CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kalalah007

Golongan Anti-Hadith Siapa boleh tolong jawabkan?

[Copy link]
 Author| Post time 16-2-2009 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 8-2-2009 08:06 PM


Salaamun Alaikum,

Sebab saya melayulah dan faham bahasa tu maka saya tanya dari mana datangnya perkataan "sunnah" terjemahan yang tuan kemukakan sebab bila saya refer kat Al Quran di ayat  ...


Apa maksudnya mengikuti rasul?
Adakah dengan mengikuti AL-Quran anda mengikuti rasul seperti yang anda sendiri bayangkan. Tentulah tidak. Tentulah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah mengikuti rasul dengan mengikuti kata-kata, perbuatan dan tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W

Kalau yang ini pun anda tidak faham sia-sialah saya berdebat dengan orang yang tidak reti bahasa.

Jadi adakah anda bersetuju bahawa dengan mengikuti nabi adalah dengan mengikuti segala perbuatan dan kata-kata nabi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 10:23 AM | Show all posts

Balas #91 anakmacho\ catat

ei...
ye laa.. betul ikut al-quran...
tapi camne huraikan la..
dari a sampai z.....
maksud saya gerakan baginda..
apa yang baginda baca...
ada rakaat x....

cuba la kalau ada non-muslim tanya soalan ni...
takkan la awak nak jawab... "pi baca quran.... ada penerangan didalamnya...."
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:28 AM | Show all posts

Balas #102 anti_israel\ catat

ow.... sori...
da ada penerangan....
tima kasih anak macho.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:29 AM | Show all posts

Balas #103 anti_israel\ catat

satu lagi nak tanya anak macho (wei...brapa byk tanya daa....)

apakah fungsi rasul dalam menyampaikan agama allah....????
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 08:32 PM | Show all posts

Balas #96 HOTlips\ catat

Tertarik? Alhamdulillah! Mudah2an Allah bukakan hati dan minda tuan utk turut tertarik dgn banyak lagi hadis2 sabdaan Baginda Muhammad saw. Amin!


Salaam,

Macam nak lari dari soalan je..... soalan saya kat situ belum dijelaskan..... bagaimana mahu tertarik kalau tiada penjelasan apa yang ditanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:01 PM | Show all posts

Balas #97 sirri_khaf & #99 indah1285 \ catat

nampaknya tuan rumah  menggunakan HADIS utk menguatkan hujjahnya dlm posting #85 ...  
jika org2 munafiq ada agendanya ...

In setuju posting ustaz.... jika org kafir punya agendanya, maka Allah, Rasul di samping orang2 mukmin dengan agenda2nya juga...


Salaam,

Saya rasa saudara berdua telah mengikuti post-posting saya yang lalu dan dibanyak topik dan beberapa kali saya ditanya dan saya menjelaskan tapi sayang oleh kerana perbezaan dapat pendapat menyababkan semua itu tidak diindahkan..... jika sekiranya perbincangan begini diniatkan untuk mencari ilmu dan memberi ilmu dan bertukar-tukar pendapat bukan setakat  semata-mata menegakkan hujah yang dianggap betul... maka rasanya sesuatu tidak akan dicapai... ialah sebab hanya ingin menegakkan hujah, pasti seseorang itu akan mempertahankan keyakinannya dengan hujahnya.... tidak akan melihat dari sudut lain.... maka kita semua akan membuang masa sahaja...... beginilah apa yang saya rasakan kerena saya telah menjelaskan berulang kali perkara ini...... tetapi seakan tidak diperdulikan.......

Dalam post2 yang lepas diberbagai tajuk ada ada menyertakan yang dikatakan hadis nabi... yang diatas bukan pertama kali atau kedua kali..... dan saya tidak menolak yang dikatakan hadis nabi... apa yang saya tolak adalah amalan syariat yang tidak terdapat dalam Al Quran dan sesuatu yang disandarkan kepada baginda yang pada saya bertentangan dengan Al Quran.... malah disetengah tajuk saya telah menjelaskan jika seseorang forumer yang berkata atau memberi nasihat yang baik mengapa perlu saya tolak..... dan sekali lagi saya nyatakan yang saya tolak adalah yang bertentangan dengan Al Quran dan amalan syariat yang tidak terkandung dalam Al Quran.

Terima kasih dan harap dapat difahami.......


P/s - sekali lagi saya ingin nyatakan, saya bukan tuan rumahn pada tajuk ini.....

[ Last edited by  anakmacho at 16-2-2009 09:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2009 09:21 PM | Show all posts

Balas #98 indah1285\ catat

Apa  maknanya taat kepada Rasul jika tidak mengikuti ajaran beliau? Bukankah Allah telah memelihara Rasul-Nya dari segala kesilapan lalu membuktikan beliau saw adalah maksum. Kata2 beliau adalah persetujuan dari Allah.


