CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK Bukit Selambau: TERKINI ; PKR MENANG!!!

[Copy link]
 Author| Post time 14-3-2009 07:48 PM | Show all posts
Datuk S Ganesan calon BN Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan dipilih calon Barisan Nasional bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, 7 April ini.

Nama Ganesan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, petang ini.




tak kira ler sapa pun.....bongkos gak nanti tu..... takut ilang wang pertaruhan ajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 08:30 PM | Show all posts

Reply #61 amazed's post

jangan hilang wang pertaruhan dah ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2009 03:52 PM | Show all posts
Pakatan Rakyat akui kemampuan calon BN Bukit Selambau

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S Ganesan adalah individu berkelayakan dan tidak boleh dipandang mudah oleh parti lawan.

Sehubungan itu, Azizan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak memandang rendah kemampuan Ganesan yang disifatkan mempunyai kredibiliti memimpin memandangkan beliau mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas selama sepenggal.

Katanya, PR perlu menurunkan calon berkelayakan yang boleh diterima masyarakat selain dapat menandingi populariti Ganesan bagi memastikan kerusi DUN Bukit Selambau dipertahankan.

"Ganesan adalah calon berkelayakan dan kita tidak memandang mudah kebolehannya dalam menghadapi pilihan raya kecil ini.

Justeru, PR akan meletakkan calon yang setanding dengannya bagi memastikan kerusi berkenaan dapat dipertahankan.

"Saya mengenali Ganesan sudah lama sejak beliau menjadi Adun Lunas lagi dan beliau mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat.
"Bagaimanapun, kita berharap calon PR yang diletakkan di DUN Bukit Selambau dapat menandingi populariti Ganesan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemilihan Ganesan yang juga seorang peguam sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, berdasarkan keyakinan parti bahawa beliau mampu meraih semula sokongan pengundi selain berkhidmat cemerlang kepada rakyat.

Sementara itu, Azizan berkata, PR dijangka akan mengumumkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di Bukit Selambau pada malam 28 Mac ini.

Beliau berkata, nama calon itu dijangka diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





gelak aku baca tajuk paper tu hari ni......... LMFAO... ya laaaarrr tu.... bongkos ganesan ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 01:46 AM | Show all posts
Pakatan Rakyat umum calon Bukit Selambau 28 Mac


ALOR SETAR: Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 28 Mac ini, sehari sebelum hari penamaan calon, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan berikutan kerusi DUN itu adalah kuota PKR.

"Calon dijangka diumum pada sebelah malam pada hari itu tapi apa pun keputusan, ia terletak di tangan PKR ," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S Ganesan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil 7 April ini. - Bernama




aku rasa MOSTI depa amik PKR... candidate gak... most prolly indian gak.... tu aku bajet ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 10:33 PM | Show all posts
S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau
20/03/2009

SUNGAI PETANI 20 Mac

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2009 02:41 PM | Show all posts
Pertandingan 15 penjuru, DUN Bukit Selambau cipta sejarah

SUNGAI PETANI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.

Tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.


Calon BN ialah Datuk S Ganeson manakala calon PKR ialah S Manikumar.

Terdahulu, Ganeson diiringi ribuan penyokong serta pemimipin MIC dan parti komponen BN lain termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Manikumar pula diiring beberapa pemimipin PKR, Pas dan DAP.

Calon yang akan bertanding ialah Abdul Rahim Abu (Bebas), Husaini Yaakob (Bebas), Anwar Abd Hamid (Bebas), Radzi Md Lazim (Bebas), Khamis Awang (Bebas), Mohd Fadzil Wahab (Bebas), S Moganakumar (Bebas), V Venison (Bebas), L Sarala (Bebas), T Chandrarajan (Bebas), R Loganathan (Bebas), Tan Hock Huat (Bebas), A Jayagopal (Bebas)




aku bajet  ramai yg hilang deposit nanti nih........ tee hee


manikumar menang punyer..........!!!  :victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2009 03:50 PM | Show all posts
Ahad Mac 29, 2009
SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

12:20 TENGAH HARI: Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

12 TENGAH HARI: Seramai 15 calon sah bertanding di DUN Bukit Selambau.

SPR menerima sembilan bantahan untuk semua pencalonan tetapi kesemuanya ditolak.

