CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8212|Reply: 0

Befrienders

[Copy link]
Post time 19-3-2009 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh Diri: Realiti Yang Perlu Diberi Perhatian
Bahagian akhir daripada rencana tiga siri

Oleh Melati Mohd Ariff

PETALING JAYA, 19 Mac (Bernama) -- Statistik yang mencemaskan!Kira-kira 20 peratus daripada mereka yang menghubungi Befrienders KualaLumpur ialah mereka yang mahu membunuh diri.

Kira-kira 30 peratus pula berumur bawah 30 tahun, kumpulan umuryang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk membunuh diri.

Enam puluh peratus terdiri daripada wanita manakala selebihnyalelaki. Tiga puluh tiga peratus telah berkahwin. Dari segi kaum, 49peratus kaum Cina, India 32 peratus dan Melayu 15 peratus.

Statistik di atas ialah sebahagian daripada analisis yang dibuatterhadap 21,144 yang berhubungan dengan Befrienders Kuala Lumpur pada2007.

Befrienders Kuala Lumpur ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)yang mengendalikan khidmat kaunseling untuk yang mereka yang berputusasa dan mahu membunuh diri.

Daripada jumlah itu, 90 peratus berhubung menerusi talian hotlinetelefon 03-79568145. Selebihnya menerusi emel 'sam@befrienders.org.my',pertemuan empat mata serta sewaktu sesi lawatan.

MASIH TABU

Bunuh diri masih satu tabu (kurang gemar disebut) di Malaysiatetapi ia realiti yang perlu diberi perhatian khususnya oleh masyarakat.

Menurut S. Gangadara Vadivel, pengerusi The Befrienders KualaLumpur, secara purata, terdapat tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.

"Untuk setiap kes bunuh diri, terdapat 20 kes cubaan bunuh diri.Justeru, dianggarkan cubaan bunuh diri sehari ialah 140 kes. PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan angka-angka ini.

"Isu ini satu kenyataan dan kita perlu menanganinya. PihakBefrienders tidak boleh melakukannya sendirian. Kita memerlukan bantuanmasyarakat dan pihak berkuasa berkenaan," katanya.

Gangadara berkata bahawa memandangkan bunuh diri masih satu subjektabu, organisasinya perlu mengadakan kempen kesedaran untuk mendidikorang ramai.

"Di samping Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ), kami jugamenghubungi persatuan penduduk bagi menyedarkan mereka agar isu iniditangani bersama.

"Kamu turut pergi ke sekolah, kolej, NGO lain serta pertubuhan agama, tanpa mengira kepercayaan," katanya.

TRAGEDI SIA-SIA

"Tragedi yang sia-sia!" begitu ungkapan Gangadara yang jugaPresiden Majlis Kebangsaan Befrienders Malaysia apabila mengulasselanjutnya tentang bunuh diri. Bagi beliau, bunuh diri boleh memberikesan kepada semua anggota masyarakat.

Katanya bunuh diri boleh dihalang dan bagi mereka yang cubamembunuh diri, tindakan mereka itu sebenarnya adalah jeritan untukmendapatkan bantuan.

Gangadara berkatahu terdapat empat faktor yang mendorong seseorangitu membunuh diri, iaitu putus asa, tidak berdaya, derita emosi danrasa terasing.

Tambahnya, masalah yang dialami individu berkenaan pula mungkinmasalah hubungan lelaki-perempuan, kewangan, perkahwinan serta seksualserta kesulitan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru khusus bagimereka yang berhijrah dari kampung ke bandar.

"Masalah itu mungkin kecil atau remeh bagi seseorang tetapi untukorang lain ia mungkin satu yang serius dan tidak tertanggung. Kekusutanemosi ini pelbagai dan itulah sebabnya mengapa kami mengambil seriussetiap panggilan, setiap masalah.

Katanya, dua peratus daripada 21,144 kontak ke Befrienders pada2007 adalah dari golongan warga emas tetapi beliau percaya jumlahtersebut mungkin lebih besar.

"Pihak kami cuba mendekati mereka menerusi kumpulan warga emasserta organisasi lain seperti Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia(NASAM) memandangkan ramai orang tua yang diserang strok," tambahnya.

Sehingga kini, Befrienders mempunyai tujuh pusat iaitu di PulauPinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan KotaKinabalu.

Selain daripada dua kakitangan sepenuh masa, pusat Befrienders Kuala Lumpur dikendalikan selebihnya oleh sukarelawan.