Salaam,

Seperti yang saya katakan pada post saya yang lepas.., dengan mengamalkan Al Quran satu-satunya kitab bersyariat maka saya telah mentaati Allah dan rasulNya... bagaiman mentaati Allah tanpa rasul dan bagaiman mentaati rasul tanpa Al Quran maka dengan Al Quranlah saya mentaati Allah dan rasulNya kerena apa yang difirmankan kepada baginda maka itulah juga yang baginda sampaikan kepada kita... sila ruju, penerangan saya di 75 berkenaan ini bahwa baginda hanya menyampaikan wahyu sahaja dalam dakwahnya.

Baginda Nabi yang juga Rasul Allah adalah manusia biasa.... sama macam kita semua.... maka bila dikatakan manusia biasa maka baginda tidak terlepas dari kesilapan (soal dosa atau tidak, hanya Allah layak tentukan), dalam Al Quran ada penyataan dari Allah bahwa dosa baginda diampunkan/dihapuskan berserta para sahabat baginda.... kalau dah tiada dosa, maka mengapa pula Allah ampunkan dosa baginda yang lalu dan akan datang.... sudah tentu ada dosa maka ianya diampunkan.....

Berkenaan kata-kata baginda adalah persetujuan dari Allah, maka sekali lagi saya minta Indah baca posting saya di 75....

Ayat di atas menunjukkan jika berlaku perselisihan dalan memahami kehendak agama (sudah tentu dari Al Quran) maka Rasul saw lah yang menunjukkan jalan dan panduannya.


Betul.... tapi baginda tidak akan menanbah-nambah syariat yang ada dalam Al Quran.... dan sekali lagi saya katakan diayat itu tiada kebenaran untuk baginda menambah syariat.


Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:31 PM | Show all posts

Balas #98 indah1285\ catat

[quote]wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna;"  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 09:48 PM | Show all posts

Balas #98 indah1285\ catat

[quote]Bagaimana pacit macho membaca Al Quran dengan tajwid yang betul? Kerana penyusunan tajwid dilakukan jauh setelah kewafatan Baginda saw. Mana tau itu adalah tipu helah dr tangan2 yang tidak bert
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:50 PM | Show all posts

Balas #98 indah1285\ catat

[quote]Bagaimana pacit macho membaca Al Quran dengan tajwid yang betul? Kerana penyusunan tajwid dilakukan jauh setelah kewafatan Baginda saw. Mana tau itu adalah tipu helah dr tangan2 yang tidak bertanggungjawab?

Bagaimana pacit macho terjemahkan perkataan "KAMI"  "AKU"    dalam beberapa ayat di dalam Al Quran? Kenapa dalam satu2 ayat Allah menyebut 'KAMI' dalam satu ayat yang lain Allah menyebut 慉KU
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:01 PM | Show all posts

Balas #101 kalalah007\ catat

Apa maksudnya mengikuti rasul?
Adakah dengan mengikuti AL-Quran anda mengikuti rasul seperti yang anda sendiri bayangkan. Tentulah tidak. Tentulah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah mengikuti rasul dengan mengikuti kata-kata, perbuatan dan tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W

Kalau yang ini pun anda tidak faham sia-sialah saya berdebat dengan orang yang tidak reti bahasa.

Jadi adakah anda bersetuju bahawa dengan mengikuti nabi adalah dengan mengikuti segala perbuatan dan kata-kata nabi.


Salaam,

Anda tidak membawa sebarang ayat-ayat sokongan dalam hujah anda... maka itulah adalah pendapat anda sendiri yang tidak wajib untuk diikuti.... dalam mana-mana mahkamah pun dalam dunia hujah tanpa bukti tidak akan diterima... apatah lagi dimahkamah Allah kelak.....  sila baca post saya di 75 dalam topik ini.....

Saya tidak bersetuju kerana bagi saya taat Allah dan taat rasulNya adalah melalui Al Quran dan saya telah jelaskannya.... tiada arahan Allah dalam Al Quran untuk mengikuti keperibadian baginda, apa yang Allah arahkan adalah mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:06 PM | Show all posts

Balas #104 anti_israel\ catat

satu lagi nak tanya anak macho (wei...brapa byk tanya daa....)

apakah fungsi rasul dalam menyampaikan agama allah....????


Salaam,

Ya berapa banyak da.....

Peranan nabi bagi saya adalah menerima wahyu dan mengamalkannya dan wajib menyampaiakan kepada siapa ia sampai manakala rasul pula mengamalkannya dan wajib disampaikan kepada siapa ia sampai.... dan baginda sebagai nabi dan rasul tidak diizinka menambah-nambah syariat yang ada selain dalam Al Quran kerana Al Quran dah lengkap lagi sempurna... sila rujuk posting saya di 75.... terima kasih.

[ Last edited by  anakmacho at 16-2-2009 10:10 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 16-2-2009 10:01 PM


Salaam,

Anda tidak membawa sebarang ayat-ayat sokongan dalam hujah anda... maka itulah adalah pendapat anda sendiri yang tidak wajib untuk diikuti.... dalam mana-mana mahkamah pun dalam du ...


nampaknya anda tidak mengikuti perbincangan ini. Bukankah pada post yang lepas saya telah kemukakan ayat tersebut. Nah ini ayatnya:

7:158 "Katakanlah: ""Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk""."

