CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-1-2009 10:14 AM | Show all posts
KAMPONG BARU CURI HAK TANAH MELAYU













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 10:26 AM | Show all posts
ko tabur la brapa fitnah kat anwar ni...selagi byk ko tabur selagi 2 la pr semakin kuat..kuala terengganu dah jadi bukti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 11:40 AM | Show all posts
Balas  #42 aniqq_torres\ catat















gambar ni fitnah ker...????? well...saper yang memberi kemenangan kepada Anwar Ibrahim....sendri mau ingat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:42 AM | Show all posts
Apabila Ustaz Anwar Ibrahim Berdialog Antara Agama !

Berikut adalah terjemahan artikel tulisan Rev Dr.Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."

Dato'Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.

Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim ( panggilan yang diberi )memberikan ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai "Dialog Peradaban".

Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.

Di dalam forum tersebut, Anwar menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (" Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne "), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat. Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, " dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali ".

" Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut," kata beliau.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Anwar Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.

" Mengapa tidak kita - Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing."

Anwar, dalam mengenal pasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.

" Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama ".

Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Anwar Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.
Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.

Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Anwar Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.

" Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."

Dr. Anwar Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Australia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.

" Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu ", bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkitan Asia"

Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kearah globalisasi. Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya. Dia berkata " Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat ".

Begitulah terjemahan artikel tulisan Rev Dr. Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches ( Majlis Gereja-gereja Victorian ), terbitan The Victorian Unity Newsletter ( Council of Churches ). Artikel asal bertajuk, "Current Issues: Dialogue of Civilisations..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:42 AM | Show all posts
ULASAN

Begitulah buah pandangan daripada Rev Dr. Duncan Reid Presiden Majlis Gereja-gereja Victorian, Australia iaitu pandangan seorang paderi kepada 'muslim moderate', Anwar Ibrahim bahawa Anwar bukan secularist tetapi seorang yang amat percaya persefahaman antara agama, terutamanya Muslim, Kristian dan Yudaisme ( Yahudi ).

Sebab itulah Ustaz Anwar berani berkata " Sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- 慉llah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:44 AM | Show all posts
KAMPONG BARU CINA CURI HAK TANAH MELAYU!



Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

揜ancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

揜aja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2009 08:45 AM | Show all posts
Cerita sebelumnya :

Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".

Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.

Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.

Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.

Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.

Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.

Siapa penduduk kampung baru ini?

Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:50 AM | Show all posts
Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"

oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C

WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk "God is back: Politics and Religion in the XXIst Century" (Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21)

Keahlian G-50 terdiri daripada 'Whos Who' di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berpengaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue.

Panel-panel di persidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz.

Untuk sessi kali ini Datuk Seri Anwar telah digandingkan dengan Jim Wallis, pemikir teologi dan penulis buku terkenal bertajuk "God's Politic" yang masih di dalam senarai New York Times Bestseller.

Jim Wallis (no 2 dari kanan) sedang berkempen untuk Parti Demokrat kepada Barack Obama. Yang Mulia Jim Wallis adalah seorang penulis Kristian evangelis dan aktivis politik, dikenali sebagai pengasas Sojourners Magazine untuk masyarakat Kristian di Washington, DC. Fokus isunya mengenai keamanan dan keadilan sosial. Dalam membincangkan pemilihan Presiden Amerika 2004, Wallis berkata "Jesus tidak semua berucap tentang homoseksual. Terdapat kira-kira 12 rangkap dalam Kitab Bible sentuh perkara itu ... tetapi terdapat beribu-ribu rangkap Jesus sentuh tentang kemiskinan"


Selain daripada Jim Wallis, Datuk Seri Anwar juga digandingkan dengan Monica Duffy Toft, Proffessor Public Policy di Belfer Center dan Timbalan Pengarah di John M. Olin, Institute for Strategic Studies, Universiti Harvard. Turut serta ialah Katherine Marshall, Pengarah Development Dialogue on Values and Ethics Unit dan Kaunselor kepada Presiden Bank Dunia.

