CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
 Author| Post time 29-1-2009 09:51 AM | Show all posts
Dia banyak menyimpan rahsia Anwar dan pernah melaksanakan berbagai arahan Anwar yang bertentangan dengan amalan seorang pemimpin yang bersih, jujur serta amanah oleh kerana dia terlalu disilau oleh kekagumannya terhadap pemimpin berasal dari Ceruk Tok Kun itu. Hanya dengan kuasa Allah dia akhirnya bertindak berani sebagai seorang patriot bangsa lalu membuat kenyataan bersumpah yang mendedahkan segala kemungkaran Anwar yang diketahuinya secara peribadi dan mendalam. Kalau ada juak-juak Anwar ataupun Anwar sendiri yang mengatakan ada pihak yang memaksa Murad membuat kenyataan bersumpah tersebut maka kita berkata 搃ya, memang ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2009 09:52 AM | Show all posts
Apakah bangsa kita terpaksa berhijrah ke negara-negara jiran untuk mencari sesuap nasi? Siapakah yang banyak datang ke sini tanpa diundang dan ada yang sanggup bersabung nyawa untuk mencari makan di bumi kita yang bertuah ini? Kalau sesungguhnya negara kita ini brengsek, terlalu korap, kejam dan zalim pemerintahannya, tidak ada kebebasan bersuara dan banyak melanggar hak asasi manusia mengapakah kerajaan UMNO/BN dapat bertahan selama 42 tahun hingga sekarang? Mengapakah pendatang-pendatang asing membanjiri negara kita kalau Malaysia ini bobrok, miskin dan tidak menghormati hak asasi manusia?

Kalau negara kita terlalu miskin dan kepimpinannya boros tentulah Malaysia akan menjadi seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan yang mengalamai kacau bilau kerana terlalu banyak meminjam dari IMF dan peminjam-peminjam asing yang lain. Menunglah sekejap dan buatlah penilaian anda sendiri secara objektif dan bukan menjadi budak suruhan yang buta matahati dan tidak tahu menilai pemimpin dengan baik dan bermaruah dengan seorang pemimpin yang sanggup menjadi talibarut asing.

Rakyat Malaysia menghormati dan menghargai jasa-jasa serta kepimpinan Dr Mahathir. Seperti jauhari mereka tahu menilai antara pemimpin yang cemerlang dengan pemimpin yang bijak berkokok dan menyalak tetapi munafik super kelas. Mereka berpendapat pasangan Mahathir-Pak Lah amat sesuai untuk menjana kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat bagi negara kita.

Kedua-dua pemimpin ini mempunyai pertautan jiwa dan keikhlasan yang jelas untuk berbakti kepada negara dan rakyat tanpa mempunyai agenda tersendiri untuk menjadi gunting dalam lipatan. Inilah kekuatan kepimpinan UMNO sekarang yang akan menjamin kestabilan politik dan kemajuan yang lebih pesat di alaf baru kelak. Kekuatan UMNO inilah yang memberi keyakinan kepada parti-parti komponen BN yang lain untuk mengekalkan perpaduan kaum dalam wadah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Anwar dan parti-parti pembangkang boleh menampar dada masing-masing mengangkat diri mereka sendiri mengatakan mereka adalah lebih baik dari Mahathir dan Pak Lah. Itu hak mereka. Tetapi yang menentukan nasib setiap parti politik dan para pemimpin sekalian ialah Allah Ta抋la dan undi rakyat. Sejak merdeka hingga sekarang rakyat memberi mandat kepada UMNO/BN mencorak sejarah dan membangunkan negara ini. Selama 42 tahun UMNO mendapat kepercayaan rakyat.

Walaupun berbagai gelombang politik menghempas UMNO hingga menyebabkan perpecahan pada tahun 1987 namun rakyat tetap tidak berpaling tadah. Sekali UMNO selama-lamanya UMNO. Seorang Anwar tidak boleh mengubah nasib rakyat kerana sudah terbukti dia gagal sebagai pemimpin kerajaan sewaktu bersama Mahathir dan UMNO dulu. Tapi seorang Anwar yang mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3,000 untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sudah pasti ditolak oleh rakyat Malaysia untuk menjadi PM. Lebih dari itu, seorang Anwar yang juga seorang homoseks sudah pasti dinyahkan (bukan oleh mak nyah) oleh rakyat sebagai bakal PM mereka.

Dalam sejarah politik Malaysia tidak pernah seorang menteri, apalagi bakal Perdana Menteri, terdiri dari homoseks. Nahi, nahi, no no. Oleh itu janganlah hendaknya pemimpin kerajaan selepas pilihanraya akan datang ada tersembunyi seorang homoseks kerana takut dimurkai Allah dan disingkir oleh rakyat.

Inilah rahsia peribadi Anwar yang menyebabkan dia gelisah dan bimbang sekiranya Mahathir lambat menyerahkan kerusi PM kepadanya. Dia takut rahsia peribadinya terbongkar dan rakyat menyingkirkannya seperti kucing korap. Dia, Anwar bin Ibrahim, bergelar Datuk Seri, adalah pengamal homoseksualiti yang dilaknati Allah.