11:25 PAGI : Pengumuman bagi mengesahkan jumlah calon yang bertanding masih belum dilakukan. Hal ini dipercayai kerana SPR kini sedang menentukan simbol untuk calon-calon Bebas dan kedudukan kertas undi bagi semua calon yang bertanding.

11:10 PAGI : Hanya penyokong-penyokong PKR sahaja yang sentiasa bersorak melaungkan reformasi, sementara penyokong-penyokong BN dan Bebas suasana tenang dan terkawal.

Pihak polis dan pasukan FRU yang terdiri daripada 800 anggota sentiasa berkawal untuk memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

11 PAGI : Sesi bantahan baru sahaja tamat dan proses penelitian calon sama ada layak bertanding atau tidak akan diumumkan menjelang tengah hari.

10:25 PAGI : Menurut sumber polis jumlah penyokong PKR adalah 8000 manakalan penyokong BN adalah 6000.

10:10 PAGI : Borang-borang calon sedang dipamerkan untuk sesi bantahan selama sejam bermula pada pukul 10.

9:45 PAGI : Seorang lagi calon menyerahkan borang adalah seorang ahli perniagaan, Khamis Awang.

9:35 PAGI : Calon Bebas ke-12, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 PAGI : Calon Bebas ke-11, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 PAGI : Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 PAGI : Rombongan Barisan Nasional (BN) berjumlah kira-kira 6,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, A.Kohilan Pillay dan Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.

9:00 PAGI : Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 PAGI : Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 PAGI : Calon PKR, S. Manikumar diiringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

8:40 PAGI : Calon Bebas kesembilan, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 PAGI : Calon Bebas kelapan, Radzi Md Lazim tiba di pusat penamaan calon.

8:30 PAGI : Ketibaan calon Bebas ketujuh, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 PAGI : Rombongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 PAGI : Calon Bebas keenam, S.Moganakumar tiba di pusat penamaan calon.

8:10 PAGI : Calon Bebas kelima, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 PAGI : Calon Bebas keempat, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 PAGI : Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertanding.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 PAGI: Calon Bebas ketiga, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 PAGI : Calon Bebas kedua, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 PAGI : Calon Bebas pertama, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:25 PM | Show all posts
ni melampau ni....agak2 ar nk pecahkan undi..kalu nk buat rekod sgt buat terus 50 org hahaha..boleh panggil World Guinness Book of Records
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 06:32 PM | Show all posts
ape sdh jadi....mane la dpt duit nk byr utk penamaan calon ni....15 org plk tu

duit rakyat jgk?!!!!!!!!!!!!1:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:45 AM | Show all posts

Reply #69 dauswq's post

duit diaorg juga la, diaorg ni org bisnes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2009 09:17 PM | Show all posts
SAMY VELLU INTERVIEW: "I am no stumbling block in Bukit Selambau
"By : Suganthi Supramaniam


SUNGAI PETANI, Mon:

MIC chief Datuk Seri S Samy Vellu is here in Sungai Petani and supervising the campaign for his party man, Datuk V. Ganesan. For the last 20 days he has parked himself here to ensure the BN and Ganesan emerged victorious on April 7. Suganthi Supramaniam spoke exclusively to the MIC supremo who shattered a claim here that Samy Vellu is not welcomed by local BN leaders.

[table=200][/table]Is it true that UMNO Kedah is not happy with you being here?

No. They are happy. Kedah UMNO are very pleasant people. They have called me, invited me for tea and also asked me to speak. If they are unhappy with me, we will lose the by-election.

Do you see yourself as a stumbling block to BN and MIC?

No. If I had not come here, the environment would be different. The people will still be anti-BN. The people here love to see us again and again.
Why Ganesan?

He is young, well known and experienced. He was also the former Lunas state assemblyman. He was not fielded in the last general election because at that time a lot of other youngsters had wanted to contest

There is talk that Ganesan is not well liked here by the Kedah MIC. Your comment.

