CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PRK Bukit Selambau: TERKINI ; PKR MENANG!!!

[Copy link]
Post time 5-4-2009 11:41 PM | Show all posts
Calon Bebas Tan: "Menang atau kalah, saya mahu wujudkan kuasa ketiga"

            Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB mstar.com.my

        TETAP GIGIH...Calon Bebas, Tan gigih berkempen memperkenalkan diri dan manifestonya kepada orang eamai
SUNGAI PETANI: Pengalaman dalam politik selama lapan tahunmenjadi sandaran kepada calon Bebas, Tan Hock Huat, 46 untuk aktifsemula selepas meninggalkan bidang itu pada tahun 2003.
Tan yang merupakan antara 13 calon Bebas yang akan bertandingmerebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, 7 April iniadalah bekas pemimpin Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
Dalam temu bual dengan mStar Online baru-baru ini, Tanberkata, setelah hampir enam tahun menyepikan diri, Tan kini kembaliuntuk menawarkan khidmatnya kepada masyarakat tempatan denganmenggunakan slogan 'kuasa ketiga'.
        KUASA KETIGA Tan berikrar memberi khidmat terbaik jika dipilih sebagai wakil rakyat.
mStar: Boleh ceritakan serba sedikit tentang pengalaman politik anda?
Tan: Sayamenyertai parti Gerakan pada tahun 1995 dan meninggalkan parti ituselepas kira-kira lapan tahun. Saya mengambil keputusan untukmeninggalkan parti selepas tidak bersetuju dengan kepimpinan parti yangtidak menjaga kebajikan rakyat.
Kemudian saya berehat seketika daripada bidang politik . Saya memulakan perniagaan dan terlibat dengan banyak aktiviti sosial.
Sekarang, kedudukan kewangan saya kukuh, jadi saya mengambilkeputusan untuk terlibat semula dalam politik tetapi sebagai calonBebas.
mStar: Bagaimana dengan perkembangan kempen anda setakat ini?
Tan:Setakat ini, ia berjalan dengan baik. Saya pergi ke semua kawasantermasuk kampung, bandar dan pasar. Saya berkempen terus kepadapengundi, bukan kepada masyarakat di sini secara umum.
Saya tidak mengadakan ceramah umum tetapi lebih kepada pendekatanrumah ke rumah. Selain itu, saya juga mempunyai blog saya sendiri iaituhttp://bukitselambaubb.blogspot.com.
Saya mengedarkan kira-kira 30,000 risalah kepada pengundi.Memandangkan sekarang ini cuaca sering hujan, saya tidak banyakmenggantung poster kerana ia sering jatuh. Sebaliknya saya mengedarkanposter itu dari rumah ke rumah. Jadi ia tidak terlalu membazir.
mStar:Anda dilihat mempunyai kelebihan untuk mendapat undi daripada kaum Cinamemandangkan anda adalah satu-satunya wakil kaum Cina yang bertanding?Apa komen anda?
Tan: Sekarang, pengundi adalah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Saya fokus kepada semua kaum.
Mereka perlu nampak ada suasana yang harmoni, baru mereka bolehmaju. Mereka juga nampaknya telah faham apa yang saya terangkan dansaya yakin, mereka tanpa mengira kaum akan menyokong saya.
Dengan menyokong saya, kita akan menjadi kuasa ketiga iaitu tidakmemihak kepada mana-mana parti tetapi akan memastikan parti yangmemerintah itu menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dikawasan ini. mStar:Apa kelebihan yang anda miliki berbanding calon-calon lain?
Tan: Saya ada manifesto yang saya hasilkan. Niat saya ikhlas untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Jika niat saya untuk membantu masyarakat ini tidak menjadikenyataan, saya anggap ia merupakan satu titik permulaan kepada sayauntuk meneruskan perjuangan bidang politik.
Jika diizinkan, saya akan bertanding lagi sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum akan datang.