Monica Duffy (kiri) adalah Pengarah the Initiative on Religion in International Affairs. Dia juga menjadi penyelidik di RAND Corporation dan pernah berkhidmat di US ARMY bertugas di selatan Jerman sebagai pengutip maklumat dari Rusia. Katherine Marshall adalah senior fellow di Georgetown University抯 Berkley Center for Religion, Peace and World Affairs. Di Bank Dunia, dia menjadi penasihat kepada pembangunan etika dan isntitusi keagamaan. Dia juga ketua World Faiths Development Dialogue (Dailog Pembangunan Kepercayaan-kepercayaan Dunia)


Sesi forum tersebut dipengerusikan oleh Moises Naim, Pengerusi G-50 dan Ketua Pengarang majalah berpengaruh Foreign Policy.

Format forum berbeza daripada biasa di mana para panel diletakkan dicelah-celah para peserta dan perlu membentangkan pendapat berdasarkan solan secara spontan yang diajukan oleh pengerusi dan peserta tanpa sebarang kertas kerja.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi tumpuan sejak sesi dimulakan. Persoalan kompatabiliti Islam dan demokrasi yang diajukan oleh pengerusi majlis kepada Datuk Seri Anwar Ibahim menjadi landasan persolan-persoalan lain yang ditimbulkan oleh para peserta yang menanyakan isu spesifik seperti pemakaian tudung oleh kerajaan Perancis dan Britain dan tindakan kerajaan Turki terhadap pemenang hadiah Nobel Sastera Orhan Pamuk baru-baru ini.

Walau bagaimana soalan terakhir oleh Alberto Beeck, Presiden, Comentos Pacasmayo S.A.A, sebuah konglomerat terkenal di Peru telah menarik perhatian para peserta.

Beliau yang tahu soalan yang bakal diajukan menyimpang daripada tajuk forum, terlebih dahulu memaklumkan hasrat beliau untuk menanyakan soalan yang bersifat peribadi kepada Datuk Seri Anwar.

Apa perasaan saudara ketika ditahan selama 6 tahun di dalam penjara, kerana saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan lalui sekiranya saya ditahan hanya selama 1hari?.

Soalan Alberto telah membuat para peserta tersentak dan terpegun seketika.

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tahanan tersebut membolehkan beliau menghabiskan bacaan karya Shakespeare selama 4 kali dan memberi kekuatan baru yang lebih kuat dalam memperjuangankan keadilan dan kebebasan telah mendapat tepukan gemuruh oleh kesemua peserta yang kemudianya berpusu-pusu bertemu Datuk Seri Anwar selepas forum tersebut.

Sesi tersebut tamat sekitar pukul 6.30 petang.


AIDC memetik artikel tulisan Mohd Yusmadi Yusof di AnwarIbrahimblog. Artikel asal klik di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2009 08:53 AM | Show all posts


Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

Oleh : AIDC

Semua rakyat Amerika tahu Steve Clemons seorang blogger terkemuka. Dia juga merupakan pemikir politik Amerika dan penulis terkenal. Di bolgnya, The Washington Note, dia dedahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam dua organisasi paling bahaya di Amerika. Dua organisasi rahsia yang dimaksudkan itu berkait dengan badan perisikan luar Amerika (Foreign Policy).

"Foreign Policy" bermaksud badan perisikan luar atau CIA

Laporan RAND Corporation, menyebut istilah "Foreign Policy" (Dasar Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA. Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama, kedua-dua agen CIA.

Media antarabangsa rangkaian CIA aka "Foreign Policy" adalah Time, Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi klik di sini

Menurut RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai "exile figures"(tokoh-tokoh terbuang). Modus operandi "exile figures" diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan Amerika, model "exile figures" semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris Islam.

Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa "exile figures" yang bermasalah di negaranya yang dipecat atau melawan kerajaan sedia ada dan "exile figures" itu akan diberi suaka politik di Amerika.

Langkah pertama CIA akan meletakkan "exile figures" ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan "exile figures" itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.

Tujuannya untuk proses re-branding semula "exile figures" supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi publisiti kepadanya.