Whenever you put a candidate, you will not get 100 per cent acceptance. It is like a arranged marriage, at first you don't like the bride chosen by the father, but slowly you will and will even have four or five children. Ganesan is new and has a pleasant face. Face is the mirror of the heart.

Are you aware that Pakatan Rakyat is trying to dig up dirt on Ganesan?

Let them. We can also dig up Anwar抯 (Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim) past. If Ganesan does not have good record, then neither has Anwar. It takes a thief to call another a thief.

Earlier you were talking about fielding Datuk V. Saravanan. What happened?

Even though I was talking about Saravanan and he can also speak the local dialect, I had Ganesan in mind. But the age of the other candidate came into consideration and that抯 why we choose Ganesan.

Is it true that there is a lack of talent in Kedah MIC?

No. We have people likes S. Krishnan (former candidate), we have graduates with masters and doctors. By-elections are more difficult and challenging than general elections and we needed someone with the quality, talent and experience of working with the people.

What will happen if MIC loses this time?

I don抰 want to talk about losing, only wining and winning. I am a winner, even from those days when I was a cook, telephone operator or office boy. (He was in good mood yesterday morning. His car number 1818 came out in Toto. Starter. He said he did not buy)

What is your reading on Bukit Selambau?

BN can be confident that the votes are returning. Minds are changing. They know where their future lies, whom they can rely upon, that they need a steady government and that steady government is the BN. Astrologically, 2008 was a bad year for Indians where a lot of political calamity took place. But, 2009 will be a good year for them with BN having a deeper look and doing the necessary for them.

What are the issues here?

We have welfare issues and the Social Security Organisation (Socso) is among the biggest problems here. We also have people with medical problems, and people with low income and unable to take care of their families.






aku mmg gelak sgt baca  jawapan BODOH sami vellu ni..... PKR nak diggap  GANESAN... sbb ganesan calon SELAMBAU... apa kejadah BN nak diggap  ANWAR....... naper tanak diggap manikumar............bodoh.... jawapan dia sumer bodoh!!!  


LMFAO..@ I am a winner.... winner kapla hotak... dah kalah kat sungai siput pun tak sedaq diri ker..  sami weyyyyyyyyy  

[ Last edited by  amazed at 30-3-2009 21:18 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 06:21 PM | Show all posts
Ganesan mahu jadi Obama Malaysia

SUNGAI PETANI: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S Ganesan, berkata beliau berhasrat menjadi seperti Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, yang mampu bertugas untuk semua kaum di negaranya.

Beliau juga mahu masyarakat di DUN Bukit Selambau, menjadikan dirinya sebagai idola dalam mengejar kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

"Saya mahu jadi Obama Malaysia yang boleh membela nasib semua kaum dan menjadi idola kepada masyarakat kerana walaupun berasal daripada keluarga miskin, saya mampu berjaya dengan hanya melalui pelajaran.


"Dengan latar belakang begitu, saya lebih kenal dan faham kedudukan masyarakat miskin," katanya selepas beliau bersama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, melawat SJK (T) Ladang Sungai Getah, di sini, hari ini.

Ganesan berkata, beliau juga ingin menjadi seperti wira yang mampu memajukan negara dan melahirkan generasi baru yang berjaya.

Beliau mengingatkan pengundi supaya tidak terkeliru semasa memilih calon pada hari pilihan raya 7 April ini kerana terlalu ramai individu bertanding untuk kerusi DUN ini.

"Bagi calon BN lambang adalah seperti biasa iaitu kati (dacing) dan pilihlah calon yang akan membela nasib semua kaum," katanya. - Bernama




mimpi  ler  ganesan weyyyyyyyyy   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 01:07 PM | Show all posts
Kempen sulung Anwar tidak sentuh kes Altantuya        