Ini yang tidak dapat diterima PM dan hobi seks yang luarbiasa inilah yang menggerakkan Mahathir dan kabinet memecatnya dari kerajaan dan juga UMNO. Topeng yang dipakainya selama ini sudah robek dan terdedahlah kepada seluruh rakyat dandunia bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang pernah menjadi ketua Abim, imam dan pembaca khutbah rupa-rupanya seorang homoseks!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 09:53 AM | Show all posts
Annapolis Summit : Anwar Sokong Penubuhan Negara Israel




Annapolis Summit : Anwar Sokong Penubuhan Negara Israel

Peranan Exile Figures dalam Foreign Policy

Laporan RAND Corporation, menyebut istilah "Foreign Policy" (Dasar Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA. Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama, kedua-dua agen CIA.

Media antarabangsa rangkaian CIA atau nama enak "Foreign Policy" seperti Time, Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC. Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi Amerika.

Menurut RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai "exile figures"(tokoh-tokoh terbuang). Modus operandi "exile figures" diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan Amerika, model "exile figures" semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris Islam.

Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa "exile figures" yang bermasalah di negaranya seperti tokoh yang dipecat atau melawan kerajaan yang sedia ada dan "tokoh-tokoh terbuang" itu akan diberi suaka politik di Amerika.

Langkah pertama CIA akan meletakkan "exile figures" ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan "exile figures" itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.

Tujuannya sebagai proses re-branding (penjenamaan) semula "exile figures" supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi publisiti kepadanya supaya lebih cepat popular.

Langkah terakhir, "exile figures" itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation, "Building Moderate Muslim Networks", muka surat 14-15.

Pendedahan Steve Clemons

Ketika Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan pemikir tajaan Amerika iaitu The International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan United States Middle East Project. Nama Anwar juga turut tersenarai.

Ketika nama Paul Wolfowitz menjadi bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman wanitanya, Shaha Ali Riza, sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut disebut. Badan itu adalah Foundation For The Future (FFF). Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.

Sekali lagi Clemons bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan Amerika.


Siapa Steve Clemons?


Klik Sini untuk ekses ke blognya dan kaitan dengan Anwar Ibrahim

Selain itu, dia adalah salah seorang ahli think tank Amerika yang mampu keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the American Strategy Program salah satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika iaitu the New America Foundation. Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research Institute.

Maknanya pengalaman Steve Clemons dalam bidang "foreign policy" cukup luas. Bukan setakat di White House, malah dia juga tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah menumpukan kajian di negara Jepun.

Banyak lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center for Peace and Freedom, pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the Center for United States - Japan Relations di RAND Corporation dan sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang Economic and International Affairs kepada Senator Jeff Bingaman .

Satu lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan, tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.

Misalnya pendebatannya dengan Doug Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack Abramoff. Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.

Anwar Ibrahim juga terlibat dalam "foreign policy" Amerika. Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar Amerika Syarikat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 09:54 AM | Show all posts
International Crisis Group dan Annapolis Summit


Sebelum menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas) dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The Annapolis Summit.

Majoriti rakyat Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud Abbas. Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan Israel untuk mewartakan Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah.

Sedangkan masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , kerana Mahmoud Abbas yang bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk mendapat status sebagai Sebuah Negara Sah, dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Pada 10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New America Foundation/American Strategy Program telah menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan.

Mereka amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan tidak gagal seperti Camp David yang pernah diusahakan sebelum ini.

Di sinilah Steve Clemons mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar Ibrahim.

Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana dia merupakan salah satu badan penganjur (New America Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.

Kesemua yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang menandatangani surat itu.

Ketika menandatangani surat itu Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat.


Kandungan surat kepada Presiden Bush

Surat yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama iaitu;

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin

Daripada lima perkara itu, perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka. Mereka mahu Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sah. Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di sini

Sejak bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak kenal Theodore C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami, Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore Roosevelt IV. Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada Palestin.

Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian perdamaian, two state solution.


Bagaimana Anwar terlibat?

Pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu berasaskan solusi pengiktirafan Dua Negara.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain.

Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.

Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa nama lain yang turut disenaraikan mewakili ICG. Mereka adalah Gareth Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher Patten dan lain-lain.

Jadi betul atau tidak Anwar telah iktiraf negara Israel ?
Wallahhualam.


rujukan: http://www.thewashingtonnote.com
http://www.anwardotcom.blogspot.com


sumber asal : empayar malaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 09:59 AM | Show all posts
Anwar Raja Politik Wang

Oleh Yahaya Ismail

Bagi seorang menteri kabinet yang berpangkat timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan yang ditatang sebagai anak mas oleh Mahathir Anwar sebenarnya boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Mahathir. Dia boleh membantu Mahathir untuk meringankan bebanannya kalau ia mahu. Tapi malangnya Anwar mempunyai agendanya yang tersendiri. Setelah memegang kementerian kewangan dia dapati seolah-olah menjadi penjaga gua Raja Sulaiman yang membolehkannya memberi berbagai projek dan saham kepada mereka yang disenanginya yang super setia dalam UMNO dan juga di luar UMNO.

