CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Banjir/Ribut Kat Pantai Timur - Update: 30 rumah rosak kat kuantan (p8)

[Copy link]
Post time 2-12-2008 11:54 AM | Show all posts
Banjir di Terengganu bertambah buruk

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila lebih ramai lagi mangsa banjir di empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata sehingga pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri itu meningkat kepada 3,281 orang berbanding 1,966 petang semalam.

"Kuala Terengganu dan Marang paling teruk dilanda banjir setakat ini," katanya ketika dibunungi di sini hari ini.

Di Kuala Terengganu jumlah mangsa banjir ialah 1,531 orang berbanding 1,147 pada pagi semalam manakala di Marang jumlahnya meningkat kepada 999 orang berbanding 686 orang petang semalam.

Di Besut jumlah mangsa banjir juga meningkat kepada 643 orang berbanding 69 orang pada petang semalam dan jumlah mangsa di daerah Setiu pula meningkat kepada 108 berbanding tujuh orang pada petang semalam.

Jurucakap itu berkata 39 pusat pemindahan banjir telah dibuka di seluruh Terengganu iaitu 17 di Kuala Terengganu, masing-masing sembilan di Besut dan Marang dan empat di Setiu.

Beliau berkata tujuh jalan utama ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam antara 0.5 dan 1.5 meter.

Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Pengkalan Kubur-Kampung Tembila, Jalan Permaisuri Hulu Seladang, Chalok-Telaga Papan, Jalan Marang-Wakaf Tapai, Kuala Terengganu-Kota Baharu, Kuala Terengganu-Kota Baharu (di Lingai) dan Jalan Kampung Bahagia-Kampung Jeram.

Empat batang jalan yang lain pula ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Guntung Luar ke Saujana, Jalan Kampung Padang Air, Simpang 3 Kampung Tepoh dan Bukit Petiti manakala Jalan Bukit Payong kilometer 9 hingga km10 ditutup satu lorong.

Di Kelantan, semua pusat pemindahan di jajahan Jeli telah ditutup pada 10.30 pagi ini tetapi bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan lain meningkat kepada 1,455 orang berbanding 1,208 orang semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kelantan berkata Pasir Mas mencatatkan 1,082 mangsa di 12 pusat pemindahan diikuti Tumpat (271 orang), Kuala Krai (78 orang) dan Kota Baharu (24 orang).

Beliau berkata semua jalan yang ditenggelami air semalam kini boleh dilalui oleh semua kenderaan kecuali Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu.

Jurucakap itu berkata hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya iaitu pada 10.26 meter manakala tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada di bawah paras berjaga-jaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 12:50 PM | Show all posts
Raya Haji macam manalah.....harap-harap tak banjir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 01:05 PM | Show all posts
Dah kuar dalam tv.. dijangka hujan berterusan sehingga 8 Disember 2008
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 11:06 PM | Show all posts
06 Disember, 2008          

Amaran Hujan Peringkat Jingga Di Terengganu, Kelantan Dan Pahang

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Amaran hujan lebat peringkat Kuning yang dikeluarkan pada 3 Dis lepas kini dinaiktaraf ke peringkat Jingga melibatkan beberapa daerah di Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata hujan sederhana kadangkala lebat dari semasa ke semasa di Kelantan (daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu) dan Pahang (daerah Jerantut, Kuantan, Maran dan Pekan) yang dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang turun di Sabah (bahagian Kudat, Sandakan, Tawau dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga tengah malam.

Ingatan hujan lebat peringkat kuning turut dikeluarkan di daerah Bera dan Rompin, Pahang; negeri Johor; Negeri Sembilan; dan Melaka dengan hujan sederhana kadangkala lebat mulai pagi ini hingga Isnin.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasann tanah rendah dan tebing sungai.

-- BERNAMA


*******************************************************************************************

tanah rendah - hujan >>> banjir
tanah tinggi / lereng bukit  - hujan >>> landslide -

apa2 pun.. harap penduduk bersiap sedia hadapi
banjir lagi -
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 03:18 PM | Show all posts
jingga mendanya dah masuk kaler merah dah dexa, tulun la update
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 03:32 PM | Show all posts
huhuhuhu tgk dah ujang semula ganu nihhhh ishhhh mau berboat dipagi raya kangg ishh jauhkann laaaa tp thn ni banjir diganu mmg teruk skit kwsan tak penah naik air pon leh banjir,,....maybe perparitn kat ganu ni tak bape bagus dgn longkang2 tak di serbis....Tp MPKT time ujung2 thn ni mmg depa dok serbis sume longkang2 tu...siap pakai jengkaut bagai nak clearkan mana2 longkang tersumbat...tp dasat leee ku tgk pas tu jenuh nak tunggu air surut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2008 10:11 PM | Show all posts

BANJIR lumpur melanda kawasan Lembah Bertam dekat
Cameron Highlands yang didakwa berlaku akibat projek
pembinaan jalan menghubungkan Cameron Highlands-Kuala Lipis.
Ketiadaan pengawasan dan pemantauan terhadap sisa bahan binaan
di tapak projek di Ringlet fasa terakhir projek berkenaan menyebabkan
air di Sungai Bertam melimpah. Banjir lumpur itu menyebabkan harta
dan tapak semaian di kawasan berkenaan musnah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:46 PM | Show all posts

Reply #127 dexa's post

mcm lpas kn tsunami jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2008 11:02 PM | Show all posts
perghh...sok pagi nak gerak balik kb nih...aku dengar takleh ikot jabor betui ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 12:29 AM | Show all posts
UPDATE... sekarang ni tengah ujan lebat... sejuk tul

semalam ujan satu hari suntuk, jalan AMBS bukit besi sudah tenggelam dekat timbang JPJ. bapak aku lalu situ semalam.

pagi tadi sejak subuh sampai sekarang ujan.

kul 12 t/h -bekalan letrik terputus area kg pandan, tmn tas, batu 7, jaya gading dan sekitarnya. pukul 4pm baru ada api balik.

kul 8 mlm tadi, air pulak tak de... setakat ni, 12.30, masih tak de air.....

KUANTAN sux big time
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 12:36 AM | Show all posts

Balas #130 geng_tx\ catat

kat Ghanu baru je start hujan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:14 AM | Show all posts
apa cita ni......... gelap oi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:28 AM | Show all posts
pagi ni mendung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:34 AM | Show all posts
kat masjig kg pagi ni pon banjir,ujan dari malam tadi,kena redah banjir nak menyemberang ke masjid....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 10:44 AM | Show all posts
tgh ujan rnyai2
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 01:04 PM | Show all posts
masih ujan...

masih tak de air...

datuk denan woiiii.... ko tau tak seluruh kontan tak dak air.....?

hampesssss:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2008 01:25 PM | Show all posts
aku nak update kwsn rumah aku banjir dah..

aku tinggal area selangor dekat2 morib... x pernah2 banjir tiba2 banjir dah..
umah aku dah masuk air skrg nie duduk kat MIL punya rumah..


ada gambar tp x der memory reader nak paste gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 01:48 PM | Show all posts
hujan dah kurang di kb tapi angin kuat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by rebecca_nur at 8-12-2008 01:48 PM
hujan dah kurang di kb tapi angin kuat..


Angin kuat lah punca banjir sebab air sungai tak boleh masuk ke laut dan muara sungai tertutup dengan beting pasir
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 06:45 PM | Show all posts
UPDATE dari kontan pahang...

hujan baru kembali merintik setelah 3 jam lebat...


bekalan air yg terputus pun sudah bersambung... FINALLY.. a decent hot shower will make my day.... TQ JBA...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086661 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list