CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28654|Reply: 238

perghhh....atilia..murahannnn

[Copy link]
Post time 29-1-2009 10:52 AM | Show all posts |Read mode
[


Atilia cari formula terbaik pada 2009 jana kerjaya muzik yang sudah menjadi darah dagingnya sejak sekian lama

MENYEDARI album perdananya, Sangkar, kurang mendapat perhatian berikutan ketiadaan lagu yang kononnya mesra radio, penyanyi Atilia Haron berusaha memastikan percubaan kedua akan lebih berjaya dalam memperkenalkan dirinya sebagai seorang daripada artis disegani di tanah air.

Mendapat kritikan yang baik daripada pengulas muzik, namun Sangkar belum mampu untuk benar-benar memperkenalkan lagu Atilia di kalangan pendengar dan peminat, seterusnya membuatkan mereka menghafal irama berkenaan. Nasib baik, klip video yang cukup menarik yang dihasilkan penyanyi ini banyak membantu mempromosikan lagu daripada album itu seperti Sangkar dan Ranjau.

Kononnya, genre muzik yang diketengahkan Atilia dalam album sulung agak menyimpang daripada kegemaran peminat di negara ini. Biarpun dinyanyikan dengan baik serta disokong muzik yang bagus, namun akibat ketiadaan lagu yang mesra radio, album itu kurang menyerlah di kalangan peminat.

Tidak berputus asa dengan hakikat itu, Atilia meneruskan langkah mencari formula terbaik dalam menjana karier muzik yang sudah menjadi darah dagingnya sejak sekian lama. Kini, dia berkeyakinan sudah menemui lagu yang dikira mesra pendengar - Gelombang, nyanyian asal ibunya, Salamiah Hassan, dan Leka, irama petikan teater muzikal P Ramlee yang turut dilakonkan olehnya.

"Mudah-mudahan, Gelombang dan Leka akan menjadi lagu ‘komersial’ saya daripada album kedua yang dijangka menemui peminat sekitar Jun depan. Saya sendiri sudah begitu lama berazam untuk menyanyikan semula lagu Gelombang yang pernah mempopularkan ibu saya.
ATILIA tidak mahu dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai begitu banyak album tetapi peminat tidak mengingati produk terbabit. Justeru, penerbitan setiap album haruslah perlu teliti.

Begitupun, kata Atilia, dia tidak mahu mengambil masa begitu lama untuk menerbitkan produk kedua, sebagaimana ketika menghasilkan album pertama. Jika boleh, Jun nanti, dia ingin melihat album terbabit sudah pun berada di rak kedai muzik seluruh negara.

"Saya memang ingin mempunyai album penuh, bukannya CD dalam bentuk single. Saya sudah berusia 35 tahun, tidak banyak masa lagi yang tinggal," katanya sambil ketawa kecil.

Mengenai keazaman dan perancangannya pada tahun ini, tanpa berselindung Atlia memberitahu, dia ingin namanya ‘meletup’ pada 2009! Justeru, dia berusaha menghasilkan yang terbaik dalam apa juga yang dirancang, sama ada album, klip video ataupun filem.

Pada 17 Januari lalu, Atilia turun ke lokasi klip video ketiga, kali ini untuk lagu Selagi. Rakaman dijangka mengambil masa selama dua hari dan penggambaran pula akan dilakukan di sekitar ibu kota.

"Saya sedar, ketika ini tidak ramai penyanyi yang mahu menerbitkan klip video berikutan kekurangan peluang atau ruang untuk menayangkan video berkenaan. Namun, saya tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan kerana saya percaya, klip video yang baik mampu mempromosikan lagi lagu kita. Begitulah caranya saya dikenali tidak lama dulu, apabila banyak pihak, termasuk dari luar negara yang membuka mata terhadap video Sangkar," tegasnya.

Atilia berasakan dirinya cukup bertuah apabila pengalamannya bekerja dalam bidang produksi membolehkannya muncul dengan klip yang baik. Begitu juga apabila rakan-rakan yang dianggapnya ingin ‘melepas geram dalam berkarya’ dengan rela hati membantu menjayakan klip terbabit.

Selepas penggambaran klip video Selagi, Atilia akan turun pula ke lokasi filem pertama lakonannya, Bisikan Puaka. Filem seram yang bakal menyaksikannya beraksi sebagai Sasha itu dijangka memulakan penggambaran pada penghujung Februari.

Pada April pula, Atilia akan menjalani penggambaran filem Ransan di samping pelakon Aaron Aziz. Ia bakal muncul filem pertama arahan jurukamera terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Sebelum itu, Atilia dijadualkan terbabit dalam beberapa festival muzik termasuk Festival Java Jazz Jakarta dari 6 hingga 8 Mac, serta Festival Muzik Antarabangsa Sunburst KL 2009 yang berlangsung beberapa hari


ingatkan rumaja lagik..

[ Last edited by  Rajawali at 29-1-2009 10:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 10:54 AM | Show all posts
x suka la dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:55 AM | Show all posts
Minah ni kalau nyanyi jingle sedap.
Tapi kalau lagu biasa cam bosan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:54 AM | Show all posts
hahah tetek kecik pon nk tayang ker
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:56 AM | Show all posts
dia nie penah kena barah tetek kan?
tak insap lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:56 AM | Show all posts
hahahhhahhah....

kalau dah janda tu....janda jgk...

mcm gersang jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by iwaniriz at 29-1-2009 10:54 AM
hahah tetek kecik pon nk tayang ker


Kecik-kecik pun at least tulen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:57 AM | Show all posts
ya ampun.......

dressing cam GRO da aku nengoknya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 29-1-2009 10:55 AM
Minah ni kalau nyanyi jingle sedap.
Tapi kalau lagu biasa cam bosan jer.



yup. nyanyi jingle ok la. tp nyani lagu2 biasa aku rasa kureng jek. suara dia nyanyi mcm bercakap jek...

knapa la dia ni sepanjang masa pakai baju tak berlengan. xfaham btl aku la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:58 AM | Show all posts
xsedo diri ke nak amik gmbr sekci mcm tu...xnmpk ke leher tu dah bergaris triple hokeyy!

sama jgk anak ngan mak...mak jns xsedo diri kubo dah panggil mari...mari..... xjgk nak insapkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:58 AM | Show all posts
perasan cantek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:58 AM | Show all posts
gaya apa tu?tertonggek semacam ni,macam dalam kesusahan jer...perlu ke wonderpets datang menyelamatkan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:58 AM | Show all posts
aku xberkenan la ngan atilia nehh

konfem ker leh jadi juri tuk af??


album die laku juta2 kerr????

single die ader ker meletup2..merecik2 kat corong2 radio.........:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:57 AM | Show all posts
adoiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:59 AM | Show all posts
westernizelah konon.. ala2 sheila majid je dia ni.. lagu tak best juge
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:59 AM | Show all posts
lawa la kenkononnyer tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 10:59 AM | Show all posts
dia ni rupa takde pon, suara biasa2 je.. sebab tu dia harapkan "seksi" je nak naikkan nama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:00 AM | Show all posts

Balas #6 [Red^Ribbon]\ catat

konpem ye dia dh cerai..
awat posing nonggeng cam ni..
bughok bebenor...
mak ngan anak sama sajok...
telebeyyy sudaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:01 AM | Show all posts
tak kuasa aku ngan minah ni..maknye pun same..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:03 AM | Show all posts

Reply #4 kekekek's post

Betul lah...artis jingle ni mmg album susah nak laku..macam Liza Aziz dan jugak mak si Atilia ni, Salamiah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074432 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list