CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: avrilizana

Sweet Scha Alyahya - Kata Kau - Astro RIA ch 104 setiap Jumaat

[Copy link]
Post time 26-11-2008 11:13 AM | Show all posts
lawoooooooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 12:04 PM | Show all posts




in Antoofighter as Lara Lenjan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 12:08 PM | Show all posts


credit to scha's facebook

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:25 PM | Show all posts
tempat kegemaran: Club Med, Cherating..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:01 AM | Show all posts
Sedang ingin berkasihOleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my



FAHRIN AHMAD pernah berkata, jika dirinya bertemu cinta baru, akandipastikan bahawa wanita itu bukan lagi 'teman tapi mesra'. JanjiFahrin juga, jika sudah mempunyai kekasih hati, berita bahagia itu akandikongsikan dengan semua.
Itu penjelasan Fahrin ketika diusik para wartawan saat dilihat hadirbersama pendatang baru Scha, dalam satu majlis berbuka puasa Ogos lalu.Ketika itu mereka masih teramat baru menjalin persahabatan dan padamasa yang sama, Fahrin baru sahaja diberitakan 'putus kasih' denganbekas 'teman tapi mesranya', Linda Onn.
Berbulan-bulan membiarkan mereka selesa dengan terma persahabatanyang dibina, baru-baru ini Fahrin rela dirinya disaksikan semua apabiladuduk di samping Scha di malam gala tayangan filem Histeria yang menampilkan wanita jelita itu antara pemegang watak utama.
Sah, Fahrin dan Scha sedang di alam romantis! Walaupun dari jauh,gerak-geri dua anak muda ini mudah diteka, mereka tak ubah sepertipasangan yang sedang ingin berkasih.
Dikala hidup sentiasa diperhatikan ekoran perang emosi bersama Lindayang tidak berkesudahan, timbul kisah indah, adakah benar si Fahrinsudah bertemu pengubat duka? Begini penjelasan Fahrin tentangbunga-bunga yang dikatakan sedang berputik di jiwanya.
"Saya tidak pernah hipokrit, saya tulus dan tidak berpura-pura.Kalau saya sedang berkawan baik dengan seseorang, orang lain akan tahu.Begitulah juga dengan persahabatan saya dengan Scha. Perkenalan kamiterjalin sejak Ramadan lalu." kata Fahrin.
Bagaimanapun satu sahaja permintaan Fahrin, janganlah buat spekulasiterlalu awal dan memberikan tekanan yang tidak munasabah terhadaphubungan mereka. Sememangnya hubungan mereka sedang berjalanbaik.Sejauh mana kayuhan mereka, terlalu awal untuk diterjemahkan.
"Sekali lagi saya tegaskan, ia masih terlalu awal. Berikan kami masauntuk mematangkan dan membangunkan hubungan ini agar lebih teguh lagi,"luah Fahrin optimis saat menjawab persoalan yang diajukan.
Fahrin tidak seratus-peratus mengakui secara mutlak tentang perkongsian cinta yang datang bersulam, pun menafikan juga tidak.
Jadi apakah ertinya kehadiran Scha dalam hari-hari Fahrin ketikaini? Sekali lagi istilah pengubat jiwa berbangkit dalam bicara kami.
"Saya bersyukur dengan kehadiran Scha. Tetapi dalam keadaan ini,dalam hati saya langsung tidak ada istilah pengubat jiwa atau penggantilara seperti mana yang disebutkan segelintir pihak.
"Bagi saya, perkara lalu (hubungan dengan Linda Onn) sudah 'mati'dalam fikiran saya. Fokus saya sekarang adalah untuk masa depan danmencari yang terbaik untuk masa depan saya.
"Siapapun yang hadir, jika akhirnya dia yang saya pilih sebagaijodoh, maknanya itulah yang terbaik untuk saya," hela Fahrin, 29, dalamnada sedikit bertegas.



