CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13506|Reply: 11

Keselamatan ketika memancing

[Copy link]
Post time 16-1-2009 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Keselamatan memancing penting


MEMAKAI jaket keselamatan ketika memancing di laut atau sungai sudahdiamalkan sejak dulu lagi oleh pelaut ketika dalam sebarang keadaanlebih-lebih lagi keadaan cuaca laut, buruk.

Bertitik tolak daripada itu Petua Pak Nuri kali ini mengajak kakipancing berkongsi pengalaman yang dikaitkan dengan beberapa peristiwadilalui oleh mereka yang sudah berdepan dengan kejadian terhumban kelaut kerana tidak memakai jaket keselamatan berbanding mereka yangsentiasa mengenakan jaket berkenaan ketika berada dalam bot.

Keselamatan yang diperoleh walaupun tidak 100 peratus oleh merekayang memakai jaket keselamatan ketika bertarung di permukaan laut,tetapi adalah lebih baik daripada mereka yang tidak memakainya.

Pengalaman ini dilalui sendiri oleh seorang pelaut dari KampungDumpar di Muar, Johor, yang terpaksa bertarung hampir 12 jam di SelatMelaka. Dia cuma dapat bergayut pada sekeping papan sebelumdiselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain yang secara kebetulanmenjalankan aktiviti memancing udang.

揝ampan saya karam dilambung ombak besar yang datang dengantiba-tiba. Jaket keselamatan ada tetapi saya tak sempat memakainya,攌ata Yaakob (Haji Yaakob) ketika ditemui di rumahnya di Kampung SeriPantai, Muar, baru-baru ini.

Pengalaman pahit itu mahu dikongsi bersama dengan rakan pelautlain supaya dapat menggalakkan mereka memakai jaket keselamatan setiapmasa walaupun waktu tidur kerana menurut pendapatnya yang sudah melaluipelbagai peristiwa di laut bahawa keselamatan diri perlu diutamakandaripada keselesaan. Tidak guna keselesaan sekiranya boleh mengundangbahaya yang datang dengan tiba-tiba, katanya.

Apa pun persediaan tidak memberi makna jika kita sendiri tidakmahu menggunakannya walaupun menyedari keselamatan nyawa ketika beradadi laut. Lautan bukan tempat untuk bermain atau boleh diajak berjanji.

Justeru daripada pengalaman anak pelaut di Kampung Dumpar ituboleh dijadikan satu amalan baik atau petua yang harus diamalkan hariini. Jaket keselamatan tetap penting setiap kali turun memancingwalaupun cuma memancing di kuala sungai. Bahaya yang akan datang tidakmelalui kompang atau menggunakan juruhebah sebelum sampai ke lokasi.

Segala petua yang baik tidak sukar dilakukan dan ia tidakmengeluarkan belanja sesen pun untuk diikuti, cuma keyakinan dalam diriitu sendiri perlu ada dan tidak lupa mohon pertolongan dari Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2009 12:26 PM | Show all posts
Memancing duduk ketika gelora lebih selamat


KALANGAN pemancing laut perlu mengutamakan keselamatan diri dalam apa juga keadaan ketika memancing terutama bila berlaku ribut dan gelombang besar. Cara terbaik ketika menghadapi situasi begini ialah pemancing harus berjaga-jaga dengan tidak berdiri dalam bot jika tangan tidak dapat berpaut pada tiang yang kukuh. Juga, jangan berada di tepi kiri dan kanan bot kerana tindakan ini tidak menjamin keselamatan anda.

Pernah berlaku peristiwa pemancing tercampak ke laut ketika memancing dalam keadaan berdiri, begitu cerita tekong dari Kuala Pahang yang sudah berusia 82 tahun dan kini sudah menetap di darat.

Pak Ali menceritakan detik cemas ketika membawa pemancing dari Johor Bahru dalam keadaan ribut dan gelombang setinggi dua meter. Mereka masih berlabuh di unjam kerana ikan selar bermusim dan peluang ini tidak mahu dilepaskan.

