CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14707|Reply: 3

Miliki 6 Jari - Apa Penjelasan Dari Segi Sains -

[Copy link]
Post time 4-3-2009 08:23 AM | Show all posts |Read mode
'Kami manusia  normal'

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA



Bukan dua atau tiga insan yang kita pernah jumpa atau tahumereka memiliki keistimewaan dikurniakan enam jari. Apakah penjelasandari segi sains?






MATAHARI mencuri masuk melimpahkan cahayanya di celah-celah pohonbesar yang ditanam di keliling rumah milik pegawai polis, Abdul RahimMohd. Ali, 51.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar sedang memberi makan beberapa ekor kucing di dalam kandang di rumahnya. Penulis danjurufoto, Nooradzrene Mohd. Noor merapati lelaki tersebut.

Kesemua kucing yang berada di dalam kandang tersebut mempunyai enamjari. Namun, apa yang lebih mengagumkan kami apabila melihat lelakitersebut ialah dia juga mempunyai enam jari. Adakah semua itu berlakusecara kebetulan?

Untuk mendapatkan penjelasan, penulis bertanyakan lelaki yang jugapemilik kucing-kucing berkaki enam tersebut iaitu Abdul Rahim.

"Semuanya berlaku secara kebetulan. Seekor kucing datang ke rumahsaya dalam keadaan sakit. Pada mulanya, saya tidak menghiraukan kucing tersebut memandangkan saya sendiri tidak menggemari kucing. Namun,apabila saya melihat kucing tersebut berjari enam sama seperti saya, timbul perasaan belas kasihan," serita Abdul Rahim ketika ditemui dirumahnya di Taman Batu 30, Ulu Yam, Selangor.

Yang anehnya, ceritanya lagi, selepas kucing tersebut melahirkan anak, semua anak-anaknya berjari enam.

Adakah kejadian jari enam itu ada kena mengena dengan genetik?Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, adik-beradiknya tidakdikurniakan enam jari seperti dirinya
.



ABDUL RAHIM menunjukkan jari keenamnya.


KUCING milik Abdul Rahim yang mempunyai enam jari.





NURUL NOOR menunjukkan kedua-dua belah tangannya yang mempunyai enam jari.


DUA beradik yang mempunyai enam jari tangan di Alor Setar, Kedah.

Namun katanya, ibu saudara sebelah bapanya mempunyai kelebihantersebut. Begitu juga pak cik dan cucu di sebelah bapa saudaranya.Sebelum ini, di Alor Setar, Kedah akhbar Kosmo! pernah melaporkan dua kanak-kanak dikurniakan enam jari.

Kedua-dua kanak-kanak itu ialah Nurul Noor Shahwani Badri Shah, 11,dan adiknya Muhammad Syahanif Amin, 3, yang dilahirkan dengan enam jaridi kedua-dua belah tangan.

Muhammad Syahanif juga mempunyai enam jari di kedua-dua belah kakinya.

Menurut Che Noorlini, ibu kepada Nurul Noor Shahwani dan MuhammadSyahanif, tiada keturunan di sebelahnya atau suami yang ada sejarahmemiliki enam jari tangan atau kaki.

"Doktor mengesahkan semua jari di tangan anaknya mempunyai sel-selseperti jari yang normal dan tidak mendatangkan kesan sampingan,"katanya.

Menurutnya, ada beberapa cadangan daripada orang ramai agar jari keenam anak-anaknya itu dibuang tetapi Che Noorlini menolaknya.
Dalam pada itu, menceritakan kehidupan Abdul Rahim semasa kecil, diaselalu diejek rakan-rakan disebabkan dia mempunyai enam jari.

"Saya selalu bergaduh sebab tidak tahan diejek. Sejak itu, saya buktikan bahawa saya ialah manusia normal," katanya.

Abdul Rahim yang berasal dari Teluk Intan, Perak mula menceburkan diri dalam dunia kepolisan pada tahun 1977.

Katanya, semasa dalam latihan rekrut, dia hampir-hampir dibuangkerana mempunyai enam jari. Namun, dia membuktikan bahawa kewujudanjari keenam itu tidak sedikitpun mengganggu walaupun ketika memegang senjata.

"Saya hampa apabila mereka memberitahu kemungkinan saya tidak dapatmenjadi polis. Ini kerana jari keenam saya, boleh mengganggu sewaktu memegang senapang mahupun pistol. Namun, sebenarnya ia tidakmendatangkan masalah," tegas lelaki yang mempunyai dua ibu jari itu.

Oleh kerana khuatir tidak berjaya menjadi polis, dia pernahbercadang untuk membuang jari keenamnya. Bagaimanapun doktormemberitahu, jari tersebut tidak boleh dibuang.

Ini kerana, jari keenam tersebut melekat pada ibu jarinya ibarat bayi kembar. Jika membuangnya, ia bakal memberi kesan pada jari yang satu lagi.

Namun, selepas 32 tahun berkhidmat dalam anggota polis dan berjayamenyelesaikan banyak tugasan, barulah Abdul Rahim sedar bahawa jarikeenam yang dikurniakan Tuhan itu memberi kekuatan dan keistimewaankepada dirinya.

Sementara itu, pakar Ortopedik Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Izan Ibrahim menjelaskannya dari sudut saintifik.