mStar: Apakah antara janji yang terkandung dalam manifesto anda?
Tan:Antara pelan tindakan yang terkandung dalam manifesto saya adalah sayaakan sentiasa menjalankan tugas dengan berpandukan prinsip-prinsipRukunegara, mengadakan perjumpaan yang kerap untuk mengenalpastiisu-isu setiap golongan rakyat, menyalurkan maklumat-maklumat kepadapihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya dan sentiasamemantau perkembangan isu-isu yang telah dibangkitkan sehinggapenyelesaian dicapai dengan segera.
mStar: Sejauh mana keyakinan anda untuk menang dalam pilihan raya kecil ini?
Tan:Susah untuk menjangkanya kerana kita tidak dapat membaca fikiran lebih35,000 pengundi. Ideologi dan falsafah politik saya tidak kira menangatau kalah, saya mahu mewujudkan kuasa ketiga.
Walaupun kita adalah Bebas tetapi kita akan menyokong mana-mana pihak yang memberi manfaat kepada rakyat. Kita neutral.
Jika kerajaan sudah terlupa kepada rakyat, terkeluar dari landasantermasuk dari segi ekonomi dan kebajikan, kita akan memberi ingatankepada mereka.
mStar: Jika anda menang, bagaimana jika ada mana-mana parti yang menawarkan anda menyertai mereka?
Tan: Saya sudah 'ikat kaki' saya dan saya menolak budaya melompat parti. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 11:45 PM | Show all posts
Pembangkang didakwa guna kekerasan terhadapa jentera Pemuda BN           
                      SUNGAI PETANI:Pemuda Barisan Nasional (BN) mendakwa pihak pembangkang mulamenggunakan taktik kotor termasuk kekasaran dalam kempen menjelangpilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau Selasaini.
Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata beliau menerimaaduan mengenai insiden pergaduhan yang didakwa dimulakan pembangkang.
Beliau berkata dalam satu kejadian yang berpunca kerana menaik danmenurunkan poster tengah hari ini, seorang penyokong pembangkangdidakwa bertumbuk dengan penyokong BN.
Bagaimanapun, pergaduhan mereka dileraikan rakan masingmasing danmereka tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkanperkara itu.
"Saya telah berpesan kepada jentera kita menjaga tatatertib danmenjaga adab kerana kita kena bendung perkara ini daripada berlaku.Kita percaya ada pihak tertentu yang mahu membusukkan nama BN menjelangpilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikanmesyuarat penyelarasan Pemuda BN di sini hari ini.
Razali berkata terdapat juga aduan yang melibatkan pengedaranrisalah secara meluas dari rumah ke rumah, yang memaparkan gambarpunggung dengan tertulis perkataan "Ini impian saya".
"Ini bukan kerja BN. Saya telah mengarahkan semua jentera untukmengutip semula risalah itu kerana BN tidak akan menggunakan taktikkotor seperti ini dan meminta pengundi jangan percaya dengan taktikpembangkang," katanya.
Beliau berkata pembangkang melakukan taktik sedemikian kerana merasatergugat dengan angin perubahan pengundi Bukit Selambau yang kinimemberikan sokongan kepada BN.
Sokongan generasi muda kepada BN iaitu pengundi di bawah umur 40tahun yang mewakili hampir separuh daripada 35,140 pemilih berdaftardiharap mampu diterjemah pada pilihan raya Selasa ini, katanya.
Beliau berkata kesemua jentera juga diarah membuat persiapanmenyambut ketibaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yangakan turun ke Bukit Selambau esok.
Kehadiran Dr Mahathir esok memberikan lebih semangat untuk jenteraparti bekerja demi memastikan kemenangan di pihak BN, katanya.BERNAMA
         