                                 Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB mstar.com.my
        PATUH... Anwar tidak menyentuh isu berkaitan wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.
SUNGAI PETANI: Ceramah pertama Penasihat Parti KeadilanRakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malamtadi berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini serta tanpamenyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongoliayang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu dan institusi Raja-Raja.
Ceramah beliau yang diadakan di dua tempat berasingan bagi kempenpilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dihadirikira-kira 3,000 orang.
Anwar dalam ucapannya memfokuskan kepada isu-isu yang seringdilaung-laungkan sebelum ini iaitu yang menyentuh tentang kaum Indiatermasuk insiden kematian tahanan lokap, A Kugan,lima pemimpin Hindrafyang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta kesengsaraanpenduduk akibat sikap rakus pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
Semalam, polis dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran supaya isuAltantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam isu politik Perak tidakdisentuh semasa berkempen oleh mana-mana parti politik di tiga pilihanraya kecil iaitu di DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUNBatang Ai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akanmengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dariparti politik yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-katayang dianggap sebagai menghasut.
Walaupun isu Altantuya yang sering disebut-sebut Anwar di dua pilianraya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganutidak disentuh semalam, namun ia tetap disentuh oleh pemimpin-pemimpinPakatan Rakyat lain yang menyampaikan ceramah sebelum beliau malam tadiiaitu N Gobalakhisnan, Wan Abdul Wahid Endut dan Saifuddin Nasution.
Ceramah yang bermula jam 10 dan berakhir kira-kira pukul 12 tengahmalam berlangsung dengan aman dan dalam kawalan pihak berkuasa.
Hal ini berbeza dengan ceramah beliau pada 24 Mac lalu yang terpaksadibatalkan apabila pihak polis terpaksa menyuraikan penonton-penontonyang hadir dengan gas pemedih mata dan meriam air kerana diadakan tanpapermit polis.
Anwar dalam ucapannya menjelaskan, walaupun pemilihan calon PKR, SManikumar mendapat tentangan segelintir pihak termasuk dari dalam PKRsendiri, namun Manikumar dikatakan sebagai calon yang paling layakuntuk diangkat sebagai wakil rakyat di Bukit Selambau.
"Dia ni ada kebolehan, cerdik dan boleh diangkat sebagai pemimpin India yang akan menjadi Exco kerajaan negeri.
"Ya, memang dia tidak ada pengalaman, baru 35 tahun tetapi kita tahudia bersih sebab kita sudah interview dia selama dua jam bagimemastikan dia bersih daripada rekod jenayah," katanya.
         

.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 01:41 PM | Show all posts
ganesan nk jd obama...ghentikn laaa..dia kn jd dewa dulu laaa br blh jd obama...anwar blh...sbb dia dh jd dewa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 05:38 PM | Show all posts
Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu          - kempen PRK di Bukit Gantang dan Selambau
            
                      Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB mstar.com.my

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, EzamMohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan BukitSelambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakanpasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di BukitSelambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas TimbalanPresiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. NajibTun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapayang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kataNajib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwarberkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib(ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramahpada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulitkepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat padaSeptember 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalampilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogoslalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan duaNaib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui olehAnwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadisebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebabapa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang palingcerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (TanSri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden danMuhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah diSungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid danHishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yangditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaikUmno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajuiUmno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilihmenerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yangpernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umnoadalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan,"katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarangmasalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeriyang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melaluipeletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu VArumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan NegeriKedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidakmenyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cinadan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan rayakecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yangdiperalatkan Umno.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagimenangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yangberlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 07:09 PM | Show all posts


April 01, 2009

Pelbagai Pendekatan Kempen Digunakan Bagi Menarik Pengundi Di Bukit Selambau


SUNGAI PETANI, 1 April (Bernama) -- Kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau menyaksikan pelbagai pendekatan digunakan oleh 15 calon yang bertanding, untuk bertemu pengundi.

Ada yang pergi dari rumah ke rumah, dan tidak kurang juga ada calon berjoging di awal pagi, berbasikal dan menaiki bas, semata-mata untuk menarik perhatian pengundi dan mendapatkan undi mereka.

Bagi calon Barisan Nasional S.Ganesan kempennya bermula seawal pukul 7 pagi dengan berjoging sejauh 10 km untuk bertemu dengan para pengundi.

"Saya berjoging bersama isteri pada setiap pagi dan mengambil kesempatan untuk bertemu dengan orang ramai dan merayu undi," katanya.

