CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17197|Reply: 104

PRK KT; PAS MENANG (post #1, keputusan seluruhan)

[Copy link]
Post time 17-1-2009 06:25 AM | Show all posts |Read mode
hari ni hari mengondi.... aku buka tred ni untuk kita sumer... citer apa yang berlaku hari ni..... proses pengundian... dan result malam karang......   ada update news hari ni...17 Jan;   kita update ramai ramai...

pada warga KT.........selamat... selamat.... selamat... mengondi :victory:

   


konan, timot, kelu....  ... aku rasa tred ni kira wokey.. ekkkk.... fresh tuk hari ni!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh   Jumlah Undi:  30,252



Mohd Abdul Wahid Endut   Jumlah Undi:  32,883



Azharudin Mamat   Jumlah Undi:  193


Info:


Majoriti:  2,631


Undi Rosak: 655


Jumlah Pengundi: 80,229

Keluar Mengundi:    79.9% (63,993)



[ Last edited by  amazed at 18-1-2009 07:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 06:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:05 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:34 AM | Show all posts

Keputusan dijangka pukul 10.30 malam


PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua kiri) berbual dengan petugas SPR yang menyemak kertas sebelum diedarkan ke Pusat Mengundi untuk proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri.

KUALA TERENGGANU: Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarrkan 90 peratus pengundi keluar mengundi esok.

"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media di sini pagi tadi.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang.

Perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:36 AM | Show all posts

Kekal sengit, Kuala Terengganu 'ceria' sambut hari penentuan



CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kiri) beramah mesra dengan anggota Persatuan Hainan ketika menghadiri majlis perjumpaan dengan Persatuan Hainan di Tokong Thean Hou, Kuala Terengganu.

CALON PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan kemahirannya menulis kaligrafi Cina ketika melawat gerai makan Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:36 AM | Show all posts
++++ masing2 cuba menarik undi kaum cina di saat2 akhir

[ Last edited by  dewi_anastasia at 17-1-2009 07:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 07:36 AM | Show all posts
[DIKEMAS KINI 11.30 MALAM] KUALA TERENGGANU: Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu berakhir 12 tengah malam ini (Jumaat), sekali gus membolehkan 80,229 pemilih bahagian itu memilih wakil rakyat yang baru - buat kali kedua selepas 8 Mac lalu.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat oleh Barisan Nasional (BN) dan PAS sebagai persaingan paling sengit dan amat penting sehingga malam ini belum memperlihatkan tanda-tanda yang jelas calon yang bakal mencapai kemenangan.

Teka-teki siapa yang bakal menang berlarutan.

Pelbagai pihak yang ditemui sehingga 10 malam tadi masih mengatakan calon BN dan PAS mempunyai peluang 50:50 dengan pemimpin mereka masing-masing yakin akan mencapai kemenangan.

Justeru, kedua-dua calon BN dan PAS dikatakan mempunyai peluang yang seimbang tetapi enggan komited.

Persaingan membabitkan tiga penjuru iaitu di antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

mStar Online difahamkan, sama ada persaingan kali ini dimenangi oleh calon BN atau PAS, perbezaan undi dikatakan antara 500 dan 1,200.

Pun begitu, calon Bebas juga yakin akan menang dan melakukan kejutan.

ISU

Tiada banyak isu besar dan baru menjadi perhatian dalam pilihan raya kali ini.

Antara yang menjadi perhatian ialah bayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri, pembangunan setempat, undang-undang hudud, personaliti pemimpin dan bahasa Inggeris.

STRATEGI

Pemimpin-pemimpin kanan BN dan PAS menggunakan peluang terakhir yang ada untuk menawan seramai yang mungkin untuk mengubah ketidaktentuan menjelang hari pengundian.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakhiri kempennya pagi tadi dengan menggesa pengundi mengekalkan perwakilan dan suara di Parlimen.

Harapan itu disampaikan oleh beliau di hadapan masyarakat Cina di sini pagi ini.

Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi menunaikan solat hajat di masjid di Bukit Besar dan kemudian menghadiri majlis persembahan kebudayaan di Kg, Tiong, yang menjadi tumpuan pengundi Cina.

Kunjungan beliau itu merupakan yang kedua selepas Selasa lalu.

Pakatan Rakyat juga menurunkan barisan pemimpin kanan dengan melakukan beberapa strategi terakhir bagi mengelakkan sebarang kekecewaan esok.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diharap akan membawa 'kekuatan' kepada pembangkang juga meninggalkan Kuala Terengganu pagi ini.

Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

SUNYI

Kempen pilihan raya kecil ini bermula 6 Januari lalu tetapi turut disifatkan sebagai paling sunyi dan aman.

Pada pilihan raya umum lepas, sebanyak 82.45 peratus atau 66,231 daripada 80,325 pengundi keluar mengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

Tinjauan mStar Online menjelang tengah malam ini mendapati, jalan-jalan di pusat bandar Kuala Terengganu mengalami kesesakan teruk hampir 4 km terutama sepanjang Jalan Sultan Abidin berikutan kempen pada minit-minit terakhir.