Mereka menggunakan teknik pancing apollo dalam keadaan yang kurang selesa namun seorang daripada mereka berdiri di kawasan tepi bot walaupun ditegur tekong. Akhirnya, beliau tidak dapat mengawal keseimbangan diri kerana bot dilambung ombak lalu tercampak ke laut. Bagaimanapun, mangsa dapat diselamatkan oleh tekong.

揝aya terpaksa terjun untuk menyelamatkan pemancing berkenaan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:30 PM | Show all posts
Tali penting ketika memancing


KALI ini Pak Nuri masih ingin membicarakan langkah berjaga-jaga semasa di laut. Sebelum ini beberapa kali Pak Nuri menasihatkan pemancing supaya beringat-ingat bahawa laut tidak boleh dibuat janji justeru kita perlu bersedia dengan langkah keselamatan perlu.

Pak Nuri ingin memberitahu kembali mengenai peranan tali temali yang perlu dibawa dalam sampan semasa turun ke laut. Peranan ini didedahkan oleh Pak Dali pelaut veteran yang kini sudah berusia 90 tahun dan tidak lagi berjinak dengan laut, tapi di rumahnya masih terdapat beberapa utas tali sauh yang sudah uzur namun tersimpan dengan rapi.

Merenung tali yang bergantung di dinding rumahnya di Semerah Johor, ketika menziarahi beliau beberapa bulan lalu Pak Dali menerangkan tali berkenaan menyelamatkan nyawa seorang pemancing yang terhumban ke laut.

揔eadaan menjadi kelam kabut dalam sampan tapi dengan pantas Tok lemparkan tali kepada mangsa yang sudah hampir tenggelam,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:31 PM | Show all posts
'Berhati-hati ketika berada di kuala'
Oleh Nuri Angkasa

KITA kadang-kadang terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki lumayan atau sebaliknya.

Keselamatan diri yang hendak dikaitkan kali ini ialah semasa bot yang memasuki kuala sungai. Justeru tekong sudah maklum mengenai bahaya yang bakal dilalui dan tentunya sentiasa berjaga-jaga. Bagaimanapun pemancing tidak ramai yang memikirkan bahaya ini.

Pak Nuri melalui pengalaman sebagai warga pelaut sejak kecil lagi sudah diberi penerangan mengenai bahaya di kuala. Air sungai dan air laut akan bertembung lalu menjadi gelombang yang tidak menentu. Ini sangat berbahaya jika bot tidak dikawal secara berhemat. Bot laju gantian kaca sering menghadapi masalah berkenaan dan beberapa kes tenggelam atau pecah di muara.

Daripada peristiwa yang berlaku ini Pak Nuri terpanggil untuk mengingatkan kaki pancing supaya sentiasa mengambil kira keselamatan diri semasa pulang atau hendak keluar dari kawasan kuala sungai.

Tekong muda yang kadang-kadang terlepas pandang lupa untuk memberi peringatan kepada pemanciang yang mereka bawa. Justeru sifat ingat mengingatkan itu adalah satu amalan yang sangat baik untuk pemancing lakukan semasa berada dalam bot. Cara terbaik adalah pemancing sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika berada di zon bahaya. Berdoa kepada Allah untuk keselamatan paling baik dilakukan.

Bagi nelayan atau warga pelaut yang sudah lama mengenal laut, kuala atau muara sungai adalah kawasan paling utama diberi perhatian sama ada ketika keluar atau masuk. Bagi kawasan laut terbuka seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang, muara sering terjadi mala-petaka sehingga mengorbankan nyawa.

Berjaga-jaga semasa berada dalam zon bahaya sangat penting sekali gus ini patut menjadi Petua kepada semua pemancing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 12:38 PM | Show all posts
Hujan lebat pembunuh angin, hujan
Oleh Nuri Angkasa

BIASANYA, nelayan yang bergantung hidup di laut sepenuh masa sering mengamalkan beberapa petua terutama sebelum melangkah turun dari rumah, atau sekurang-kurangnya melangkah masuk dalam sampan atau bot. Ada juga yang melakukan petua memanggil ikan dengan jampi serapah menggunakan ayat Al-Quran. Justeru Petua Pak Nuri kali ini lebih kepada kepala angin yang lebih awal tiba sebelum berlaku ribut.

