CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12748|Reply: 90

PRK Penanti : BN tak bertanding

[Copy link]
Post time 16-4-2009 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Batang I punya... Bukit-bukit you punya... siapa pulak yang akan jadi penanti di Penanti?

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini.

[ Last edited by  DTECCONAN at 18-5-2009 20:33 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 04:34 PM | Show all posts
kadang2 bagus gak, sebab PKR ni calon2 dia dulu ramai yg haprak dok menang

bila letak jawatan, bolehlah pilih yg betul2, berkebolehan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 07:15 PM | Show all posts
ADUN Penanti letak jawatan, pilihan raya kecil keenam



                      Oleh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.
Keputusan itu, yang diumumkan sembilan hari selepas pendiriannyamelepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinangberkuat kuasa 8 April lalu, akan membuka laluan kepada pilihan rayakecil.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan AhmadWan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat menentukan tarikhpilihan raya sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada SpeakerDewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
"Kami akan mengadakan mesyuarat sebaik sahaja dimaklumkan olehSpeaker... SPR tidak akan melewatkan pilihan raya kecil," kata beliauketika dihubungi.
Kerusi DUN Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauhyang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk SeriAnwar Ibrahim.
Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Fairus berkata: "Keputusanini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadapusaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga."
Jelas beliau, peletakan jawatan tersebut adalah sebagai langkah membersihkan nama baiknya yang tercemar selama ini.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagimembersihkan nama baik saya dari segala tomahan yang dilemparkanterhadap saya selama ini," katanya.
Dalam kenyataan itu juga Fairus merakamkan penghargaan kepada semuapihak yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang tempohperkhidmatannya.
"Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, PKR dan perjuangan sertakepimpinan di bawah teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menegakkankebenaran dan keadilan," katanya.
Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I sejakpenubuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada Mac tahun lalu,meletak jawatan berkuat kuasa 8 April lalu.
Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri.
Ketika ini, Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:31 AM | Show all posts
WTF? Macam haram..:@

Setakat nih dah 3 orang.. Pasni suruh semua YB PKR letak jawatan.. Buang semua yg haprak..

Xkan stended penyokong PKR ni dah jatuh same tarap ngn UMNO?
Letak tunggul kayu, basikal @ ps2 pon dorg still pangkah?

Menyusahkan orang jer..
Time2 gawat nak meghabiskan duit...

Nanti penat la org2 umno nak sedekah beras & org2 PKR nk jadik ghost buster..
Polis2 kene keja overtime, pas2 kena maki..
Penat 1 batang 2 bukit pun x abis lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:36 AM | Show all posts
Aku rasa kena gubal undang2 barula..

Mane2 YB yg gatal2 nk letak jawatan atas sebab peribadi @ agenda2 tertentu, perlu dikenakan hukuman yg berat..
Penjara 5 taun ker, sebat 15 kali ker...

X respek pengundi langsung..
Nampak macam memperbodoh2kan rakyat & mementingkan diri..
Org penat2 kempen, panjat pokok pasang bendera, gadoh2, maki2 parti lawan.
Lepas menang senang2 plak nk resign..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 08:17 AM | Show all posts
agak-agak berapa orang calon bebas yang akan menyibuk di PENANTI... mungkin kali ini lebih 20 kot..

tujuannya cuma tak bagitahu pengudi akan keburukan PKR...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 09:00 AM | Show all posts

Reply #6 pentaga's post

bukan PKR kena hentam teruk ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 17-4-2009 09:00
bukan PKR kena hentam teruk ker?

betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 10:11 AM | Show all posts

PRK Penanti : PKR menang tanpa bertanding?

Pilihan raya Penanti peluang PKR cari calon TKM 1


KUALA LUMPUR:Pilihan raya kecil negeri yang bakal diadakan di Penanti, Pulau Pinang sematamata untuk mencari calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri I.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang jugaTimbalan Menteri Kewangan berkata, kenyataan Penasihat PKR Datuk SeriAnwar Ibrahim untuk mengumumkan calon bagi mengantikan Mohammad Fairus Khairuddin hanya omongan kosong kerana sehingga sekarang tiada sebarang pengumuman dibuat.

