CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4522|Reply: 4

Televisyen digital di Malaysia

[Copy link]
Post time 1-12-2008 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Televisyen digital bertapak di Malaysia sejak pertengahan 1990-an dengan perkhidmatan Astro, kini disinambungi oleh kemunculan perkhidmatan TV berbayar yang baru pada dekad 2000-an, serta pelaksanaan pendigitalan TV terestrial yang dijangka siap menjelang pertengahan 2010-an. Perkhidmatan televisyen digital disalurkan melalui pelbagai piawaian mengikut cara penyampaian, termasuklah Penyiaran Video Digital (DVB) (DVB-S untuk televisyen satelit dan DVB-T untuk televisyen terestrial) dan Televisyen Protokol Internet (IPTV).

Kaedah penyiaran DTV

Televisyen satelit

Era televisyen digital di Malaysia bermula dengan pengenalan perkhidmatan televisyen satelit Astro pada tahun 1996. Astro kini memancarkan lebih kurang 80 saluran televisyen langganan tempatan dan antarabangsa, mematuhi piawaian DVB-S dan memancar video dalam format MPEG-2 melalui jalur Ku dalam spektrum elektromagnet, menggunakan transponder sistem satelit MEASAT. Pemancaran isyarat Astro mudah terjejas oleh hujan di kawasan yang beriklim tropika, akibatnya menyebabkan gangguan dalam penerimaan siaran.


Televisyen terestrial digital

Siaran percuma

Pada tahun 2005, Kementerian Penerangan mengumumkan rancangan pendigitalan siaran televisyen percuma seluruh negara yang diterajui Radio Televisyen Malaysia. Siaran percubaan dijalankan melibatkan seribu rumah tangga di Lembah Klang mulai September 2006 hingga Februari 2007. Menurut Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri Chia Kwang Chye, percubaan ini menerima maklum balas yang amat memberangsangkan, iaitu "lebih 60 peratus menyatakan mutu isyarat adalah dari bagus ke amat bagus, lebih 88 peratus berkata mutu gambar bertambah baik, sementera 70 peratus berkata mutu bunyi lebih bagus."

RTM telah menyediakan sekurang-kurangnya tiga saluran baru (RTMi, Muzik Aktif dan Arena) di samping dua saluran sedia ada (RTM1 dan RTM2) melalui satu multipleks digital yang beroperasi di saluran 44 jalur UHF bermodulasi 64QAM. Sungguhpun siaran percubaan lama habis, namun saluran-saluran digital tersebut dikatakan masih disiarkan dalam bentuk ujian, menunggu pelancaran rasmi seawal tahun 2008.

Tambahan pula, RTM bakal membuka saluran-saluran TV setempat bagi setiap negeri dan wilayah in Malaysia, yang mana setiap kawasan ini akan memiliki saluaran TV tersendiri yang menyiarkan kandungan yang lebih bersifat tempatan berbanding TV peringkat kebangsaan, menjadikan sejumlah 20 saluran di platform TV digital RTM[4]sebagai sebahagian penstrukturan semula RTM selama tiga tahun. Menurut Menteri Penerangan Dato Ahmad Shabery Cheek, RTM dijangkan melancarkan perkhidmatan DTV di peringkat kebangsaan pada tahun 2009.

Setakat ini (November 2008), Media Prima Berhad, konglomrat media terbesar negara yang memiliki TV3, ntv7, 8TV dan TV9, masih belum mengumumkan sebarang perancangan berkenaan televisyen digital.

Malaysia dan seluruh negara ASEAN memilih DVB-T sebagai piawaian penyiaran televisyen digital, dan dijangka melupuskan siaran analog sepenuhnya menjelang tahun 2015. Pada bulan Jun 2008, para hadirin Mesyuarat Penyiaran Digital ASEAN ke-6 dari tujuh buah negara Asia Tenggara (termasuk Malaysia) bersetuju menetapkan spesifikasi kotak atas set TV digital untuk kegunaan penduduk anggota-anggota ASEAN, serta mewujudkan Pusat HD ASEAN yang bertujuan menyediakan latihan pengendalian kandungan HDTV bagi penyiar negara anggota.