Beliau meredah hutan dan ladang getah untuk menemui pengundi, mengunjungi orang ramai di pasar awam, pusat penjaja dan di kawasan-kawasan perumahan.

Katanya, beliau tahu semua selok-belok jalan di dalam kampung kerana dibesarkan dalam kawasan Bukit Selambau dan mengenali ramai penduduk di situ.

Pada sebelah petang dan malam, Ganesan juga sibuk menghadiri majlis-majlis penerangan dan perjumpaan yang disusun oleh jentera BN di seluruh kawasan Bukit Selambau.

"Saya bekerja mulai pukul 6 pagi pagi sehingga ke awal pagi bagi menjayakan misi BN untuk merampas semula kerusi Bukit Selambau," katanya.

Anak penoreh getah berkelulusan Ijazah Undang-undang itu dikenali ramai kerana beliau pernah membuka firma guamannya di Sungai Petani dan pernah menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lunas pada pilihan raya 2004.

Bagi calon PKR S.Manikumar pula, beliau berkempen dengan bertemu pengundi di kawasan tempat awam dan mengunjungi mereka dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, selain bertemu dengan pengundi secara bersemuka setiap hari beliau juga menghadiri 38 majlis ceramah yang disusun oleh jentera pakatan rakyat.

Manikumar berkata, beliau memulakan kempennya seawal pukul 7 pagi untuk bertemu dengan pengundi di kawasan perumahan dan tempat orang awam.

"Saya berjalan kaki dari rumah ke rumah untuk bertemu pengundi dan dengan cara begini mereka boleh kenali saya secara bersemuka," katanya.

Katanya, hampir setiap malam pula beliau menghadiri majlis-majlis ceramah oleh pemimpin PKR di merata tempat.

Manikumar berkata berkata, walaupun pertama kali bertanding namun beliau tidak menghadapi masalah untuk berkempen kerana mempunyai jentera parti pakatan rakyat yang membantunya.

Bagi beberapa calon Bebas, mereka menggunakan cara tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai mengenali mereka.

Calon Bebas tunggal wanita S.Sarala pula sering berbasikal untuk bertemu dengan pengundi di kawasan tertentu.

"Saya naik basikal jumpa pengundi dan mereka mulai kenali saya lagipun saya adalah wanita tunggal dan saya yakin untuk mendapat undi kaum wanita di kawasan ini," kata beliau yang menggunakan lambang basikal bagi pilihan raya kecil itu.

Bagi Husaini Yaakob yang menggunakan lambang bas pula, beliau sering naik turun bas pada waktu pagi untuk berkempen di seluruh kawasan Bukit Selambau.

"Saya naik turun bas supaya orang kenali saya dan mudah untuk mengingati saya yang menggunakan lambang bas," kata beliau.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama mendapati terdapat tiga isu utama dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Bagi BN, isunya ialah mengenai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang memajukan negeri dan meminta rakyat supaya jangan mengulangi kesilapan untuk mengundi kerana kerajaan pusat sedang berusaha untuk memakmurkan hidup rakyat dengan pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan.

Bagi calon PKR pula, isu yang dijadikan bahan ialah mengenai dakwaan dan tohmahan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pemimpin BN manakala bagi calon Bebas pula, mereka meminta supaya dipilih sebagai "kuasa ketiga" untuk membawa masalah rakyat ke Dewan Undangan Negeri.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau 7 April itu diadakan ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya V.Arumugam pada Februari lepas.

-- BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2009 07:10 PM | Show all posts
Kenderaan Ganesan terbabas


KENDERAAN yang dinaiki calon Barisan Nasional, Datuk S Ganeson terbabas ketika melalui jalan menuju ke Kampung Tenggra dekat Bukit Selambau untuk menziarahi kematian, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor

SUNGAI PETANI: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan terpaksa menumpang motosikal seorang penduduk selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dinaikinya terbabas dan tersangkut di bahu kiri jalan ketika dalam perjalanan menziarah penduduk yang meninggal dunia di Kampung Tengkorak Batu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, kenderaan yang dinaiki beliau dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas

akibat keadaan jalan raya yang tidak rata, dipercayai baru diturap.