"Saya melihat perkara ini dilakukan untuk menyusahkan danmembazirkan wang rakyat kerana kita mesti ingat setiap kali pilihanraya, banyak perbelanjaan yang diperlukan," katanya kepada Bernama disini hari ini ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatanMohammad Fairus, 32, sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Penanti berkuat kuasa semalam.

ADUN PKR itu dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernamahari ini berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazahdan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluargayang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Awang Adek berkata, permainan PKR itu bukan sahaja menyusahkan rakyat malah dilihat bertujuan untuk memesongkan perhatian kerajaan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Bila dah pilihan raya, jadi semua badan kerajaan dan badan keselamatan tertumpu di sana. Ia untuk menarik kita atau memesongkan kita daripada berkhidmat untuk rakyat kerana kita akan sibuk dengan pilihan raya sahaja," katanya.

Seorang lagi Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr. Mohd Puad Zarkashi berpendapat PKR adalah parti yang mengamalkan dasar pilih kasih.

Katanya, mengikut pengamatannya dalam kes ADUN Bukit Lanjan, Selangor Elizabeth Wong, beliau telah dipujuk dan diberikan cuti, namun keistimewaan yang sama tidak diberikan kepada Mohammad Fairus.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula berpendapat pilihan raya kecil yang bakal diadakan itu menunjukkan PKR mahu dilihat sebagai sebuah parti yang relevan.BERNAMA

[ Last edited by  Syd at 18-4-2009 18:25 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:43 AM | Show all posts
Penanti: SPR belum terima notis kekosongan daripada Speaker

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pagi ini belum dimaklumkan tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Mohd. Faiz Syazwan Zainal Abidin ketika dihubungi berkata, setakat 10.45 pagi tadi pihaknya belum menerima apa-apa makluman mengenai keputusan Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan.

"Kami belum menerima apa-apa notis daripada Speaker... belum lagi," kata beliau.

Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Ia berkuat kuasa semalam juga.

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu, dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Fairus, 32, telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Kata beliau, tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 01:38 PM | Show all posts
Speaker sah terima surat asal, Najib sifatkan keputusan politik

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin mengesahkan telah menerima salinan asal surat peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, semalam.

Abdul Halim bagaimanapun masih enggan mendedahkan daripada siapa surat tersebut diterima.

"Apa yang penting, kita menerima surat tersebut.

"Awalnya kita menerima salinan faks dan kemudian salinan asal mengenai peletakan jawatan Fairus," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Beliau juga turut enggan mendedahkan masa sebenar salinan surat asal tersebut diterima.

Abdul Halim berkata, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya lewat petang ini berhubung perkara itu.

Ditanya bila beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN tersebut, Abdul Halim berkata, beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.

Semalam, Mohammad Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Mohammad Fairus telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Kata beliau, tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Mohammad Fairus memenangi kerusi DUN Penanti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dengan majoriti 2,219 undi selepas memperoleh 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:03 PM | Show all posts
SPR bincang DUN Penanti Rabu ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Rabu depan bagi menentukan sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti berikutan pengumuman penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin melepaskannya semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang dihubungi hari ini berkata SPR akan mengumumkan pada Jumaat depan mengenai status kerusi itu dan tarikh pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Katanya, Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang telah menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi tadi dan sudah difakskan ke ibu pejabat SPR di sini.

Mohammad Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat, turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan beliau terbabit dengan rasuah.

Mohammad Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:19 PM | Show all posts
Jumaat April 17, 2009
Kerusi Penanti: SPR bertemu Rabu

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu depan untuk menentukan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun SPR hanya akan mengumumkan keputusannya dua hari kemudian.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, pihak sudah dimaklumkan oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang petang ini bahawa surat makluman tentang kekosongan sudah pun diterima daripada Speaker.

"Isnin ini, Pengarah Pilihan Raya Negeri akan membawa surat kepada kami dan kami akan bermesyuarat Rabu depan dan pada Jumaat kami akan memaklumkan kepada umum," kata beliau ketika dihubungi.

Lazimnya SPR akan mengumumkan hasil mesyuarat pada hari yang sama tetapi kali ini mengambil masa dua hari.