Menurut pengalaman nelayan terutama golongan veteran yang sering berdepan dengan keganasan laut terpaksa mempelajari beberapa petunjuk mengenai ribut, gelombang besar, hujan, guruh dan kilat yang datang secara tiba-tiba pastinya ada cerita sendiri tersendiri untuk dijadikan pedoman bagi generasi muda hari ini.

Ada sesetengah tekong muda tidak mengambil berat mengenai amaran atau mengambil kira keadaan semasa yang berlaku. Namun ada di antara kaki pancing yang berpengalaman kadang-kadang memberikan kerjasama kepada tekong sebagai langkah keselamatan.

Daripada pengalaman beberapa veteran nelayan yang dapat dipetik bahawa peringatan yang perlu diambil kira seperti guruh kuat dentumnya beserta kilat membatang dan angin mula sejuk bertiup di cuping telinga, anda segera mencari tempat perlindungan walaupun ketika itu ikan galak memburu umpan.

Ketika dalam keadaan ribut dan gelombang besar melanda, hujan tiba datang dengan lebatnya dan ini satu tanda baik buat kaki pancing kerana hujan dapat membunuh angin dan gelombang.

Anda kena bersabar kerana sebaik saja ribut berhenti dan gelombang besar kian menurun tentunya spesies ikan di dasar galak dan lapar, kesempatan ini jangan anda abaikan.

Apa pun sesetengah tekong tidak mudah untuk meninggalkan kawasan perlindungan kerana tidak mahu terperangkap ribut kedua yang masih degil namun harapan anda untuk melakukan aktiviti memancing terbuka luas sebaik saja ribut reda.

Cuma anda dan tekong mesti bekerja sama dan tidak mudah melatah kerana laut walaupun sudah berwajah baik tapi jaminan seratus peratus baiknya itu belum boleh di percayai.

Perkara penting untuk diambil kira semasa berada di laut ialah amaran awal kedatangan ribut serta tanda angin kencang akan berhenti perlu dijadikan petua yang terus kekal dalam ingatan kaki pancing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2009 04:28 PM | Show all posts
Pemancing latah, sawan perlu jujur
Oleh Nuri Angkasa

ADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakan pancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketika ekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.

Rakan pancing dalam kumpulan besar atau kecil adalah saudara paling rapat antara satu sama lain walaupun itu mungkin kali pertama menyertai kumpulan berkenaan.

Ketika di laut, kita perlu bekerjasama (team work) dalam apa juga keadaan. Mengasingkan diri adalah satu sifat yang merugikan diri sendiri. Malah keadaan lebih merbahaya jika kita ditimpa kemalangan yang memerlukan bantuan kawan.

Dalam bot tidak ada ibu bapa, saudara mara, doktor atau pakar bedah untuk memberikan bantuan selain rakan pancing berada dalam kumpulan itu yang akhirnya akan memberi bantuan apabila diperlukan.

Bekerjasama dan sifat suka menolong adalah budaya kita orang Melayu. Dengan cara atau sikap ini juga kita dapat membantu atau membuat persediaan lebih awal jika pemancing perlu diberi pertolongan. Kepada ahli kumpulan yang ada penyakit latah yang tidak boleh tersentuh atau terperanjat atau ada yang mempunyai penyakit sawan; sentiasa terdedah kepada pelbagai bahaya ketika berada di laut.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu mendapat maklumat mengenai perkara ini terutama bagi rakan pancing yang baru menyertai mereka. Pak Nuri difahamkan, sering berlaku kemalangan seperti pemancing terjun ke laut apabila si latah diusik atau terperanjat. Orang yang melatah juga akan bertindak sama ada kasar, membahayakan pemancing atau diri sendiri. Justeru, ingatlah bahawa di atas bot bukan tempat untuk bergurau senda dengan si latah.

