CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kalalah007

Golongan Anti-Hadith Siapa boleh tolong jawabkan?

[Copy link]
Post time 12-2-2009 03:50 PM | Show all posts

Reply #54 anakmacho's post

oooo dah rujuk link solat tu..
camtu rupernya macha solat..
abih dalam solat tuh ada baca fatehah dak?
berapa rakaat tiap2 waktu ye?

mana macha belajar semua ni,
ada tok guru ke yg dok ajar ilmu ni?
ka belajar n buat fatwa sendiri...

ikut kamu la macha...
setiap hujah yg forumer lain bg
mu mesti gak nak jadi macho kan..
berhujah dgn org yg anti-hadis ni
sampai bebila pun x abih,
still rase ur point absolutely right, whatever la macho..

ade je hujah kamu nak bg even x logik sama sekali n takde kaitan pun..
apa yg buatkan anakmacho betul2 berjuang habis2an utk membangkang hujah yg lain2
yg tak sependapat dgn anda..
mungkin dulu ada bercita2 nak jadi loyar kot..(sekadar bergurau, peace)

[ Last edited by  abstruse at 12-2-2009 04:08 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 03:50 PM | Show all posts

Balas #78 HOTlips\ catat

Kenapa lak nak rugi? Bukankah Nabi dah kata utk umat akhir zaman, brg siapa yg amal sunnah Baginda saw, dpt pahal mati syahid. Sebab apa? Sebab umat akhir zaman x pernah lihat/jumpa nabi. Tak pernah hidup bersama2 nabi tp YAKIN PENUH dgn sunnah2 Bginda saw dan MENGAMALKAN sunnah2 Baginda. Maka umat akhir zamanlah yg lebih beruntung.


Salaam Puan,

Saya tertarik dengan kenyataan puan yang saya gariskan....., mohon puan kemukakan dalil dari Al Quran berkenaan kenyataan paun itu...... terima kasih............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 04:04 PM | Show all posts

Balas #79 anti_israel\ catat

Salaam,

Dah berpandukan Al Quran tentulah sama...... (rujuk no. 21 & 22 kat topik yang satu)

Tentulah mereka rujuk kat baginda nabi, sebagaimana nabi sholat dan baginda sholat berpandukan Al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 04:07 PM | Show all posts

Balas #81 abstruse\ catat

Salaam,

Kata dah rujuk.....
Kat situ jelas dan terang lagi saya dah bagitau.... sila rujuk no. 21 & 22.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 04:18 PM | Show all posts

Balas #80 Acong\ catat

Salaam Acong ah,

Apa kata anda baca lagi yang ini....

AQ 9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

Sila perhatikan ayat Allah diatas… sangat jelas mesej Allah bahwa orang-orang disekeliling baginda nabi ada yang munafik yang baginda nabi tidak mengenali mereka, hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa mereka yang munafik itu. Perlu diingat bahwa sebahagian orang yang menafik dapat dikenali perwatakkan mereka seperti malas ketika sholat, memberi alasan berbagai apabila diajak berjuang dan mereka seperti ini tidak seberapa membawa mudarat kepada umat islam.

Yang sangat ditakuti adalag golongan munafik yang tiada siapa pun manusia yang mengetahui akan kemunafikkannya kecuali Allah…. Mereka ini, mungkin sholat dan amalan syariat lain mereka sama seperti para sahabat yang lain… tiada bezanya. Inilah golongan mereka sangat dikhuatiri…. menyedari akan hakikat ini setelah Allah khabarkan melalui ayat AQ 9:101 diatas maka baginda nabi berpesan;

Book 042, Number 7147:
Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took downanything from me except the Qur'an, he should efface that and narratefrom me, for there is no harm in it and he who attributed any falsehoodto me-and Hammam said: I think he also said:" deliberately" -he shouldin fact find his abode in the Hell-Fire.

Terjemahan Melayu:
Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.

Saya fahami begini, golongan munafik ini… memandangkan mereka tahu dan yakin tidak boleh merubah Al Quran kerana mereka tahu Allah yang memelihara ketulinannya sehingga kiamat, mereka mengambil peluang mencipta sesuatu yang mengatas namakan baginda….. yang disebut sebagai hadis nabi.

