CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK KT; PAS MENANG (post #1, keputusan seluruhan)

[Copy link]
 Author| Post time 17-1-2009 12:44 PM | Show all posts
Sabtu Januari 17, 2009
Saingan kekal sengit, 42 peratus sudah mengundi

Oleh G. MANIMARAN


CALON BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar bersama isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab.


KUALA TERENGGANU: Kira-kira 25 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru - kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.


Tinjauan kami menunjukkan pengundi-pengundi sudah mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sepanjang dua jam yang lalu.


Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pada pagi ini.


Bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang sebentar tadi.


Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pukul 11 pagi, kira-kira 25 peratus pengundi telah keluar mengundi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2009 01:37 PM | Show all posts
Najib luang masa lawat pusat undi

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak meninjau beberapa pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sejak jam 8.30 pagi tadi.

Antara pusat yang dilawati Timbalan Perdana Menteri ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Tiga, SMK Sultan Ahmad, SK Tok Ku.

Najib yang juga Pengarah Pilihan Raya Jentera Barisan Nasional (BN), meluangkan masa kira-kira setengah jam di setiap lokasi.


Sementara itu, tinjauan Berita Harian Online mendapati, keadaan di pusat mengundi terkawal walaupun jentera perayu BN dan Pas, masing-masing ada yang bertikam lidah.

Bagaimanapun, kawalan ketat anggota polis di sekitar pusat mengundi melancarkan proses mengundi yang dibuka sejak jam 8 pagi tadi.




kena la lawat.. sambil bagi sekilo gula dan setin susu cap junjung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 01:40 PM | Show all posts
dengaq kata dah 40% pi mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 01:41 PM | Show all posts

Reply #22 amazed's post

dia pi mengundi ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 01:45 PM | Show all posts
17 Januari, 2009   
Kira- Kira 30 Peratus Pengundi Tunai Tanggungjawab



KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Kira-kira 30 peratus pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu telah keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu yang bermula jam 8 pagi Sabtu dilaporkan berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi berdaftar itu turut melibatkan 1,302 undi pos daripada anggota polis dan tentera.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut antara yang terawal mengundi di pusat mengundi masing-masing pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, menunaikan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini pada pukul 8.02 pagi.

"Saya berharap dengan keadaan cuaca yang baik, orang dapat keluar beramai-ramai untuk keluar mengundi. Saya mengharapkan petanda baik kepada Barisan Nasional untuk mencapai kemenangan," kata Wan Ahmad Farid yang ditemui pemberita selepas mengundi.

Beliau turut menziarahi pusara ibu bapanya Datuk Wan Salleh Mahmud dan Toh Puan Zainah Khalid sebelum ke pusat mengundi itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan sokongan moral kepada calon BN dengan melawat beberapa pusat pengundian seperti di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II, Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar dan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga.

Mohd Abdul Wahid pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga pukul 8.07 pagi sementara calon Bebas Azharudin Mamat atau Adam bagaimanapun tidak mengundi di kawasan Parlimen ini kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor.

Sebanyak 143 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 80,229 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Pusat-pusat pengundian itu terletak di Pusat Pengajian al-Quran dan Fardu Ain Yayasan Islam Terengganu di Jalan Hiliran, sekolah menengah dan kebangsaan serta dewan orang ramai di sekitar bandar raya tersebut.

Polis dilihat berada di lokasi-lokasi strategik sekitar bandar raya ini termasuk di pusat-pusat mengundi untuk mengawal keadaan keselamatan supaya proses pengundian berjalan lancar.

Dilaporkan sebelum ini 6,000 anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan raya kecil ini.

Cuaca di sekitar Kuala Terengganu adalah baik dan ia menjadi faktor penggalak bagi pengundi untuk keluar mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang dipercayai akibat angin ahmar ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 Nov lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, keadaan lalu lintas di sekitar Kuala Terengganu terkawal dan kenderaan yang membawa lambang parti politik kelihatan di merata-rata jalan di sekitar bandar raya ini.