Di sinilah dia membina kekuatan network politiknya melalui pemberian projek yang bernilai beratus-ratus juta kepada sahabat handai, terutama sekali bekas pemimpin ABIM, untuk menjamin bantuan kewangan, tenaga dan lain-lain logistics bila menentang musuh-musuh politiknya termasuk Mahathir sendiri. Beberapa orang bekas pemimpin ABIM dalam IKD (Institut Kajian Dasar) turut membantu merancang masa depan politik Anwar di samping menjadi think tank untuk menyemarakkan lagi imej tokoh dari Ceruk Tok Kun ini sebagai bakal perdana menteri kelak.

Kamaruddin Jaafar misalnya terlibat dalam dunia korporat sejak Anwar menyertai UMNO dan dia menumpang tuah sahabatnya itu. Pernah menjadi Setiausaha Agung ABIM (1981-85) dan menjadi Pengerusi Kajian Islam Malaysia, London pada tahun 1975 dan menjadi ahli Exco Pemuda (1986). Pernah jadi Setiausaha Politik Ghafar Baba sewaktu Ghafar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menurut cerita dia tidak diberi peranan penting oleh Ghafar oleh kerana dia ditempatkan di situ oleh Anwar. Dikatakan dia di situ hanya untuk mendapatkan berbagai rahsia Ghafar.

Dalam masa yang pendek sudah menjadi Pengarah Setron Bhd, Pengarah Urusan Sabah Shipyard, Pengerusi Eksekutif Samanda Holding Bhd, Pengarah Mecury Industries Bhd, Pengerusi Lankhorst Bhd, Pengerusi KL Linear City Sdn Bhd (usahasama dengan syarikat Vincent Tan, sahabat baik Mahathir dan Anwar), Pengarah Mutiara Telecommunication Sdn Bhd. Inilah habuan dan ganjaran bila menjadi kroni Anwar. Menjadi jutawan ala mi segera yang tidak pernah dimimpikan sewaktu berjuang dalam ABIM di masa lampau.

Boleh dikatakan kebanyakan kroni Anwar yang mendapat berbagai habuan hingga jutawan terkejut adalah terdiri dari bekas pemimpin ABIM yang sama-sama menjulang kepimpinan Anwar sejak tahun 70 an yang lalu. Antara mereka termasuklah Kamaruddin Mohd Nor yang menjadi tokoh korporat selepas Anwar terlibat dalam politik UMNO dan menjadi menteri kewangan. Antara syarikat-syarikat yang penting di mana dia menjadi ahli pengarahnya ialah Dallah Al-Barakah Malaysia Holdings Joint Arab-Malaysia Investment (Jami), Land and General Berhad dan sebagai Pengerusi Dialogue Group Bhd. Dia baru saja dibebaskan dari tahanan ISA gara-gara dikaitkan dengan reformasi Anwar.

Zahid Hamidi pula menjadi Timbalan Pengerusi Kretam Holdings, Pengerusi P.T Citra Muda Sdn Bhd, Pengerusi KHB Development Bhd dan Pengerusi Tekala Corporation Bhd. Mereka inilah antara pemimpin-pemimpin muda yang menjadi jutawan terkejut yang mendukung cita-cita Anwar untuk menjadi bakal perdana menteri kelak. Dia juga dikatakan salah seorang kroni Anwar yang super jutawan. Dikatakan nilai hartanya tidak kurang dari RM400 juta yang diperolehi dalam masa lima tahun. Ini juga berkat menjadi kroni dan pengampu Anwar. Dia juga mendapat pengalaman sementara sebagai tahanan ISA dan kini dibebaskan. Kini dengan perasaan masykholnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda. Memang benar telaan orang ramai Zahid hanya akan menjadi Ketua Pemuda secara transit, tak lama dan berkesan.

Tapi raja segala kroni Mahathir bukan Daim Zainuddin tetapi Anwar. Anwar dijemput, ditatang dan diberi jawatan dalam kabinet hingga menggerhanai tokoh-tokoh UMNO yang lebih kanan, lebih ilmu dan lebih pengalaman darinya. Walaupun dia bukan seorang ahli ekonomi dan hanya mempunyai kelulusan ijazah am dalam pengajian Melayu. Namun demikian Mahathir sanggup memberi jawatan menteri kewangan kepada Anwar. Walaupun Anwar gagal menguruskan kewangan negara yang memuaskan namun Mahathir tetap sayang dan terus mengekalkan sebagai menteri kewangan juga.

Misalnya oleh sebab kecuaian dan kurang hati-hati di pihak Bank Negara dan juga Anwar dalam perniagaan mata wang asing maka negara kita telah kerugian sebanyak tidak kurang dari RM12 billion. Kata Anwar itu hanya kerugian di atas kertas walhal ia adalah kerugian sebenar. Sekiranya dia faham dengan mendalam urusan perniagaan mata wang dan mendapat nasihat yang bernas dari seorang yang berpengalaman di bidang bisnes mata wang asing besar kemungkinan negara kita tidak akan kerugian begitu banyak. Dikatakan Bank Negara hanya mempunyai seorang pakar dalam bidang bisnes tukaran wang asing untuk mengendalikan pembelian dan penjualan wang asing yang bernilai berbillion-billion ringgit!