Langkah terakhir, "exile figures" itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation, "Building Moderate Muslim Networks", muka surat 14-15)


Sejauh mana pendedahan Steve Clemons berwibawa ?

Steve Clemons mempunyai blog popular bernama The Washington Note.Fokus tulisan "foreign policy". Tulisannya berwibawa hingga dijemput jadi kolumnis di dua blog terkemuka lain di Amerika iaitu The Huffington Post dan Daily Kos.

Selain itu dia adalah salah seorang ahli think tank Amerika yang boleh keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the American Strategy Program salah satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika iaitu the New America Foundation. Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research Institute.

Maknanya pengalamannya dalam bidang "foreign policy" cukup luas. Bukan setakat di White House, malah tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah menumpukan kepada negara Jepun.

Banyak lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center for Peace and Freedom, pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the Center for United States - Japan Relations di RAND Corporation dan sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang Economic and International Affairs kepada Senator Jeff Bingaman .

Satu lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan, tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.

Misalnya pendebatannya dengan Doug Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack Abramoff. Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.

Anwar Ibrahim juga terlibat dalam "foreign policy" Amerika. Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar Amerika Syarikat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:54 AM | Show all posts
Apakah Clemons bongkar tentang Anwar ?

Ketika Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan pemikir tajaan Amerika iaitu The International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan United States Middle East Project. Nama Anwar juga turut tersenarai.

Ketika nama Paul Wolfowitz menjadi bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman wanitanya, Shaha Ali Riza, sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut disebut. Badan itu adalah Foundation For The Future (FFF). Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.

Sekali lagi Clemons bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan Amerika.


1. Anwar terlibat International Crisis Group(ICG) - tandatangan Annapolis Summit -iktiraf negara Israel

Sebelum menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas) dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The Annapolis Summit.

The Annapolis Summit diadakan pada 27 November 2007, di United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, United States. Presiden Bush mengusulkan cara terbaik penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan cara mengiktiraf Dua Negara iaitu Negara Israel dan Negara Palestin (two-state solution).

Majoriti Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud Abbas. Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan Israel untuk mewartakan Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah.

Sedangkan masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , kerana Mahmoud Abbas yang bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk mendapat status sebagai Sebuah Negara Sah, dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Pada 10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New America Foundation/American Strategy Program telah menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan. Mereka amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan tidak gagal seperti Camp David yang pernah diusahakan sebelum ini.

Di sinilah Steve Clemons mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar Ibrahim.

Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana dia merupakan salah satu badan penganjur (New America Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.

Kesemua yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang menandatangani surat itu. Anwar ketika itu menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat.


Senarai nama lengkap penyokong Annapolis Summit didedahkan Clemons, klik di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:55 AM | Show all posts
Kandungan surat kepada Presiden Bush

Surat yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama iaitu;

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin

Daripada lima perkara itu, perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka. Mereka mahu Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sah. Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di sini

Sejak bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak kenal Theodore C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami, Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore Roosevelt IV. Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada Palestin.

Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian perdamaian, two state solution.

Anwar iktiraf negara Israel ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:56 AM | Show all posts
Bagaimana nama Anwar boleh terlibat ?

Gareth Evans, Presiden International Crisis Group mengumumkan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Board of Trustees mulai 1 Julai 2006, semasa persidangan ICG di Brussels. Turut dilantik bersama Anwar adalah Shlomo Ben-Ami, bekas Menteri Luar Israel. Klik di sini

Pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia).

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain. Senarai lengkap klik di sini

Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2006, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.

Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa nama lain yang mewakili ICG. Mereka adalah Gareth Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher Patten dan lain-lain.


Siapa di belakang ICG ?

Bagaimana Anwar boleh terlibat dalam organisasi ICG yang menghukum Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebagai bahaya ?. Dalam kes ICG dan MUI, kumpulan mana yang bahaya ?. Klik di sini

Bahayakah MUI kerana mengharamkan Islam Liberal dan Ahmadiyah di Indonesia ? Klik di sini

Jadi apakah matlamat ICG, polis dunia yang menghalalkan Islam Liberal ?. Siapa sebenarnya di belakang ICG dan apakah matlamat mereka ?

Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada 1995 oleh Bank Dunia. Cadangan ini diusulkan oleh Mark Malloch Brown (Vice-President World Bank), Morton Abramowitz (bekas diplomat US ) dan Fred Cuny, untuk 'memantau' bencana di Chechnya. Klik di sini

Menurut Source Watch, ICG ditaja oleh beberapa yayasan Yahudi antaranya; Ford Foundation, Open Society Institute, the Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Carnegie Corporation of New York dan lain-lain. Klik di sini

Penglibatan George Soros, sebagai US Board member ICG menjelaskan lagi matlamat ICG. Soros merupakan Yahudi Amerika yang menjadi penaja utama ICG melalui badannya iaitu Open Society Institute.

Anwar terlibat dalam organisasi yang dibiayai oleh Yahudi ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:56 AM | Show all posts
2. Anwar terlibat Foundation For The Future - salurkan dana & senjata Fatah perangi Hamas ?

Penubuhan Foundation For The Future (FFF) tidak diketahui oleh majoriti rakyat Amerika. Tetapi hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika dan badan-badan pemikirnya. Kes ini meletup apabila penyiasatan terperinci dilakukan ke atas Shaha Ali Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang menjadi isu di Bank Dunia dan badan ini (FFF) dikaitkan dengan peranan Shaha Ali Riza.

Ketika rakyat Amerika dan masyarakat dunia tertanya-tanya, siapakah Shaha Ali Riza dan apakah perkaitannya dengan FFF dan kerajaan Amerika, Steve Clemons pada 14 April 2007 sekali lagi membuat pendedahan di blognya, The Washington Note bertajuk "America Spent $35 million on Foundation for the Future Where Wolfowitz Lover Worked -- but State Department Does Not Know Where the Office is Located" Klik di sini

Namun Anwar dalam kenyataan medianya pada 20 Mei 2007, menafikan yayasan yang dipimpinnya mempunyai kaitan dengan Amerika, apatah lagi lagi ditaja oleh Amerika.

Kenyataan media Foundation for the Future Anwar berbunyi;

"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan" klik di sini

Tetapi Steve Clemons memberi bukti kenyataan media Jabatan Negara Amerika yang menunjukkan FFF ditaja sebanyak $35 milion oleh Amerika Syarikat. Klik di sini

Malah laman Jabatan Negara Amerika menceritakan secara terperinci, maklumat-maklumat Faoundation For The Future yang cuba disembunyikan oleh Anwar. Yayasan ini tidak ditubuhkan oleh Anwar sepertimana yang didakwa tetapi ditubuhkan oleh BMENA (Shaha Riza dan Liz Cheney) dan diumumkan oleh Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika di Bahrain pada 2005. Klik di sini

Pada 2 Februari 2006, Jabatan Negara Amerika mengumumkan pelantikan Anwar sebagai board of director FFF. Klik di sini Jabatan Negara juga melaporkan beberapa orang lagi board director dilantik, termasuk Sandra Day O扖onnor dari United States yang menjadi pemain utama yayasan itu. Klik di sini

Untuk mengetahui rahsia Foundation For The Future yang cuba disembunyikan Anwar, baca artikel sebelum ini, bertajuk "Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future". Klik di sini


Kenapa Anwar sembunyikan fakta FFF, apa agenda badan ini ?

Masyarakat Amerika mempertikaikan kenapakah ibu pejabat FFF dirancang akan dibina di Beirut, Lubnan. Kenapa Beirut, kenapa tidak di Baharin, tempat yayasan itu dilancarkan ?