-- BERNAMA


3 jam ajer lagi.... !!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 01:57 PM | Show all posts
MAFREL kesal tindakan provokasi penyokong Umno
Intan Abdullah, Mohd Nor Yahya, Zuharman MN | Foto Nasir Sudin
Sat  Jan 17, 09

KUALA TERENGGANU, 17 Jan - Setakat tengahari ini nampaknya situasi menarik lebih menyebelahi PAS berdasarkan kepada beberapa faktor. Antaranya dari gerak kerja petugas parti dan kecederungan pemilih yang bersimpati kepada PAS.

Bukan sahaja ahli politik yang melihat situasi tersebut sebaliknya ahli-ahli akademik yang ditemui di sini.

Biar pun masa masih lagi berbaki lima jam, ramai melihat peluang lebih cerah kepada Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon.

"Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita.





"Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999," katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini.

Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun difahamkan insiden pergaduhan berlaku di Losong Dun Bandar. Difahamkan kejadian berlaku ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong).




Pemuda PAS yang berada di situ naik marah dan cuba merampas 'banner' tersebut sehingga berlaku pertengkaran.Bagaimanapun ia berjaya diLeraikan anggota polis yang berada di situ.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berkata, perkembangan setakat sebelah pagi agak menarik kepada calon Pakatan Rakyat.
"Alhamdulillah, perkembangannya agak baik. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi tanpa menimbulkan kesan boleh menyakiti mana-mana pihak," katanya ketika ditemui semasa meninjau peti undi Cabang Tiga, Tok Ku dan Hiliran.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang agak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.

Katanya, telatah kurang sopan yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.

Sementara itu, pemantau Mafrel, Suhainah Daud melahirkan rasa kesal kerana pemuda Umno menggunakan 'hailer' (pembesar suara) semasa merayu undi.
Beliau berkata, pihak polis sudah melarang penggunaan alat tersebut kerana ia tidak dibolehkan ketika merayu undi.





"Bagaimanapun mereka tidak mengendahkan apa yang dilarang polis sehingga kami membuat bantahan kepada SPR.
"Dan akhirnya mereka patut biar pun suasana agak tegang seketika," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu di Pusat pembuangan undi di Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Jalan Hiliran Bandar menyaksikan satu suasana menarik apabila peraih-peraih undi dari parti Pakatan Rakyat dan Umno seperti berada dalam satu keluarga meskipun sorakan serta riuh rendah tetap berkumandang antara kedua-dua belah pihak.

Turut kelihatan peraih-peraih undi dari Pakatan Rakyat terdiri dari masyarakat India. -



penyokong umno mana pernah tak probok.. selagi bley probok depa probok ajer... :@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2009 01:58 PM | Show all posts
[tr][td][/td]
[/tr][tr][td]LET ME THROUGH....An elderly woman on bicycle being wooed
by supporters of Barisan Nasional and Pas on her way to cast
her vote as Sekolah Menengah Sultan Sulaiman 1 -
NST Pix by MOHD FADLI HAMZAH[/td][/tr]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 02:08 PM | Show all posts
Hampir 42 peratus mengundi menjelang tengah hari

http://www.bharian.com.my/Curren ... 90117132721/Article

KUALA LUMPUR: Seramai 33,133 pengundi atau 41.84 peratus daripada 80,229 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu sudah melaksanakan tanggungjawab di 36 pusat pembuangan undi menjelang 12 tengah hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata saluran satu dan dua yang mewakili pemilih warga emas mencatat jumlah paling tinggi, iaitu 50 peratus, manakala saluran pengundi muda masih rendah.

SPR, katanya, berpuas hati dengan peratusan pemilih yang sudah keluar mengundi.