Walaupun Bank Negara terbukti gagal menguruskan perniagaan tukaran wang asing hingga Malaysia rugi berbillion-billion ringgit namun Mahathir tidak memecat Anwar. Malah kekalkan dia lagi sebagai menteri kewangan dengan harapan dia akan belajar dari kesalahan yang dilakukannya. Kalau perbuatan itu berlaku di negara lain seperti Jepun ataupun Korea sudah pasti menteri kewangan terpaksa berhenti. Tapi Anwar masih disayangi Mahathir walaupun kalangan korporat dan mereka yang arif dalam ekonomi dan perdagangan berasa kurang yakin dengan kemampuan Anwar yang lebih bijak bercakap dari mencari berbagai idea untuk memulihkan ekonomi negara. Tapi dia anak emas Mahathir dan tidak siapa pun berani mempertikaikan pilihan Mahathir itu.

Yang peleknya menteri kewangan tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerugian pembelian mata wang asing yang berjumlah berbillion-billion ringgit. Dia tidak sanggup meletakkan jawatan yang super lumayan dan glamor itu. Dia tetap sayang nak jaga gua intan berlian Raja Sulaiman walaupun pengalaman ekonominya cuma setakat mengira kemasukan yuran budak-budak di Yayasan Anda.

Yang menjadi mangsa ialah Tan Sri Jaafar Hussien (allahyarham), gavernor Bank Negara, yang terpaksa meletakkan jawatan. Seorang lagi yang terpaksa meninggalkan Bank Negara akibat kerugian tersebut ialah seorang pakar tukaran wang asing, yang selepas itu, bekerja dengan Kumpulan Abrar, sebuah korporat yang mempunyai hubungan erat dengan Anwar. Pelek bin ajaib dikatakan pakar profesional di bidang forex ini diambil semula bekerja dengan Bank Negara selepas kegagalannya mengurus forex lebih dari RM12 billion.

Apakah dia terlalu penting di bidang forex hingga Bank Negara tidak dapat mencari pakar yang lebih baik darinya? Bukankah dia yang menyebabkan Bank Negara kerugian berbillion-billion ringgit sewaktu Anwar menjadi menteri kewangan?

Pihak berwajib patut menyiasat peranan pakar tersebut dan juga kaitannya dengan Anwar dan pihak-pihak lain yang ada kepentingan dengan forex supaya Bank Negara tidak dirugikan oleh pakar tersebut sekali lagi yang boleh membawa mudarat kepada rakyat dan kerajaan. Ini bukan berniaga kain pelekat atau rempah cabai dari Madras yang tidak memerlukan pengetahuan jual beli yang sophistikated. Ini wang negara dan jumlah kerugian lebih dari RM12 billion! Mesti ada suatu siasatan yang terperinci untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka yang cuai, yang menyeleweng atau pun korap.

Bila negara kita dilanda kegawatan ekonomi dan negara-negara lain terpaksa meminta pinjaman kewangan dari IMF (International Monetary Fund) atau Dana Kewangan Antarabangsa maka sekali lagi Anwar diuji kemampuannya sebagai menteri kewangan. Lebih kurang satu tahun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi sejak Julai 1997 tetapi Anwar tidak mampu mencari jalan mengatasinya. Nilai ringgit merudum. Bursa saham KL menjunam teruk dan kebanyakan kaunter mempunyai nilai saham di bawah harga RM1.00. pengurus-pengurus dana asing melarikan diri dari spekulator mata wang terus menerus menekan nilai ringgit.

Apakah tindakan positif yang dilakukan Anwar untuk meringankan bebanan kegawatan ekonomi? Dia mengambil nasihat dan tunjuk ajar dari pengarah urusan IMF. IMF mengenakan berbagai syarat yang ketat kepada negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan yang meminjam darinya. Malaysia tidak meminjam langsung dari IMF tetapi, malangnya, Anwar menggunakan formula IMF untuk memulihkan ekonomi negara. Caranya naikkan faedah hingga melebihi 15%. Kononnya hendak menarik para pelabur asing menyimpan wang dalam bank-bank tempatan. Kalau banyak maka mudahlah diberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu. Tapi siapakah yang mampu meminjam dengan kadar faedah yang begitu tinggi? Di samping meninggikan faedah dikurangkan pula masa NPL (pinjaman yang tak dibayar) dari enam bulan kepada tiga bulan. Lagi mampoihlah para peniaga dan individu-individu hendak menjelaskan hutang mereka dalam masa yang singkat.

Ini nasihat dari IMF yang dilaksanakan Anwar walaupun negara kita tidak menjadi peminjam dari dana institusi tersebut. Akibat dari dasar kewangan Anwar yang tidak bijaksana maka kegiatan ekonomi negara menjadi semakin malap, dan sekiranya tidak bertindak dengan segera untuk mengatasi kelembapan ekonomi, maka Malaysia akan menghadapi kegawatan ekonomi yang lebih parah lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 09:59 AM | Show all posts
Soalnya mengapakah Anwar perlu berkiblatkan ke IMF untuk mencari petunjuk bagi mengatasi kegawatan ekonomi? Apakah kerana dia dan Camdessus, Pengarah Urusan IMF, pernah cium pipi kiri dan kanan antara satu dengan lain maka masalah ekonomi Malaysia boleh diselesaikan menurut formula IMF? Atau apakah Anwar mempunyai agenda tersendiri untuk menggagalkan hasrat perdana menteri bagi memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin?