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:47 PM | Show all posts
Polis kenal pasti kawasan panas di bukit Selambau         

  

                      SUNGAI PETANI:Polis mengenal pasti lapan lokasi yang dianggap "panas" di kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang memerlukan tumpuankawalan keselamatan lebih ketat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang ditemui media selepasmelawat Markas Taktikal Polis Diraja Malaysia di sini hari inibagaimanapun enggan memberitahu lokasi tepat kawasan-kawasan yangdimaksudkan.
Beliau berkata hasil maklumat yang diterima polis mendapati kawasanitu berisiko tinggi kerana ada pihak yang merasakan mereka perlu beradadi kawasan berkenaan untuk memastikan kemenangan mereka, dan merekaakan sanggup bertindak di luar batasan undang-undang bagi tujuan itu.
"Saya beri amaran, jangan cuba buat benda tak betul, contohnyamenghalang pengundi kerana pegawaipegawai saya sudah diarah bertindakdengan tegas," katanya.
Menurutnya polis akan bertindak tegas dalam menjaga keamanan dantidak akan terlibat menyokong manamana pihak kerana pasukan itusentiasa mengamalkan sikap berkecuali.
Musa berkata polis hanya menguatkuasakan undangundang, danmenentukan pilihan raya berjalan dengan lancar, tanpa ada sebarangkejadian yang tidak diingini.
Katanya sehingga ini polis menerima 14 laporan yang melibatkanpelbagai kes seperti pelanggaran syarat permit dan gangguan ceramahpolitik sejak hari penamaan calon di kawasan DUN Bukit Selambau pada 29Mac lalu.
"Tapi keskes itu tidak serius dan harap ia kekal, kerana saya tidakmahu sebarang perkara tidak diingini berlaku, kerana saya tidak mahurosakkkan proses demokrasi," katanya. BERNAMA
         
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:49 PM | Show all posts
Calon Bebas B Selambau : Pembebasan tahanan ISA drama politik kerajaan         

                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB mstar.com.my

SUNGAI PETANI: Pelbagai reaksi dilahirkan beberapa calonBebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) BukitSelambau berhubung keputusan membebaskan 13 tahanan Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA), kajian terhadap akta itu dan menarik balikpenggantungan dua akhbar Pakatan Rakyat.
T Chandrarajah, 40, menyifatkan keputusan yang diumumkan PerdanaMenteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu sebagai satu lagi siridrama politik yang diadakan oleh kerajaan.
"Ini macam jenaka saja. Mereka sengaja simpan isu itu dan kemudian gunakan pada minggu ini.
"Bagaimanapun, saya yakin ia tidak membawa sebarang perubahan dansedikit pun tidak menggugat peluang calon Bebas untuk menang," katanyaketika dihubungi mStar Online.
Semalam, Najib mengumumkan tiga keputusan penting dalam perutusanpertamanya sebagai Perdana Menteri iaitu membebaskan 13 tahanan ISA,menarik balik penggantungan dua akhbar terbitan Pakatan Rakyat danmemulakan langkah mengkaji semula ISA.
Daripada 13 yang dibebaskan itu, dua adalah pemimpin Hindraf yangtelah diharamkan hujung tahun lalu manakala tujuh adalah anggota DarulIslam, tiga rakyat asing dan seorang anggota Jemaah Islamiah.
Chandrarajah yang akan bertanding menggunakan simbol kapal terbangpada pilihan raya kecil 7 April ini berkata, keputusan Najib itu telahmemberikan imej yang tidak baik kepada bekas Perdana Menteri, TunAbdullah Ahmad Badawi.
"Kalau mahu bebaskan tahanan ISA itu, patutnya sebelum beliau(Najib) jadi Perdana Menteri lagi sudah dibebaskan supaya imej beliaudan Pak Lah sama-sama baik.
"Bila sekarang dibebaskan, imej Pak Lah sudah rosak dan ini tindakan tidak profesional," katanya.
Sementara itu, Mejar (B) Anuar Abd Hamid berkata, keputusan itumungkin memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Implikasinya bagus kepada BN tapi tak bagus kepada kita. Mungkin ada undi yang berubah selepas ini," katanya.
Bagaimanapun Anuar yang juga bekas ahli Umno berkata, melalui maklumbalas yang diterima daripada penduduk di kawasan itu, tindakanmembebaskan pemimpin Hindraf menunjukkan BN tunduk kepada tekanan yangdiberikan beberapa pihak.
"Yang lain-lain itu, mereka sokong...cuma pembebasan Hindraf mereka tak sokong," katanya.
Sementara itu, Tan Hock Huat, 46, berkata, keputusan yang diumumkan Najib itu hanyalah untuk tujuan meraih undi.
"Dia (Najib) tidak beri sebab kenapa mereka dibebaskan. Kenapa dua sahaja yang dibebaskan?
"Kalau dua orang itu bukan lagi ancaman, kenapa yang tiga lagi masih ancaman?
"Saya rasa ini merupakan satu syarat kepada Makkal Sakthi supaya mengundi mereka," katanya.
Berhubung langkah mengkaji semula ISA, Tan berkata, perkara itusepatutnya diumumkan lebih awal dan bukan sebaik sahaja Najib menjadiPerdana Menteri
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:51 PM | Show all posts
Calon Bebas, Anuar keluar Umno ikut jejak Tun Mahathir         