Begitu juga dengan penghidap sawan laut yang sudah tidak dapat dikawal. Justeru, menjadi tanggungjawab ahli dalam kumpulan untuk membantu dan sentiasa peka dengan keadaan ini.

Jika seseorang pemancing menghidap mana-mana penyakit itu maka berterus terang kepada rakan pancing dalam kumpulan adalah satu cara paling baik. Jangan malu untuk menyatakan keadaan sebenar sebab keadaan lebih buruk boleh berlaku jika kita berdepan dengan situasi yang datang secara mendadak dan dalam keadaan tidak bersedia.

Adalah menjadi harapan Pak Nuri supaya pemancing terbabit berterus terang terutama kepada pemancing yang baru menyertai kumpulan atau trip memancing supaya langkah awal dapat disediakan atau semua pemancing sudah dimaklumkan dan akan bertindak pantas jika berlaku keadaan yang tidak diingini.

Segan atau malu yang memerangkap diri sendiri terus berdepan dengan keadaan lebih buruk dan menyusahkan rakan kumpulan adalah satu perbuatan yang merugikan dan tidak wajar untuk menjadi seorang pemancing laut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2009 05:23 PM | Show all posts
Artikel yang bagus buat panduan !!

aku kalau memancing di laut lepas, perkara yang aku pastikan ada adalah jaket keselamatan, lampu picit kalis air dan tong air tawar saiz 4 gelen ( buleh buat pelampong dan bekalan air minum) sekiranya ada kejadian yang tak terduga seperti yang pernah di alami suatu ketika dahulu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 10:02 AM | Show all posts
Kenal pasti air pasang surat sepanjang Januari
Oleh Osman Lisut

KUALA LUMPUR: Pasang surut air laut sering dijadikan panduan kaki pancing sebelum mereka melakukan trip atau ekspedisi. Begitu juga pergerakan semua kenderaan laut sangat dipengaruhi perkara sama.

Faktor bulan juga berkait rapat dengan paras dan kederasan air. Bermula dari bulan gelap, bulan sabit dan bulan penuh (mengambang) semua ini turut mempengaruhi sifat serta pergerakan semula jadi ikan di laut.

Lazimnya air bani (pasang paling maksimum) dan timpas (surut paling minimum) akan berlaku dua kali dalam tempoh sebulan. Kebiasaannya ketika bulan penuh dan bulan gelap, air akan pasang awal pagi sebelum matahari terbit dan lewat senja semasa matahari mula terbenam. Waktu ini dikatakan amat produktif untuk memancing.

Paparan masa bagi pasang surut kebiasaannya bagi tempoh 24 jam. Sebagai contoh, pada Sabtu jam 3.25 pagi, air berada di paras paling surut dan mula bergerak pasang selepas jam 3.25 pagi. Air akan pasang sepenuhnya pada jam 7 pagi dan kembali bergerak surut hingga berhenti jam 1.53 petang. Air kembali pasang dan penuh pada jam 9.51 malam.

Bagi carta Januari menyaksikan air timpas berlaku pada 2 hingga 5 Januari dan 16 hingga 20 Januari. Manakala air bani pada 9 hingga 11 Januari dan 24 hingga 27 Januari.

Pemancing yang bijak menggunakan pengetahuan membaca masa pasang dan surut air di laut, carta itu membantu mereka mengetahui masa terbaik memancing dan kelajuan arus setempat. Secara semula jadi, pergerakan ikan di laut dipengaruhi pasang surut dan arus air (deras atau perlahan).

Ini termasuk minat ikan terhadap umpan yang dihidangkan. Kalau dikaji, arus air laut mula bergerak perlahan pada peringkat permulaan (sama ada ketika surut ke pasang atau daripada pasang ke surut). Kelajuan akan meningkat pada peringkat pertengahan dan kemudian kembali lemah.

Berdasarkan pengalaman dan sifat ikan terhadap pengaruh alam sekitar ia aktif dan berminat kepada umpan peringkat pertama (surut kepada pasang) dan (pasang kepada surut). Ketika ini pemancing perlu menumpukan sepenuh masa dan sentiasa menukar umpan jika perlu.