"Penduduk tempatan mengambil inisiatif menubuhkan pusatBefrienders dan sukarelawan terlatih mengendalikannya. Kebanyakan pusatini beroperasi selepas waktu pejabat," katanya sambil menjelaskanbahawa pusat di Pulau Pinang dan Ipoh kini beroperasi 24 jam padahujung minggu.

Gangadara berkata NGO ini menyediakan bantuan dan latihan kepadamana-mana kumpulan tempatan yang berhasrat menubuhkan pusat Befrienders.

Pada pandangan beliau, terdapat keperluan menubuhkan pusatberkenaan di pantai timur memandangkan sejak akhir-akhir ini terdapatlaporan cubaan kes bunuh diri yang disiarkan media.

KHIDMAT MASYARAKAT

Befrienders turut melebarkan jaringan bantuannya menerusi programkhidmat masyarakat di mana komuniti ladang getah dan kelapa sawitadalah satu daripada komuniti yang diberi perhatian.

"Dalam isu bunuh diri ini, Kementerian Kesihatan mengenal pastitiga kumpulan berisiko tinggi iaitu golongan muda (antara umur 15hingga 25), warga emas dan komuniti perladangan.

"Komuniti perladangan adalah masyarakat yang tertutup dan terdapatbanyak bahan kimia di situ. Untuk khidmat ini, kami bekerjasama dengansebuah syarikat kimia kerana bahan kimia mereka digunakan untukmembunuh diri. Pihak kami turut bekerjasama dengan Kesatuan KebangsaanPekerja Perladangan (NUPW)," kata Gandadara.

Jabatan Kesihatan, katanya, mengenal pasti lima kawasan estetsebagai berisiko tinggi kes bunuh diri iaitu Kulim (Kedah), Telok Intan(Perak), Temerloh dan Cameron Highlands (Pahang) serta Bahau (NegeriSembilan).

"Kebanyakan mereka ini tidak mempunyai cara untuk menghubungikami. Bagi memudahkan mereka, kami melatih wakil-wakil estet untukmemberi kaunseling dan menjaga keperluan emosi masyarakat masing-masing.

"Kami memberi khidmat ini sejak 1996 memandangkan peningkatan kesbunuh diri dalam kalangan komuniti ini. Setakat ini, kami mengadakan 5sesi khidmat di pelbagai kawasan di seluruh negara," katanya.

Befrienders juga melakukan khidmat yang sama di sekolah dan kolejkerana golongan muda dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggiuntuk membunuh diri.

"Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada kami bahawa seorangdalam lima orang remaja mengalami gangguan mental. Lazimnya masalah initidak diberi perhatian tetapi jika diberi perhatian, ia boleh dirawat.

"Jika tidak, ia boleh menjadi masalah serius dan apabila remajaini mencapai usia 20an dan mengalami pelbagai tekanan kehidupan,keadaan mungkin menjadi bertambah buruk.

"Itu sebabnya mengapa kami bekerja rapat dengan profesionalkesihatan mental yang juga menjadi panel perunding kami memandangkankami ini bukan profesional dalam bidang berkenaan. Kami hanyalahkaunselor terlatih," kata Gangadara.

Katanya Befrienders Kuala Lumpur juga bekerja rapat denganKementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat.

PERLU LEBIH RAMAI SUKARELAWAN

Ibu pejabat Befrienders memerlukan RM110,000 setahun untukmembiayai operasinya. Di samping geran tahunan kerajaan sebanyakRM7,000, organisasi ini banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai.

"Tidak banyak firma mahu mempunyai kaitan dengan isu bunuh diri.Di samping tugas mereka, sukarelawan kami perlu juga keluar untukmendapatkan sumbangan derma. Banyak lagi yang boleh dilakukan sekiranyakami mempunyai kewangan yang lebih," katanya.

Befrienders Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan menerima antara 50hingga 60 panggilan telefon sehari. Ia memerlukan lebih ramaisukarelawan. "Mengapa kami beroperasi 24 jam? Ini kerana panggilantelefon yang serius biasanya diterima selepas tengah malam dankebanyakan panggilan dibuat selepas waktu pejabat.

"Kami terima semua panggilan telefon. Sebagai contoh, panggilanitu mungkin mengenai keganasan keluarga, jadi kami berikan sokonganawal. Tetapi kadang kala mereka mungkin perlukan nasihat undang-undangyang di luar daripada kelayakan kami. Kami hanya memberikan kaunselingemosi. Kami akan layan mereka berbual sehingga mereka akhirnyamenyedari apa yang benar dan apa yang salah.