Anih dan pelek Malaysia tidak meminjam duit dari IMF seperti Indonesia, Thailand dan Korea Selatan dan kita tidak perlu menerima tunjuk ajar atau pun nasihat dari IMF. Sepatutnya Anwar dengan bantuan kepakaran Bank Negara boleh mencari kaedah-kaedah yang baik dan berkesan bagi mengatasi kegawatan ekonomi. Tapi mengapa Anwar mengambil arahan dari IMF? Apakah IMF dan Anwar mempunyai suatu agenda tertentu untuk menyulitkan kedudukan Mahathir demi masa depan Anwar sendiri?

Anwar tentulah arif bahawa Indonesia, Thailand dan Korea Selatan menghadapi gugatan rakyat dan menimbulkan kemarahan dari berbagai golongan kerana melaksanakan syarat-syarat ketat IMF iaitu meninggikan faedah, memecahkan monopoli, mengurangkan subsidi, mengetatkan pinjaman kepada sektor korporat, membuka pasaran dan peluang kepada para pelabur asing untuk melabur dalam berbagai syarikat khasnya di bidang perbankan dan industri-industri tertentu, mengamalkan ketelusan demi mengurangkan korapsi dan sebagainya.

Akibatnya tercetus rusuhan berdarah di Indonesia hingga tumbangnya Suharto. Di Korea Selatan berlaku tunjuk perasaan dari para pekerja kilang, bank dan lain-lain kerana terpaksa dibuang kerja. Thailnad juga bergolak walaupun tidak seburuk Indonesia dan Korea Selatan. Anwar tahu akibat buruk yang dihadapi negara-negara peminjam. Tapi mengapa, dan sekali lagi kita bertanya, mengapakah dia membuntuti syarat-syarat IMF?

Ada orang berpendapat Anwar sengaja hendak memudaratkan lagi kegawatan ekonomi bagi menyulitkan kedudukan Mahathir yang tidak disenangi oleh Barat, para spekulator dan pengurus-pengurus dana asing kerana sikapnya yang anti Barat itu. Anwar sudah menjadi darling Washington kerana para pembesar negara-negara Barat amat senang berunding dan berkira dengan Anwar yang kononnya dikatakan seorang tokoh politik Asia yang mempunyai masa depan yang cemerlang.

Bank Dunia dan IMF tidak segan-segan melantik Anwar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan kedua institusi tersebut untuk menyindir Mahathir. Malah tembakan 21 das meriam (bukan meriam buluh betung tau) dan hamparan permaidani merah juga diberikan kepada timbalan perdana menteri ini sewaktu melawat Amerika

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2009 10:00 AM | Show all posts
Sebagai timbalan perdana menteri dia adalah pengganti Mahathir yang sah. Biar kegawatan ekonomi mencengkam rakyat dan Mahathir. Yang penting dia akan berkuasa atas kesengsaraan rakyat dan kejatuhan Mahathir. Persetan dengan Mahathir. Di belakang aku ada Amerika, Bank Dunia dan IMF. Tanpa meniup serunai dan nafiri Mahathir melantik Tun Daim Zainuddin sebagai pengarah urusan MTEN dan tak lama selepas itu Daim dilantik pula sebagai menteri tugas-tugas khas yang menumpukan perhatian di bidang ekonomi.

Anwar juga sedar strategi Mahathir dan Daim untuk memulihkan ekonomi Malaysia sudah mula menampakkan hasilnya. Kecaman Mahathir terhadap IMF yang meletakkan syarat-syarat ketat kini terpantul semula ke muka IMF yang meletakkan syarat-syarat ketat kini terpantul semula kemuka IMF. IMF sendiri mengaku bahawa ia silap membuat penilaian keadaan kegawatan ekonomi Asia. Kini IMF sendiri bersetuju untuk mengurangkan faedah dan menilai semula syarat-syaratnya demi menjana semula ekonomi negara-negara Asia yang meminjam darinya.

Dasar Malaysia mengawal pergerakan ringgit agar tidak menjadi mangsa spekulator asing itu pun sudah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan Hong Kong dan Taiwan. Malah Taiwan sendiri melarang George Soros dan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan spekulator tersebut dari melibatkan diri dan dana dalam mainan spekulasi dolar Taiwan. Malah badan ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri menyokong tindakan Malaysia mengawal ringgitnya demi menstabilkan ekonomi negara. Dengan kata lain, idea-idea Mahathir itu sudah mendapat sokongan sokongan meluas walaupun pada mulanya banyak pihak menentang gagasan Mahathir tersebut.

Kalau benar Anwar bukan seorang homoseksual mengapakah dia tidak mengemukakan bukti-bukti yang konkrit kepada Majlis Tertinggi bahawa dia tidak pernah melakukan seks luar tabii? Sampai sekarang dia tidak berani bersumpah menjunjung Al-Quran yang dijalankan dengan penuh tertib di masjid untuk menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa dia, Anwar, bukan seorang homoseksual. Sekiranya dia tidak berbohong maka Allah tunjukkan kekuasaanNya dan menghukumnya. Tapi dia tidak berani bersumpah secara serius dan tertib. Dia hanya banyak bercakap, banyak kelentong tapi takut bersumpah kerana dia sesungguhnya seorang homoseksual tua tetapi masih bertenaga.