Jika di hati masing-masing sudah terukir nama yang satu, apa lagi yang hendak ditunggu, jangan pula padi bertukar hampa.
Bukankah lebih baik keikhlasan hati disatukan menjadi perkahwinan.Namun kata Fahrin, soal jodoh bukan keputusan disatu pihak, ada pihaklain yang turut terlibat. Jadi, biarlah situasi itu datang tanpa perludigesa.
Dalam bahasa apa sekalipun, luahan Fahrin ini mudah dimengertikan.Fahrin ternyata seorang yang seboleh-bolehnya cuba untuk mengawalsituasi. Nyata dia juga sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu,setidak-tidaknya biarlah kali ini dia yang mengawal situasi, agar tidakmelarut dan merosakkan reputasi.
Menyedari temannya itu masih baru dalam dunia yang memungkinkanbanyak sensasi ini, Fahrin juga tidak mahu, kelak Scha pula dituduhmendaki popular bersandarkan kisah cinta.
"Saya percaya, tanpa saya, masyarakat sudah dan mudah mengenalisiapa Scha. Mungkin perkara ini berlangsung seiring, kisah kami menjadiperhatian dan dalam masa yang sama, dia ada drama dan filem yang bolehmengetengahkan dirinya. Dia tak perlukan saya untuk popular bahkan diaberlakon lebih banyak filem berbanding saya," ujar Fahrin tergelakmengakhiri penjelasan eksklusifnya kepada Kosmo!
Ibarat orang mengantuk disorong bantal, pengakuan Fahrin ini sepertimengizinkan secara terhormat untuk dia dan Scha digelar merpati sejoli,mereka sama-sama ingin terbang lebih jauh di langit biru mencari dahanyang sama untuk hinggap berteduh.
Scha takut publisiti
Mulanya, dia seperti mana-mana pelakon baru, diberikan watak yangbiasa-biasa, sekadar pelakon tambahan menjayakan watak kecil dalamsesebuah drama. Namun ketika ini, ada sesuatu yang menarik perhatiankala berbicara tentang pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadziryang lebih mesra disapa Scha ini.
Apatah lagi dengan dua buah filem, Histeria dan Antoo Fighter yang bakal berkunjung ke pawagam tidak lama lagi serta sebuah drama bersiri yang memaparkan konflik anak-anak kapal dalam Awan Dania di Astro Ria, nama Scha kerap bertamu di bibir ramai.
Tetapi apa yang lebih pantas menangkap pancaindera peminat tentangScha pastinya gosip dan kisah intimnya dan pelakon dan pengacarapopular, Fahrin Ahmad. Bahkan ketika ini, ke mana-mana sahajalangkahnya berada, dia sering diusik dengan panggilan nakal Scha-Fahrin!

HUBUNGAN bergelar 'teman tapi mesra' pernah terjalin antara Fahrin dan Linda, namun hari ini tiada lagi mesra antara mereka.

Bimbang dan sedikit ragu seandainya keterbukaan mahupun sikapberselindung disalah-ertikan mana-mana pihak, Scha menegaskan, diaselesa bertindak mengikut gerak hati.
"Saya tak nak dicop sebagai artis yang cover line, atau yang nak sorok kisah peribadi. Saya tak macam tu kerana saya nak mulakan karier seni secara bersih.
"Saya juga tak nak orang tuduh, dulu cakap lain sekarang cakap lain.Dulu memang kami baru kenal, tapi lama-kelamaan, hubungan ini jalanterus walaupun kami tak pernah rancang apa-apa. Saya sangat okey denganFahrin dan kami memang sedang ada hubungan," ucap Scha selamba sepertitahu sangat jawapan itu yang ditunggu-tunggu daripadanya.
Mengakui selesa dan mudah serasi berdampingan dengan jejaka bersusuktegap itu, di hati Scha sebenarnya ada kebimbangan. Dia seboleh-bolehmahu terhindar daripada dikaitkan dengan masalah yang sedang dialamiFahrin dengan Linda, dulu dan kini.
"Saya tak nak terlibat sebab saya tiada ketika konflik merekabermula. Tapi untuk bercakap tentang saya dan Fahrin saya tak kisah,cuma masih terlalu baru untuk kami bercakap tentang masa depan," katabekas pramugari ini berterus-terang.
Dari satu sudut, gadis berusia 25 tahun ini dilihat hadir bersamapakej. Dianugerahkan paras rupa yang tidak kurang manisnya, ada bakatyang boleh terus digilap menjadi antara pesona di bidang seni ditambahpula ada kisah percintaan yang melonjakkan namanya menjadi popular.
Tidak pula malu mengakui anjakan populariti bermula sejak berdekatandengan Fahrin, kata Scha: "Kalau saya nak mempertahankan bahawa sayadikenali dalam bidang ini semata-mata kerana bakatpun tak boleh juga.Sedikit-sebanyak saya kena akui juga perkara itu.
"Mulanya saya ada rancangan sendiri, nak berlakon drama, kemudianterima tawaran filem, dan kalau ada rezeki nak buat pengacaraan. Darisitu, agenda karier saya akan meningkat peringkat demi peringkat, tapisekarang dah lain pula jadinya.
"Tiba-tiba semuanya datang serentak, ada drama bersiri, ada filemyang bakal ditayangkan dan ada pula orang baru (yang popular) dalamhidup saya, tapi semuanya, okey. Buat masa ini, tak pula saya tertekansangat dengan situasi ini. Tekanan sikit-sikit itu biasa dan masihboleh dikawal."
Dalam fikiran Scha kini, dia enggan ada yang kecewa jika ada sesuatuyang tidak diingini berlaku dalam hubungannya dengan Fahrin. Bimbangjika hubungan yang dilihat indah dari luar itu tidak seperti yangdisangkakan.
"Saya tahu dia ramai peminat, ramai yang tidak mahu dia kecewa lagi,begitu juga dengan nama baik keluarga, itu yang membuatkan saya takut,"tutur Scha membelah isi jiwanya.