  



                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
        CALON BEBAS Anuar Abd Hamid keluar Umno ikut jejak Tun Dr Mahathir...
SUNGAI PETANI: Nama Mejar (B) Anuar Abd Hamid mungkin tidakasing di kalangan ahli-ahli Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) BukitSelambau kerana beliau aktif dalam Umno sejak tahun 1990 sebelummengambil keputusan keluar daripada Umno pada 19 Mei tahun lalumengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah sebelum ini pernahmenyatakan beliau berhasrat menyertai semula Umno jika menang kerusiDUN ini memandangkan senario politik dalam Umno kini telah berubahselepas berlakunya peralihan kuasa.
mStar Onlineberpeluang menemuramah Anuar di pusat operasi beliau di Taman Peruda di sini.
mStar: Bagaimana timbul hasrat untuk bertanding?
Anuar: Apabila ADUN Bukit Selambau, V Arumugam meletakjawatan, Umno Merbok mahukan kerusi ini semula kerana kerusi inisememangnya milik Umno sebelum diberikan kepada MIC.
Tujuan saya mahu bertanding adalah untuk mengembalikan kerusi inikepada wakil rakyat Melayu dan sebab itu, saya bertanding atas tiketBebas. Itu matlamat saya.
mStar:Bagaimana sambutan kempen yang anda jalankan setakat ini?
Anuar: Kempen setakat ini amat baik tetapi dalam skala yanglebih kecil. Selepas penamaan calon, kita teruskan memulakan kempen danmensasarkan kawasan taman-taman perumahan dan kampung-kampung.
Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat baik. Kita edarkanrisalah kepada hampir 11,000 pengundi di kawasan ini melalui jenterasaya yang berjumlah 30 orang.
Saya juga mencetak 250 banner untuk digantung di jalan-jalan.
mStar: Adakah anda mengadakan ceramah sebagai sebahagian cara berkempen?
Anuar: Tidak. Saya pergi rumah ke rumah dan melakukan perbincangan dalam kumpulan lima hingga enam orang.
Mereka dapat menerima dengan baik. Cuma saya akui agak penat sedikitkerana apabila masuk ke kawasan kampung, kita terpaksa berjalan kaki.
mStar: Bagaimana anda melihat saingan daripada lima calon Melayu yang lain?
Anuar: Kebanyakan calon Melayu yang lain merupakan orang luarsedangkan saya dilahirkan di sini dan kenal ramai penduduk di sini.Saya tidak kenal calon-calon ini. Pada hari penamaan calon tempoh hari,barulah saya bertemu mereka.
Ini bermakna mereka tidak mempunyai latar belakang politik keranasaya bergiat dalam politik hampir 20 tahun sebaik sahaja saya bersaradaripada tentera pada tahun 1990.
Selain itu, saya juga aktif dalam aktiviti sosial termasuk di dalamdan luar negara. Semua orang boleh mendapatkan maklumat ini di blogsaya (http://undimejaranuar.blogspot.com)
mStar: Boleh anda beri komen mengenai tindakan anda mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno tahun lalu?
Anuar: Saya tinggalkan Umno pada 19 Mei 2008 semasa Tunmengumumkannya di Alor Star. Pada masa itu, ramai ahli cawangan sayayang mahu turut sama keluar tetapi saya tidak benarkan.
Senario sekarang sudah berubah. Masa saya mendaftar sebagai calon,saya tidak tahu yang bila Tun mahu kembali menyertai Umno. Sayasudahkan menggerakkan jentera saya dan juga mempunyai penyokong yangramai.
Saya putuskan untuk terus bertanding kerana sebagai seorang bekaspegawai tentera, saya tidak akan lari daripada perjuangan kerana ituhanya menunjukkan kita mementingkan diri. Orang tidak akan hormattindakan seperti itu.
Tun telah membuat keputusan untuk menyertai Umno semula dan itu keputusan beliau yang saya hormati.
mStar: Bagaimana dengan kenyataan anda sebelum ini yangmenyatakan anda akan kembali menyertai Umno jika memenangi kerusipilihan raya kecil ini?
Anuar: Kemungkinan saya akan menyertai Umno semula. Tetapijika ditawarkan, saya akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas pada masaitu sementara melihat senario politik semasa yang sedang berlaku.
Jika tidak menang, ia terpulang kepada Umno sama ada mahu menerima saya kembali atau tidak.
Mengikut perlembagaan Umno, sesiapa yang bertanding menentangBarisan Nasional (BN) ketika beliau masih ahli Umno, maka keahliannyagugur secara automatik. Bagaimanapun, saya bukan ahli Umno dan sayakeluar secara sukarela, bukan digantung atau dipecat.
Saya tidak kisah kalau calon Melayu lain menang tetapi apa yang saya agak terkilan, mereka bukan dari isni, mereka orang luar.
mStar: Bagaimana anda melihat keupayaan calon-calon Bebas lain?
Anuar: Setakat ini, calon Melayu yang bersaing hebat dengansaya adalah Husaini Yaacob. Di kalangan calon India, L Sarala dilihatmemberikan saingan yang cukup sengit.
Jangan pandang rendah calon-calon Bebas ini kerana dalam situasiini, kita cukup susah untuk membaca sokongan yang diperolehi setiapcalon.
Siapa boleh baca dalam 15 orang ini? Saya tidak boleh baca. Sayaadalah bekas pegawai risikan tentera Kedah dan Perlis dan saya biasamembuat analisis. Tetapi pada kali ini, memang sukar untuk membacanya.
mStar: Apa yang anda sampaikan kepada pengundi ketika berkempen?
Anuar: Saya tekankan bahawa kita perlu kembalikan kerusi inikepada wakil rakyat Melayu. Sudah sampai masanya, kita ambil semulakerusi ini kerana banyak pengundi Melayu di sini dan pertumbuhanpengundi Melayu juga meningkat.
Bagaimanapun, saya tetap mementingkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua kaum termasuklah Cina dan India.
mStar: Bagaimana dengan tahap keyakinan anda untuk menang?
Anuar:Saya yakin akan beroleh kemenangan. Dalam keadaansekarang, saya nampak saingan yang hebat daripada PKR dan BN. Sayapercaya, undi daripada kaum India akan pecah besar.
Saya harap pengundi Melayu PAS akan mengundi saya kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.
         