Ketika kejadian, beberapa pembantunya turut berada dalam kereta.

Kemalangan itu menyebabkan kenderaannya terpaksa ditarik sebuah kereta lain dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dikeluarkan dari bahu jalan yang rendah.

Ganesan yang dalam perjalanan menziarah seorang penduduk yang meninggal dunia kemudian menahan motosikal ditunggangi
seorang lelaki bagi meneruskan perjalanannya ke kampung itu yang terletak agak terpencil.

Beliau berkata, kejadian itu hanya perkara kecil dan sama sekali tidak menghalangnya serta melemahkan semangatnya bertemu dengan penduduk walaupun di kawasan terpencil.

"Saya tetap akan berusaha bertemu masyarakat di sini untuk mendapat maklumat isu dan masalah mereka serta mencari jalan penyelesaiannya. Perkara ini tidak ada apa-apa.

"Walaupun pada mulanya kami agak cemas apabila kenderaan dinaiki senget, saya tetap bersemangat berjumpa penduduk di kampung," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, Ganesan perlu menghadiri kira-kira 30 program setiap hari sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.





mcm2 pendekatan... sampai  terbabas nak elak lembu!!!!   LMFAO...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 02:58 PM | Show all posts
Tiada kos bawah meja, punca pelaburan masuk berpusu
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

"Anything else?" Itu soalan yang biasa diajukan oleh seorang yang diberikan projek atau pelabur kepada seorang Menteri Besar, Exco atau pihak berkuasa yang meluluskan projek, selepas selesai perbincangan yang formal.
Kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah tidak terkecuali dari sapaan soalan seperti itu. Namun jawapan yang diberikan amat tegas, "No!".
Antara pembaharuan yang dilakukan oleh YAB Ustaz Azizan Abdul Razak sebaik mengambilalih kerajaan ialah penegasan tiada kos bawah meja bagi apa saja projek yang melibatkan kerajaan negeri.
Di sebalik kenyataan Menteri Besar Kedah itu, apakah bermakna sewaktu kepimpinan terdahulu memang terdapat kos bawah meja? Ustaz Azizan tidak peduli cerita terdahulu. Yang penting di zamannya, tiada tempat untuk rasuah.
Rasuah sukar untuk dibuktikan. Kadangkala rasuah hanya boleh diadili oleh pemikiran kritikal rakyat, bukannya mahkamah. Apatah lagi apabila BPR sendiri dipertikaikan kewibawaannya.
Misalnya, di zaman BN, hasil balak yang diterima kerajaan negeri untuk satu hektar balak cuma RM600. Sedangkan melalui tender terbuka sekarang hasil sehektar berlipatganda dari dahulu. Pemikiran rakyat yang waras tentu tidak dapat menerima bahawa pembalak hanya keluarkan RM600 itu sahaja untuk sehektar. Tentu ada 'kos' lain.  
Kini kerajaan pimpinan YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak merasai satu kejutan apabila pelabur-pelabur asing menunjukkan minat yang luar biasa untuk melabur di negeri ini. Tiada kos 'bawah meja' dikatakan menjadi faktor utamanya.
Dalam perkembangan terbaru Kerajaan Negeri merancang menambah 450 ekar lagi kawasan pelaburan iaitu Fasa IV Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dengan nilai sebanyak RM100 juta, memandangkan fasa sedia ada tidak lagi mampu menampung kehendak pelabur yang membuat permohonan.
Sebuah syarikat semi konduktor terbesar Fuji Electric Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan akan membuat pelaburan sebanyak kira-kira RM 1.4 Bilion lagi untuk tujuan pembangunan dan memantapkan sistem operasinya di KHTP.
Sebelum itu, First Solar Incorporated mengumumkan pelaburan sebanyak AS$680 juta (RM2.2 Bilion) di kawasan yang sama. Ia dijangka akan mengwujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, sumber manusia dan operasi kilang apabila keempat-empat kilangnya beroperasi sepenuhnya menjelang tahun hadapan.
Di Langkawi Permata Kedah, sebuah syarikat asing 99' East Langkawi Living menjalin kerja sama dengan Kedah Corporation membangunkan bidang pelancongan di pulau peranginan itu. Projek bernilai RM1.9 Billion itu akan dilaksanakan di Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka.
Hal ini berlawanan sama sekali dengan dakwaan sebelum pilihanraya umum ke 12 bahawa industri pelancongan, khususnya bidang perhotelan akan gulung tikar sekiranya Kerajaan Negeri bertukar tangan.
Sebuah syarikat swasta EDEN Incorporated Berhad telah membuat pelaburan sebanyak RM100 juta untuk membina tangki tambahan di Under Water World Langkawi.
Di bidang pertanian, sebuah syarikat dari Los Angeles iaitu H&T Seafood Incorporated melabur dalam projek ternakan ikan air tawar di Tasik Pedu. Ia melibatkan 3,000 sangkar ikan berskala besar.
Sebuah syarikat dari Taiwan Ocean Ranch Limited sedang membuat pelaburan di bidang ternakan ikan dalam sangkar menggunakan teknologi Norway. Projek tersebut dijalankan di Zon Industri Akuakultur di Pulau Simpang Tiga, Langkawi.
Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri yang lalu kini diteruskan dengan versi baru dengan tidak melibatkan pengambilan tanah sawah milik rakyat.
Jika dahulu pelaburan untuk ZIPY hanya berjumlah RM53 Billion, kini ianya bertambah kepada RM83 Billion, sekaligus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada sekarang bertambah.
Di samping membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, projek mega tersebut dijangka memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM200 juta setahun.
Pelaburan asing di negeri ini dijangka akan bertambah dengan pesat pada tahun hadapan, ekoran beberapa misi perdagangan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri ke luar negara.  Antaranya ke Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Kadar inflasi di negara ini makin buruk. Ekonomi tidak menentu, angkara Pak Lah. Tiba-tiba pelaburan berpusu-pusu masuk ke Kedah. Ia fenomena yang menarik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 09:23 PM | Show all posts
Sunday April 5, 2009