Antara perkara yang membuatkan dia cukup selesa dengan Fahrinsetelah melihat ketaatan lelaki itu kepada keluarga dantanggungjawabnya sebagai pemuda Melayu Islam.
"Saya lihat Fahrin tidak pernah engkar dengan tuntutan agama.Solatnya terjaga dan dia sangat taat kepada ibubapa. Memang itu impiansemua wanita, untuk mencari lelaki yang terbaik. Tetapi sejauh manahubungan kami boleh pergi, saya serahkan kepada takdir Illahi," kataScha dengan bahasa bahagia lewat intonasi kata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #25 britney_sapiah's post

so schweet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2008 05:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 06:04 AM | Show all posts
cantikk ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 11:40 PM | Show all posts
NAK tepek gak.....







BEst kan die?
huduh yang cumil....
Harap tak jadik perosak manusia lain in all sides....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 01:53 AM | Show all posts
thanks guys for tepek-ing her photos.. suwitt je dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:22 PM | Show all posts
scha.. scha.. dia ni mmg sesuai berlakon dlm mo-v antoo-fighters.. dulu kitaorg slalu g ghost hunt sesama.. masa zaman gila2 muda mudi dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #31 linaxman's post

oo dia mmg suka menda2 angker ek.. linax.. cite la lg psl scha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:36 PM | Show all posts
sukee scha..dah tgk antoo fighter..kiuttt jea dia jd ala2 tomboy..jd pemandu teksi..wahhh..besttt seyh!!!!

suka rmbut scha masa dia blakon jd sofea dlm bella..

dulu2 ada beli mag REMAJA masa scha jd cover utk pencalonan dewi remaja..sgt comell!!!!

i likeee scha..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:50 PM | Show all posts
huhu.. nk citer apa ek.. dia ni mmg kelakar.. slamber.. gila2..

scha ni bukan benda2 yg angker jer dia suka.. benda apa yg giler2 n adventurous mesti dia nk test power..

tp dh lamala xjumpa dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 06:24 PM | Show all posts

Reply #33 mellanizz's post

welkam2.. kann.. sungguh brutal dia bwk teksi.. haku tegelak2 tgk.. lelagi bila dia aim nak tembak kete atok si radhi.. siap ade GPS tuuuu// dasat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 06:25 PM | Show all posts

Reply #34 linaxman's post

dia jenis slamber brutal nye org ekk.. ekekekeke.. mmg kene la masa dia jd dania tu yg abg watak dania tu ckp, "ko ni harap muka je jambu tp ganas" lebey kurang camtu laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 06:32 PM | Show all posts
dia ni takde la brutal t'lbh sgt.. kira brutal secukup rasa.. mengikut keadaan semasa gitu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #37 linaxman's post

ooo... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 02:45 PM | Show all posts
suka scha nih..
tp iklan rexona yg ade dia tuh cam geli lak nengok masa dia sapu2 tak ketiak tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 02:49 PM | Show all posts
pasan muke dia nih masa dia jadik cover remaja ngn awal ashari
masa tu x taw lak dia dewi remaja
dah lama x bli remaja.. maklum lah dah x masuk lam golongn remaja lagik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.572917 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list