Katakanlah dua orang munafik pada masa itu atau lebih yang mempunyai agenda atau misi tertentu, yang nampak betul-betul kelihatan seperti beriman dan mereka tidak memperlihatkan kemunafikkannya seperti yang lain “nampak tanda-tandanya”, mereka cipta sesuatu yang dikatakan hadis nabi lalu mengatas namakan baginda nabi kerana mereka tahu akan kelemahan umat islam iaitu apa sahaja yang disandarkan kepada baginda nabi umat islam akan cepat mempercayai tanpa mahu menyelediki akan hal tersebut terus percaya bulat-bulat… dan inilah peluang mereka untuk memesongkan umat islam dari ajaran sebenar islam atau Al Quran itu sendiri…. perkara ini juga Allah khabarkan sikap umat islam;

AQ 39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira.

AQ 40:12. Itu adalah kerana, apabila dipanggil kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu mempercayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.

Sangat jelas apa yang berlaku pada hari ini…. Jika umat islam diseru kepada Allah atau Al QuranNya satu-satunya, umat islam merasa was-was…. tapi apabila selain Allah disebut bersama maka umat islam baru akan nampak mahu percaya… cth;  ini dari imam itu imam ini, ini tafsiran ulama itu ulama ini, ini pendapat syeik itu syeik ini, ini dari guru itu guru ini dsbnya, barulah manusia itu mahu menerimanya tapi apabila dikatakan dari Surah sekian dan ayat sekian dalam Al Quran, umat islam seolah-olah macam ada sumbatan ditelinga mereka untuk memahaminya;

AQ 41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa yang kamu menyeru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"

AQ 41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."

Harap dapa direnungkan…. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 04:21 PM | Show all posts

Reply #37 anakmacho's post



ulama itu pewaris nabi... kata2 Muhammad saw itu adalah dari Allah... Dialah yang mengutuskan Muhammad menjadi utusan terakhir... bagaimana kita boleh melupakan pengajaran beliau melalui hadis2?



揇an tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 05:13 PM | Show all posts

Balas #86 indah1285\ catat

Salaam Indah,

Sebelum pihak Indah berjaya mengeluarkan dalil berkenaan ada syariat selain Al Quran yang dibenarkan baginda nabi menyampaikan, maka kita ketepikan dahulu berkenaan yang dikatakan hadis nabi itu....

Berkenaan ayat An-Najm: 3-4, sila In baca 16, sudah pasti In telah membacanya.... tetapi masih guna ayat yang sama... sepatutnya jika In tidak setujuh dengan hujah saya disitu berkenaan surah An Najm 3-4, In harus bawakan hujah In jugak.... mengapa pendapat saya In tidak setujuh....

[quote]maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:26 PM | Show all posts
Rasul lak nak buang mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 06:12 PM | Show all posts

Balas #83 anakmacho\ catat

ooo... camtu....
boleh bagi detail camne nabi sembahyang.......
maksud aku apa yang nabi baca...
camne dia rukuk, sujud....
sedetail yang mungkin.....

p/s: nak tahu je... dari sudut pandangan anakmacho camne.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:29 PM | Show all posts

Balas #88 indah1285\ catat

Salaam,

Tak ada sapa nak buang rasul.............. insya Allah... taat Allah, taatlah juga pada rasulNya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:31 PM | Show all posts

Balas #89 anti_israel\ catat

Salaam,

Macam mana yang saya huraikan macam tulah baginda sholat.... sebab baginda ikut Al Quran, ada cara lain lagikah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:54 PM | Show all posts

Reply #91 anakmacho's post

wahh cam arif sangat jer pasal cara Nabi saw solat sedangkan kamu
tu sendiri tak ikut Nabi pun..seolah2 pakar sgt la kan, bravo2

dah jemu dan menyampah dah tgk jawapan yg bajet bagus nih..
sama menyampah juga dgn kucing yg suka geleng kepala tu..

bro nak tya sket, sampai bila nak pertahankan hujah yg x releven tuh..?
setiap jawapan tu menyerlahkan lagi kejahilan org yg berhujah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:28 PM | Show all posts

Balas #92 abstruse\ catat

Salaam,

Menyampah tapi tanya pula......
Untuk bab sholat apa kata bincang kat sini dan tolong jawab soalan saya di no. 12 sebab tiada yang sudi nak jawabkan.......

http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=399806&extra=page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 13-2-2009 11:28 PM
Salaam,

Menyampah tapi tanya pula......
Untuk bab sholat apa kata bincang kat sini dan tolong jawab soalan saya di no. 12 sebab tiada yang sudi nak jawabkan.......

http://mforum4.ca ...


