CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK KT; PAS MENANG (post #1, keputusan seluruhan)

[Copy link]
Post time 17-1-2009 04:34 PM | Show all posts

Balas #38 amazed\ catat

InsyaAllah.......   PAS buleh menang.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 04:38 PM | Show all posts

Balas #37 dewi_anastasia\ catat

logiknya, mengikut laporan yg diterima di lokasi PRK KT....   dgn suasana yg ada, dgn penyokong2 PR yg bersemangat memberi kekuatan kpd calon PAS, mmg PAS buleh menang..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 04:39 PM | Show all posts
17 Januari, 2009   
Proses Pengundian Berjalan Dengan Baik - Polis



KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) -- Beberapa insiden yang berlaku di pusat-pusat pengundian sehingga pukul 12 tengah hari ini bukanlah satu "ketegangan" antara penyokong parti-parti bertanding tetapi ia lebih merupakan keseronokan perayu undi, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

"Saya tafsirkan ia bukan ketegangan, tetapi lebih kepada keseronokan mereka untuk meraih undi," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Mohd Shukri berkata keselamatan awam sejak dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari ini adalah baik dan terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata anggota polis yang bertugas di semua pusat pengundian diarahkan menguruskan dengan lebih berkesan aliran pengundi pada sebelah petang agar keadaan lebih baik dan lancar.

Mohd Shukri berkata para pengundi tidak perlu khuatir atau bimbang untuk keluar mengundi dengan suasana riuh rendah di pusat-pusat mengundi.

"Itu merupakan senario pilihan raya dan jangan anggap itu satu ketegangan," katanya.

-- BERNAMA





setakat PRK mmg la  tak ada huru hara ke hulu  huru hara ke hiliq... weyyyyyy   


lagi 20 minit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 05:07 PM | Show all posts
Semua 36 pusat undi ditutup 5 petang


UALA TERENGGANU: Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup tepat jam 5 petang tadi selepas tamat tempoh pengundi memilih wakil Parlimen mereka, hari ini.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi tidak jauh beza ketika dibuka jam 8 pagi dengan proses mengundi dilaporkan lancar.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara bagi memantau keadaan.


Beberapa insiden kecil yang berlaku di pusat pengundian terutama pada waktu tengah hari di kawasan 'panas' bagaimanapun tidak mencetuskan suasana tidak diingini.

Polis menganggap kejadian terbabit sebagai 'ketegangan' antara penyokong parti bertanding tetapi lebih kepada keseronokan perayu undi, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang akhbarnya, petang ini.

Dalam masa beberapa jam lagi, tumpuan seharusnya kepada proses pengiraan undi serta pengumuman kemenangan calon yang bertanding di Stadium Negeri, di Jalan Sultan Mahmud, yang dijangkakan sekitar jam 10.30 malam ini.



DAH TUTUP...!!!!!     :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 05:08 PM | Show all posts
:pompom: HORRAY PAS MENANG :pompom:

tersungkur jua BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 05:09 PM | Show all posts

Reply #45 DTECCONAN's post

LMFAO.....  


weyyy

dah kalah... kalahla..        
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2009 05:32 PM | Show all posts
76 peratus keluar undi setakat jam 4 petang


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 76 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi selepas pusat mengundi ini ditutup pada jam 5 petang sedang dikira,” katanya jurucakapnya di sini, hari ini.




tak sampai 80% yg pi mengondi  ker??  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 05:34 PM | Show all posts
KESESAKAN kenderaan di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Merbau Patah, mula sesak apabila kenderaan mula keluar untuk pergi ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Wakaf Mempelam.


[ Last edited by  amazed at 17-1-2009 05:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 05:59 PM | Show all posts

Reply #45 DTECCONAN's post

yer yer jek ..   ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 06:18 PM | Show all posts
ada saper saper  nak BET   lari bugel  dak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 06:43 PM | Show all posts
Pengundian ditutup, proses pengiraan sudah bermula
Oleh G. MANIMARAN







KUALA TERENGGANU: Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung dengan hampir 80% pengundi telah keluar mengundi hari ini.


Undi sedang dikira di pusat-pusat mengundi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira dua jam.


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus.

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan tiga penjuru yang membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).


Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.


Pada pilihan raya umum lalu, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.


Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 07:12 PM | Show all posts

GELAGAT perayu dan penyokong parti yang cuba menarik
perhatian pengundi untuk memilih calon mereka yang
bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu
hari ini. - Foto NSTP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:15 PM | Show all posts
Assalamu抋laikum wr wbt,

Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya kasihi,

1) Sebagai ahli UMNO, saya tidak pernah menganggap PRK KT sebagai tidak penting. Bagi saya selagi ia berlaku dalam
UMNO, apatah lagi ketika UMNO perlu dipulihkan, semuanya sama penting. Penting atau tidak penting menurut perkiraan
individu tidak wajar dijadikan ukuran oleh sebuah parti yang memerintah (pusat) seperti UMNO.

2) Calon UMNO perlu menang dan PAS mesti dikalahkan sebab kemenangan calon UMNO bererti kemenangan kepada UMNO (BN). Maruah UMNO terletak pada kemenangan itu.

3) Kita tidak boleh kata kerana ini PRK kita tak perlu bersungguh-sungguh dan kalau calon kita kalah pun tak mengapa sebab Terengganu memang tetap milik BN.Kalau semua orang berfikir seperti ini dan trend berfikir sebegini terbawa-bawa dalam
PRK di tempat-tempat lain, suatu hari nanti bukan sahaja kita tak kan menang dalam PRK malahan apa yang ada dalam
genggaman kita pun akan terlepas satu persatu.

4) Sebagai seorang yang sayangkan UMNO dan masih menganggap UMNO itu parti yang relevan, saya tidak akan
membiarkan cara berfikir seperti itu berlaku dalam minda ahli UMNO, lebih-lebih lagi pemimpinnya.Biar cara berfikir seperti itu
ada pada tuan seorang, tetapi itu bukanlah cara berfikir yang betul untuk semua orang.

5) Saya percaya tuan berkata begitu atas alasan Pak Lah per se. Calon itu dipilih di bawah era-Pak Lah sebagai PM dan tuan memang tidak pernah bersetuju dengan Pak Lah selagi Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

6) Jadi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Pak Lah tuan tetap akan membantah termasuk dalam isu PRK KT. Kebencian tuan kepada Pak Lah atas apa jua sebab tidak wajar mengheret UMNO dalam kesukaran. Sudah berapa kali tuan melakukan tindakan provokatif yang hampir-hampir serupa menjelang saat-saat penting yang seolah-olah menggambarkan UMNO juga patut dihukum kerana UMNO sekarang mempunyai pemimpin yang tuan tidak sukai.

7) Apa yang tuan suka atau tidak suka tidak boleh dipaksakan ke atas semua ahli UMNO. Biarlah ahli UMNO sendiri dan rakyat KT yang menentukan pilihan mereka. Bagi saya masih ramai di sana ahli UMNO yang berfikiran lebih sempurna dengan
memberi keutamaan kepada parti bukan calon itu sendiri.

8)Calon itu sendiri tiada kecacatan besar yang tidak melayakkannya menjadi pemimpin untuk masyarakat di KT sehinggalah tuan menyatakan calon itu calon terburuk. Tuanlah yang meletakkan kecacatan pada calon yang asalnya baik itu. Dan
selepas ini tuan akan saksikan sendiri bagaimana percakapan tuan ini akan digunakan oleh pembangkang untuk
menghentam UMNO dan menyingkirkannya.

9) Pembangkang yang tiada isu peribadi tentang calon, kini telah mendapat petunjuk daripada tuan lalu menggunakan
kenyataan tuan ini dalam kempen-kempen mereka.Mungkin tuan seronok membuat pukulan pada saat-saat genting ini.
Tuan mungkin mempunyai kegemaran suka melihat UMNO dalam keadaan terusik. Jika itu merupakan kebiasaan tuan,
ternyata kebiasaan itu amat buruk untuk parti,malahan sangat bertentangan dengan pendirian tuan sendiri semasa
menjadi PM dan pemimpin UMNO. Saya sekarang memperkatakan tentang tuan yang pernah menjadi ahli dan pemimpin
tertinggi UMNO. Seorang individu yang pernah menjadi insan contoh, bukannya tentang seorang ahli UMNO biasa seperti
saya yang tidak berpengaruh.

10) Ketika berdepan PRK KT, UMNO pada dasarnya berada dalam keadaan stabil dan tiada masalah besar sehinggalah
kenyataan tuan tentang calon BN dalam pilihan raya kecil itu dikeluarkan. Tuan telah melakukan perkara yang sama dengan apa yang tuan lakukan semasa PRU ke-12 yang lalu.Semuanya dilakukan dengan satu tujuan iaitu untuk mengajar Pak Lah. Tetapi ternyata yang rugi bukan Pak Lah per se. Tetapi ialah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.

