CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23242|Reply: 104

Plasenta low

[Copy link]
Post time 7-3-2009 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Saya tengah mengandung 5 bulan...semalam pergi scan, doctor cakap plasenta low sesangat...dia cakap bahaya. Selain dari kemungkinan deliver awal...ada kesan lain lagi tak? Takut lah pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 11:52 AM | Show all posts
it can cause bleeding...bahaya utk you..
tapi placenta yg low tu ada lagi chance to move up until 28weeks...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 02:06 PM | Show all posts
what do you mean by low..
is it...located...lower...than the normal placenta should be located?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 02:21 PM | Show all posts
low lying placenta...
lower than it should be..

before 28weeks,kita panggil low lying placenta...
after 28weeks until term,kita panggil placenta praevia...

in other words,uri kat bawah...penah dgr?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2009 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by hypnose_s at 7-3-2009 11:52
it can cause bleeding...bahaya utk you..
tapi placenta yg low tu ada lagi chance to move up until 28weeks...


bahaya sungguh. Saya dah hati2..macam tak angkat benda berat dari 2 kg, other than that...apa lagi precaution kena ambik?? Kalau g berurut bahaya tak? Kan ada bidan yang boleh "tolak" naik kan???
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:21 AM | Show all posts
kena placenta previa baik dok diam2 jangan buat kerja berat2
kadang2 orang bersalin normal pun boleh kena gak mcm ni
ada ex-opis mate dulu wife dia 3x ngandung kena plasenta previa
x payah la gi berurut kang apa-apa hal lg susah..as long u & yr baby in good condition and healthy.
as far i concern mmg kena bersalin caesar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2009 12:27 PM | Show all posts

Reply #5 3layercheese's post

xyah la berurut...takut bleeding...
anyway,kalau bleeding walaupun spotting je,cepat2 pegi hospital k..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:29 PM | Show all posts

Reply #6 honey_dew's post

kalau minor (type 1 and 2 anterior) xyah caesar pun xpe...
major PP wajib caesar..huhu..
tapi depends gak nak deliver kat hosp mana..tgk kelengkapan n skills...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2009 10:19 PM | Show all posts
Saya dulu anak pertama keguguran kerana uri rendah ni la...mula2 keluar stains je, pahtu keluar darah macam air paip...bila scan, anak masih aktif tp doktor kata peluang baby nak selamat tipis sbb darah dah terlalu banyak keluar n pintu rahim dah terbuka.

Buat detail scan, anak sihat n aktif tapi uri rendah sangat. Masa scan tu tau la jantina baby saya, baby boy, ukurannya panjang, tinggi mcm abahnya, dah cukup sifat semua. Kena xtra carefull. Esoknya darah keluar sikit2 je. Dalam masa tu, saya solat hajat tiap2 waktu, n Allah beri saya petanda dalam mimpi yg saya akan kehilangan baby saya tu.

After 3 days darah kembali membuak2. Malamnya terpaksa buat DnC dan baby terpaksa dikeluarkan. Saya meraung macam orang gila masa tu. Anak saya dimandikan, disolat macam org biasa sbb dah cukup sifat. Suami saya menangis tak henti3 masa mandikan n solat jenazah anak saya tu. Kecik sangat, n kulitnya merah2, banyak salur2 darah, nampak jugak 'bird'nya. Suami letak atas pinggan n tunjukkan kat saya.

Buat 3layercheese, hati2....kalau boleh , bedrest je. apa kerja sekalipun jangan buat...sambil tu doa n solat hajat untuk kesejahteraan baby.

Semoga selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2009 11:29 PM | Show all posts
thanks sebab bagi nasihat Hari tu g scan doc cakap saya placenta previa tahap 3...memang risau sangat. Memang tak harap sangat nak deliver normal, yang penting baby & saya selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:42 AM | Show all posts
samalah..i pun masa scan last month (22 weeks) gynae ckp low placenta..tp takde plak dia cakap stage berapa..cuma dia ada cakap base on my previous history boleh pusing lagi..sebab masa 2nd son pun low placenta tp by 7 mths dah back to normal... tapi i jaga2 jugak avoid angkat benda yg berat...kadang2 rasa sakit jugak kat ari2...cuma dr cakap klu still macam tu then kena c-sect la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 12:07 PM | Show all posts
Dini jugak masa pi check up (masa tu dah 6 bulan) Dr cakap placenta terlalu rendah....dia pulak yg risau lebih...nampak betul muka nya mcm risau semacam...Dini ni dah la 2 2 anak dah cser....and yg ke 3 ni pun kena cser jugak sebab tulang sempit....now dah nak masuk 7 bulan....tapi tak pi check up lagi la.....takut la jugak kan....sebab Dini selalu sakit kat bahagian bawah perut nie....terasa nyilu2 dan mencucuk2.....baby pulak kali ni...memang lasak habis......maybe sebab baby boy la nie....(dah 3 kali scan...nampak baby boy).