Menjawab persoalan ini, Billmon, blogger Amerika terkemuka di the Daily Kos menulis;

"Ok, sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon"

Iran-Contra yang dimaksudkan oleh Billmon merujuk "Iran-Contra Affair" semasa pemerintahan Ronald Reagan, di mana kegiatan CIA menjual senjata haram kepada Iran melawan Iraq dan bantuan kewangan CIA kepada kumpulan penentang (Contra) kepada Anastasio Somoza Debayle di Nicaragua. Skandal Iran-Contra menjadi isu utama di Amerika apabila dibongkar oleh para wartawan, akhirnya Reagan menjadikan Oliver Laurence North, dari National Security Council (NSC) sebagai kambing hitam dan dihukum penjara. Hakikatnya pemenjaraan Oliver North sebagai usaha untuk menutup rahsia penglibatan pentadbiran Ronald Reagen, Presiden Amerika menggunakan CIA dalam aktiviti jahat menumbangkan sesebuah kerajaan di negara luar. Oleh kerana operasi CIA di luar negara telah terbongkar, Reagen telah menubuhkan NED sebagai Yayasan Projek Demokrasi dan semua operasi jahat CIA sebelum ini diserapkan ke dalam NED. Klik di sini

Jawapan Billmon masih samar, tetapi difahami bahawa tujuan penubuhan badan seperti FFF adalah seumpama modus operandi Iran-Contra di mana CIA akan mewujudkan yayasan-yayasan kebajikan palsu untuk membiaya wang secara gelap kepada pihak yang disokongnya.

Jawapan ini dijelaskan lagi oleh laman web Moon of Alabama, bertajuk, "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture? ". Pemilihan Lubnan sebagai ibu pejabat FFF bertujuan untuk membantu secara gelap kumpulan Fatah melawan kumpulan Hamas. Klik di sini

Lebih menarik lagi Morton Abramowitz, Richard Allen yang terlibat dalam ICG adalah bekas pegawai CIA Reagan yang terlibat dalam skandal Iran-Contra. Klik di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:58 AM | Show all posts
Kenapa Dr Bakri Musa memperaku Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Sadat ?

Ketika selesai Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "Democracy and the Muslim World" pada 11 Oktober 2006, salah seorang penonton yang mendengar ceramah itu di Stanford University membuat kesimpulan bahawa inti ceramah Anwar seperti saranan Anwar Sadat.

Penonton yang membuat komentar itu adalah Dr Bakri Musa, rakyat Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Stanford dan menetap di Amerika.

Persoalannya, kenapakah Dr Bakri Musa, pakar bedah yang pintar boleh menyamakan peranan Anwar Ibrahim seperti Anwar Sadat ?

Persoalannya siapa Anwar Sadat ? Kenapa Anwar Sadat disamakan dengan Anwar Ibrahim ?

Anwar Al Sadat adalah nama kepada Muhammad Anwar Al Sadat, bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani perjanjian damai antara Mesir-Israel anjuran Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter di Washington DC, pada 26 Mac 1979.

Perjanjian Anwar Al Sadat, Presiden Mesir dengan Minster Menachem, Perdana Menteri Israel selaras dengan Camp David (1978) anjuran Amerika Syarikat.

Persoalannya benarkah peranan Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Al Sadat sepertimana yang didakwa oleh Dr Bakri Musa ?

Kalau tidak benar kenapa pula Dr Bakri Musa, seorang blogger terkenal boleh membuat dakwaan seperti itu ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:59 AM | Show all posts
Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel !

Kalau anda bukan penyokong Israel, kenapa anda sokong Paul Wolfowitz, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika. Ketika diwawancara oleh Stephen Sackur dalam program BBC HARD TALK, 10 Mei 2005, anda bermati-matian mempertahankan Wolfowitz, ketika seluruh dunia umat Islam mengecam tindakan kejamnya membunuh ribuan umat Islam di Iraq.

Anda bela seorang Yahudi, Zionis bernama Paul Wolfowitz, tetapi dalam masa sama anda kecam seorang muslim bernama Osama bin Laden, sedangkan Wolfowitz yang anda bela telah terbukti sebagai penjenayah dan arkitek perang Iraq yang dibenci oleh seluruh dunia, manakala Osama Laden, yang anda kecam gagal dibuktikan sebagai teroris.


Steve Clemons kata anda penyokong Annapolis Summit

Steve Clemons seorang blloger tersohor terkemuka di Amerika menulis dalam blog popularnya, The Washington Note bahawa anda terlibat sama menyokong Annapolis Summit yang diusahakan oleh Presiden Bush dan Condoleeza Rice.