"Manusia yang mempunyai enam jari boleh disebabkan keturunan atau tanpa sebab yang khusus. Ia juga disebabkan genetik seseorang. Genetik mengawal dan mengubah fungsi asal seseorang. Mungkin disebabkan genetiknya berubah, kejadian seumpama ini (enam jari) berlaku,"jelasnya.

Dr. Izan memberitahu, kekerapan insiden itu berlaku kepada individuberkulit gelap manakala bagi mereka yang berkulit cerah, mereka jarangmewarisinya. Dalam 500 kelahiran, satu kelahiran pasti mewarisi genetiktersebut.

" Penyakit ini diberi nama polidaktili, sindaktili dan polisindaktili.Ia bergantung kepada jenis-jenis ketumbuhan jari sama ada ia melekat,tidak melekat, berada di sebelah ibu jari, di tengah ataupun berada disebelah jari ******king," katanya ketika dihubungi.


Tambah Dr. Izan, polidaktili adalah keadaan di mana seseorang itu memiliki enam jari tetapi tidak bercantum. Polidaktili juga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pra-aksial, tumbuh bersebelahan ibu jari atau tengah jari manakala postaksial tumbuh di sebelah jari ******king.

"Dalam setiap penambahan jari itu, kita akan nampak perbezaannyawalaupun ia tumbuh di tengah jari. Sama ada jari yang tumbuh itu pendekatau ia tidak berfungsi seperti jari normal," jelasnya.

Manakala bagi sindaktili pula, ia disebabkan seseorang itu mempunyai lima jari tetapi dua daripada lima jari itu bercantum.

"Bagi kes Abdul Rahim pula, keadaan beliau disebut polisindaktili iaitu memiliki enam jari dan dua daripadanya melekat.
"Ia tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit. Cuma, ia mungkin mengganggu aktiviti harian mereka sahaja," katanya.

Jelas Dr. Izan, lelaki lebih mudah mewarisi genetik itu berbanding perempuan.

Adakah ia boleh dibuang? Dr. Izan memberitahu, jari keenam itu bolehdibuang dengan melakukan pembedahan mikro iaitu saraf dan tulang jari keenam itu dibuang.

Ia bergantung sama ada jari keenam itu hanya cebisan kulit dan isi ataupun mempunyai tulang dan saraf.

"Jika ada sesiapa ingin membuangnya, saya menyarankan merekaberjumpa dengan pakar ortopedik yang mengkhusus dalam bidang pembedahan tangan," katanya yang telah melakukan tiga pembedahan berkaitanpenyakit itu setakat ini.

Selain itu, Dr. Trisha Macnair yang dipetik daripada laman sesawang BBC Health berkata, sesetengah individu mungkin mengalami masalah untuk memakai kasut.

"Jika lebihan jari pada kaki boleh menimbulkan masalah untuk memakai kasut, mungkin dengan membuangnya, ia satu keperluan," jelasnya.

Jelas Trisha, polidaktili boleh terjadi dalam lima bagisetiap 10,000 kelahiran. Ia boleh diwarisi jika kedua-dua ibu bapamempunyainya dan ada kemungkinan satu atau dua anak akan mewarisigenetik tersebut. Namun, ia juga boleh berlaku secara rambang.


" Sekiranya anak anda tidak mempunyai masalah dengan lebihan jari,tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hakikatnya perkembanganfizikal mahupun mental mereka adalah normal," jelas Trisha dalam lamansesawang tersebut.

Pada awal Januari lalu, seorang bayi lelaki yang dinamakan KamaniHubbard dilahirkan dengan lebihan jari di tangan dan kakinya. Bayi yangdilahirkan di Hospital St. Luke itu dikategorikan sebagai polidaktili.

Dalam kes Kamani, kesemua jarinya terbentuk sempurna dan berfungsisecara normal. Menurut ibu bapa bayi tersebut, tiada siapa yang sedardengan lebihan jari di tangan dan kakinya sehinggalah selepas beberapaminit dia dilahirkan.

"Saya sangat teruja apabila melihat bayi saya mempunyai jari tambahan di tangan dan kakinya. Apapun, saya menganggap ia sesuatu yang unik," ujar bapa bayi tersebut Kris Hubbard yang mengakui keluarganya mempunyai enam jari.

Oleh kerana semua jari tangan dan kaki anaknya berfungsi dengan baik, Hubbard tidak bercadang untuk melakukan sebarang pembedahan membuang lebihan jari-jari tersebut.




***********************************************************************************


masa baca cerita pasal kanak2 yang berjari tangan enam.. dan jari kaki pun 6.. saya conclude
memang ada kena mengena dengan genes depa ---   bukan pada manusia saja tapi pada
haiwan yang lain rupanya (dalam kes ini - kucing ) -
tapi tu lah dia ye.. kuasa Allah juga.. however, rasanya kalau adanya jari yang lebih dari 5 ni
tidak ganggu kehidupan dan boleh hidup  macam biasa.. tak payah la ubah apa2...
tapi .. kalau ganggu kehidupan.. susahkan lagi.. boleh buat pembedahan juga -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 02:07 PM | Show all posts
u mean polydactyl?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:09 PM | Show all posts
Anne Boleyn oh i see not only she had  2 sets of additional fingers, she also had her head chop off by that Henry VIII - and his six merry ? ( hmm? ) wives of course...

it 's all about genetic yg ada 6 jari ni - called polydactyl.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 02:10 PM | Show all posts
oh dah citer dah dalam article tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.327855 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list