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 01:21 PM | Show all posts
BUKIT SELAMBAU


Sementara itu, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau mencatatkan sejarah dengan 15 calon yang akan bertanding.
Sebanyak 13 daripada 15 calon yang bertanding adalah calon Bebasmanakala calon BN diwakili Datuk S. Ganesan dan PKR meletakkan mukabaru S. Manikumar.
Calon-calon bebas ialah R.Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim,Mohd Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L. Sarala, A. Jayagopal, S.Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) AnuarAbd Hamid dan T. Chandrarajan.
Keputusan bagi ketiga-tiga kawasan dijangka diketahui antara 9 dan 11 malam.
Perkembangan di Batang Ai dijangka diketahui lebih awal berbanding Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2009 09:02 PM | Show all posts
PKR dahului calon BN di Bukit Selambau         
                      Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
SUNGAI PETANI: Sehingga pukul 8.40 malam, calon PKR, S.Manikumar mendahuli dengan 2,621 undi berbanding calon BN, Datuk S.Ganesan yang mendapat 2,034 undi.
Jumlah tersebut hasil kiraan 16 peti undi daripada keseluruhan 65 peti undi.
         
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:46 PM | Show all posts
4 tahun lg...bolem amik balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2009 10:27 PM | Show all posts
Bukit Selambau: Keputusan selepas 59 daripada 65 peti undi, PKR 11,565; BN 9,391; majoriti 2,174 undi




kalau dah dapat 11,000+    bajet   menang ler.... kalah OBAMA  GANESAN ekkkkk   LMFAO  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076361 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list