Waktu ini air lemah ikan mula berkeliaran kembali mencari makanan. Sekiranya tiada arus dan ketika arus terlalu deras, pemancing perlu menggunakan masa ini untuk berehat atau membuat persiapan menjelang waktu air kembali lemah atau waktu ikan kembali galak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2009 09:43 AM | Show all posts
Jangan makan ikan Pangkor

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan Pulau Pangkor dinasihatkan tidak memakan hidupan laut di kawasan berlakunya perubahan warna air laut jika pencemaran tersebut berpunca daripada fenomena Red Tide atau alga merah.

Menurut Pengarah Institut Oseanografi dan Maritim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Kamaruzaman Yunus, kehadiran alga merah yang terlalu banyak itu boleh memberi kesan terhadap habitat laut kerana akan menyebabkan oksigen terlarut menjadi rendah.

"Apabila ia semakin banyak, lama kelamaan alga-alga ini akan mati dan mendap di dasar laut. Kemudian bakteria akan mereputkan alga ini yang akan menghasilkan toksin.

"Kehadiran toksin ini akan menyebabkan ikan di laut mati. Kalau ikan yang masih hidup makan alga ini dan kemudian ditangkap oleh manusia untuk dimakan, ia boleh membahayakan manusia termasuk menyebabkan kematian,'' jelasnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan mengenai perubahan air laut daripada kebiru-biruan kepada warna merah yang mengejutkan kira-kira 2,000 nelayan di sekitar Pulau Pangkor, Kampung Baharu dan Segari di Perak.

Keadaan itu menyebabkan pendapatan nelayan mulai merosot ekoran hasil tangkapan ikan yang terjejas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 01:49 PM | Show all posts
Berteman bukan orang ketiga
Oleh Nuri Angkasa


APAKAH yang paling baik bagi persediaan menjaga keselamatan diri ketika berada di laut selain daripada sentiasa memakai jaket keselamatan? Soalan begini harus ada pada setiap kaki pancing ketika mereka memancing di laut terutama keadaan cuaca yang tidak menentu. Langkah paling baik ialah menyediakan pelampung dan tali berdekatan dengan kita pada setiap masa. Juga pastikan ada dua pemancing yang tidak tidur pada siang atau pun malam hari kerana mereka inilah yang bakal menjaga keselamatan anda semua selain diri sendiri.

Kadang kala tekong sendiri yang lebih awal menarik bantal untuk berehat kerana terlalu letih atau badan kurang sihat. Ataupun dia tekanan masalah. Justeru, anda yang ada pengalaman harus bertanggungjawab sebagai orang paling kanan untuk bertindak serta melindungi keselamatan rakan lain.

Sebagai orang yang tidak tidur pada waktu malam, anda boleh mengisi masa bersama seorang lagi rakan untuk memancing. Anda dan seorang dua rakan mesti sentiasa ada bersama untuk memastikan bot tidak hanyut (sauh tidak lekat di dasar atau tali tersangkut). Anda juga bertanggungjawab memastikan tidak ada kapal dagang yang lalu berdekatan atau bot nelayan lain yang mungkin tersalah sasar laluan.

Anda turut bertanggungjawab untuk mengawasi rakan pancing lain yang mungkin tersalah langkah lalu jatuh ke laut. Maka pertolongan pantas dari anda sangat diperlukan. Kerana itu biasanya tekong yang bakal menjaga kita semua dan melayan kita supaya tidak tidur dengan melakukan pelbagai usaha seperti menyajikan air kopi panas dan menghidangkan makanan ringan seperti biskut, keropok atau kerepek supaya anda terus memancing sambil bersembang atau sambil bertasbih.

Pernah berlaku beberapa insiden buruk, bot dilanggar kapal atau bot hanyut kemudian terhempas pada batu karang. Ini semua gara-gara semua pemancing termasuk tekong; tertidur dengan nyenyak. Maklumlah, tidur dengan badan penat dan dibuai angin laut memang mengasyikkan.