Bkt Selambau voters want development, by either party
By LOOI SUE-CHERN

SUNGAI PETANI: There may be 15 candidates running for the Bukit Selambau by-election but voters would be more inclined to cast their votes for the two main contenders from Barisan Nasional and PKR for the promise of development.

Many of the voters said they did not know what to make out of the 13 independent candidates in the by-election.

Abdullah Abdul Rahman, 56, said he did not know what to say about them.

揗aybe they have their own supporters but for most voters, it is either Barisan or PKR,
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:40 PM | Show all posts
TIGA PILIHANRAYA KECIL SERENTAK

Calon Bebas Chandrarajan mahu bawa kelainan di Bukit Selambau


..            Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB mstar.com.my
        CALON BEBAS...Chandrarajan dilihat sebagai calon paling menonjol.
        POSTER..Chandra melihat poster gambarnya yang telah siap untuk tampal.
SUNGAI PETANI: Di kalangan 13 calon Bebas, T Chandrarajan,40, dilihat antara calon yang begitu menonjol melalui kempen posternyayang 'tidak kalah' dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti KeadilanRakyat (PKR) di sekitar Bukit Selambau.
Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan dan terlibat denganbidang insuran juga mempunyai manifesto yang lain dari yang lainapabila menjanjikan perlindungan insuran kepada lebih 35,000 pengundidi Bukit Selambau jika memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)tersebut.
Walaupun tanpa pengalaman dalam bidang politik, ternyata ia tidakmenjadi halangan kepada Chandrarajan untuk bertanding menggunakansimbol kapal terbang dalam saingan 15 penjuru itu dengan tujuan untukmemperbaiki taraf kehidupan penduduk di kawasannya dari aspekkebersihan, kesihatan, pendidikan dan ekonomi.
Berikut ialah sebahagian temu ramah mStar dengan Chandrarajan di pusat operasinya di Aman Jaya:
mStar: Bagaimana dengan perkembangan kempen anda setakat ini?
Chandrarajan:Setakat ini, ia berjalan lancar.Kempen saya tertumpu kepada berjumpadengan pengundi dari rumah ke rumah. Biasanya wakil saya akan turutmenolong saya berkempen.
Saya juga akan turun padang dan maklum balas yang diterima begitubaik. Ada juga pengundi-pengundi yang menelefon saya menyatakansokongan mereka.
mStar: Berbanding calon-calon Bebas lain, anda kelihatan lebih agresif dalam berkempen melalui poster dan banner. Apa komen anda?
Chandrarajan: Tidaklah banyak. BN (Barisan Nasional) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) lebih banyak.
Saya mencetak 300,000 poster, 3,000 banting, 300 streamers, 3,000 T-Shirt dan 100,000 kad nama untuk diedarkan.
Selain daripada menggunakan wang sendiri, kawan-kawan juga ada membantu.
mStar: Anda tidak mempunyai latar belakang politik tetapi tiba-tiba mengambil keputusan untuk bertanding. Apa komen anda?