Dr pun kata.....takut2 kalau berdarah....itu jer yang dia risaukan....harap2 next check up nanti....keadaan akan bertambah baik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 12:19 PM | Show all posts
camane uri boleh jadi rendah ek?
ape punca2 jadi cam tu ye?

takut gak dengar...

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:46 PM | Show all posts
last week masa saya scan uri saya pun kat bawah...masa tu 26 weeks...risau gak ni...doktor cakap tahap II-III..risau gak skang ni...mgu dpn dah 28 weeks...klo scan still kat bawah maybe kene refer kat hospital kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:58 PM | Show all posts
me dulu pun mcm ni gak... cuba selak page belakang.... bahaya kalau bleeding... kena banyak rest... x leh buat kerja berat....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by hypnose_s at 8-3-2009 12:29
kalau minor (type 1 and 2 anterior) xyah caesar pun xpe...
major PP wajib caesar..huhu..
tapi depends gak nak deliver kat hosp mana..tgk kelengkapan n skills...

haah kalo mcm nih better opt for hospital yg lengkap klengkapan...
like my cousin bedrest kat spital since 7 or 8 mionth gitu...memula tatau..then tgh2 ngajar dlm kelas darah meleleh jek kuar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 02:16 PM | Show all posts
sy pun nak tau apa penyebab boleh uri kebawah nie..
boleh terangkan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:22 PM | Show all posts
URI bawah (plasenta previa) adalah merujuk kepada tempat perlekatan uri pada dinding rahim. Uri berbentuk seperti piring berurat setebal kira-kira tiga hingga lima sentimeter dan selebar kira-kira 20 sentimeter diameternya.

Ia melekap kuat pada dinding rahim untuk menjadi perantara pembekalan nutrisi daripada ibu kepada janin dan pembuangan bahan kumuhan kembali kepada ibu melalui tali pusat. Tempat perlekatan ini bergantung kepada kedudukan embrio kecil pada awal kehamilan melekat pada bahagian rahim yang lebih besar.

Memandangkan dinding rahim akan terus mengembang terutama bahagian segmen atas, uri yang melekat padanya juga akan turut mengikut dan kelihatan seolah-olah menaik ke atas.

Tidak ada sebab khusus untuk plasenta previa berlaku namun ia sering dikaitkan dengan keadaan berikut:

* Usia ibu (tiga kali ganda lebih kerap bagi ibu berusia 30 tahun ke atas berbanding usia 20 tahun ke bawah).
*Bilangan anak (lima peratus risiko bagi ibu yang sudah mempunyai lima anak berbanding hanya 0.5 peratus secara amnya).
*Pernah mengalami plasenta previa sewaktu kehamilan terdahulu.
* Pernah menjalani pembedahan Caesarean.
* Kehamilan kembar (memandangkan saiz uri lebih lebar).
* Pernah menjalani prosedur ‘cuci’ dilation & curettage (D&C).
* Merokok.
* Kehamilan dengan kedudukan janin tidak normal.

Belum ada kaitan dibuat antara plasenta previa dengan pengambilan pil perancang.

Berkemungkinan ia ada kaitan dengan trauma yang dialami sewaktu kelahiran dahulu (anda cuma menyatakan pengalaman pahit tetapi tidak menjelaskannya).

Anda perlu meneruskan rawatan antenatal dengan doktor serta memilih untuk bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan pembedahan, bekalan darah dan unit rawatan intensif.

Jika uri berada pada bahagian dinding hadapan rahim, kemungkinan untuk ia 'menaik' ke atas adalah lebih tinggi berbanding jika uri terbabit berada pada bahagian dinding belakang.

Selain itu, ultrabunyi dop pler boleh dilakukan untuk mengesan kemungkinan uri ini turut melekat ke dalam otot rahim, ini dinamakan plasenta previa accreta.

[ Last edited by  lemonade_ice at 10-3-2009 15:24 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:23 PM | Show all posts

Reply #17 norizzah86's post

salah satu sebabnya... ada angkat benda berat berat, buat benda lebih pada kemampuan la...mcm aku hari tu sbb jalan hiking turun bukit..masa check tu memang ada turun sket
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 03:32 PM | Show all posts

Reply #18 lemonade_ice's post

oo camtu...
my case penah kena skali masa 1st baby, masa tu umur dua puluhan
ingat lagi Dr tu pesan kat laki...tak boleh meklap dlm seminggu dua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.400638 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list