Menurut Steve Clemons anda salah seorang yang menandatangani surat sokongan Annapolis Summit. Anda tandatangani sokongan itu atas kapasiti sebagai AJK Kehormat International Crisis Group (ICG) bersama-sama dengan sahabat-sahabat Amerika anda seperti; JOHN McLAUGHLIN (bekas Timbalan pengarah CIA), JOHN MALOTT, (bekas Pesuruhjaya EU for Foreign Relations ), RITA HAUSER (RAND Corporation Board Member) dan lain-lain. Bukti klik di sini

Apa itu Annapolis Summit ? Annapolis Summit adalah 'perjanjian damai' antara Palestin yang diwakili oleh Mahmod Abbas (Fatah) dengan Ehud Olmert (ketika itu Perdana Menteri Israel) untuk mengiktiraf Isarel sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Abbas sebagai Perdana Menteri Boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Ketika majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas menolak Annapolis Summit, anda pula bersekongkol dengan Amerika menyokong penubuhan negara Israel.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 09:00 AM | Show all posts
Gershon Baskin kata anda anti Hamas

Anda kenal Gershon Baskin ? Dia adalah seorang Yahudi, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Maklumat Israel/Palestin (IPCRI). Dia dakwa pernah jumpa anda di Amerika sebanyak dua kali pada tahun 2005 untuk bertanyakan tentang Hamas. Apa yang anda jawab tentang Hamas kepada Gershon Baskin?

Gershon Baskin kata anda telah mencerca Hamas sebagai tidak demokrasi dan tidak boleh menyertai pilihanraya di Palestin kerana Hamas mempunyai pasukan bersenjata.

Jawapan tegas anda itu yang mengecam Hamas, sangat disukai oleh Gershon Baskin hingga dia membuat catatan khas memuji anda dengan mengatakan "sekiranya Anwar Ibrahim rakyat Palestin, isu perbalahan Palestin-Israel akan selesai kerana Anwar Ibrahim boleh duduk semeja berunding dengan Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel). klik di sini


Website moon of Alabama kata Foundation For The Future missinori Amerika perkuatkan Israel

Anda bermati-matian menafikan Foundation For The Future yang pernah anda pengerusikan sebagai alat tajaan Amerika. Anda beritahu rakyat muslim Malaysia bahawa Foundation itu seolah-olah anda yang buat dengan bantuan kewangan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah. Klik di sini

Tetapi rakyat Malaysia boleh boleh diperbodohkan dengan tulisan dan kata-kata anda semata-mata. Jabatan Negara Amerika mewartakan bahawa Foundation for The Future adalah projek tajaan mereka di Timur Tengah melalui projek Amerika yang dinamakan BMENA (the Broader Middle East and North Africa). Malah anda sendiri dilantik menerajui foundation itu dengan eshan Amerika Syarikat. Klik di sini

Apakah misi Foundation For The Future di Timur Tengah ? Laman website moon of Alabama mendedahkan seorang blogger terkemuka Amerika bernama Billmon mendedahkan fungsi utama Foundation itu memberi tajaan dan bekalan senjata kepada kumpulan Fatah, pimpinan Mahmod Abbas (pro Israel/Amerika) supaya melawan kumpulan Hamas. Klik di sini

Apakah ini peranan anda dalam Foundation For The Future sebenarnya ? Memang benar, sebab itu anda takut mengaku yayasan yang anda terajui itu ditaja oleh Amerika, kerana bimbang agenda jahat akan pecah dan diketahui oleh umat Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2009 09:00 AM | Show all posts
Gus Dur kata anda agen Amerika

Kawan rapat anda yang sanggup ulang alik dari Indonesia ke Kuala Lumpur semata-mata untuk membela anda dan berkempen untuk memenangkan anda di Permatang Pauh, bernama Gus Dur mendedahkan agenda anda bersama Paul Wolfowitz yang anda sembunyikan selama ini.