Mahathir tidak mahu bertindak kuku besi mencantas Anwar tanpa izin Majlis Tertinggi. Dia mahu Anwar membela dirinya di hadapan mereka. Dia boleh bercakap tanpa had. Dia boleh bawa apa saja bukti untuk mempertahankan 攌esucian攏ya sebagai pemimpin Islam, timbalan presiden UMNO. Anwar tidak boleh membohongi rakyat bahawa dia tidak diberi kesempatan untuk membela dirinya di hadapan Majlis Tertinggi. Lebih tiga jam dia berpidato, menumbuk meja, membeliakkan mata, menyembur air lior. Tapi sayang dia tidak dapatmenunjuk bukti bahawa dia bukan seorang homoseksual. Hanya mahkamah yang akan menentukan nasibnya dan Anwar sendiri nampaknya amat takut hendak menghadapi perbicaraan di mahkamah. Lalu dia menuduh mahkamah berat sebelah dan tidak ada keadilan di bumi Malaysia!

Kita ingin bertanya kepada Anwar sewaktu anda menjadi jawatankuasa tatatertib parti apakah anda memberi peluang kepada ahli-ahli yang melanggar disiplin parti membela diri mereka di hadapan jawatankuasa disiplin? Salah seorang mangsa dari hukuman anda sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin parti ialah Tajuddin A. Rahman yang mendapat gelaran yang tidak dipinta sebagai the six million dollar man. Dia dituduh mengamalkan politik wang Jawatankuasa disiplin yang dipimpin anda terus menjatuhkan hukuman, dipecat dari UMNO tanpa memanggil Tajuddin membela dirinya di hadapan jawatankuasa anda. Dia hanya tahu dipecat melalui berita dalam akhbar! Apakah ini yang dikatakan sebagai keadilan menurut kacamata anda yang mengangkat diri sebagai pejuang Islam?

Bila semangat 46 dibubarkan dan semua ahli terima menjadi ahli UMNO semula anda dikatakn salah seorang pemimpin yang cuba menyekat kemasukan bekas ahli-ahli Semangat 46 di berbagai bahagian dan cawangan melalui juak-juak anda yang memimpin bahagian dan juga cawangan-cawangan tertentu. Kebanyakan pemimpin bekas Semangat 46 terdiri dari tokoh-tokoh veteran yang berpengalaman baik dalam kabinet mahu pun di peringkat bahagian. Dikatakan Anwar tidak senang dengan kemasukan ahli-ahli bekas Semangat 46 oleh kerana dia bimbang ketokohan Tengku Razaleigh Hamzah boleh menggerhanai peluangnya untuk menjadi bakal perdana menteri.

Majlis Tertinggi UMNO telah pun membuat keputusan menerima semua bekas ahli Semangat 46 ke dalam UMNO. Mahathir sendiri telah bersetuju menerima semua ahli bekas Semangat 46 sendiri bersetuju membubarkan parti mereka tanpa meminta apa-apa jawatan dalam kabinet. Demi perpaduan UMNO Ku Li sanggup menjadi ahli biasa dalam UMNO untuk menunjukkan keikhlasannya.

Mengapakah anda cuba menghalang kemasukan bekas ahli-ahli Semangat 46 dengan berbagai cara? Di manakah letaknya keadilan dan kejujuran dalam perjuangan yang anda selalu laung-laungkan dalam ucapan-ucapan anda itu?

Demikianlah apabila Mahathir memecat Anwar kerana hobi homoseksual maka nampaknya kumpulan gay Philipina menjadi pembela Anwar dan mengecam tindakan Mahathir. Antara lain, kata kumpulan gay Philipina, 擪ami gay Philipina dan lain-lain warganegara dengan hangatnya salut semua polongan demokratik di Malaysia yang menolak dan mengecam ketidakadilan pihak berkuasa menjadikan masyarakat gay dan witch hunting sebagai helah untuk menghapuskan hak politik bukan saja Anwar Ibrahim tetapi juga semua gay, lesbians, bisexual dan mereka yang menukar jantina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 10:03 AM | Show all posts
Sejenak Anwar di Georgetown, USA





Sejenak Anwar di Georgetown, USA

Saya kini dalam perjalanan pulang setelah berada hampir dua hari di Washington DC menghadhiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown. Beberapa sarjana terkemuka turut hadhir termasuk Profesor Syed Hussin Nasr dan John Esposito. Dari Asia hanya saya dan Prof Osman Bakar turut diundang.

Sidang ini dianggap penting kerana didukung oleh beberapa universiti utama dunia dan World Economic Forum Davos.

Beberapa isu menarik dibahaskan termasuk masalah kedangkalan ilmu di Barat dan dunia Islam, keangkuhan Amerika dan kesediaan mereka bersekongkol dengan regim authoritarian dan perasuah di dunia Islam serta kecenderungan sebahagian kecil dari umat Islam sendiri yang terbelenggu dengan kerangka pemikiran jumud.