Apa maksudnya mengikuti rasul?
Adakah dengan mengikuti AL-Quran anda mengikuti rasul seperti yang anda sendiri bayangkan. Tentulah tidak. Tentulah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah mengikuti rasul dengan mengikuti kata-kata, perbuatan dan tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W (syariat nabi)

Kalau yang ini pun anda tidak faham sia-sialah saya berdebat dengan orang yang tidak reti bahasa.

Jadi adakah anda bersetuju bahawa dengan mengikuti nabi adalah dengan mengikuti segala perbuatan dan kata-kata nabi. (syariat nabi)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 12:27 AM | Show all posts

Balas #113 kalalah007\ catat

Salaam,

Sekali kita lihat perkataan Allah dan rasulNya digandingkan bersama, ini membawa maksud perkara itu adalah satu iaitu Al Quran.... bagaimana mahu beriman kepada Allah tanpa rasulNya dan bagaimana mahu beriman dengan rasulNya tanpa Al Quran... maka dengan Al Quranlah kita akan beriman kepada kedua-duanya..... terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:06 PM | Show all posts
Pada pendapat saya

Allah akan memeperdayakan orang-orang yang mendustakan hadis-hadis Rasulullah SAW, membuat keraguan atasnya dan menolak penisbatannya kepada Rasulullah SAW.(Orang-orang seperti ini adalah sama seperti kaum ‘al-Farmawiyah’, dan selain mereka dari orang-orang yang mengaku sebagai pengikut akedemi rasinalism.Mereka itulah orang-orang yang hanya menyesuaikan teks-teks syari’at agama sesuai dengan akal mereka sahaja, di mana apabila nas-nas tersebut sesuai dengan keinginan atau kepentingan mereka, maka itu akan mereka terima, tetapi jika tidak demikian halnya, maka mereka akan menolak dan mendustkannya walaupun nas tersebut adalah khabar mutawatir.

Jadi mereka menolak hadis kerana mengikut hawa nafsu dan kejahilan serta ingin popualriti.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar akan terpedaya oleh Dajjal dan akan masuk perangkapnya serta akan tersesat dalam kesesatannya, kerana mereka tidak menemukan nas yang tertulis di dalam Al-Quran tentang Dajjal, tetapi ia hanya tertulis dan ditetapkan dalam sunah nabi SAW yang suci, sedangkan mereka tidaklah mengakui sunnah(kecuali apabila ia
bersesuaian dengan hawa nafsu mereka yang telah sakit(rosak).
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:27 PM | Show all posts

Balas #115 doden\ catat

Salaam,

Saya sarankan saudara baca topik dari awal dan ambil masa sejenak, dan tumpuhkan posting saya di no 75 dan 85.... apa  pendapat saudara... terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 09:36 PM | Show all posts

Balas #115 doden\ catat

Salaam,

Saya berpendapat hadis nabi yang sebenarnya adalah Al Quran jugak tiada yang lain.... sebab Hadis adalah salah satu antara nama-nama Al Quran.... sila rujuk posting saya di no. 16.

Antara contoh hadis nabi dalam Al Quran yang jugak merupakan hadis Allah ialah, dimana ayat-ayat Al Quran baginda nabi diarah berkata sebagai contoh;

AQ 2:136. Katakanlah (Muhamad), "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."

Sangat banyak ayat-ayat Al Quran yang diarah kepada baginda untuk berkata atau ayat-ayat yang dimulakan dengan sebutan "Katakanlah....", pada saya itulah hadis nabi yang sesungguhnya... yang telah mendapat jaminan Allah untuk memeliharanya sehingga kiamat..... adapun yang diluar dari Al Quran terdedah kepada sabotaj, berkepentingan maka tidak wajib untuk diikuti.... terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2009 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 17-2-2009 12:27 AM
Salaam,

Sekali kita lihat perkataan Allah dan rasulNya digandingkan bersama, ini membawa maksud perkara itu adalah satu iaitu Al Quran.... bagaimana mahu beriman kepada Allah tanpa rasulNya da ...


Malaslah saya nak layan kamu. Lain yang orang tanya lain pula yang dia jawab. Sungguh pandai berdalih!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 11:09 PM | Show all posts

Balas #118 kalalah007\ catat

Salaam,

Saya tidak berdalih sebab lingkungan jawapan saya apa yang saya yakini dan saudara pula seakan mahu saya menjawab menurut selera saudara.... Adakah dengan menggamalkan Al Quran, saya tidak mentaati rasul...?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:56 AM | Show all posts
adapun yang diluar dari Al Quran terdedah kepada sabotaj, berkepentingan maka tidak wajib untuk diikuti.... terima kasih.

Tidak wajib di ikuti?Ini ajaran baru ker?Tafsir al-Quran ikut kepala sendiri?

berhati-hatilah dengan apa yang kamu kata.Kerana salah kata lain maksudnya.kalau tidak yakin dengan apa yang kamu ingin sampaikan silalah bertanya dengan orang yang pakar dalam hal tersebut..Semoga kamu berada di dalam orang yang beruntung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052384 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list