7hb Mac 2009, telah berlangsung acara sesi bertemu peminat sempena pelancaran album sulung beliau yang akan berlangsung pada 8hb Mac 2009 bertempat di 1 Borneo Hypermall.
Acara sesi bertemu peminat bermula di Golden Centre Putatan. Pengunjung mula menbanjiri Golden Centre pada jam 12.00 tengah hari. Album Stacy turut dijual oleh ahli-ahli StacyFrenz yang bertugas.
Selepas itu, Stacy bertolak ke Warisan Square untuk sesi bertemu peminat di sana. Di Warisan Square, Stacy sempat menghiburkan peminatnya dengan 2 lagu baru iaitu Pakai Buang dan Gagap. Stacy juga sempat bermain games bersama peminatnya.
Majlis Pelancaran Album Sulung Stacy telah sempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok pada 8hb Mac 2009 bertempat di 1 Borneo
Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
Majlis dimulakan dengan persembahan 3 org artis jemputan, Nourie, Liza dan Chaq (abang Stacy) sementara menunggu ketibaan Yang Berhormat Tan Sri.
Selepas kata-kata aluan dari wakil dari pihak Maestro, Encik Mahendran dan ucapan Yang Berhormat Tan Sri, Stacy diiring keluar dengan tarian Sumazau
sehingga naik ke pentas dan majlis pun dilancarkan dengan jayanya.
Stacy memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu iaitu Aku Stacy. Selepas lagu itu, Stacy berpeluang bermain dengan peminat. Permainan yang disediakan adalah Stacy berpura-pura merajuk dan peminat akan memujuk Stacy dengan iringan lagu Kuch Kuch Ho Ta
Hai. Sebaik sahaja permainan tamat, Stacy menyanyikan lagu balada Cinta Yang Ku Duga. Kemudian, Stacy menyanyikan lagu Pakai Buang dan diakhiri
dengan lagu Gagap.
Sesi autograf berlangsung selepas Stacy selesai menyanyi. Selesai sesi autograf, Stacy bergegas ke Elusion lounge, Courtyard Hotel untuk sesi press
conference.
Stacy DI SALURAN ASTRO AWANI
bersama
[STACY]
DALAM RANCANGAN
"TEMUJANJI"
YANG AKAN BERSIARAN DI ASTRO AWANI SALURAN 501
beliau akan menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar artis muda dalam industri