Selain mengobrol panjang dengan John Esposito, saya banyak berbual dengan Syed Hussien Nasr. Saya terkesan sekali manakala Profesor Teologi Harvard menyebut bahawa karya Syed Hussien Nasr lebih 40 tahun lalu 慐ncounter of Man and Nature
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2009 08:06 AM | Show all posts
PAS BAKRI BERSATU HATI DENGAN PEMBUNUH MELAYU BUKIT KEPONG




NI LAH KESANNYA, APABILA POLITIK MELEBIHI SEJARAH.ORANG MUAR LUPA KES BUKIT KEPONG.MEREKA LUPA ORANG ISLAM DIBUNUH KEJAM OLEH KOMUNIS.KOMUNIS TU SIAPA?LU FIKIRLAH ORANG MUAR.SEKARANG MELAYU MUAR KHUSUSNYA PAS DAH BOLEH YAM SENG DENGAN DAP.BAGUIH LA TU.YAM SENG DENGAN SEPUPU SEPAPAT BUKIT KEPONG.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 08:14 AM | Show all posts

Reply #109 shamsadis's post

sebab da terlalu tamakkan kuasa, suma tu tak kisah. nnt kena sembelih lagi baru tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 08:20 AM | Show all posts
Jangan Lupa Bayar Saman Anda....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 08:21 AM | Show all posts

Balas #110 cluesan\ catat

makan free depa p la...tak tau nanti kene sembelih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 08:25 AM | Show all posts


Anwar & Camdessus
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 08:34 AM | Show all posts

Reply #111 shamsadis's post

hahaha..... nice info sham. tak reti2 bayar saman si nuar ni. ohh... lupa, dia kan jenis tak makan saman.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 08:35 AM | Show all posts

Reply #112 shamsadis's post

mmg da kena sembelih da, kena sembelih minda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 09:23 AM | Show all posts
WARKAH BUAT ANWAR IBRAHIM

Menjadi kelaziman manusia akan mengingati tarikh 14 Februari sebagai hari memperingati Hari Kekasih.  Tetapi, saya terpanggil untuk memperingati tarikh 11 Februari sebagai hari 揵erpisahnya kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2009 09:25 AM | Show all posts
Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Shah Alam 2007
Walaupun Ezam tidak lagi memimpin Bahagian Shah Alam, namun atas rasa tanggungjawabnya beliau telah memberikan nasihat dan mengarahkan semua Ajk Bahagian untuk teruskan tugas dan tanggungjawab masing masing.

Saya yang juga Setiausaha Bahagian Shah Alam, telah meneruskan kerja kerja untuk persiapan MATB dan Kongres Nasional 2007.

Kami membuktikan kepada pimpinan parti bahawa MATB berjalan dengan baik dan pemilihan pucuk pimpinan Bahagian juga berjaya dilaksanakan.  Kami mengadakan MATB pada 23 Mac yang dirasmikan oleh Ustadz Dr Badrul Amin.  Pada MATB ini PKR Shah Alam membuat keputusan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali dikekalkan sebagai Timbalan Presiden.

Ezam Tetap Bantu Tan Sri Khalid di Pilihanraya kecil Ijok
Sungguhpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, namun atas nilai persahabatan, Ezam telah memberikan komitmennya untuk membantu calon PKR di Ijok iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.

Sepanjang tempoh kempen di Ijok bermula 19 sehingga 28 April 2007, Ezam juga turun padang berkempen habis habisan untuk Tan Sri Khalid.  Sewaktu kempen di Ijok ini, Ezam seperti lazimnya telah mendedahkan rasuah Presiden MIC dengan dokumen yang dibacakan sewaktu berceramah.

Pada petang hari mengundi, Ezam telah mengetuai penahanan dua buah bas pengundi hantu di Bukit Badong.  Peristiwa yang cemas dan tegang itu telah melihatkan keberanian Ezam berdepan dengan samseng samseng UMNO.  Walaupun mereka lebih ganas daripda pihak Polis, namun, Ezam dan ramai rakan rakan Angkatan Muda telah berjaya membawa kedua dua buah bas itu ke Balai Polis Simpang Ijok.

Anwar Tak Selesa Dengan Ezam di Ijok?
Ada beberapa insiden yang terjadi sewaktu kempen Pilihanraya kecil Ijok menjadi tanda tanya samada Anwar tidak senang dengan Ezam.  Adakah Anwar masih marah dengan tindakan Ezam meletak semua jawatannya dalam parti..?? Dikalangan teman teman, kami sedar bahawa ini benar, kalau tidak diungkap melalui kata kata, tetapi melalui body language atau body gesture jelas terbukti.

Dinyatakan disini salah satu insiden ini berlaku sewaktu program Pentas Angkatan Muda di Bilik Gerakan AMK bertempat di Bukit Badong.  Oleh kerana keadaan lalulintas yang sesak di kawasan pekan Ijok, maka Anwar membatalkan lawatannya ke Sungai Darah pada malam 24 April.  

Kami dimaklumkan oleh teman teman di Bilik Gerakan AMK bahawa Anwar telah singgah disana walaupun mengikut jadual mereka, Ezam yang seharusnya menjadi 揳nchor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 09:25 AM | Show all posts
Kongres PKR Tanpa Ezam
Sewaktu Kongres di Kemaman dan Sungai Petani, ketiadaan Ezam adalah kerana tindakan rakus dan bacul kerajaan Tun Mahathir memenjarakan beliau dan beberapa rakan rakan lain.  Ezam pula dipindahkan dari Kem Tahanan ISA Kamunting ke Penjara Kajang.