Beliau menjangkakan lebih 90 peratus pemilih akan keluar mengundi menjelang waktu penutupan pusat pembuangan undi pada lima lima petang ini.


pengundi muda baru bangun tido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 02:36 PM | Show all posts
kali ni para petugas BN dpt upah x? jgn ngamuk lagi cam kat PP dah la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 02:49 PM | Show all posts

Balas #26 amazed\ catat

mmg totok UMNO suka provok geng2 PAS....   dh kejenya sejak zaman berzaman..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 17-1-2009 02:08 PM


pengundi muda baru bangun tido



tak silap aku... ko mengundi masa PRU 12 dulu pun  4.59pm on the dot, kan konan.....   first time ngondi kan... tu yang neves sampai dah nak tutup baru pi ngondi...  tee hee  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 02:57 PM | Show all posts
Mafrel dilarang masuk bilik saluran
17/01/2009

KUALA TERENGGANU 17 Jan. - Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) boleh memasuki kawasan pusat mengundi untuk memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini, namun mereka dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi untuk berbuat demikian.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menjelaskan, perkara itu telah termaktub di dalam undang-undang kerana individu yang mahu mengundi tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 17-1-2009 02:50 PM

tak silap aku... ko mengundi masa PRU 12 dulu pun  4.59pm on the dot, kan konan.....   first time ngondi kan... tu yang neves sampai dah nak tutup baru pi ngondi...  tee hee  


mana tahu ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 03:12 PM | Show all posts

Balas #6 dewi_anastasia\ catat

PAS dh lama berbaik ngn Cina.....   bkn di saat akhir...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 03:26 PM | Show all posts
Dua jam sebelum ditutup, petugas tingkat usaha bawa pengundi
KUALA TERENGGANU: Kira-kira dua jam lagi semua 36 pusat mengundi ditutup, petugas parti yang bertanding semakin hebat meningkatkan usaha membawa keluar serta meraih undi di pos yang disediakan.

Seorang wakil Puteri Umno di Gong Kapas di sini, berkata pihaknya menggandakan usaha untuk membawa dan meraih pengundi keluar supaya menunaikan kewajiban masing-masing.

Bagaimanapun, katanya purata pengundi yang keluar pada sebalah tengah hari agak perlahan berbanding pagi.


Peraih undi yang berada di pos masing-masing didapati menggunakan pelbagai pendekatan meraih undi, termasuk mengibarkan poster calon, bendera sepanduk, risalah parti untuk mendapatkan pengundi.

Beberapa insiden kecil membabitkan peraih yang masing-masing bertekak dan mengeluarkan kata-kata kesat, turut mewarnaikan proses pengundian sejak dibuka jam 8 pagi tadi.

Di Gong Kapas dilaporkan berlaku pergaduhan kecil antara peraih parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, tetapi tinjauan jam 2.20 petang tadi keadaan kembali tenang.

Anggota polis kelihatan meningkatkan kawalan di pintu masuk pusat mengundi di Sekolah Menengah Gong Kapas, jam 1.30 tengah hari tadi.



lagi  satu setengah jam laei...!!!!     

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 04:25 PM | Show all posts
Tiada pengundi hantu: SPR


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu pada pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sekiranya pihak mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, saya tidak ada maklumat mengenai perkara berkenaan (pengundi hantu). Tapi saya yakin tidak ada pengundi hantu. Saya dah cakap berkali-kali, kalau ada maklumat tentang hantu-hantu ini, beritahu SPR,” katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai enam bas diiringi polis dikatakan membawa pengundi hantu.


Beliau berkata SPR akan menyiasat dakwaan itu dan berpendapat kemungkinan pengundi tempatan yang berada di luar kawasan dibawa dengan menggunakan bas berkenaan untuk pulang mengundi di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, bas itu mungkin diiringi polis bagi mengelakkan kejadian penahanan bas oleh penyokong parti di Marang pada pilihan raya umum lalu berulang.

“Dan saya beri jaminan bukan pengundi hantu. Kalau bas lain, mana boleh hantu naik bas. Tak ada... Saya dah cakap berkali-kali tolong... Kalau ada apa-apa maklumat, nama ke, alamat ke, nombor kad pengenalan ke... beritahu kami (SPR). Kita akan sama-sama siasat dan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil itu, sebaliknya mereka dibenarkan memasuki kawasan pusat mengundi.

Katanya sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang, individu yang mengundi tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Ketika ditanya sama ada terdapat cadangan supaya Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik di kalangan pegawai SPR bagi mengelakkan pertindihan tugas, Abdul Aziz berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.

“Kita akan timbangkan perkara tersebut. Setakat ini kita tidak ada masalah tapi kita akan lihat dan kaji dulu perkara ini,” katanya.