Chandrarajan:Saya sememangnya tidak mempunyai latar belakang politik. Saya inginmembawa kelainan di kawasan ini kerana orang politik pun belum tentuboleh berkhidmat dengan baik.
Saya bertanding atas dasar keprihatinan saya sebagai seorang yangberjaya dalam perniagaan dan sentiasa melihat keperitan hidupmasyarakat di sekeliling saya terutamanya di Bukit Selambau ini.
mStar: Sejauh mana keyakinan anda untuk menang dalam pilihan raya kecil ini?
Chandrarajan:Saya bukan bertanding semata-mata untuk menang. Kalah menang itu tidakada apa-apa bagi saya. Saya sebenarnya ingin menyampaikan manifestoyang akan saya salurkan kepada rakyat. Kita mahukan satu perubahan.
Manifesto itu adalah idea saya sendiri. Ia bukan janji politikkerana saya ahli perniagaan. Saya inin membangunkan masyarakat BukitSelambau.
mStar: Manifesto anda sememangnya lain daripada yang lain? Boleh anda terangkan?
Chandrarajan:Jika saya menang, saya akan membuka tujuh pusat perkhidmatan di kawasanini bagi membolehkan saya memberi perkhidmatan kepada para pengundi.Tujuannya adalah untuk memberi perlindungan insuran kepada sesiapa yanglayak di bawah kategori yang ditetapkan dengan hanya mendaftar melaluisalinan kad pengenalan dan bukti pendapatan dan mereka akan dilindungidi bawah insuran Kumpulan Etiqa Takaful di bawah tajaan saya dan akanmemberi khairat kematian sebanyak RM2,000 bagi setiap pengundi.
Selain itu, rebat 10 peratus juga akan diberikan ke atas insurankenderaan bagi sesiapa yang berurusan dengan Etiqa Insurans dan Takafulseperti yang dijanjikan dalam surat jaminan peribadi.
Jika parti-parti lain menjanjikan pembanguan di kawasan ini, sayapula ingin membantu dengan cara ini iaitu dengan menginsurankan lebih35 pengundi di sini kerana mereka kebanyakannya tidak tahu tentangperkhidmatan ini.
Mereka akan diinsurankan oleh agensi saya dan dan ini bukan satu benda baru kerana bidang insuran memang tidak asing bagi saya.
Selain itu, saya juga akan menjadikan Bukit Selambau sebagai hubpelancongan dengan membangunkan homestay dan challet dan memperkenalkanseni halus tempatan serta mempromosikan makanan tempatan di sampingmenjaga kebajikan golongan yang tidak berkemampuan.
Maklum balas yang diterima setakat ini begitu baik kerana sayamenampilkan kelainan yang tidak diberikan orang lain terutamanya dalamkeadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
mStar: Apa harapan anda dalam pilihan raya kecil ini?
Chandrarajan: Saya berharap pengundi dapat membuat keputusan yang betul. Saya percaya, para pengundi sudah bijak untuk menilai.
Kalau saya menang, saya akan memberikan khidmat saya. Kalau sayakalah, maknanya para pengundi tidak menerima konsep yang saya bawa.
         
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.115717 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list