Kira-kira pukul 11.20 malam tadi, seramai 50 anggota pasukan pengepungan ringan (LFF)diturunkan bagi menyuraikan kira-kira 3,000 orang yang bersorak di sepanjang jalan tersebut, dipercayai menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat.

Kempen-kempen yang dijalankan kedua-dua parti kini dilihat agak rancak berbanding sejak 10 hari lalu.

Bendera dan kain rentang fasa akhir juga dinaikkan manakala pekerja-pekerja parti pula sibuk memasang barung masing-masing berdekatan dengan pusat mengundi.

Sebanyak 36 pusat mengundi akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang esok.

Pagi tadi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya yakin keputusan boleh diketahui menjelang pukul 10.30 malam.

Kata beliau, maklumat yang diterima menunjukkan keadaan cuaca mendung manakala Jabatan Metereologi pula meramalkan hujan pada sebelah petang.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail, wakil BN, pada 28 November lalu.

Bahagian Kuala Terengganu yang dikatakan bukan kubu kuat BN, telah dikuasai PAS pada 1999.

Pada pilihan raya umum 2004, calon BN, Allahyarham Razali yang baru pertama kali bertanding menewaskan penyandang ketika itu Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS dengan majoriti 1,933 undi.

Pada 8 Mac lalu, Allahyarham Razali mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis 628 undi selepas memperolehi 32,562 undi menewaskan calon PAS, Mohamed Sabu (31,934) dan calon Bebas, Maimun Yusof (689 undi).

LANCAR

Sementara itu, Menteri Dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan pilihan raya kecil ini bakal menjadi pilihan raya yang cukup aman setakat ini di negara ini.

Beliau berkata, daripada laporan, tinjauan, risikan dan kajian yang dibuat, semua perkara yang dianggap boleh berlaku sehingga boleh mengganggu perjalanan pilihan raya, sudahpun ditentukan ia tidak berlaku di sini.

DAKWAAN

Di sebalik perjalanan yang lancar setakat semalam, banyak pihak dikejutkan dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil ini, Datuk Mat Razali Kassim yang menarik diri daripada menguruskan hari pengundian esok.

Mat Razali meletak jawatan berikutan tidak mahu menjejaskan kredibiliti SPR dalam mengendalikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu esok secara telus.

Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan dakwaan PAS bahawa Mat Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu meraih undi untuk calon BN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:52 AM | Show all posts
awalnya bangun, tak pegi sekolah ker hari ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 08:21 AM | Show all posts
Keputusan diketahui 10.30 malam ini

KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 10.30 malam esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengiraan undi akan dimulakan sebaik semua peti undi ditutup pada pukul 5 petang.

Bagi pengundi pos jelasnya, seramai 813 orang atau kira-kira 96 peratus daripada 1,035 pengundi pos telah membuang undi mereka setakat ini.

Menurutnya, jumlah itu tidak termasuk mereka yang menerima kertas undi melalui pos.

Katanya, keseluruhan jumlah pengundi pos hanya akan diketahui selepas semua kertas undi dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya pukul 5 petang esok.

''Jika semuanya berjalan lancar kita jangka dapat umumkan keputusan pilihan raya kecil ini pada pukul 10.30 malam," katanya ketika melawat Pusat Media di sini hari ini.

Beliau menasihatkan pengundi supaya datang awal ke pusat pengundian dan membawa kad pengenalan masing-masing.

Abdul Aziz turut mengingatkan parti-parti politik supaya tidak mengganggu pengundi dan membiarkan mereka bertenang serta membuat keputusan sendiri mengenai calon yang mahu mereka pilih.

Abdul Aziz menambah, setakat ini, pengurusan proses pilihan raya kecil termasuk persediaan hari pengundian berjalan dengan lancar.




cakap ajer 10.30pm.... aku bajet  12 tengahmalam baru tahu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 08:22 AM | Show all posts

Reply #9 amazed's post

tgk la, kalau BN menang, pukul 9 akan ada rancangan KHAS kat TB3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:25 AM | Show all posts

Reply #10 DTECCONAN's post

and that's a big KALAU.....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:28 AM | Show all posts
Sabtu Januari 17, 2009
Pengundian bermula 8 pagi, warga Kuala Terengganu keluar mengundi

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Calon BN, Wan Ahmad Farid akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar manakala calon PAS, Mohd. Abdul Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga.

Wan Ahmad Farid ketika dihubungi pada pukul 7.45 pagi ini selepas menziarahi pusara ibubapanya dengan diiringi isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab di Masjid Raja Bukit Besar berkata beliau yakin penyokong-penyokongnya akan keluar mengundi seramai yang mungkin.

"Yang penting mereka mengundi untuk BN," katanya.

Beliau kemudian menuju ke pusat pengundian yang terletak beberapa meter dari masjid tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid ketika dihubungi mStar Online berkata, sokongan untuk PAS dan Pakatan Rakyat memberangsangkan namun bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pengundi-pengundi untuk membuat keputusan.