Sebagai Pengerusi SPR yang baru, Abdul Aziz berkata beliau mengalukan pandangan untuk penambahbaikan SPR pada masa akan datang termasuk daripada Mafrel, badan bebas yang lain serta petugas SPR yang berpengalaman luas mengendalikan pilihan raya. - Bernama




pengundi antu tak ada.........tapi pengundi MACAM hantu  mmg banyak  pung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 04:28 PM | Show all posts

70% keluar mengundi, PAS yakin menang


CALON BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar bersama isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab.



PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.

[DIKEMAS KINI, 3 PETANG] KUALA TERENGGANU: Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.

Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.

Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).

Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 04:28 PM | Show all posts
Sabtu Januari 17, 2009
70% keluar mengundi, PAS yakin menang
Oleh G. MANIMARAN







KUALA TERENGGANU: Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.


Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PENGUNDI PERTAMA... Calon PAS, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) ditemani bersama isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah semasa membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.



"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.

Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.


Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).

Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.


Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS telah pun keluar mengundi seawal pukul 8 pagi. Calon Bebas bukan merupakan pengundi di sini.


"Dalam tempoh empat jam kita sudah ada 42 peratus, purata 10 peratus dalam sejam. Ada lagi lima jam lagi, jika dapat 50 peratus lagi bermakna kita boleh capai 90 peratus," kata beliau pada sidang media di Stadium Negeri di sini pukul 12.30 tengah hari tadi.





lagi  setengah jam ajer laie............aku lak yg nerves nih...        tapi  PAS MOSTI menang punyer.....    :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 04:29 PM | Show all posts
"Awas Anda Sedang Diperhatikan..." - kata PAS, SPR nafi pengundi hantu

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: "Senarai pengundi yang tidak dikenali... Awas Anda Sedang Diperhatikan". Ini sebahagian mesej yang tertera pada notis yang digantung di barung PAS di kawasan peti undi Bukit Bayas sejak pagi ini.

Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati papan notis mini seumpama itu juga dipamerkan di beberapa barung parti itu di Kuala Terengganu hari ini yang menyaksikan pilihan raya kecil.

Senarai yang didapati di Bukit Bayas itu mempunyai kira-kira 99 nama termasuk seorang yang berusia 85 tahun.

Kebanyakannya adalah pengundi yang tiada alamat ataupun alamat kediaman mereka tidak lengkap.

Sekali pandang ia tidak membawa apa-apa makna. Tetapi diteliti mendalam, ia merujuk kepada senarai nama pengundi berdaftar pemilih yang disyaki oleh PAS.

Tiga hari lalu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali memberi amaran bahawa jika mana-mana "pengundi hantu" mahu mengundi, mereka kena fikir dua atau tiga kali sebelum bertindak.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan kewujudan pengundi hantu dalam pilihan raya kali ini.

Kata beliau, SPR berharap tiada mana-mana pihak yang meragui daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya kecil ini.

Malah beliau juga menafikan kemasukan pengundi 'hantu' ke bahagian Kuala Terenggan hari ini.

"Tidak ada pengundi... jika ada maklumat tolong berikan kepada kami, kita sama-sama tangkap hantu itu, hantu tidak naik bas," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun PAS ada hak untuk berbuat di barung mereka tetapi tidak sepatutnya berbuat demikian.

Kata beliau, tindakan PAS itu menggambarkan daftar yang digunakan tidak bersih dan setiap pemilih berdaftar di mana-mana bahagian tidak boleh dinadikan hak untuk mengundi.

"Daftar pemilih yang digunakan adalah bersih... perkara seperti ini (mempamerkan notis) pernah disaksikan ketika pilihan raya kecil Ijok (awal 2007)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 04:33 PM | Show all posts

Balas #39 dewi_anastasia\ catat

ini menunjukkan bahawa BN tak leh nk main2 ngn PAS..........   
PAS sentiasa bersedia ngn sebarang kemungkinan yg ada....   dh byk kajian dibuat...  bkn main terima jek sbrg keputusan ngn membabi buta.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.127833 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list