Salam anakmacho,

Kebiasaannya bila dijawab, anda akan merujuk kepada terjemahan literal yang anda pakai sahaja, jadi tetap tidak diterima, jadi tiada guna menjawab persoalan anda. Walhal kebanyakan terjemahan literal yang anda pakai tu penterjemah dia merujuk kepada Lexicon yang mana bukan orang ISlam yang terjemah kalimah Al-Quran, dan banyak juga terjemahan yang dibuat 'out of context'. Ini adalah kerana penterjemah tu tidak merujuk kepada Sirah dan Sunnah Nabi, cuma kepada bahasa semata-mata yang mana sesuatu perkataan itu boleh berubah maksud apabila masa berubah.

Originally posted by anakmacho at 4-2-2009 11:48 PM

AQ 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

AQ 4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi;.....

Persoalan saya di sini mengapa "bersuara" dan "faham apa yang dibaca/ucapkan" yang Allah telah rukunkan/ditetapkan dalam sholat seperti ayat di atas tidak dimasukkan antara atau salah satu 13 rukun diatas. Harap puan dapat jelaskan.........


1. Dalam rukun yang 13 tu kena lafaz Al-Fatihah maka bersuara itu dah termasuk dalam rukun. Bila berjemaah, makmum hanya bersuara sekadar berbisik yang mana diri sendiri saja yang dengar supaya tidak mengganggu bacaan dan konsentrasi makmum yang lain.
2. "Mengetahui apa yang kamu ucapkan tu" mestilah tahu ayat Al Quran dan tasbih2 dalam Solat. Kalau sebut nama berhala maka itu yang dikatakan TIDAK MENGETAHUI. Kalau dah mabuk tu mana tahu sebut apa, jauh la nak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:04 AM | Show all posts

Balas #80 Acong\ catat

Ada aku kesah?

Acong, tamsilannya mcm ni lah.... adik Acong yg di tadika yg baru belajar2 cakap Melayu, tiba2 dia kata "Haiya Acong! Lu cakap melayu manyak pelat wo! Cuba lu cakap melayu betut betut. Bikin malu saja wo jadi rayat malesia!"

Btw, alasan hadis nabi disabotaj atau mengatasnamakan baginda saw adalah terlalu lemah krn manusia bukanlah terlalu bodoh menerima sesuatu tanpa kaji-selidik. Sebagaimana anakmcho sendiri menyelidik secara mendlm terhadap pentertermahan Al Quran itu sendiri dgn membandingkan kitab2 terjemahan yg lain. Dan me andaikan anakmacho juga menimbang cadangan/pendapat mereka2 yg "segolongan" dgn anakmacho juga. Lainlah kalau anakmacho belajar sendiri2 dgn ertikata lain, semua pandangan yg dinyatakan adalah atas dasar pemahaman dan keilmuan diri sendiri tanpa campur tangan pendpt org lain. Yg nyatanya, masih memerlukan penterjemah rupanya. Anehnya, org yg dirujuk (Othman Ali contohnya) rupa2nya pun x fasih berbahasa Arab.

Berbalik pd hadis, ada kaedah pengumpulannya. Bukan hentam kromo, main ambik dan percaya bulat2 bila dikatakan hadis. Siapa perawinya diambil kira dgn penuh teliti. Sebab tu kita ada beberapa pengkelasan hadis mcm hadis sahih, hadis dhoif, hasan, dsbnya. Jika sesuatu hadis tu agak lemah, ada pula hadis lain utk menguatkannya. Jadi sebab itu kadangkala ia diterima.