"Saya gembira dengan sokongan yang mereka berikan kepada saya, dan saya harap ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.

Bagaimanapun Azharudin tidak mebgundi di Bahagian Kuala Terengganu kali ini.

Beliau mendaftar sebagai pengundi luar Kuala Terenggani.

Wan Ahmad Farid memasukkan kertas undi tepat pada pukul 8.07 minit pagi.

"Saya gembira," kata beliau ketika ditanya perasaannya sejurus selepas keluar dari Saluran Tiga, tempat beliau mengundi.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid merupakan pengundi pertama mengundi di Saluran Tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Cabang Tiga.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam diiringi oleh isterinya.



tu ajer yg penting pada dia...  depa undi BN...      kelakar lak.. tanya perasaan dia, dia jawab  : SAYA GUMBERA...
malam ni  tanya perasaan sbb kalah; dia jawab:  PAGI TADI SAYA GUMBERA, SEKARANG SAYA TIDAK GUMBERA..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 17-1-2009 08:25 AM
and that's a big KALAU.....   


sebab tu ler, malam ni hang kena elert, kalau ada rancangan KHAS PILIHNARAYA KECIL KT tu bermakna BN menang ler tu, kalau tak dak, tunggu ler pukul 12 diaorg bagitau kat New 12
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:37 AM | Show all posts
Calon Pas, isteri tiba di pusat undi jam 7.50 pagi

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut,tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Tiga, Seberang Baruh, jam 7.50 pagi untuk mengundi di pusat itu.

Beliau ditemani isteri, Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima daripada sembilan anaknya yang turut mengundi di pusat sama.




pagi nyer.....
mandi ke idak nih..    excited nak mengondi punyer pasai.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 17-1-2009 08:31 AM


sebab tu ler, malam ni hang kena elert, kalau ada rancangan KHAS PILIHNARAYA KECIL KT tu bermakna BN menang ler tu, kalau tak dak, tunggu ler pukul 12 diaorg bagitau kat New 12



dan yang PASTI.....   pas menang..... seperti selalu selalunya...... akan keluar berita kat page 5

kalau front page pun bukan HEADLINE.. tapi  cenonet kecik tulis....

pas menang tapi majority KURANG...    atau.. bn raih lebih undi dari  sebelum ni...   



pastu ada worang buat dajal... quote apa pak lah cakap:
dah kalah............kalahla....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 08:41 AM | Show all posts

Reply #14 amazed's post

7 undi FREE dah dapat

BN baru dua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 08:42 AM | Show all posts
Calon BN antara terawal mengundi
KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, antara yang terawal tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Ladang, di sini jam 7.45.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab yang turut mengundi di tempat sama, kemudian masuk ke pusat mengundi tepat jam 8.03 pagi dan keluar dari pusat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.

Kehadiran Wan Ahmad Farid mendapat perhatian penyokongnya dengan Wan Farid melambai-lambai ke arah mereka sambil melaungkan "Hidup BN, Hidup Umno".



terawal undi.... tapi kiok  nanti apakejadahnya.. tu pun nak jadi big news   poyo ekkkkk...


jap  7.50am ker...  7.45am  ... sat lagi ada tulis  7.30am... sat lagi  tulis 5am pun dah tunggu kat pusat mengondi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 08:44 AM | Show all posts
Pusat mengundi dibuka, keadaan tenang
KUALA TERENGGANU: Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuka jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 80,229 pemilih menunaikan hak masing-masing hari ini.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi dilaporkan tenang sebaik dibuka dengan pengundi tiba seawal jam 7 pagi.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis dilihat berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di udara bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.


Tiga calon menawarkan diri bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas) dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Jabatan Meterologi dalam laporannya semalam meramalkan hujan di Kuala Terengganu pada sebelah petang.

Keputusan pilihan raya kecil ini dijangka diketahui sekitar jam 10.30 malam





aku suka ajer baca tajuk sotkabar nih......      suasana 'TENANG'  ye lorrrrrrrrrr   ko nak expect macam GAZA ker...

imajin.. pusat mengondi dibuka... suasana haru biru  kelam kabut.. kotak mengundi tarak... pekerja2  overslept.. taik mata masih berselaput  dan ayaq liuq basi masih ada di kat mulut masing2....   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 17-1-2009 08:21 AM
Keputusan diketahui 10.30 malam ini

cakap ajer 10.30pm.... aku bajet  12 tengahmalam baru tahu...

.



klau bn menang jam 7ptg tu dah kompang satu dunia.....

kalau pas menang silap~silap, pagi ahad baru dpt tau result....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 17-1-2009 09:26 AM



klau bn menang jam 7ptg tu dah kompang satu dunia.....

kalau pas menang silap~silap, pagi ahad baru dpt tau result....



LMFAO.... betul tu... result pun kat page 8  kecik ajer... kat koner mana ntah......  cisssssss  tee hee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.115813 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list