CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Banjir/Ribut Kat Pantai Timur - Update: 30 rumah rosak kat kuantan (p8)

[Copy link]
Post time 4-1-2009 08:50 PM | Show all posts
Keadaan banjir di Pahang dan Kelantan semakin serius
04/01/2009

KUANTAN 4 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 08:54 PM | Show all posts
hujan dah berenti dr ptg td...air pun dah surut..harap esk pagi tak ujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2009 09:50 PM | Show all posts
12 Januari, 2009 16:52 PM           

RM500,000 Bantu Mangsa Banjir Di Terengganu, Kata MB

KUALA TERENGGANU, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM500,000 bagi membantu 677 keluarga yang melibatkan 3,385 mangsa banjir yang melanda negeri itu Disember lalu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata pemberian bantuan itu berasaskan kerugian yang dialami oleh keluarga yang terlibat melalui bancian yang dibuat oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Bantuan yang diberi dari Tabung Bencana Alam negeri itu bukanlah berbentuk ganti rugi. Ia cuma pemberian saguhati yang berasaskan kepada kerugian yang dialami mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak di sini hari ini.

Sejumlah 234 keluarga di kawasan perumahan itu menerima bantuan itu berjumlah RM249,370.

Ahmad berkata kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM200,000 bagi mengagihkan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa semasa banjir melanda negeri itu.

Beliau berkata kerajaan masih belum memperolehi jumlah sebenar kerugian akibat banjir di negeri itu yang berlaku akhir tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian menyeluruh di kawasan Taman Perumahan Pusu Tiga bagi mencari jalan penyelesaian masalah banjir yang sering berlaku di situ.

"Semasa kajian untuk membina Empangan Kenyir dahulu, memang kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan tadahan air. Jadi apabila kawasan yang rendah ini dijadikan taman perumahan, maka banjir mudahlah berlaku," katanya.

Semasa banjir melanda tahun lepas, 15 buah pusat pemindahan telah dibuka dan daripada jumlah itu enam pusat melibatkan mangsa banjir di kawasan Kuala Nerus termasuk Taman Perumahan Pusu Tiga.

-- BERNAMA



half mil tu  kacang goreng ajer pada ganu...  dengan billion royalty lagi...  satu kuarga leh dapat min lebey kurang rm2000 tu no hal weyyyyy  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:56 AM | Show all posts
hujan lebat skang ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 04:39 PM | Show all posts
Mangsa banjir Rantau Panjang terima bantuan RM1.8 juta
07/02/2009

RANTAU PANJANG 7 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 04:47 PM | Show all posts

Balas #165 amazed\ catat

bestnya dapat duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2009 03:48 AM | Show all posts
Waaahhh - seumur hidup akak sebagai rakyat jati Kelate (di daerah hok sokmo banjir pulok tu ...) tak dok pernah pulok dapat bantuan pitih gini tahun-tahun sebelum ni. Bantuan maso keno banjir tu biaso doh, kali ni bulih pitih pulok ....

Hmm, nasib baik le negeri lain hok x pernah banjir mcm Johor tu keno banjir jugok. Kalu do, mano la demo ni nok ingat rakyat Kelate. Sengeling tok ingat ado la ...  :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 08:13 PM | Show all posts
500 murid terperangkap banjir di tiga sekolah
03/03/2009


KUALA TERENGGANU 3 Mac
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2009 08:15 PM | Show all posts
gua musang ok x?
felda aring?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:51 AM | Show all posts
Tak ada kereta yg tenggelam sampai bumbung macam di KL kot?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2009 04:45 PM | Show all posts
Ribut petir pantai timur Semenanjung hingga lewat petang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang kini melanda beberapa kawasan di pantai timur Semenanjung.

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan yang terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Pasir Puteh di Kelantan; Besut dan Setiu di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; dan Mersing di timur Johor.

Keadaan itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang ini. - Bernama




esok banjir teruk ler... pantai timor nih.... kat mersing - cuzzen aku kata  hujan lebat teruk sekarang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 04:49 PM | Show all posts

Reply #171 amazed's post

skang memang tgh hujan lebat dari semalam non-stop...tapi takde petir cuma angin ribut dari petang semalam...air tak kedengaran naik lagi...selalunya air naik bila hujan benti..baru start air pasang melimpah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 06:53 PM | Show all posts
Rindunya aku nak tgk hujan dah berbulan tak dapat hujan ni   
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:01 PM | Show all posts
abis la sesapa kenduri kawin dalam ujan.... seksa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:02 PM | Show all posts

Reply #174 Mulan's post

rahmat bagi pengantin
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:07 PM | Show all posts
patut la best smacam je tdo hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2009 09:27 PM | Show all posts
19 April, 2009
Lebih 30 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Kuantan




KUANTAN, 19 April (Bernama) -- Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat dipukul hujan ribut dan angin kencang yang melanda kawasan perumahan Balok Perdana di sini petang ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, ratusan penduduk kawasan itu panik apabila rumah mereka mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian bumbung apabila angin kencang melanda.

Seorang mangsa, Mohd Amran A. Hamid, 45, berkata ketika kejadian dia bersama isteri dan lima anaknya berada di rumah yang baru didudukinya sejak empat bulan lalu.

"Saya dan isteri tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas dan apa yang kami boleh lakukan ketika itu cuma berlindung di dalam rumah sambil berdoa," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya keadaan hujan lebat dan angin kencang itu di luar jangkaan berikutan keadaan cuaca sebelum itu cerah dan baik.

Katanya ketika kejadian, beliau merasa rumahnya mengalami gegaran kecil dan menyaksikan bumbung-bumbung rumah jirannya diterbangkan angin kuat.

Mohd Fikri Azri Md Saat, 24, berkata rumah sewanya mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung di samping hampir semua barangan elektrik rosak kerana terkena air hujan.

"Atap rumah saya tercabut akibat ditiup angin menyebabkan air hujan membasahi peralatan elektrik," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Balok Perdana, Osman Abdullah berkata lebih 30 rumah dipercayai mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu.

"Saya akan cuba meminta bantuan daripada Tabung Bencana Alam bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk akibat kejadian ini," katanya.

--BERNAMA




bila yg hal2 camnih  simpati lak aku pada worang kuantang nih...(gengtx mana gengtx!!   )... kat s alam nih  hujan ajer tapi  belum lagi ler sampai ribot topan lagi....    pada mangsa2 kat kuantang nih... aku simpati  ler..!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078700 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list