11) Saya tidak mahu mengajar tuan tentang apa yang tuan lebih tahu tentangnya. Tetapi sebagai anak bangsa yang
membesar di bawah kepemimpinan tuan sebagai Perdana Menteri, serta teruja dengan cara berfikir dan bertindak tuan, saya tidak menyangka tindakan tuan telah pergi sejauh itu.

12) Sewaktu tuan mengisyhtiharkan diri keluar daripada UMNO, saya masih menghormati tuan, tetapi apabila tuan mengajak ahli-ahli UMNO keluar mengikut jejak tuan, itu tidak dapat saya terima. Apatah lagi alasan tuan keluar daripada UMNO itu
adalah cukup peribadi iaitu untuk mengajar Pak Lah.

13) Ucapan-ucapan dan sikap tuanlah yang selama ini menanam rasa cinta yang mendalam saya terhadap UMNO, tiba-tiba
tuan bertindak seperti UMNO itu musuh tuan. Yang sebenarnya UMNO itu bukan musuh tuan dan bukan juga musuh
sesiapa, sebaliknya tuanlah yang dilihat menjadi musuh kepada UMNO sekarang ini.

14) Jika diambil kira tindak tanduk tuan sejak menjelang PRU ke-12 yang lalu, ajakan tuan supaya ahli UMNO keluar dari parti sehinggalah kenyataan tuan yang terbaru tentang calon BN dalam PRK KT, apakah lagi yang boleh dikatakan tentang tuan. Adakah dengan kenyataan itu saya masih boleh berpura-pura bersetuju dengan tuan sedangkan realitinya tindakan tuan itu sedikit sebanyak akan mencederakan parti UMNO sebabnya yang bercakap seperti itu adalan tuan.

15) Tidak semua tindakan tuan itu benar dan wajar diikuti. Cuma belum ada yang sehebat tuan yang berani mengatakan
TIDAK kepada cara berfikir tuan.Bagi saya tindakan tuan walau apa pun bentuk dan tujuannya tetap terdedah kepada apa
yang dikatakan sebagai ada yang betul dan ada yang salah. Apabila tuan mengajak ahli -ahli UMNO keluar daripada parti itu,
tindakan tuan dilihat salah. Buktinya tidak ramai yang keluar darti parti itu. Dan apabila tuan mengatakan calon BN yang
dipilih ini ialah calon terburuk, saya tidak nampak itu betul kerana alasan yang tuan gunakan dia ialah kroni Pak Lah.

16) Tuan berhak memberikan pandangan terhadap Pak Lah, tetapi janganlah meleret sehingga UMNO dan BN dihukum
kerana itu. Dan bagi saya sendiri Pak Lah itu masih Perdana Menteri saya sehinggalah beliau benar-benar berundur. Dan saya pula melihat tuan sebagai mantan Perdana Menteri saya yang pernah berjasa besar kepada negara ini yang sejak akhir-akhir
ini banyak 搈enyusahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 07:28 PM | Show all posts
nanti  result aku update kat  POST #1  wokeyyyyyy  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 07:58 PM | Show all posts

Reply #54 amazed's post

wah..dah siap tmpt kosong..tunggu result je..

good job bro..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:05 PM | Show all posts
Setakat jam 8.15 malam, PAS atasi BN 2072 undi
Wartawan Kita
Sat | Jan 17, 09 | 7:17:51 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Terkini setakat jam 8.15 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 2072 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.
Iklan
         
         
           

PAS ketika ini mendapat 23,956 undi berbanding BN - 21,884 undi. Manakala calon Bebas - 138 undi. Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.

Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus.

Manakala undi pos, PAS hanya meraihkan undi sebanyak 86 undi, dan BN - 1039 undi. Dan Bebas hanya mendapat satu undi.

Maklumat tidak rasmi itu dikeluarkan di Markaz Besar PAS di Kuala Ibai.

Turut kelihatan di markaz tersebut Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 09:09 PM | Show all posts

Balas #56 Hetfield\ catat

InsyaAllah........  PAS leh menang.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:11 PM | Show all posts

Berita Harian

Calon Pas dahului selepas penjumlahan 142 saluran

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, mendahului dengan 2,424 undi selepas penjumlahan undi membabitkan 142 saluran sehingga jam 9.09 malam tadi.

Mohd Abdul memperoleh 32,393 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 29,969 undi. Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, pula hanya mendapat 191 undi.

Hanya berbaki dua saluran untuk penjumlahan.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090117202351/Article

[ Last edited by  t@t at 17-1-2009 09:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:13 PM | Show all posts

Malaysiakini

Tidak rasmi: PAS menang kerusi KT

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

sumber : malaysiakini
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:18 PM | Show all posts
9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

sumber  malaysiakini.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.069334 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list