Mengenai tempoh dua hari yang diambil untuk pengumuman, beliau memberitahu, SPR memerlukan masa untuk membincangkan banyak perkara mengenainya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Mohd. Faiz Syazwan Zainal Abidin ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima notis makluman kekosongan pukul 10.43 pagi tadi.

"Saya sudah menerima surat daripada Speaker pagi tadi dan ia akan dipanjangkan kepada Ibu Pejabat," katanya.

Ketika ditanya mengenai surat itu, beliau mengesahkan ia ditandatangani oleh Mohammad Fairus Khairuddin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenainya.

Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Ia berkuat kuasa semalam juga.

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR)itu, dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Fairus, 32, telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Kata beliau, tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:22 PM | Show all posts

Reply #5 BeskotCekelat's post

dier pikir kalu resign tu lebih selamat lagi.... tapi dasar otak sengkat... lagi nak resign.. lagi banyak finger pointing.............

pada aku... the truth always prevail mate!!!

p/s  - beskot, amacam kat india...  seronok tak jumpa shahrukh khan masa ko bertapa ari tu??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 12:17 AM | Show all posts
BERITA
Jumaat April 17, 2009
Pilihan raya kecil: SPR mahu hadkan kehadiran penyokong

Oleh G. MANIMARAN

SUASANA pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2008. Persekitaran tegang termasuk kehadiran beribu-ribu penyokong berakhir dengan serangan terhadap dua wartawan.

PETALING JAYA: Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memikirkan kaedah untuk mengehadkan bilangan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon, semasa pengundian dan lokasi pengumuman keputusan rasmi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan yang pihaknya sedang memikirkan perkara tersebut dan akan dibincangkan secara mendalam Rabu depan.

Kata beliau, perbincangan juga akan diadakan dengan parti-parti politik bagi mendapatkan pandangan dan kerjasama apabila pendekatan itu dikuatkuasakan kelak.

"Pendekatan baru ini akan dibincangkan pada Rabu depan," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

"Pendekatan baru ini bertujuan mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti politik yang bertanding," katanya lagi.

Menurut beliau, makin lama makin ramai yang datang ketika hari penamaan calon dan hari pengundian.

"Jumlah yang datang semakin meningkat dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya lain... adalah ini sesuatu yang perlu, ini dilakukan untuk menunjukkan kekuatan parti politik masing-masing," kata beliau sambil menambah, "bagaimana hendak mengawal jika jumlah yang datang sampai 100,000 atau 200,000."

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Suasana tegang disaksikan pada hari penamaan calon di Permatang Pauh dan Bukit Gantang.

Malah kehadiran ribuan penyokong juga menyebabkan kesesakan lalu lintas pada hari pengundian selain 'perang mulut' di kalangan peraih undi yang kebanyakannya merupakan orang luar.

Abdul Aziz menjelaskan, perbincangan akan diadakan dengan parti-parti politik sejurus selepas perbincangan peringkat SPR selesai.

Jelas beliau, mesyuarat tersebut akan turut mencari jalan untuk mengelak terlalu ramai penyokong parti menjadi peraih undi pada hari pengundian.

Selain pada hari penamaan calon, menurut beliau, soal peraih undi ini perlu diteliti kerana pengalaman pada pilihan raya kecil 7 April lalu menunjukkan bilangan peraih undi yang terlalu ramai telah menimbulkan masalah seperti mengganggu pengundi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di pusat pengundian.

Malah, di kawasan Parlimen Bukit Gantang pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan ketegangan antara penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Kata Abdul Aziz, bilangan peraih undi yang ramai pada hari pengundian turut menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

SPR akan mengumumkan pada Jumaat depan sama ada DUN Penanti akan menyaksikan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Rabu depan SPR mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tarikh pilihan raya kecil itu.