Kadang kala soal keselamatan termasuk langkah berjaga waktu malam dianggap tidak begitu penting sama ada untuk difikir atau diambil tindakan. Tetapi setelah berlaku tragedi yang meragut nyawa baru hendak kita kesalkan. Ketika itu kesal sudah tidak berguna lagi.

Justeru, langkah terbaik perlu diambil kira lebih awal supaya perkara buruk dapat kita atasi dan kesal kemudian yang tidak berguna itu tidak berlaku.

Bagaimana pun, berjaga malam seorang diri pula tidak digalakkan. Kita mesti berteman dengan rakan pancing lain supaya anda tidak ditemani orang ketiga atau empat lain yang meragukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 06:40 PM | Show all posts
Utamakan keselamatan dalam apa jua aktiviti
SMS soalan ke 019-3657489

SOAL: Saya berminat menyertai GP JORAN. Apakah keperluan yang patut saya bawa terutama alatan pancing, alat keselamatan, umpan, tong ais dan sebagainya.

HANIF, Kota Bharu, Kelantan.

JAWAB: Walau di mana pun tempat dan aktiviti yang dilakukan, kita perlu meletakkan keselamatan di tempat nombor satu. Di antara keperluan wajib untuk memancing di atas bot ialah:

a) Jaket keselamatan yang berfungsi baik dan bukan ala kadar. Kepandaian berenang boleh sebagai tambahan keselamatan.

b) Pakaian yang sesuai seperti dapat mengekang kepanasan disiang hari serta kedinginan pada waktu malam. Topi dan baju hujan juga satu kemestian. Pakaian bersih untuk menunaikan ibadat solat lima waktu termasuk sejadah jika boleh. Jika boleh barang keperluan ini seeloknya disimpan dalam bekas atau beg yang kalis air.

c) Peralatan memancing minimum dua set - satu aksi berat dan satu aksi sederhana. Aksi berat lebih 30 paun kapasiti tangsi dengan muatan 150 meter minimum. Set peralatan ini ialah kombinasi kekili dan joran yang sesuai dipadankan antara satu sama lain. Bawa kekili atau joran simpanan sebagai pengganti jika terdapat kerosakan pada peralatan utama.

d) Aksesori seperti kotak pancing, ragum muncung panjang, pemotong, pisau, lampu suluh (tambahan), yang boleh dimuatkan dalam kotak pancing.

e) Mata kail pelbagai saiz bermula dari 2/0 hingga 5/0 untuk ikan besar, manakala mata 4 hingga 1/0 untuk skala ikan kecil. Adalah disarankan susun atur mata kail mengikut saiz supaya lebih mudah untuk digunakan nanti. Jangan campur mata kail baru dengan yang sudah di gunakan.

f) Perambut sesuai berkekuatan daripada 30 paun hingga 100 paun berwarna cerah atau jernih. Kabel atau perambut dawai 40 hingga 60 paun perlu untuk memancing ikan bergigi tajam.

g) Bekalan makanan dan minuman bergantung kepada bot. Terdapat bot yang memasak untuk peserta dan sebaliknya. Rakan-rakan dalam bot juga boleh diajak berunding mengenai perkara ini. Bagaimanapun seeloknya kita turut membawa minuman dan makanan berserta bekalan ubat yang dirasakan sesuai. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi unit JORAN bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai cuaca, jadual pertandingan, peraturan dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2009 06:41 PM | Show all posts
Gewang cerah, gelap ikut keadaan


SOAL: Apakah gewang terbaik untuk memerangkap siakap merah dan siakap putih?

ANAK LANGKAWI

JAWAB: Gewang selaman dalam sesuai untuk siakap merah, manakala selaman cetek pula dapat memikat siakap putih. Jurang selaman bergantung kepada kedalaman air di lokasi yang dilawati. Gewang bersaiz 15 cm (6 inci) maksimum amat praktikal. Warna gewang pula bergantung kepada air dan cuaca. Jika air terlalu jernih gunakan gewang gelap dan sebaliknya. Ciri-ciri warna gewang pula mestilah garang, bersinar di bawah dan warna utama seakan-akan menyerupai ikan mangsa seperti belanak mahupun beliak mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.324562 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list