CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

PRK Batang Ai : Update - satu lawan satu!!!

[Copy link]
Post time 30-3-2009 08:47 AM | Show all posts
kalah yg ni pon kalah, parti2 komponen lain silalah keluar BN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 01:18 PM | Show all posts

cute makcik2 batang ai

BEBERAPA penghuni rumah panjang duduk bersila di ruai untuk mendengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Rumah Panjang Sandah, Batang Ai. Ruai merupakan ruang istimewa yang wajib ada dalam seni bina rumah panjang di Sarawak yang mempunyai fungsi tersendiri dan khas untuk majlis seperti sambutan Hari Gawai, majlis perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga tempat bersantai.

            BN kuasai 'ruai' rumah panjang di Batang Ai mstar.com.my
                      'RUAI',ruang istimewa yang wajib ada dalam manamana rumah panjang di Sarawak,mempunyai fungsi tersendiri bagi majlis khas seperti sambutan HariGawai, perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga untuk bersantai.
Terletak antara beranda dan bilik ataupun lebih dikenali sebagaipintu, keluasan ruai biasanya bergantung kepada jumlah pintu rumahpanjang dan ada yang mencecah sehingga 200 meter panjang dan 20 meterlebar.
Dihiasi dengan tenunan pua kumbu, ruai juga dihampar dengan tikarrotan yang lebih dikenali sebagai tikar Sarawak. Biasanya ruai tidakmempunyai meja ataupun kerusi kerana ia juga menjadi ruang menjamutetamu dengan duduk di atas lantai.
Sejak akhirakhir ini, ruai di beberapa rumah panjang di kawasanBatang Ai menjadi semakin meriah bukan kerana sambutan Hari Gawaitetapi kerana terdapat pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan UndanganNegeri Sarawak kawasan Batang Ai.
Pilihan raya kecil 7 April ini melibatkan calon Barisan Nasional,Malcolm Mussen Lamoh, dan lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)Jawah Gerang.
Melihat kepada kempen Barisan Nasional (BN) di beberapa rumahpanjang di sekitar kawasan Batang Ai, sambutan yang diberikan olehpenduduk rumah panjang sememangnya luar biasa.
Bukan sahaja tetamu kehormat daripada kalangan pemimpin dan wakilrakyat BN yang diberi layanan istimewa oleh penduduk rumah panjang,malah kakitangan kerajaan dan petugas media juga disambut mesra.
Di kebanyakan rumah panjang, hampir setiap sudut ruai rumah panjang dihiasi dan digantung bendera BN.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketikaberkempen di Rumah Panjang Dundang berkata ruai menjadi ruang istimewakepada masyarakat Iban untuk membincangkan antara lainnya masa depanmereka dan anak cucu mereka.
"Kita tidak mahu ruai ini menjadi tempat untuk membawa masyarakat Iban mundur ke belakang," katanya.
Menurut Jabu, manamana pihak yang mahu menghasut dan memecah belahperpaduan masyarakat Iban tidak seharusnya dijemput datang ke ruairumah panjang.
"Jika ruang tersebut dibuka kepada orang luar yang hanya tahumengkritik kerajaan tanpa membawa apa-apa kemajuan, masyarakat Ibanakan terus ketinggalan di belakang," katanya.
Pembangkang tidak ketinggalan mencuba nasib dan pengaruh mereka di ruai tetapi kurang mendapat sambutan.
Pada 22 Mac lepas ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimmelawat rumah panjang calon PKR di Sayat, beberapa penduduk dikatakanmeninggalkan tempat itu kerana tidak senang dengan kehadiran beliau.
Ada juga penghuni rumah panjang dilaporkan memadamkan lampu danmenutup pintu ketika anggota PKR hendak berkempen, malah terdapat jugalaporan, ada anggota PKR dihalau penduduk rumah panjang.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Menteri Muda diPejabat Ketua Menteri Datuk Dublin Unting Ingkot bulan lepas akibatserangan angin ahmar.
Batang Ai mempunyai 8,006 pengundi, 95 peratus daripadanya masyarakat Iban. BERNAMA
         


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:48 PM | Show all posts
Wajah calon BN mirip 'Cliff Richard' pikat rakyat         