Samalah dgn sejarah. Mcm mana ko tahu Tunku Abdul Rahman yg membawa kpd kemerdekaan? Ko ada sekali ke dgn dia masa tu? Mcm mana ko tahu Tanah Melayu ni org melayu punya? Ko percaya ke? Ko x rasa ke kot2 org cina punya???

Masa kat sekolah dulu, ada tak belajar bahasa melayu klasik? Faham tak kalau cikgu x ajar? Boleh x fahamkan sendiri? Pernah x rasa ragu2 samada cikgu tu saje2 sabotaj. Ajar yg x betul. Kdg2, sesama kita pun, kita x faham maksud yg nak disampaikan. Apatah lg bila ada bahasa2 dialek yg pekat2. Kdg2 tu boleh jadi gaduh. Contoh paling mudah, perkataan DOL je pun boleh mcm2 tafsir!

Lagi satu contoh:
Apa kes wa nak belajar bahasa Arab dgn org x tahu cakap Arab. Tak de kelasss!
Ayat ni, kalau org tua, dia rasa kurang hajar atau pun ayat emo. Kalau ikut ayat budak2 zaman sekarang, biasa je tuuuu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:11 AM | Show all posts

Balas #82 anakmacho\ catat

Tertarik? Alhamdulillah! Mudah2an Allah bukakan hati dan minda tuan utk turut tertarik dgn banyak lagi hadis2 sabdaan Baginda Muhammad saw. Amin!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 10:52 AM | Show all posts
nampaknya saudara anak macho menggunakan HADIS utk menguatkan hujjahnya dlm posting #85 ...  


jika org2 munafiq ada agendanya ...

para sahabat RA itu pun ada agenda jugak utk melindungi KALAMULLAH & KALAMURRASUL ...


ALLAH SWT pun ada agenda juga ... yaitu memelihara KITAB NYA ... dan juga RAHSIA NYA mengapa tidak berjanji memelihara KALAMURRASUL ( hadis ) itu ...


ALLAHU A'LAMU HAYSU YAJ'ALU RISALATAH ( ini ayat ALQURAN tapi saya lupa kat surah mana ... )

maknanya :  ALLAH SWT MAHA TAHU AKAN SIAPA YG MENYAMPAIKAN RISALAH NYA ...










WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 17-2-2009 11:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 12:06 PM | Show all posts

Reply #87 anakmacho's post

Salaam,

Tak ada sapa nak buang rasul.............. insya Allah... taat Allah, taatlah juga pada rasulNya.



"maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." - (QS. An-Nisa: 65)


Ayat diatas sangat jelas baginda dijadikan hakim apa yang diperselisikan..... tidak nampak kebenaran kepada baginda untuk menambah syariat selain Al Quran.....



Salam kembali...


Apa  maknanya taat kepada Rasul jika tidak mengikuti ajaran beliau? Bukankah Allah telah memelihara Rasul-Nya dari segala kesilapan lalu membuktikan beliau saw adalah maksum. Kata2 beliau adalah persetujuan dari Allah.

Ayat di atas menunjukkan jika berlaku perselisihan dalan memahami kehendak agama (sudah tentu dari Al Quran) maka Rasul saw lah yang menunjukkan jalan dan panduannya.


揥ahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna;"  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 12:26 PM | Show all posts

Reply #97 sirri_khafi's post

In setuju posting ustaz.... jika org kafir punya agendanya, maka Allah, Rasul di samping orang2 mukmin dengan agenda2nya juga...






Q: An Nahl: 43 :  "Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

~ siapakah orang paling wajar kita merujuk jika tidak kepada Rasul saw dan ulama?

Q: An Nahl: 44 : "(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya."

~ Kata2 Rasul saw adalah kata2 Quran. maka Allah menjaga perkataan yang keluar dari mulut Beliau saw sampai hari akhirat. malah jika ada hadis2 palsu kita dapat menangkap dan mentakwilkannya kerana bersalahan dengan Al Quran sendiri. malah skrg pun jika Al Quran dan Rasul saw dihina, seluruh umah Islam bangkit... inilah salah satu yang dikatakan ALLAH menjaga ayat2-Nya sampai hr akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:28 PM | Show all posts
amat menarik topik nie..........


byk info yg meminta kita 'berfikir'....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.476983 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list