Walaupun ketiadaan Ezam di Kemaman dan Sungai Petani namun 搑oh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 09:26 AM | Show all posts
Dream Team Anwar

Setelah Azmin selesa dengan ketiadaan Dato Nalla lagi dalam pertandingan Naib Presiden PKR, barulah Anwar mancaturkan jawatan jawatan lain yang saya lihat Anwar punyai rancangan untuk menjadi pemerintah parti menggunakan remote control.

Saifuddin Nasution dibawa masuk untuk mengurangkan pengaruh Azmin dalam pimpinan.

Tan Sri Khalid ditukarkan ke jawatan yang lebih besar sebagai Setiausaha Agung tetapi pada hakikatnya, rekod Tan Sri Khalid sebagai Bendahari merupakan halangan dan kepayahan buat Anwar mahu menggunakan dana parti.  Ini saya dengar sendiri dari mulut Tan Sri Khalid sewaktu dalam satu mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor dimana beliau menceritakan Anwar pernah datang kerumahnya memohon untuk menggunakan dana pilihanraya yang telah diamanahkan kepadanya, tetapi beliau tidak mengizinkan dan Anwar pulang hampa dengan tangan kosong.

Perlantikan Hajjah Fuziah Salleh sebagai Timbalan kepada Azmin merupakan tindakan mengambil hati mantan Ketua Wanita yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden.  Menjadi teka teki samada keputusan ini direstui Presiden ataupun tidak sebab dikalangan pimpinan tahu Kak Wan tidak sehaluan dengan Kak Fuziah, jelas disini Anwar pentingkan diri sendiri, asalkan beliau dilihat sebagai penyelamat keadaan biarpun hati dan perasaan isteri sendiri terguris luka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 09:29 AM | Show all posts
Ezam dan Anuar Shaari adalah sahabat sejati buat Dato Nalla.  Siapakah Anwar dihati Dato Nalla sekarang...?


   Ezam memimpin GERAK dengan sokongan teman teman

Kemana Anwar Selapas Ini....?

Apakah Pilihanraya kali ke 12 ini dapat menyaksikan ramai pimpinan kanan PKR menjadi Yb...??

Sepertimana yang diperhatikan pemimpin PKR yang sentiasa menempel dan hanya rajin sewaktu hadirnya Anwar dalam mana mana program mempunyai angan angan politik yang tinggi.  " aku sebenarnya dah meluat dah dengan PKR nie tapi, tunggulah lepas Pilihanraya.  Kalau masa tu aku umum keluar parti, at least adalah recognition sikit, kalau tak disebut sebagai Yb PKR, paling tidak pun akan disebut bekas calon....." demikianlah kata kata seorang pemimpin parti yang masih berhubung rapat dengan kami.

Masih kuatkah PKR tanpa Ezam?  Mood pilihanraya apakah akan sama tanpa Ezam?

"kita rehat dulu, setakat pergi melawat Bilik Gerakan, tinjau keadaan, tolong sikit lebih kurang bolehlah kot..." kata teman saya mantan Ajk Bahagian Shah Alam yang bersama saya telah meletak jawatan beramai ramai pada 6 Julai sebaik sahaja Ezam umum keluar parti.

"party without Ezam, tak payah buang masa lah, kita duduk diam diam sudah...." sambut seorang lagi teman saya mantan Ajk Bahagian Klang yang juga sudah keluar parti.

Adakah Anwar akan berjaya dalam cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri..??  Mampukah Anwar meyakinkan rakyat setelah ramai sahabat sahabat beliau sendiri hilang kepercayaan dan sudah tidak mahu mempercayainya lagi..??

" kalau Ezam dan Nalla yang sanggup mati untuk Anwar pun dia tak pernah ingat, kita nie siapa..??? " soal seorang teman yang ternyata kecewa dengan sikap Anwar.  Beliau merupakan antara sahabat karib Ezam yang menceritakan peristiwa bagaimana Ezam tidak dibenarkan hadir kemajlis pernikahan adik Bahirah kerana ayah Bahirah amat kecewa dengan penglibatan Ezam dalam perjuangan Anwar Ibrahim suatu ketika itu.  Akhirnya Ezam mengalah dan mohon keluarga Bahirah teruskan juga majlis tanpanya.  Demikianlah harga yang perlu dibayar oleh Ezam yang meletakkan Anwar diatas segala galanya suatu masa dulu.  Kini Anwar lebih utamakan agenda sendiri, dan hanya tahu menjaga hati Azmin Ali melebihi segala galanya.

Kemanakah Anwar sekiranya PKR tewas teruk dalam Pilihanraya kali ini...?  

Tercapaikah cita cita Anwar mahu menjadi Ahli Parlimen melalui pilihanraya kecil dengan menjadikan salah seorang Yb sebagai Kambing Hitam?

Adakah Anwar akan sekali lagi menghilangkan diri dan terbang ke Washington atau Amerika dengan memberi alasan bertugas dan ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di universiti luar negara kenalan beliau?

Apakah Anwar akan bubarkan PKR dan menyarankan ahli2nya menyertai PAS atau DAP?

Mungkin Anwar akan menyertai PAS?

Akan berulangkah peristiwa rakyat Malaysia melihat Anwar menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional?

Jawatan terakhir sebelum keluar parti, Nazmi adalah Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam.

Sekian,

Mohd Nazmi Rosli





Jawatan terakhir sebelum keluar parti, Nazmi adalah Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091662 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list