CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK KT; PAS MENANG (post #1, keputusan seluruhan)

[Copy link]
Post time 17-1-2009 09:21 PM | Show all posts
KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, mendahului dengan 2,424 undi selepas penjumlahan undi membabitkan 142 saluran sehingga jam 9.09 malam tadi.

Mohd Abdul memperoleh 32,393 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 29,969 undi. Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, pula hanya mendapat 191 undi.

Hanya berbaki dua saluran untuk penjumlahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 09:21 PM | Show all posts
9.17PM Majoriti 2616 Undi PAS dikurangkan kepada  1751 dengan penjumlahan baru. Sidang akhbar Presiden PAS bila2 masa dari sekarang


9.15 PM Petugas berkerja keras meneliti kerja penjumlahan, Penipuan akan berlaku bila-bila masa. Kelihatan sekumpulan Polis memasuki Dewan Pengiraan, disambut laungan takbir!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:24 PM | Show all posts
9.18 malam Calon PAS P036, Abdul Wahid Endut mula memasuki stadium tertutup, tempat penjumlahan undi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:26 PM | Show all posts
9.22PM Pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri KT, semakin panas dari provokasi UMNO-PAS, Trak FRU bersedia di luar lokasi, mereka bakal diarahkan bila-bila masa untuk membuat formasi, Penyokong diminta bertenang oleh pimpinan masing2. Helikopter berkeliaran di langit KT, mungkin membuat provokasi?. Suasana kembali tegang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:28 PM | Show all posts

Tranungkite.net

3 Peti Undi Lagi - PAS mendahului dengan majoriti 2,544

Oleh SP

Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, menunjukkan calon PAS memperolehi 32,225 undi manakala calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memperoleh 29,681 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 190 undi.

Perkembangan terbaru itu adalah berdasarkan pengiraan 141 daripada 144 peti undi yang selesai dikira setakat ini.

tranungkite 9.21pm
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:29 PM | Show all posts
Cnfrm Pas menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 09:31 PM | Show all posts

Balas #64 t@t\ catat

seakan nk wt kacau ke tu....        adanya FRU n helikopter sengaja kecohkan suasana........
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:32 PM | Show all posts

Yahoooooooooo.......Pas Menang..

:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:


Confirm: PAS menang, Wahid tiba untuk ditabalkan MP KT
17 Jan 2009 7:01PM
9.20 malam Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut kelihatan tiba di pusat penjumlahan undi di Stadium Tertutup Kuala Terengganu. SPR dijangka akan umumkan kemenangan Wahid bila-bila masa dari sekarang.

Sumber KLpos yang baru menghubungi pengarang mengesahkan PAS jauh mendahului BN dari kiraan undi hampir 3000 undi. Wakil kami yang berada di pusat penjumlahan undi mengesahkan PAS menang.

BERITA SEBELUMNYA

TINGGAL berbaki 3 peti undi yang masih belum dikira PAS telah memperolehi 31,912 undi manakala BN 29,530. Laporan diperolehi dari sumber rasmi SPR.

9.05 malam: Penyokong pembangkang PAS, PKR serta Pakatan Rakyat mula memenuhi Stadium Negeri bagi mendengar keputusan rasmi dan dijangka untuk berkumpul untuk merayakan kemenangan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

9.00 malam: Dari pusat pengiraan undi bebas menunjukkan Pas hampir pasti memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti seperti diramalkan sebelum ini sekitar 1,000 undi sahaja.

Sehingga ini pusat berkenaan telah mengumpul maklumat (mengira) di hampir semua peti-peti undi.

Hanya kurang 10 peti undi tersisa yang belum dihitung. Kalau pun peti undi itu berpihak kepada BN dan kedudukan ini tidak mengubah nasib BN.

Paling-paling yang mungkin dilakukan BN ialah dengan mengurangkan majoriti Pas pada tahap di bawah 500 undi. / mso

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT 8.45 malam dengan baki kiraan sekitar 7000 undi PAS dilihat seakan-akan memenangi pilihanraya kecil kali ini. Namun keputusan rasmi bakal diketahui sekitar jam 10 malam nanti.

BERITA SEBELUMNYA

Malaysiakini melaporkan PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT jam 8 malam PAS telah mendahului dengan lebih seribu undi setelah lebih 40 ribu undi dikira.

BERITA SEBELUMNYA

SETAKAT jam 7 malam PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan margin yang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung dengan hampir 80% pengundi telah keluar mengundi hari ini.

Undi sedang dikira di pusat-pusat mengundi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira dua jam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd, Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang keluar mengundi pada hari ini adalah sebanyak 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar

:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 09:32 PM | Show all posts

Balas #66 InangPutri\ catat

Dah rasmi ke tu...?       
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by putrihanglipo at 17-1-2009 09:32 PM
Dah rasmi ke tu...?       


rasmi dah..dh umum tgk kt tv1 td
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:36 PM | Show all posts

Berita Harian

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090117213130/Article

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2009 09:42 PM | Show all posts
Pas menang Parlimen Kuala Terengganu
17/01/2009

Calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam memperolehi 193 undi. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:43 PM | Show all posts
Tahniah YB Abd Wahid Endut..MP K.Tganu yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:46 PM | Show all posts
9.43 malam Berpuluh ribu penyokong bertakbir meraikan kemenangan. Sidang akhbar MP Baru K. terengganu & presiden sedang dijalankan. Pimpinan Pakatan turut akan kelihatan sebentar lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:48 PM | Show all posts
Syabas kpd pejuang2 kebenaran......PAS, PKR dan DAP....  kpd mereka2 yg telah byk mengorbankan diri dan masa utk kejayaan ini.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:49 PM | Show all posts
Allah hu akbar 3 x............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 10:08 PM | Show all posts
tahniah pakatan rakyat,

setelah diserang dgn isu hudud, dilagakan dengan DAP namun, PAS mampu memikat hati pengundi Kuala terengganu.

taktik BN tak menjadi lagi.. rakyat dh beri mesej yang jelas   sila ambil iktibar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:14 PM | Show all posts
alhamdulillah pas dah menang..
booooo sama bn..
hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by timeoutzone at 17-1-2009 10:08 PM
tahniah pakatan rakyat,

setelah diserang dgn isu hudud, dilagakan dengan DAP namun, PAS mampu memikat hati pengundi Kuala terengganu.

taktik BN tak menjadi lagi.. rakyat dh be ...


pengundi cina kat kg cina trg sokong hudud...klau ada yg tak caya cuba try tanya mreka....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by jingga007 at 17-1-2009 10:14 PM
alhamdulillah pas dah menang..
booooo sama bn..
hahahah.


mlm ni penyokong BN berkabung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065600 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list