CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3159|Reply: 2

Three Daddies with One Mommy [8TV - 8.30pm]

 Close [Copy link]
Post time 2-1-2009 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Siri popular Korea 'Three Daddies with One Mommy' di 8TV  
              Pendukung watak utama dalam cerita 'Three Daddies and a Mommy.'


Slot popular 8TV ‘Best of The East’ kali ini mempersembahkan drama bersiri popular dari Korea 'Three Daddies with One Mommy'.

Bagi yang menggemari drama-drama bersiri dari Korea, jangan lepaskanpeluang untuk menonton pelakon Korea kegemaran anda hanya di 8TV!

Three Daddies with One Mommy disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 bermula 26 Disember 2008!

“Slot ‘Best Of The East’ sentiasa mendapat sambutan yang cukupmenggalakkan dan mempunyai pengikut tersendiri. Kami di 8TV jugasentiasa berusaha menyajikan hanya yang terbaik untuk semua penonton,”ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan,Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Drama Three Daddies with One Mommy mengisahkan tentang kehidupanseorang bayi perempuan yang comel dan yang lebih menyeronokkan bayibertuah ini mempunyai 3 orang bapa!

Song Na Yeong yang telah berkahwin sebanyak empat kali kini bolehtersenyum lega apabila telah menemui suami baru Jeong Seong Min yangcukup penyayang dan baik hati. Seong Min mempunyai tiga orang kawanbaik Han Soo Hyeon, Choi Kwang Hee dan Na Hwang Kyeong Tae. Merekaselalu menghabiskan masa bersama melepak di rumah Seong Min.

Sejak berkahwin, Na Yeong berusaha untuk mendapatkan anak namunSeong Min menghadapi sedikit masalah kesihatan yang menyukarkan merekauntuk mendapatkan zuriat. Seong Min akhirnya mengambil keputusan untukmenyuruh tiga rakan baiknya mendermakan sperma mereka.

Mereka yang pada mulanya kurang bersetuju dengan keputusan Seong Minakhirnya sepakat untuk membantu Seong Min dan bersetuju untukmendermakan sperma mereka. Tidak lama kemudian, Na Yeong mengandung danmelahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Malang tidak berbau,Seong Min maut dalam sebuah kemalangan jalan raya.

        

Kisah seorang bayi yang mempunyai tiga orang ayah di 8TV.
Na Yeong membesarkan anak perempuannya itu seorang diri kerana tidakdapat mengenal pasti siapakah bapa kandung sebenar bayi perempuannyaitu.

Na Yeong juga terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang-hutangsuaminya. Tanpa pendapatan yang tetap beliau akhirnya kehilangan tempattinggal.

Na Yeong mendapat bantuan dari ketiga-tiga rakan baik suaminya. Padamulanya ketiga-tiga mereka merasa agak terbeban dengan kehadiran NaYeong dan bayinya namun kerana banyak meluangkan masa bersama-sama,terbit rasa sayang kepada bayi perempuan itu dan mereka turut menaruhhati kepada Na Yeong.

Na Yeong pula jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Jeong ChanYeong namun jejaka itu tidak mengetahui status sebenar Na Yeong yangmempunyai seorang anak. Pada waktu yang sama Jeong Chan Yeong turutdiminati oleh seorang wanita bernama Park Seo Yeon.

Apakah nasib bayi perempuan yang baru lahir itu? Siapakah bapakandung bayi perempuan comel itu? Bagaimana pula percintaan di antaraSong Na Yeong dan Jeong Chan Yeong?

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat Three Daddies andOne Mommy yang menemui anda setiap jam 8.30 malam, Isnin hingga Jumaatbermula 26 Disember 2008 lalu hanya di 8TV! Siaran 8TV juga bolehditonton melalui Astro anda di saluran 708!

[ Last edited by  Syd at 2-1-2009 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2009 11:33 AM | Show all posts
thread nih dah ade la.... ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 12:25 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

thread ni dah ada...

refer kat sini...

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

thread closed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Drama & Realiti TV


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    28-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.077229 second(s), 28 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list