Kerusi itu kosong ekoran tindakan Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat, turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ADUN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 08:11 AM | Show all posts
"Awal lagi nak cakap soal calon, nanti dah tiba masanya kita akan umumkan juga,"  

            PKR Pulau Pinang bincang strategi hadapi pilihan raya kecil Penanti         
                      Oleh  ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan misipertama mereka bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan DewanUndangan Negeri (DUN) Penanti dengan mengadakan mesyuarat persediaanjentera parti malam ini.
Bagaimanapun Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain MohamedHashim berkata, mesyuarat jentera parti malam ini yang akandipengerusikan oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akanmenyentuh mengenai persedian peringkat awal.
"Kita akan adakan mesyuarat PKR negeri malam ini... peringkat mulakita hanya akan bincang mengenai persedian dan apa yang patutdilakukan," katanya kepada mStar Online.
Pilihan raya kecil DUN Penanti akan diadakan berikutan peletakkan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin.
Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I PulauPinang semalam mengumumkan yang beliau meletakkan jawatan sebagai ADUNPenanti.
Beliau juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PembangunanKeusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeriberkuat kuasa 8 April lalu.
Ditanya sama ada PKR negeri akan mengemukakan senarai pendekbeberapa nama calon untuk diputuskan malam ini, beliau berkata, perkaratersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.
"Belum ada lagi apa-apa senarai pun, kita tak fikir lagi tentang calon.
"Apa-apa pun kita akan serahkan kepada Datuk Seri Anwar untuk buatkeputusan mengenai siapakah calon yang paling layak untuk menjadi calondi Penanti," katanya.
Sementara itu megulas mengenai khabar angin yang mengatakan PKR akanmeletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahimsebagai calon, beliau berkata: "Saya tak dengar apa-apa khabar anginseperti itu, soal calon biarlah Datuk Seri Anwar yang tentukan".
Ditanya sama ada PKR Pulau Pinang sedia menerima calon bukan darikalangan pemimpin tempatan, beliau sekali lagi enggan memberikansebarang komen mengenai perkara berkenaan.
"Awal lagi nak cakap soal calon, nanti dah tiba masanya kita akan umumkan juga," katanya.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 08:14 AM | Show all posts
Guang Eng belum mahu komen isu letak jawatan Fairus         
                      SINGAPURA:Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum mahu memberi sebarangulasan terhadap isu peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddinsebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari partiKeadilan Rakyat.
"Adalah tidak wajar untuk saya memberikan sebarang komen tentangperkara ini ketika berada di luar negeri. Tunggulah apabila saya pulangke Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketikamenghadiri Forum ASEAN dan Asia Kedua anjuran Institut Hal EhwalAntarabangsa Singapura.
Mohamad Fairus semalam mengumuman peletakan jawatannya sebagai AdunPenanti, yang sekaligus memungkinkan pilihan raya kecil diadakan dikawasan tersebut.
Pada 21 Mac lepas, beliau turut meletak jawatan Timbalan KetuaMenteri 1 Pulau Pinang dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Beliau kini sedang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia atas dakwaan penyelewengan berkaitan aktiviti sebuah kuari diSeberang Perai dan dijangka dihadapkan di mahkamah pada bilabila masa. BERNAMA
         
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 08:16 AM | Show all posts
Tiada konspirasi jatuhkan Fairus         


                      PULAU PINANG:Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, DatukZahrain Mohamed Hashim menafikan dakwaaan wujudnya konspirasi atau niatjahat hendak menjatuhkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.
Beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 itumeletakkan jawatan dalam kerajaan negeri dan sebagai ADUN merupakankeputusan peribadi setelah beliau berbincang dengan penasihat parti,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya tak tahu apa konspirasi yang dia maksudkan kerana selama iniperkara ini tidak pernah disebutkan dan setahu saya tiada sesiapapunnak buat jahat atau nak menjatuhkan dia.
"Dia yang ambil keputusan untuk letak jawatan kerana mahu sambungbelajar tetapi bagaimana pula dia boleh kata ada konspirasi untukmenganiayainya.
"Saya tak faham, lagipun saya tidak fikir Anwar akan buat begitu pada dia," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Walaupun mengakui bahawa bukan mudah bagi Mohammad Fairus untukmembuat keputusan melepaskan kesemua jawatannya itu, beliau berharapsemua pihak tidak membuat spekulasi buruk dan sebaliknya menghormatikeputusan pemimpin muda itu.
Beliau turut menegaskan bahawa keputusan dan tindakan MohammadFairus itu langsung tidak melibatkan pucuk pimpinan parti di peringkatnegeri dan yakin tindakan ADUN Penanti itu tiada kaitan dengan dakwaankononnya wujud masalah dalaman parti itu.
Ketika ditanya mengapa Mohammad Fairus seolah-olah membelakangkanpemimpin negeri dan berurusan secara langsung dengan Anwar, beliauberkata: "Mungkin dia lebih selesa dengan Anwar, saya tidak tahu."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan MohammadFairus kepada sebuah akhbar berbahasa Cina sehari sebelum mengumumkankeputusannya mengosongkan kerusi DUN Penanti kononnya beliaudiperangkap oleh orang dalam partinya sendiri.
Menurut laporan itu juga, Mohammad Fairus mahu PKR membela danmembersihkan namanya daripada pelbagai dakwaan yang mengaitkan namanyadengan operasi kuari di negeri ini dan akan mendedahkan "ceritadalaman" berkaitan dengan operasi gabungan pembangkang itu.
Mengenai pilihan raya kecil DUN Penanti, Zahrain berkata, PKR akanmempertahankan kemenangan parti itu dan akan bekerja tanpa mengirasiapa calon yang bakal ditentukan oleh Anwar.
"Yang penting, kita mahu bekerja dan berkhidmat untuk rakyat," katanya.BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 08:18 AM | Show all posts
Peletakan jawatan Fairus satu mainan politik - Najib         