Kawan baik anda (Gus Dur) tulis di laman webnya, bahawa dia terlibat sama semasa pertemuan anda dengan Paul Wolfowitz di Munich pada tahun 2004. Dia kata anda telah dilantik oleh Paul Wolfowitz (ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) sebagai Agen Amerika atau jurucakap Amerika di negara Islam untuk melemahkan semangat golongan muda menubuhkan Negara Islam. Kata kawan baik anda lagi, peranan anda dipertanggungjawab oleh bapak zionis di Amerika (Wolfowitz) untuk melemahkan golongan muslim fundalmentalis dengan melahirkan seramai mungkin muslim moderat seperti anda. Klik di sini


Anda tidak bersungguh kecam Israel

Sehari dua ini, anda kerap menulis di blog mengecam Israel dan Amerika kerana kekejaman di Palestin. Tahniah diucapkan. Anda memperlekehkan Bush/Cheney sebagai faktor penyebab serangan Israel itu. Semua orang tahu maksud anda itu, kecaman anda itu semata-mata menurut skrip kerana anda tahu Bush/Cheney bakal kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Anda tidak mengecam Barack Obama dan Hillary Clinton. Kenapa ? Walhal serangan ke atas Palestin dilakukan semasa pemerintahan regim Obama ? Anda juga tidak bersungguh mengecam Israel, ditulis kabur-kabur supaya orang keliru dan dalam masa sama mengecam dunia Arab.

Selalunya jika anda anggap kenyataan media yang sangat penting, anda akan susun dalam bahasa formal dan dibuat dua versi. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Motifnya sangat jelas, tulisan Bahasa Melayu ditujukan kepada rakyat Malaysia, manakala tulisan Bahasa Inggeris ditujukan kepada rakan-rakan anda di Barat supaya mereka mengerti visi anda terhadap sesuatu isu.

Tetapi dalam kes Ghazza, anda hanya buat versi Bahasa Malaysia sahaja dan tulisan anda tidak menyakinkan pembaca, kecuali terpancar unsur mempertahankan pengaruh politik agar tidak dihakis oleh tsunami Israel.

Kedutaan Amerika di Malaysia pun tidak memahami tulisan Bahasa Melayu anda, apatah lagi rakan-rakan anda di Barat terutamanya di Amerika tidak memahami langsung tulisan Bahasa Melayu anda itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 09:01 AM | Show all posts
Anda sendiri mengaku baca karya Yahudi, Hana Arent, sokong Holocaust

Anda sendiri mengakui pernah membaca buku karya Hana Arent, seorang Yahudi di Jerman. Anda mengupas isi kandungan buku itu yang mempertahankan Holocaust, iaitu suatu mitos yang Yahudi dendangkan secara zaman berzaman bahawa rakyatnya dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman.

Cara berfikir anda sama dengan rakan baik anda, Gus Dur yang mempertahankan kewujudan Holocaust dan sanggup mengecam Mahmoud Ahmadinejab, Presiden Iran yang mendakwa Holocaust hanya mitos dan propanganda Israel.

Bezanya Gus Dur lebih berterus terang sokongannya kepada Israel, tetapi anda, bersimpang siur tetapi maksud akhirnya sama matlamat dengan Gus Dur.

Anwar Ibrahim, usah munafik, siapa kawan-kawan anda di Amerika yang membantu anda. Siapa Al Gore, siapa Madeline Albright, siapa Cohen, siapa Carl Gershman. Bukankah semua itu Yahudi neokoservatif Amerika yang berusaha melemahkan negara Islam dan bercita-cita memperkuatkan negara Israel ?

email dari NTAnwar
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 12:06 PM | Show all posts

Reply #38 shamsadis's post

ko ni memang wartawan Utusan la.....
hari 2 tulis berjela2 buat suratkahabar pun org tak percaya

Siapa terima istiharan negara israil (Annapolis Summit 2007)?
http://forum.cari.com.my/redirec ... o=lastpost#lastpost
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 12:18 PM | Show all posts

Reply #59 kekbelacan's post

dia ngn ngn makcik felda ja baca mende2 fitnah mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.801782 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list