Penutupan siaran analog

Siaran TV analog akan ditutup secara berperingkat dan dijangka siap pada tahun 2015 seperti yang disyorkan oleh ASEAN. Pelan peralihan televisyen digital dibahagi kepada tiga fasa:

1. Fasa I (2007-2015)
- TV analog dan digital wujud bersama
- TV analog ditutup secara berperingkat
- Perkhidmatan utama lain dikosongkan (radar dan LMS)

2. Fasa II (2016-2020)
- Tiada perkhidmatan TV analog
- Perkhidmatan DTT di saluran 56 ke atas dikosongkan
- LMS dalam jalur 477MHz hingga 478MHz dikosongkan
3. Fasa III (2020-)
- 100% perkhidmatan DTT menggunakan saluran 5 hingga 12 dan 21 hingga 54

Televisyen terestrial berbayar

U Television (dahulunya MiTV) bakal melancarkan perkhidmatan penyiaran video dalam format H.264/MPEG-4 AVC mengikut piawaian DVB-T agar meningkatkan mutu gambar dan kecekapan penggunaan lebar jalur frekuensi, setelah menemui kebuntuan ketika melancarkan perkhidmatan IPTV melalui UHF sebelum ini.


Televisyen jalur lebar dan IPTV

Fine TV merupakan perkhidmatan video atas permintaan jalur lebar terulung di Malaysia yang menawarkan rancangan televisyen yang boleh ditonton bila-bila masa tanpa jadual yang ditetapkan dalam 19 saluran pelbagai genre.

DETV, sebuah perkhidmatan TV baru milik REDtone, menyediakan perkhidmatan saluran dan video atas permintaan menggunakan teknologi IPTV, setakat ini (Jun 2008) menumpu kepada penonton kaum Cina di Malaysia.

TM dijangka melancarkan perkhidmatan IPTV pada suku kedua tahun 2009, tetapi kini menjalani siaran percubaan dengan 1,000 rumah tangga terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Terdapat beberapa perkhidmatan penstriman video yang boleh ditonton melalui Internet jalur lebar dalam komputer, sperti WorldIP.TV dan Yoonic.


Televisyen mudah alih

Televisyen mudah alih diperkenalkan di Malaysia melalui perkhidmatan penstriman video oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan DiGi, kepada pengguna telefon bimbit canggih berlengkapkan teknologi 3G atau seumpamanya. Maxis TV kini menawarkan lebih 20 saluran kepada para pelanggan Maxis 3G yang memiliki telefon bimbit yang serasi. Namun begitu, Maxis dijangka akan melancarkan perkhidmatan TV secara penyiaran secara piawaian DVB-H pada masa akan datang.

U Mobile juga menyediakan perkhidmatan TV mudah alih secara penyiaran kepada pengguna telefon bimbit 3G terpilih, mematuhi piawaian DVB-H.

Pada Oktober 2008, Astro melancarkan perkhidmatan Astro Mobile TV yang kini menawarkan 18 saluran, semuanya versi-versi mobil bagi saluran-saluran yang sedia ada ditawarkan oleh perkhidmatan satelit Astro. Perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pelanggan Maxis yang memiliki telefon bimbit yang serasi teknologi 2.5G atau 3G, dan tidak bertindih dengan perkhidmatan Maxis TV.


HDTV

RTM mula-mulanya dijangka memulakan ujian televisyen definisi tinggi (HDTV) pada awal tahun 2009, tetapi diketahui bahawa penyiar awam ini telah menguji HDTV bagi upacara pembukaan dan penutupan serta beberapa acara Sukan Olimpik Beijing 2008 baru-baru ini. Astro turut mengesahkan pihaknya sedang membangunkan sistem HDTV-nya. Sehingga Oktober 2008, tiadanya putus kata mengenai rancangan HDTV dari pihak Media Prima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 10:12 AM | Show all posts
rtm neh toksah harap sgt la... wuhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 10:17 AM | Show all posts
bila la mesia nak ada HDTV ni..... best ckit klu nak buat tv-rip. wakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 06:59 AM | Show all posts
Originally posted by szerone9 at 1-12-2008 10:12 AM
rtm neh toksah harap sgt la... wuhuuu

silap tu.. yg paling byk duit ialah RTM
semua kerajaan belikan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 12:33 PM | Show all posts
ade tv cable kan best...
x yah guna isyarat yg kengkadang poor time ujan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059603 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list