  

                      Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razakmenyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satumainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.
Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untukpilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepasmerasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan danPerindustrian China Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUNPenanti berkuat kuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuanpenuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dansekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yangselama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I danPengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan danPerhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.
Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat pada dasarnya tidak suka kepada pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.
Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan rayakecil berkenaan, Najib berkata, perkara utama yang perlu diberiperhatian adalah soal prinsip.
"Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsipkerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlumeneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkanbeliau tidak boleh berbuat demikian.
"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasiberpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untukberkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmatkepada rakyat," katanya.
Najib berkata, terlalu banyak 'politiking' yang berlaku dalam negara boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan negara.
"Pada masa sekarang, kita harus tumpu kepada usaha untuk pulihkanekonomi negara dan untuk membolehkan kita membela kepentingan rakyat,"katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan pembangkangberhubung situasi politik di Perak yang boleh menimbulkan huru haraseperti yang berlaku di Thailand jika DUN tidak dibubarkan, Najibberkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.
"Saya tidak nampak ada krisis sebab kita adalah sebuah negara danmasyarakat yang berpegang teguh kepada keluhuran dan undang-undangnegara.
"Jadi undang-undang mestilah menjadi prinsip yang harus kita hormati.
"Jangan kita hanya menghormati apabila keputusan itu berpihak kepadakita... dan bila tidak berpihak kepada kita, buat lain pula," katanya.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 08:19 AM | Show all posts
Speaker sah terima surat asal, Najib sifatkan keputusan politik
                      Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB dan ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) PulauPinang, Abdul Halim Hussin mengesahkan telah menerima salinan asalsurat peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1,Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, semalam.
Abdul Halim bagaimanapun masih enggan mendedahkan daripada siapa surat tersebut diterima.
"Apa yang penting, kita menerima surat tersebut.
"Awalnya kita menerima salinan faks dan kemudian salinan asalmengenai peletakan jawatan Fairus," katanya ketika dihubungi mStarOnline, hari ini.
Beliau juga turut enggan mendedahkan masa sebenar salinan surat asal tersebut diterima.
Abdul Halim berkata, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya lewat petang ini berhubung perkara itu.
Ditanya bila beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN tersebut, Abdul Halim berkata,beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razakmenyifatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai satu mainanpolitik untuk tujuan-tujuan tertentu.
Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik.
"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untukpilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satusidang media di Klang, hari ini.
Semalam, Mohammad Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannyasebagai ADUN Penanti berkuatkuasa serta merta atas alasan ingin memberitumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazahdan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluargayang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.
Mohammad Fairus telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua MenteriI dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan danPerhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.
Kata beliau, tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasanperjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demimemelihara kepentingan PKR.
Mohammad Fairus memenangi kerusi DUN Penanti pada pilihan raya umum8 Mac lalu dengan majoriti 2,219 undi selepas memperoleh 7,346 undimenewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.
         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.078289 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list