditempatkan di pusat pemindahan sementara Balai Raya Kampung Pampong dan kedai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ajai manakala mangsa banjir di Cameron Hinghlands di Dewan Orang Ramai Ringlet.

-- BERNAMA



pada aku ler..91 worang nih kira ramai dah nih mangsa banjir... tu lom lagi campor ngan kelantan dan ganu lagih....   banjir ni mcm mercun masa bulan poser... MOSTI ada yg mata buta.. jari putus... maut ajer belum lagi... tapi  poin is;  tiap taon pun akan berlaku... tiap taon ada banjir.. ada lagi worang dok ingat tak bahya ayaq banjir nih....  tu ler pasai !!!    
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 02:51 PM | Show all posts
cameron highland pun dah kene banjir????????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:32 PM | Show all posts

Reply #45 sepiITUindah's post

Tanah runtuh kut....

tak pun, roti banjir...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2008 04:35 PM | Show all posts
Banjir: Penduduk Terengganu, Kelantan mula dipindahkan
29/11/2008


KUALA LUMPUR 29 Nov. — Hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mula dinaiki air dan sehingga tengah hari ini kira-kira 900 orang dipindahkan di kedua-dua negeri itu.


Kira-kira 700 orang dari 109 keluarga di daerah Jeli dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan rumah keluarga mereka di Kelantan manakala jumlah yang dipindahkan di Terengganu sehingga pukul 12 tengah hari ini ialah 295 orang.

Di KELANTAN, seramai 34 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor manakala 75 keluarga lagi berpindah ke rumah keluarga masing-masing apabila air mulai naik di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah dekat sini pagi ini.


Sehingga 11 pagi ini, Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata kesemua mereka mula dipindahkan pada pukul 8.30 pagi.

“Sehingga kini hanya pusat pemindahan di jajahan Jeli yang dibuka manakala belum ada laporan mengenai jajahan lain di negeri ini,” katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan berkata Sungai Golok di Jenob kini melebihi paras bahaya iaitu 24.04 meter (paras bahaya 23.5 meter), manakala lima daripada lapan sungai utama di negeri ini — Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusiol dan Sungai Golok di Rantau Panjang — melebihi paras berjaga-jaga.

Di KUALA TERENGGANU, empat daerah di Terengganu yang terlibat setakat ini ialah Setiu, Marang, Besut dan Hulu Terengganu.

Seramai 178 orang mangsa ialah dari daerah Setiu, 88 orang dari Marang, 19 orang dari Kampung Buluh di Besut dan sepuluh orang dari Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu.

jurucakap bilik gerakan banjir Pejabat Daerah Marang berkata setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 53 mangsa ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Marang manakala 35 penduduk lagi di Sekolah Kebangsaan Kubu.

Kejadian tanah runtuh juga dilapor berlaku di Jalan Batangan ke Gong Beris pada pukul 11.15 pagi ini, katanya. - Bernama.

************************************************************************************

pada yang terlibat dalam banjir ni - harap semua jaga keselamatan diri dan keluarga -
important document to kena make sure ditempat yang selamat juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 29-11-2008 04:35 PM
Banjir: Penduduk Terengganu, Kelantan mula dipindahkan
29/11/2008


KUALA LUMPUR 29 Nov. — Hujan lebat yang berterusan sejak tiga hari lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan dan Ter ...

Kg Bukit Diman, HUlu Trg pun dah ada orang kena pindah keee   mmmmmmm kampung sebelah kg ris nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2008 08:33 PM | Show all posts
tu lah..tadi member sms..dia dalam perjalanan dr KL ke kota bharu..naik bas..sampai kuala krai tak bleh lalu..banjir..kena patah balik lalu lipis..kuantan..terengganu baru masuk kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:11 PM | Show all posts
dengar kata, beberapa jalan menuju ke KB terputus..hujan di KB pun tak berhenti...sape yang tahu boleh update tak?...baru je nak pegi kat sana, dah banjir pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:08 AM | Show all posts

Balas #50 IDB\ catat

dari mana nak ke mana?

dora duk area panji..takde banjir pun..tapi dengarnya jeli..kuala krai yg banjir
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 06:54 AM | Show all posts
aku nih first time nak balik naik keta..boleh lalu ke KB ker tak ni? kl ikut gua musang
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 07:29 AM | Show all posts

Reply #51 dora_sue's post

dora...dari Gua Musang ke KB...nak stay di hotel KB.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 07:43 AM | Show all posts
Banjir di dua negeri semakin buruk


PEMILIK bengkel, Zamri Ahmad dibantu rakan-rakannya
menolak kereta milik pelanggannya setelah paras air naik di Jeli semalam.



KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila jumlah yang terpaksa dipindahkan meningkat manakala di Pahang tidak banyak berubah.


Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 1,743 orang petang semalam berbanding 295 orang pada tengah harinya, manakala di Kelantan 794 orang, meningkat daripada 109 orang pada sebelah pagi dan di Pahang hanya 25 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Terengganu memberitahu, daripada jumlah itu, 954 mangsa di Besut, Hulu Terengganu (376), Setiu (325) dan Marang (88).

“Sebanyak 10 pusat pemindahan telah dibuka di Besut sehingga pukul 5 petang semalam manakala empat di Hulu Terengganu, lima di Setiu dan dua di Marang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jalan yang ditutup setakat ini ialah Jalan Kuala Ping ke Kuala Berang di Kilometer 28, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, Jalan Kuala Berang-Kampung Kepah, yang semuanya ditenggelami air antara 0.5 dan 2 meter.


Di Kelantan pula, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir malam tadi memberitahu, seramai 2,397 orang dari tiga jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dipindahkan

“Jeli paling serius dengan 2,048 mangsa dipindahkan,” katanya sambil menambah antara jalan yang ditutup ialah laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai dan Jeli-Dabong.

Dua laluan utama menuju ke jajahan Jeli dan Kuala Krai juga ditutup berikutan air mula naik setinggi satu meter.


**********************************************************************************

kalau nak balik weekend ke - rasanya baik cancel kan takut tak boleh nak balik ke kl semula -
banjir ni unpredictable - bila2 aje akan hujan lebat tak henti2 -
pada yang duk di kawasan yang sokmo kena bencana banjir ni memang kena bersiap sedia lah
supaya tak ada kehilangan document penting - dan yang penting jaga keselamatan keluarga -
harap orang2 pantai timur tabah hadapi banjir ni -
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:51 AM | Show all posts

Reply #54 dexa's post

Dex cayang..
ada tak updated banjir map yg boleh di refer kat mana2 web?
niat nak gi kelantan hujung minggu ni..
kalau ada map affected area yg tunjukkan main road atau jln alternative bolehlah rancang perjalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:46 AM | Show all posts
Walaupun hujan di sini dah berhenti sejak tengah malam semalam.. tp aku rasa hujan akan kembali semula melihat keadaan langit di luar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 09:58 AM | Show all posts
takde thread ramalan angin kencang lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 29-11-2008 21:11
dengar kata, beberapa jalan menuju ke KB terputus..hujan di KB pun tak berhenti...sape yang tahu boleh update tak?...baru je nak pegi kat sana, dah banjir pulok.


hujan kat kb baru berhenti..tapi air dari hulu sudah mula turun ke hilir..air di tambatan diraja dah nak naik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 10:27 AM | Show all posts

Reply #58 razhar's post

bermakna banjir di Jeli-K.krai dah nak reda dan akan turun ke PasirMas, KB, Tumpat pulak ke? camna jalan KL-Lipis-G.Musang-KB? ada yg tutup ke? atau kena lalu ikut trengganu? Jauh weeyy kalau ikut trengganu sana!
kat mana nak tahu pasal jalan2 yg ditutup nih?

takde ke website news atau gov yg update benda nih? kalau 2007 tu ada la..mmg tak efficient btul la dia orang nih! benda basic macami pun takleh nak updatekan org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #59 loona's post

nak selamat..jgn ikut sg.tong...ikut jln pantai..mkn pun senang..aku tak suka ikut jln sg.tong..sepi je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.316051 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list