"Befrienders Kuala Lumpur mempunyai 106 sukarelawan sementara dipusat-pusat lain ada 290 orang tetapi ramai lagi diperlukan untukmenampung pembesaran program khidmat masyarakat. Sukarelawan kamiterdiri daripada semua lapisan masyarakat, semua kaum dan pekerjaan.Sukarelawan termuda kami berusia 24 tahun sementara yang paling tua, 86tahun," kata Gangadara. Beliau sendiri menjadi sukarelawan Befrienderssejak 33 tahun lalu.

Talian hotline krisis, katanya, begitu berkesan kerana mereka yangmembuat panggilan tidak perlu memberitahu identiti mereka. Perkhidmatanyang diberikan adalah rahsia serta percuma.

"Ketanpanamaan dan kerahsian amat penting kerana bunuh diri masihsatu tabu dalam semua masyarakat dan mempunyai stigma kepada orang yangmelakukannya dan keluarganya. Panggilan yang diterima mungkin seringkas10 minit dan sepanjang satu jam.

"Kami mengendalikan panggilan mengikut keperluan dan kamimenggalakkan individu yang menelefon supaya membuat panggilan susulan.Kami bukan menyelesaikan masalah atau memberi nasihat. Kami hanyamembincangkan opsyen dan menyerahkan kepada individu untuk mencaruemuipenyelesaian sendiri," katanya.

Beliau menekankan tidak ada ahli pasif dalam Befrienders,organisasi yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-40 tahun depan.Setiap ahli perlu memberikan khidmat minimum tiga jam seminggu.

"Bagaimanapun kita sentiasa mengingatkan sukarelawan kita supayatidak melakukan kerja sukarelawan mereka dengan membelakangkankepentingan keluarga atau pekerjaan mereka," katanya.

Gangadara menyertai Befrienders apabila seorang rakan sepejabat membunuh diri.

"Selepas menyertai sesi penerangan Befrienders, barulah saya sedaryang kawan saya itu boleh dibantu. Beliau memang ada menunjukkantanda-tanda orang yang dilanda kemurungan. Kalaulah kami tahu semuanyaitu.

"Memang saya tidak pernah menyesal menyertai kumpulan ini keranabanyak yang saya pelajari. Apabila kita mengaplikasikan kaunseling,secara tidak langsung kita akan mengamalkannya dengan keluarga kita,juga di tempat kerja. Dan anda akan sentiasa menghormati perasaan oranglain," kata Gangadara.

SUKARELAWAN TERTUA

Sukarelawan Befrienders Kuala Lumpur yang paling tua, EvelynNaidu, 86, telah menjadi sukarelawan organisasi ini sejak 20 tahun lalu.

Bertarung dengan kanser payu dara 10 tahun yang lalu, dia jugapernah menjadi sukarelawan untuk Persatuan Kebajikan Kanser Payu Darayang terletak di Jalan Utara, Petaling Jaya.

Meskipun keluar masuk hospital akibat masalah tempurung lutut dankecederaan buku lali, Evelyn tetap bersemangat tinggi apabila bercakapmengenai kerja sebagai sukarelawan.

"Kami di sini dilatih untuk mendengar masalah dan itulah yang kamilakukan pada kebanyakan masa. Mereka yang menelefon kami, kebanyakannyamempunyai masalah emosi dan perlu bercakap dengan seseorang yangberkecuali untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam di hatimereka.

"Mereka ini tidak boleh bercakap dengan keluarga mereka, merekatidak faham. Jika bercakap dengan kawan-kawan, akhirnya satu bandarakan tahu cerita mereka. Di sini semuanya adalah rahsia.

"Kita jadikan mereka sahabat kita. Kita akan bercakap dengan caramereka itu gembira dan selesa. Peraturan penting di sini kita tidakmemberi nasihat," tegas Evelyn yang telah hidup sebagai balu selama 35tahun.

Evelyn berkata beliau akan meneruskan kerja sebagai sukarelanselagi terdaya dan akan hanya berhenti apabila "saya menutup mata."

Wanita yang gigih ini menggalakkan lebih ramai orang menjadisukarelawan kerana baginya sukarelawan boleh membentuk keperibadianseseorang. "Ia membangunkan minda anda, cara anda berfikir dan caraanda melihat masalah orang lain."

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.075844 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list