                              WAJAH CALON BN SEIRAS CLIFF RICHARD.. berjaya pikat hati pengundi di Batang Ai.
LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh,yang mirip seorang penyanyi Inggeris yang popular dalam tahun 60an,Cliff Richard, boleh menambat hati penduduk di kawasan Batang Ai, kataMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri MohdShafie Apdal di sini, semalam.
Dalam nada berseloroh ketika berucap merasmikan majlis SemarakBersama Pemimpin di Rumah Endawi Janting di Nanga Jela dekat sini, MohdShafie berkata wajah tampan bekas jurutera di Jabatan Pertanian Sarawakmungkin juga dapat memikat lebih banyak lagi pembangunan ke Batang Aisekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.
Namun apa yang penting Malcolm adalah anak tempatan yangberpengalaman luas sebagai seorang pentadbir awam dan berkebolehanuntuk membawa pembangunan di Batang Ai, katanya.
Katanya Malcolm juga telah berikrar untuk bekerja kuat untukmembantu meningkatkan taraf hidup rakyat di Batang Ai sekiranya beliaumenang dalam pilihan raya kecil ini.
Malcolm, 49, adalah muka baru yang diletakkan oleh Barisan Nasionaluntuk bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) JawahGerang, dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini yangdiadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkotpada 24 Feb lepas.
Mengenai Jawah, Mohd Shafie berkata bekas Anggota Parlimen LubokAntu selama lima penggal itu tidak akan mampu membawa apaapa kemajuankepada Batang Ai sebagai seorang anggota parti pembangkang.
Katanya Jawah seharusnya sedar pembangunan yang berlaku di kawasanini semasa penggal beliau selama lebih 20 tahun sebagai seorang ahliparlimen adalah kerana pada masa itu beliau mewakili Barisan Nasional.
"Sudah tentu sekarang Jawah tahu dia tidak akan mampu membuat apaapa(rancangan pembangunan) sebagai seorang pembangkang," katanya. BERNAMA
         
.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 11:53 PM | Show all posts
PKR cuba bawa budaya liar ke Sarawak - Masing           

                      LUBOK ANTU:Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat cuba untuk membawa budaya liar keSarawak, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRs) Datuk Seri Dr JamesJemut Masing.
Masing berkata selama ini dalam manamana pilihan raya tidak pernahberlaku sebarang kejadian seperti poster Barisan Nasional (BN)dirosakkan seperti yang berlaku di Batang Ai.
"PKR saya ingatkan agar tidak membawa budaya liar seperi merosakkanposter seperti yang berlaku di Batang Ai, semalam sebuah poster BNdirosakkan, ada juga gambar pemimpin BN yang turut dirosakkan, inibudaya yang jahat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KompleksDewan Sukan Lubok Antu di sini hari ini.
Masing berkata berikutan kejadian tersebut satu laporan polis telahdibuat oleh PRS dan berharap polis segera menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, katanya beliau yakin BN mampu meraih kemenangandengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya kecil Dewan UndanganNegeri Batang Ai Selasa ini.
Pilihan raya kecil Batang Ai yang diadakan serentak dengan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedahmenyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm MussenLamoh dan calon PKR Jawah Gerang.
Kerusi itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari.
Terdapat 8,006 pemilih berdaftar di kawasan Batang Ai. BERNAMA
         
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:04 AM | Show all posts
My friend a policeman from Bukit Aman just get back from Sarawak told me that PKR is leading, but with slight margin.

Caiyo Jewah Gerang! You can do it! Kita kasi tumbang itu Taib Mahmud!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 01:20 PM | Show all posts
BATANG AI


Dalam pada itu, pilihan raya kecil Batang Ai diadakan dengan 8,006pengundi berdaftar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antaracalon BN, Malcolm Mussen Lamoh dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),Jawah Gerang.Kerusi itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN DatukDublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu.
Pengundian di kawasan Batang Ai juga dimulakan pukul 8 pagi tetapidi beberapa kawasan pengundian akan ditutup selepas dua jam dibukasecara berperingkat-peringkat.
..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2009 08:50 PM | Show all posts
bn dh menang dh pun..
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 08:58 PM | Show all posts
BN kekalkan kerusi DUN Batang Ai         

                      LUBOK ANTU:Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan rayakecil itu dengan majoriti 1,854 undi.
Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan PertanianSarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteranJawah Gerang, bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal,yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.
Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada 7.45 malam.
Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.
Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaandaripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaumIban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada PartiKebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi. BERNAMA
         
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 09:45 PM | Show all posts
rakyat Sarawak lebih 'cerdik' dari penduduk semenanjung
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.086951 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list